Wednesday, October 28, 2009

Kesah Farouk biar jadi teladan

-------

Sebelum aku melalut lebih jauh..Farouk adalah seekor lembu..


Walaupun bernama Farouk namun dia seekor lembu betina.


Ini cerita raya haji tahun lepas. Kami keluarga besar telah berniat untuk menyembelih seekor lembu. Namun bkn Farouk mangsa kami. Yang menjadi mangsa adalah lembu lain yang aku sendiri tidak tau apa nama dia.


Tiba hari itu ramai la yang berniat dan bernazar sembelih telah pun datang ke tempat tu. Bukan keluarga aku aja. Namun keluarga kami sahaja yang mendapat layanan A class kat tempat itu. Maksudnya kami diberi kerusi untuk duduk dan jugak ketupat dan jugak rendang. Bihun sup pun ada. macam-macam ada. Bukan sebab apa tauke lembu merangkap ketua penyembelih adalah pakcik kami. Haji Razak nama dia.

Hari tu aja dekat sepuluh lembu dia sembelih. Mungkin sebelas. Tidak pulak aku kira secara detail. Setelah selesai menyembelih lembu kami tu Haji Razak datang kat aku yg sedang enak mengunyah ketupat. Haji Razak cakap dua ekor lembu dia baru beranak pagi subuh tadi. Aku cakap: baguslah..tapi pakcik nak saya buat apa? Pergi azan kat telinga dia kah?..Haji Razak kata bukan mcm tu la buduh....kena buduh aku di pagi raya.

Rupanya dia ada nak offer aku satu tawaran baik.

Haji Razak tnya aku nak beli tak lembu dia. Aku tnya dia balik dia nak aku buat apa dgn lembu dia. Bukan aku boleh bawak balik KL. Sekali lagi aku kena buduh. Haji Razak kata dia akan bela lembu tu sampai besar. Sampai masa lembu tu dah besar boleh sembelih kalau ada majlis kawin ke. Aku pikir logik jugak time kenduri kawin aku nanti aku dah ada sekor lembu nak buat lauk.

Ini sudah cool.

Lalu aku tnya Haji Razak macam mana bayarannya. Simple Haji Razak jawab. Lembu tu nanti anak aku yg kecik Saad akan jaga. Bulan2 hang bayaq seratus bank in kat aku sampai lembu hang besaq. Duit tu pun aku nak bagi Saad buat belanja sekolah.

Last2 aku pun cakap ok.

Haji Razak tnya aku nak amek yg mana. Ada sekor jantan sekor betina. Setelah berfikir secara rasional aku pun memilih untuk mengambil yang betina. Haji Razak cakap yg betina Saad dah bagi nama Cik Mek. Tak komersial langsung aku cakap kat Haji Razak. Aku mintak tukar nama lain kalau tidak aku tak jadi amek.

Last sekali Haji Razak akur dengan pilihan aku menamakan lembu tu Farouk. Sempena nama watak jahat dalam Gila-Gila Remaja.

---------------

Dah dekat setahun aku spent seratus setiap bulan untuk lembu tu. Dan aku jugak rasa Saad adalah antara budak yg paling bergaya sekali setiap kali keluar pekan dengan kawan2 dia sebab dia ada RM 100 untuk dibelanjakan setiap bulan.

Baru2 ni Haji Razak tepon aku. Dia tanya aku bila nak kawin. Aku tanya dia kenapa. Dia cakap Farouk dah bunting. Tak lama lagi nak beranak dah.


Haji Razak: hang ni Pon bila nak kawin ni. Lembu hg nak bersalin dah. Hg bayang2 marka pun belum ada. Buat malu lembu hang ja.




Cilaka betol. Lembu jantan mana yg buntingkan Farouk. Dalam banyak2 lembu betina Farouk jugak dia mau. Hot sangat kah Farouk tu.


haih..

Xpela nak buat macam mana. Aku belum jumpa jodoh.




Sekurang-kurangnya kenduri aku nanti
tumbang dua ekor lembu.








--------------

Wednesday, October 21, 2009

I Found My Soulmate

----

Semalam adalah harinya.

Aku di klinik mengambil suplimen daripada segala macam vitaman A sampai Z. Dalam masa nak duduk tu aku terpandang seorang gadis bertudung yang jelita.


Tengok dari keadaan dia aku syak dia demam. Lemah sambil tangan mengengam tisu. Amat sedih keadaan dia ketika itu. Dan aku juga syak yg dia sudah pun berjumpa doktor kerana di tangan dia tidak lg kelihatan nombor giliran.


Tapi yg aku terharu dalam keadaan demam mcm tu pun dia masih berupaya untuk kelihatan ayu dan jelita. Kalau tak demam tak tau la aku..


Kemudian sampai turn aku jumpa doktor. Aku terus masuk cakap kat doktor tu bagi je suplimen yg aku mintak. Tak payah nak tanya khabar segala. Buat penat aku je. Consultation RM 10.00 tu amek percuma.

Nasib baik masa aku keluar dia masih ada. Mungkin dia sengaja melambat-lambatkan proses mengambil ubat semata-mata mahu menunggu aku. Aku cakap mungkin..


Selang beberapa minit dia pun keluar selepas selesai mengambil ubat. Dari jauh aku nampak dia masuk ke kereta. Aku pun bukak walet dan berpura-pura jalan ke kereta dia.


tok!tok! Aku ketuk cermin keta dia dengan wajah minta simpati..


Aku: Err sy Saifoel. Sy nampak awk kat klinik td. Ini kad sy. Kalau awk dah berpunya boleh la buang kad tu. Kalau belum just misscall nanti sy call balik.


Semua tu aku cakap dalam satu nafas tanpa memberi ruang dia mencelah.


Setelah selesai aku pun buat gaya iklan Fair & Lovely dgn jemari aku menggapai raut wajah dia dari jauh dan terus letak ke hati..


--

Dalam kereta:

Puas berangan????

Bodoh punya aku.

Ada name card simpan dalam kereta. bukan nak letak dlm walet. Skang sape yg rugi. dem...


Menyesal aku. bukak2 je walet takde name card. Takkan aku nak kasi IC kat dia kot.



Takpe2...kalau ada jodoh akan ketemu juga..( ayat sepanjang zaman.)



p/s: Kalau ada sesape ataupun kawan sesape yg pegi ke KLINIK KELUARGA wangsa maju semalam sila bgtau aku.




-----

Dunia tanpa sempadan

------

Hari ini mak ayah aku dikampung telah berjaya discover blog aku dengan penuh rasa keterujaan.

--

Patutkah aku berasa malu?

--

Dunia tanpa sempadan ini kadang-kadang begitu mencabar...

--

-----

Sunday, October 18, 2009

Keterujaan

------






Ini adalah keterujaan aku...mengambil moment anak-anak kecil..





Betapa aku sgt2 obses dgn mimik muka yg sgt2 jujur. Riak-riak wajah yg tidak FAKE.
cakap apa yg perlu.tunjuk apa yg di hati.



kan dunia ini indah dengan kanak-kanak.





Termasuklah kami tiga beradik di zaman kanak-kanak.


Kalaulah boleh di putarkan balik..



----------

Saturday, October 17, 2009

Tanah itu aku.. Langit itu aku ciptakan untuk kamu.

--------

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi orang macam aku pandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan aku butakan mata aku untuk pintu yang telahpun dibukakan untuk aku.

Silap aku jugak kerana terlalu degil. Mana mungkin menggapai syurga kalau tangan berlendir dosa.

Kan sudah aku bilang cubalah remukkan hati aku. Kalau jadi, aku pergi..

Terima kasih untuk ayat-ayat terakhir itu. Cukup untuk buat aku tahu betapa hanyir diri ini.

Tidak mengapalah. Segalanya aku ikhlas. Itu hak dan kemahuan kamu. Aku pasti akan senyum kerana semuanya telah aku sediakan sempurna.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Untuk semua..

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga ingin menggapainya dari mimpi.

Tapi mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin dilakukan. Yang penting jgn mudah menyesal. Bangun dan terus mencuba. kita mungkin akan lg menyesal kalau tidak mencuba.

Rasa dulu apa itu sakit, rasa dulu apa itu luluh. Biarkan hati itu ranap.

*diam*


Biarkan aku di tanah. Sememangnya langit itu untuk kamu.


--

Friday, October 16, 2009

Satu ruang kosong

----------------




Ini salah satu benda yg aku jmpa lepas godek2 pc aku.

Ia ditulis oleh Fynn Jamal satu masa dulu. Masa tu aku ckp kat Fynn tulis la satu benda pasal aku. Dan dia amek masa lebih kurang 15 minit nak siapkan karya indah ini.

Fynn Jamal antara manusia unik ciptaan Tuhan.


p/s: kalau susah nak baca besarkan je..

----

next entri:

1. Tanah Langit

2. Kisah Farouk


Aku letak dulu tajuk entri supaya aku tau ada benda aku nak tulis lepas ni.


----------------

Wednesday, October 7, 2009

Kenangan Dan Impian.

---------


Sepanjang hidup aku baru 2 kali aku rasa apa tu sambut harijadi. First time pada tahun 2006. Akak aku bt suprise kat aku. Masa tu aku final year kat UIA. Dia tepon suh aku ngn Sudiana dtg umah dia kata ada makan2..Sampai je sana aku tgk sepupu aku ada. Kwan aku pun ada.Pelik..Last skali keluar sebijik kek di sertai dgn nyayian hepi besday. alaa mcm dln tv tu.

Tak penah2 dapat suprise mau tak terkejut aku.

Kali kedua pada tahun lepas. Kali ni kawan2 yg bikin suprise. Yela masa tu tak ramai yg kawin lg. Baru 2 org dari 10 org. Tahun lepas tu budak2 ni buat kat tempat karaoke. Aku pelik juga Pak Itam tepon aku masa aku kat opis ajak pegi karaoke. Katanya semua jin2 akan dtg. Yg aku pelik bini member2 aku lepas pulak diaorng keluar. Yelah suami pergi karaoke. Tidakkah menimbulkan curiga.



Tahun ni dan awal tahun depan kesemua budak2 dlm gambar ni akan dan telah pun berkahwin. Ada yg akan kawin dgn pilihan dari zaman U dan ada yg akan kawin dgn rakan satu opis.. Jadi sape yg tinggal sila angkat tangan..lalalala..

Aku tau mesti dah takde suprise lg kat aku kali ni. Kalu ada yg nak buat pun harap di inform secara formal. Aku tak mau lagi badan ngn muka aku penuh dgn kek.





****************************************



cantek tak kasut ni...?
-





bagaimana pula dgn kasut ini...?
--



kasut ini...?

--

Sebulan dari sekarang aku harap ada la yg sudi beli salah satu dari kasut di atas ni untuk aku.
Aku minat sungguh dgn LACOSTE ni. Nak beli xde duit. Itu hari dah nak beli tp tak kesampaian.


Tolonglah kepada semua rakyat Malaysia yg baca entri ini. Aku seru untuk penuhi impian aku.haha




aku janji akan jadi insan yang lebih sopan.


*wink2*


---






Tuesday, October 6, 2009

Atuk dan Nenek..semakin hari semakin jauh..

---------
Setelah nenek meninggal tak lama dulu kami dah jarang balik ke Kedah. Tapi raya kali ni kami semua blk ke Kedah.

Biasanya kalau sampai ke rumah atuk aku jarang masuk rumah dulu. Aku akan pusing keliling rumah. Mcm dulu2..

Bila terpandangkan kolah kat luar rumah tu bt aku teringat zaman kecik2 dulu.

Asalnya atuk bt kolah tu tuk bela ikan kaloi. Aku plak mati2 ingt kolah tu tuk aku mandi2..Tapi takpe lepas seminggu ikan tu pun mati. Iye aku punye keja. Aku cemburu tgk ikan tu dapat mandi sedangkan aku hanya mampu tgk dari luar kolah. Lepas kaloi tu mati aku la yg hari2 berendam dalam kolah tu. dan bila semua cucu berkumpul kolah tu la tempat lepak yg paling cool skali...

Skang semuanya nampak sangat lain sgt. Rumah atuk yg sebesar-besar dunia kini kelihatan sgt sempit skali. Ntah kenapa..

Atuk pulak dah tak sekuat dulu. Pada umur dkt 90 tahun atuk dah tak ingat nama semua cucu2 dia termasuk aku. sedih sgt..Aku masih ingt lg masa dulu sape tak kenal atuk masa kat kampung. Atuk penah kejar lembu mengamuk dgn tangan kosong sampai ke dalam hutan.

Sekarang ni atuk nak jalan pun dah tak boleh. Balik raya kali ni aku dgn abg ipar aku yg mandikan atuk. Sayu sgt..Dulu atuk yg mandikan aku. Pernah atuk kejar aku sampai masuk bendang sbb aku tak mau mandi..

Bila melihatkan kulit atuk yg dimamah usia itu di basahi air buat aku sgt tersentuh. Atuk sgt lemah. Atuk tidak lg sekuat yg aku bayangkan dulu. Bila atuk sejuk terkena air dia mula merengek minta di habiskan cepat. Saling tak tumpah mcm aku merengek masa atuk mandikan aku dulu..

haih..

Aku masih ingat lg dulu ada skali aku balik rumah lewat. Aku terlepas makan tgh hari. Ini semua sbb Di'e ngn Pidos. Bawak aku masuk bendang tangkap belalang. Bila sampai je rumah aku tgk semua baju2 aku kat tanah bersepah-sepah.. Masa tu aku baru umur 5 tahun. Dari dlm rumah Atuk cakap kalau tak suka duduk rumah baik balik tanjung. dkt sejam atuk biar aku kat luar. Dkt sejam jugak aku meraung-raung nangis pgl nenek.

Mcm biasa nenek jugak la bukakkan pintu dan bawak aku masuk. Dan macam biasa juga tangisan tu jadi sepi bila nenek dah pujuk aku..

Entah kenapa bila dalam pelukan nenek aku rasa sangat selamat. Cara nenek memujuk aku bt aku rasa tenang skali. Seperti tiada apa2 yg boleh mengganggu aku.

*diam*

Nenek.. tau tak di aidilfitri baru ni aku menziarahimu..aku rindukan hari raya bersama nenek. Mengejutkan nenek bangun tidur dan terus memohon ampun tatkala semua org masih tidur lagi....



Nenek...

Di tanah merekah itu juga aku hadiahkan al-fatihah untukmu.



-----


dari kiri: atuk, arwah nenek,aku,maksu,mak,akak..

gambar ini pada tahun 1985. Tahun aku menunggu seseorng lahir mungkin..



---------