Sunday, March 22, 2009

Sepatutnya dah lama aku pergi...

Malam ini tetiba sahaja aku teringatkan ajal dan maut. Sepanjang hidup aku dua kali aku hampir menemui ajal. Mungkin sebab itu aku amat menghargai setiap detik hidup ini.

Kalau boleh aku ceritakan sedikit di sini..

Pertama sekali berlaku masa aku darjah 4. Masa tu ada kelas petang. Biasanya pukul 6 ptg kelas tu abis. Jadinya kawan aku mengajak aku membonceng basikal dia. Dia kayuh, aku kat belakang dia. Nak jadikan cerita hari tu aku tak jadi ikut dia balik. Kebetulan bapak aku datang amek. Jadi dia pun tunggu adik dia abis sekolah pukul 6.30. Dan dia bawak adik dia balik naik basikal.

Keesokan harinya bila ke sekolah aku dengar kawan aku dengan adik dia kemalangan. Adiknya meninggal dunia. Rupa-rupanya kejadian itu berlaku semalam. Basikal yang dinaiki kedua beradik itu terjatuh di jalan raya kerana tidak sempat mengelak kereta yang berhenti di tepi jalan. Yang menyedihkan adiknya dilanggar kren yang tidak sempat membrek. Kepala adiknya pecah.

Sepatutnya tempat adiknya adalah milik aku. Tetapi Tuhan gantikan aku dengan seorang anak kecil yang sangat comel. Aku rasa bersalah sangat.

Adik moga kamu tenang di samping tuhanmu..

Kejadian kedua berlaku masa aku 3rd year di UIA. Masa tu aku baru beli kereta. So masa nak cuti semester aku plan dengan kawan aku 2 orang untuk balik sekali. So masa pagi nak bertolak tu hujan lebat. Tapi kami nekad juga untuk balik pada hari tu.

Hujan tak berhenti sepanjang perjalanan dari KL ke Penang. Nak dijadikan cerita ketika 10 minit lagi nak sampai ke R&R Tapah kereta aku tiba-tiba berpusing dan menghentam pembahagi jalan. Bila aku toleh belakang aku nampak ada sebuah bas ekspress dalam 100m belakang kereta aku. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur kami yang sempat keluar dari kereta yang tersepit dari dilanggar bas....

Aku syukur sangat tuhan masih beri aku kesempatan untuk melihat dunia ini. Untuk melihat senja dan subuh Mu.. Untuk melihat ibuku

Di setiap doa aku aku kekadang aku terfikir adakah aku meminta berlebihan sedangkan sudah lama aku sepatutnya mengadap tuhan aku.

Apa lagi yang aku mahu..
Tuhan..Ampunkan dosaku.

10 comments:

Erna said...

apasal entry lately ni mcm sedih ja.. pasal nenek yg dah tak ada.. pasal hang yg nyaris2 meninggal.. apasai ni..???

MissZahrah said...

sedihnye....huuuu...alhamdulillah...syukur kamu masih hidup...neway, x iiu rupenyew... =)

azrie hafiz said...

Pergh, scary sgt. Pun, baik ko kahwin cepat.

The story of Saif Al-Hafsham said...

erna: aku xdak jawapan tuk tu

MissZahrah: ya.sy dr uia.uia kan hebart.

Azrie: cadangan yg bernas.carikan aku calon

No Surprises said...

aku rasa aku ada komen semalam...pasti di delete sepol durjana

MissZahrah said...

ya...uia terhebat..hahaha..(perasan!)....neway,paklah pn graduan uia gk...haha....

no suprises>>apa susah,tulisja yg baru... =)

Mohd Jalizan Ibrahim said...

Miss Zahrah ...
Mana pnya fakta awak dpt mengatakan Pak Lah graduan UIA ni ..
Mitoss...mitoss

No Surprises said...

ala buat yang baru pun pasti di delete juga oleh sepol

MissZahrah said...

Mohd Jalizan Ibrahim:sila buka link ini....alah..perkataan "graduan" adalah saja2 utk memerli...hehe

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/17/nation/3495434&sec=nation

MissZahrah said...

GombakRock>>kenapa ya menyeksakan? =)