Wednesday, January 21, 2009

Diam!

aku tertekan. semuanya serba tak kena. adakah aku telah hilang sentuhan. damn..

camana lagi la aku nak buat. dah puas pusing. Kalu camni alamat aku sorang diri la sampai ke tua..dem..

apa lagi yang tak kena entah. cara kah?teknik kah? mau mulut manis mcm tebu bunting kah?buruk kah........??
tel me forgod sake!

patah tumbuh hilang berganti..wat da fak!

tiuplah angin.terbangkan ia ke sana.carikanlah aku dahan itu. kerna didahannya tertulis takdir. mohon kau sampaikan padaku.
agar aku tidak lagi gusar...

Friday, January 16, 2009

Ini aku.

haha..inilah muka aku yg paling sengal pernah aku letak.tp agak macho la.semua org bleh tgk dgn percuma. Lepas ni misai dan janggut tu dah xde.

Bos aku dah bising, mak aku kat kampung dah bising dan kwn2 aku kat opis pun dah bising2. Nape nampak serabut sangat. Aku jawab aku ni org seni. Aku berinteraksi dgn alam.ptuih!.

Hari Selasa ni masuk keja aku janji akan lebih terurus. Lebih kemas. Dan aku janji akan pakai kemeja dan seluar slack (wlaupun keja company US yg xkesah ko nak pakai ape). Damn kwn2 aku..Yg pasti aku akan tampil dgn rambut baru..

Gadis2 diluar sana apa lagi..

Wednesday, January 14, 2009

Seribu Satu Wajah

Dah lebih dua bulan aku tak menulis. Lagipun bukan aku publish kat sape2 pun. Suke hati aku la.haha..Tapi hanya kawan2 terdekat jela yg tau.

Terima kaseh la jugak kepada erna yg tak henti2 menanyakan bila aku nak menulis lagi di blog aku. Erna mengUPDATE aku setiap masa. Kepada bengkok yg menjadi peminat setia akusangblogger walaupun aku tak tau ape yg bestnya kat sini. Tak lupa juga kepada Dugg yang akan mengUPDATE rakan2 tentang perkembangan blog aku.

Kerana anda semua la blog aku dibukak sebanyak 800 kali walaupun belum official lagi..haha

Diatas ini adalah wajah2 yg berjaya aku amek sepanjang 2008. Jangan tanya aku nape byk org hisap cigar kat atas tu.

Thursday, October 16, 2008

Rahsia Gambar Cantik

Haha..Selama ini aku banyak berahsia pasal gambar-gambar aku. Ramai orang mintak tips. Tapi aku tak pernah bagi. Oleh kerana baru-baru ini aku telah menurunkan separuh ilmu-ilmu photography kepada Shauki (itupun sebab dia beli kamera aku), apa lah salah aku bagitau sahaja kepada yang lain.

Rahsia pertama adalah cahaya. Cubalah ambil gambar waktu cahaya ataupun matahari tengah terik. Tetapi make sure subjek kita tidak membelakangkan cahaya. Gambar sure superb. Kurangkan mengambil gambar dikala petang atau malam. Sebab gambar-gambar waktu itu biasanya menghasilkan noisy (bintik2 ,kabur ataupun tak clear)

Rahsia kedua adalah editing. Mesti ramai yang terkejut kalau aku katakan aku tak pernah gunakan adobe photoshop. Susah dan complicated sangat. Aku hanya menggunakan window picture manager dan satu lagi sofware yang hanya shauki sahaja yang tau.haha. Tetapi aku syorkan kepada semua supaya jangan banyak sangat edit. Nanti jadi fancy dan tidak real. Hanya simple touch sudah mencukupi.

Rahsia ketiga adalah shot-shot dari sudut -sudut yang menarik. Cuba elakkan amek gambar statik seperti manusia berdiri tegak untuk mengambil gambar. Dalam erti kata yang mudah pelbagaikan..Sebab itu aku selalu cakap sama orang yang bertanya bahawa kamera tidak penting sangat. Yang penting tangan tu. Samaada ada seni atau tidak.

Itu sahaja 3 rahsia utama dalam photography. Selebihnya kena datang sendiri dan berguru dengan aku. Mudah kan..??

Selamat Tinggal LUMIX

Kamera semi pro aku ini memang sangat berjasa kepada aku. Gambar kat bawah. Setelah melengkapkan tugas kepada aku kini kamera itu telah pun bertukar tangan. Setelah hampir 9 bulan berkhidmat kamera itu telah pun dijual kepada Shauki. Dengan LUMIX sahaja aku telah mengambil hampir 10,000 keping gambar.Dan aku harus memperuntukkan 12 Gig hanya untuk gambar-gambar dalam PC aku. Sebahagian besar gambar-gambar aku ini tidak mengecewakan.

Bukan sengaja aku menjual LUMIX. Biasalah naluri hati mahukan yang lebih besar dan gempaq. Yang terbaru akan sampai lagi seminggu. Berkemungkinan CANON.

Masa mula-mula berkecimpung dalam photography ni aku sendiri kurang yakin dengan hobi aku. Rupa-rupanya hampir setiap hari aku snap gambar. Gambar dari hati. Sebab itu ramai orang cakap gambar aku cantek..hahah

Thursday, October 9, 2008

Makna Hari Raya Untuk Orang Yang Sudah Kerja tapi masih bujang

Kat sini aku terterakan berapa banyak duit aku lesap sepanjang hari raya..

1. Angpow untuk anak-anak buah (mak aku yg tolong distribute) - RM 300.00

2. Duit dapur untuk mak aku - RM 150.00

3. Belanja makan famili kat separa mewah - RM 300.00

4. Perjalanan pulang dan kembali - RM 120.00

5. Lain-lain - RM 130.00

Total expenditure: RM 1000.00++

Dulu sebelum start kerja tak payah pikir apa. Duit raya orang kasi. Kalau orang bagi sikit kita tarik muka. Rupa-rupanya susah jugak nak memilih duit kaler apa yang sepatutnya masuk dalam satu-satu angpow.

Dulu time makan ramai-ramai satu famili kat luar semua sepupu sepipitku yang sudah bekerjaya berebut-rebut nak bayar. Aku cuma berebut-rebut nak makan. Kali ini aku lah antara orang yang berebut-rebut nak bayar. Ikhlas?mestilah...

Sekarang baru aku paham apa itu bekerja untuk duit. Terima kasih dunia..

p/s: xleh ke aku keja amek gambar je. Time aku nak duit aku g amek gambar. pastu jual kat internet. sekeping aku jul rm200.00 dah la. seminggu aku jual 5 keping. sebulan aku jual 20 keping. Aku nak duit lebih aku jual lebih. senang..

Satu Pagi di Hari Raya..


Pagi sebelum ke masjid bapak aku ckp aku macam orang Indonesia nak pergi beraya. Tapi aku cool. Sampai masjid jumpa kawan-kawan aku, diaorang tanya lepas ni nak naik tongkang balik Indon ka. Tapi aku cool. Lepas sembahyang ramai indon datang kat aku salam tunduk. Aku pelik bercampur riak dan takbur. Rupa-rupanya diaorang ingat aku orang besar dari kedutaan Indonesia. Damn..ini baru betul-betul cool!