Tuesday, June 23, 2009

Aku, Aaron Aziz, Fahrin, Linda Onn dan Eric Leong

Setelah dekat sebulan gambar Aaron Aziz atau Fahrin terpampang di blog aku ramai yg merungut. Ramai cakap gambar tu ala2 gay..ye ke?macho je aku tgk...Linda Onn pun tak cakap pape.

yela..aku tukar jugak layout ni. Itu pun setelah beberapa org ugut nak bawak blog aku ni ke court. Jadi sebelum kertas pertuduhan di bacakan baek aku tukar...tp gambar yg baru ni mgkin kejap je kot.aku tgh edit satu gambar masterpiece aku. Yg ni paling gempak. Bisa cair gadis2 di luar sana.haha

Ada sesape terer interior design tak? Aku nak decorate rumah aku kat selayang. Ikut hati aku nak je aku htr email kat Eric suh dtg deco rumah aku. Tp mesti dia tnya nak buat suprise kat sape.aku nak cakap ape...atau mungkin aku bleh kata isteri aku mengandung anak kembar. Dia mengidam hall rumah yg berkonsep urban tapi mengekalkan ciri2 kontemporari??

Cepat sape nak berlakon jadi bini aku? ala bukan buat ape pun..buat2 terkejut je bila eric leong kata...

SUPRISE!!!!

Sunday, June 21, 2009

Sayap-sayap yg patah.



Agak2 gambar tu nampak bahagia tak?

Kepada yg bertanya sama ada aku bahagia atau tak..aku bahagia.

Itu hari aku ada tulis ape yg akan aku bt selepas misi aku gagal kan. Jadi secara jujurnya itulah yg aku buat. Aku pegi keja then balik keja. Kat tangan dah ada sebungkus nasi kukus ayam dara yg aku beli di kramat. Makcik nasi kukus tu ada anak yg cantek dowh..

Biasanya bila parking je keta aku akan jenguk umah aku dari jauh. Dan rumah aku gelap macam biasa. Maksudnya tak sorang pun balik lg. Biasa la semua ada awek. Mesti mkn mlm ngn awek. Jadi yang bujang akan mkn sorng2 kat umah sambil menonton Discovery channel. Terima Kasih Astro..Ananda Krishnan anda bt hidup saya ceria. Di tambah lagi channel Mustika yang akan muncul..

Cuti aku pulak di isi dengan aktiviti yg padat. Bangun pagi siram pokok bunga. Pegi pasar beli ikan dan sayur. Balik kemas rumah. Tengahari masak..Pastu bagi makan ayam ngn itik.
Percaya? Yela aku bohong.

Ape lagi yg aku nak bt..Pegi bank..Jalan2 ke Jusco or Carrfour. Pukul bola di driving range ke(hobi lama yg terpaksa di recycle)..melawat kakak aku yg mengandung di kajang ke..uuuhh meriah hidup aku.

Baru2 ni aku bt gila lg..dah misi pun gagal jadi ape yg aku plan pun dah tinggal mimpi. Jadi aku dengan gatalnye beli kamera baru. Pikir2 balik bodoh jugak. Nilai tu boleh beli 6 PS 3..Tau mak aku mampos kena maki..

Haih dunia..Terima kasih. Hidup ini indah.

Minggu ni aku nak tukar lg wajah blog aku. Kelam sangat.Macam tak bermaya.
Dah la tak matang..mcm budak2.

Thursday, June 11, 2009

Tuhan..Siapa Kau izinkan untukku

Angin bawaku pergi jauh dari dia..
Air hanyutkan hati aku jauh dari dia..
Tanah ragut aku dan buangkan ku jauh...

Terima kasih untuk kesempatan ini
Memberi aku keindahan yang lama aku hilang

Bila melihatkan diri aku
Aku akui aku tak layak untukmu

Tuhan,
Aku redha
Mungkin dengan ini aku dekat denganMu
Kirimkanlah untusanMu untukku
Aku bersedia
MengadapMu

Kawan-kawan
Terima kasih
Aku selesai.




Sunday, June 7, 2009

Warkah buat Asmida..

Pernah satu ketika kau bertanya adakah aku benar2 menyayangi kamu?
Kau pun tahu yg tidak pernah sedetik pun hatiku berpaling dan berkata tidak

kau ratu hatiku.

Ketika itu segala-galanya kelihatan sungguh sempurna.

Namun kuasa tuhan jugak yg menentukan semua.

Awak sayang saya?
sayang la..nape cakap macam tu?

Lepaskan saya boleh?
*aku terdiam*

As cakap kepada aku kalau sayangkan dia lepaskanlah dia. Akhirnya aku redha kerana aku percaya setiap wanita ada haknya. dan itu hak yg dia minta. Bertahun-tahun aku pikir dan aku masih tidak mengerti kenapa itu yg dia minta.

Di akhir pertemuan itu As bisikkan supaya aku terima ini dengan hati yg terbuka. Katanya lebih baik berakhir begini daripada dia pergi dahulu andai kata kami sudahpun berkahwin.. Mungkin itu ayat dia untuk menenangkan aku..

Dulu As pernah tanya aku adakah aku boleh menerima ketentuan tuhan kalau dia mati dahulu.
Aku cakap pada dia supaya jgn bercakap benda bukan2 lagi. "Sudah tentu la saya tidak boleh terima. Awak adalah saya dan saya adalah awak. kita kan satu..."

"Kalau mati yg harus dipilih biarlah saya yg pergi dahulu. Macam mana saya nak hidup tanpa bidadari saya.. "

As senyum dengan jawapan aku.


Dua hari lepas aku dapat satu panggilan telefon dari Sal. Dah lebih lima tahun aku tak dengar suara Salbiah. Sal kawan As masa di kolej dulu.

Namun panggilan Sal pada hari itu sangat meruntun jiwa aku.

"Ingat lagi tak Asmida?"
Aku jawab ingat.

"Dia dah kawin dan dah ada sorang anak yg nama macam kau."
Aku jawab yg aku tau yg dia dah kawin. tp aku tak tau yg dia dah ada anak dan nama mcm aku.

"Sebenarnya bkn itu yg aku nak bgtau..Kalau kau nak tau As sakit sebenarnya.Dah 2 tahun dia hidap cancer rahim."

"Dan Saifoel..tuhan telah panggil dia pagi tadi..."

******************************************************************

Sekarang baru aku paham kenapa dulu dia minta untuk putus walaupun puas aku bertanya kenapa. Sekarang baru aku paham kenapa dia menanyakan sama ada aku boleh menerima kenyataan kalau dia yg mati dahulu.

Ya sekarang semuanya sudah jelas..
Kalau aku di tempat suami dia bagaimana penerimaan aku untuk suratan sebegini?

Aku tidak cukup tabah. kerana untuk melepaskan seseorang yg belum lagi milik aku pun sukar..


Asmida meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki bernama Alif Hafsham.

Al-Fatihah.

Wednesday, June 3, 2009

The Blower's Daughter

And so it is
Just like you said it would be
Life goes easy on me
Most of the time
And so it is
The shorter story
No love, no glory
No hero in her skies

I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

And so it is
Just like you said it should be
We'll both forget the breeze
Most of the time
And so it is
The colder water
The blower's daughter
The pupil in denial

I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

Did I say that I loathe you?
Did I say that I want to
Leave it all behind?

I can't take my mind off you
I can't take my mind off you...
I can't take my mind off you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off you
I can't take my mind...
My mind...my mind...

'Til I find somebody new
Syg kamu.

Monday, June 1, 2009

Akusangblogger berwajah baru lg..

mcm fahrin ahmad tak ?? haha

ataupun mcm Aaron Aziz ??

Entah la kadang2 Linda Onn pun konpius..

satu lg gambar ni candid tau. bkn sengaja aku nak berposing ala2 jagoan ni.ptuih!