---
Hari ini genap setahun aku kenal redup..
Kejap betul masa berlalu. Kepada sesape yang ikut crita ini dari awal lagi ketahuilah yang crita ini dah setahun umurnya. Entri pertama yang keluar pasal dia secara tak langsung adalah pada 24 Februari bertajuk INDAH. Silalah ke link itu.
http://akusangblogger.blogspot.com/2009/02/indah.htmlIngat lagi aku pada 19 Februari 2009 pukul 8.11 pagi aku telefon dia. Dan dengar la aku suara dia buat pertama kali itu..suara serak-serak basah. Suara baru bangun tidur. Aku konfem air liur meleleh lagi tu.
Ayat pertama aku kat dia, "eh suara macam gengster.."
Dan begitulah seterusnya hari berganti hari..
Pertama kali keluar dengan dia buat aku rasa teruja. Maklumlah dah lama tak keluar dengan gadis selepas Sue. Aku amek dia di UM. Berdebar-debar aku tunggu dia turun dari kolej. Abis semua aku check. Rambut dah pacak. Baju dah butang. Perfume dah sembur. Kasut dah pakai (maklumlah bawak keta tak pakai kasut). Bila semua dah periksa aku pun jerit CHECKED!...sebagai tanda aku dah cukup bersedia.
Bila dia turun je aku dah terkejut. No wonder la suara dia mcm gengster dlm telefon. Gaya jalan pun macam gengster. Tapi itulah keunikan dia. Sweet sangat.
Masa tu kami cadang nak makan di Pizza Hut di sek 14 PJ. Homeground aku dulu masa muda-muda. Tapi dah sampai situ nak cari parking pun satu hal. Dekat setengah jam jugaklah pusing-pusing sek 14 cari parking. Tapi dia sangat cool. Aku pulak yang gelabah.
Untuk lunchtime kami yang pertama aku lega. Berlalu dengan lancar sekali..
Dia ada kata yang aku orang pertama yang panggil dia sewel. Aku pun tak tau yang tindakan aku itu bijak atau tidak dengan memanggil dia sewel. Mungkin sebab aku banyak cakap merepek dan dia pun ikut serta merepek sekali. Silap jugak aku mengajar seorang doktor perkara bukan-bukan.
Korang semua jangan salah sangka tau. Entri ini bukan kesinambungan kisah aku dengan redup. Ini lebih kepada sinopsis atau warna-warna yang sebetulnya aku jarang cerita pasal dia.
Aku terima penolakan dia pada aku. Tipulah kalau aku kata yang aku tak pujuk dia langsung. Tetapi akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Cinta tidak boleh dipaksa. Siapalah aku nak memaksa cinta untuk datang dan menerima. Kan tuhan dah kata Kun Fa Ya Kun..
Dalam entri yang sudah-sudah ada aku kisahkan bagaimana aku telah cuba meminta nasihat daripada kawan-kawan aku. Ada di antara mereka bertaraf dewa chenta, pari-pari kedamaian dan juga perawi-perawi dari nas-nas chenta agung. Semua aku mohon nasihat. Pendek kata kalau aku pergi beli nasik lemak kat warung dan makcik itu letakkan lauk penuh gaya nescaya aku akan memohon nasihat chenta dari makcik itu. Maksudnya tiada siapa yang hebat terlepas daripada pandangan aku.
Akhirnya aku realise satu perkara. Bahawa untuk mencari dan memiliki cinta sebenarnya tidak perlukan nasihat. Cinta sesuatu yang sangat UNIK dan halus perkiraannya. Dan tiada istilah betul atau salah sebenarnya. Kita boleh mengambil seberapa nasihat yang kita nak. Tapi hakikatnya kita cuma mahu dengar apa kata hati kita.
Letaklah berapa banyak kriteria-kriteria yang kita nak pada seseorang itu. Tetapi akuilah yang pada penghujungnya kita akan dapat apa yang kita tidak pernah terfikir pun. Aku sendiri akui pada mulanya aku tak terfikir pun nak panjangkan hubungan ini. Redup terlalu berbeza dari apa yang aku nak dari seorang gadis. Namun selepas beberapa kali keluar aku perasan yang dia sangat unik. Dan keunikan dia buat tanggapan aku pada gadis-gadis berubah.
haih..
Untuk dia aku buat apa saja yang termampu. Dan aku tak pernah pun memberi cinta yang sangat sempurna kepada dia. Aku hanya memberi apa yang aku ada. Memberi dari kelongsong dan perca hati aku..Sebagai manusia yang biasa aku juga ada kekurangan. Dan aku terima kekurangan aku..
Hari ini hari jumaat.
Penghulu segala hari...
Moga diberkati tuhan.
Selamat Ulang Tahun Perkenalan.
28 tahun aku hidup.
28 tahun aku mencari kamu.
28 tahun aku cuba merungkai siapa yang tertulis di sisi aku di arash sana.
kawan-kawan,
Memberi cinta dan mengharapkan cinta di terima ada dua perkara yang berbeza.
Memberi cinta itu mungkin mudah.
Tetapi mengharapkan cinta di terima adalah sangat berisiko.
Peace.
----