Saturday, February 14, 2009
A.Kadir Jasin Wartawan Hebat
Semalam Pak Kadir ada publish satu artikel pasal pertembungan BN dan PR pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada bulan April ini. Oleh kerana diriku jua kritis maka aku telah pun komen di blog tersebut. Kat bawah ni adalah salinan kata-kata aku kepada Pak Kadir. Dan yang bestnya Pak Kadir telah menghantar personal email kepada aku untuk menjawab segala persoalan yang diberi.
Salam Pak Kadir,
Saya bukanlah penyokong tegar mana-mana parti politik. Tetapi untuk mengatakan BN akan menang di 2 pilihanraya tersebut amatlah tidak logik. Rakyat sudah semakin matang.Media-media milik kerajaan cukup-cukup la memperbodohkan org melayu. Terasa hina bila membaca dan menonton. Pilihanraya kecil kali ini sudah pasti dimenangi oleh PR.
Saya kurang faham berkenaan beberapa komen berkenaan selagi Pak Lah masih memerintah selagi itu BN takkan menang.Najib harus mengambil alih. Saya dan jugak berjuta lagi org Malaysia merasakan kelemahan BN sekarang ini bukan disebabkan oleh Pak Lah seorang. Bukankah sekarang ini Malaysia ditadbir oleh Najib. Pilihanraya kecil sebelum ini juga dikendalikan oleh Najib. BN sekarang telah mengalami transformasi ketandusan peminpin, rasuah,politik wang dan bermacam2 lagi.Pendek kata kelemahan BN sekarang adalah secara total.
Berkenaan dengan isu Sultan yg dibangkitkan oleh seorang 'kontarktor'. Orang melayu mana yang tak sayangkan Raja.Orang melayu mana yang tak hormatkan institusi Kesultanan.Tetapi hormat dan sayang melayu bertempat.Lupakah pepatah 'Raja adil Raja disembah,Raja zalim Raja di Sanggah'.Saya berpendapat org melayu Perak sayangkan Sultannya.Tetapi bila sultan tidak berlaku adil dan mengetepikan hujah serta undang2 maka rakyat khususnya org melayu kecewa.Dan kekecewaan rakyat ada sebabnya.Keadilan mesti ditegakkan.Kita pun diajar untuk tidak menyokong membabi buta.
Rakyat khususnya org melayu semakin matang. Mereka tidak lagi menyokong membabi buta. Propaganda BN khususnya UMNO tidak lagi menarik org ramai apatah lagi org muda.Keadilan harus diserahkan kepada yg berhak.Terima kasih.
Saif Al-Hafsham
Wasiat Dari Dewa..(untuk lelaki sahaja..)
Setelah dikumpulkan jilid-jilid dari perawi dan pemegang amanah yang sahih maka disini disimpulkan nas-nas lengkap ceritera dan mauduk dalam karma mencari cinta..
Kesahnya kalau seorng lelaki itu mau mencari cinta maka yang pertama sekali jangan peduli nasihat orang. GO AHEAD (dgn izin). Kerna setiap gadis -gadis tidak sama perilakunya hatta bau-baunya. Tidak ada satu teori pun yang mengatakan setiap gadis-gadis adalah sama tabiatnya serta proses urinitasinya. Hanya yang hampir sama mungkin ramai gadis-gadis sukakan coklat dan bunga. Tapi mesti mahal. Yang murah sori. Ikhlas dari hati walaupun murah?Dusta semua itu..Kalau pun mau meminta nasihat pilihlah orang yang beberapa kali gagal dalam percintaan. Maksudnya bercinta kemudian putus. Mereka-mereka ini punya pengalaman bagaimana mahu menjinakkan gadis dan mengTACKLE (dgn izin) gadis-gadis dengan cara yang paling berhemah. Oleh sebab itu mereka banyak pengalaman. Belajar dari kesilapan. Jangan dicari orang-orang yang bercinta sekali sahaja dalam hidup mereka. Walaupun percintaan mereka lama usianya tetapi mereka hanya bercinta sekali. mereka tidak punya pengalaman terhadap gadis-gadis yang lain.
Jikalau sudah mendapat gadis yang diingini dan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengurat, be cool my friend..(dgn izin). Jangannlah rakan-rakan semua menjual diri tuan hamba dengan murah. Ego kena dihormati. Tetapi jangan pulak di jual dengan harga yang mahal. bak kata pepatah menarik rambit dalam tepung,rambut jangan putus,tepung jangan berselerak. Kalau si gadis jual mahal sangat dan dah tak termampu untuk si jejaka untuk membeli maka eloklah si jejaka BLAH. Tak payah tunggu lama-lama. Banyak lagi gadis-gadis manis diluar sana yang mendambakan kasih seorang jejaka sunti. Fakta: Gadis-gadis lebih ramai daripada jejaka-jejaka di dunia yang serba fana ini.
Yang ketiganya jikalau cinta anda di tolak dengan alasan sigadis belum mahu mencari cinta..atau si gadis itu berkata.."tidak ada keserasian antara kita" dengan wajah yang sangat meruntun jiwa..jangan percaya. itu taktik gadis-gadis untuk berkata TIDAK terhadap muka anda yang tak berapa malu itu. Kata-kata tersebut merupakan penolakan yang maha halus.Tak ada keserasian konon..bullshit! (dgn izin)
Arakiannya kalau tidak jua berhasil dengan pelbagai helah dan taktik.....maka
Carilah BULUH PERINDU..
Thursday, January 22, 2009
Impianku...
Impianku:
- Scuba diving
- bungy jumping
- pergi ke masjib Biru Turki
- bersalam dgn M.Nasir
- bersalam dgn Ramli Sarip
- bersalam dgn Heliza sambil berlapik (mana tau jodoh)
- bersalam dgn samsiah Fakeh (dah meninggal)
- Beli camera DSLR yg mahal
- snorkling
- paintball
- beli kereta
- beli rumah
- buka ladang
- menunaikan umrah dan haji
- kawinnnn....
- water rafting
- panjat gunung kinabalu (time ada cable car nanti)
- melancong bersama rakan2
- hantar mak bapa pegi haji
- kalau aku kawin aku nak m.nasir atau ramli sarip nyanyi time kenduri
10 daripada 20 telah pun terlaksana. ayuh rakan2 bantu aku mencapai impian. rasa2 ramai dah boleh agak apa yg sepuluh tu. haha
Wednesday, January 21, 2009
Cerpen bertajuk DIAM! itu..
Diam!
camana lagi la aku nak buat. dah puas pusing. Kalu camni alamat aku sorang diri la sampai ke tua..dem..
apa lagi yang tak kena entah. cara kah?teknik kah? mau mulut manis mcm tebu bunting kah?buruk kah........??
tel me forgod sake!
patah tumbuh hilang berganti..wat da fak!
tiuplah angin.terbangkan ia ke sana.carikanlah aku dahan itu. kerna didahannya tertulis takdir. mohon kau sampaikan padaku.
agar aku tidak lagi gusar...
Friday, January 16, 2009
Ini aku.
haha..inilah muka aku yg paling sengal pernah aku letak.tp agak macho la.semua org bleh tgk dgn percuma. Lepas ni misai dan janggut tu dah xde.Bos aku dah bising, mak aku kat kampung dah bising dan kwn2 aku kat opis pun dah bising2. Nape nampak serabut sangat. Aku jawab aku ni org seni. Aku berinteraksi dgn alam.ptuih!.
Hari Selasa ni masuk keja aku janji akan lebih terurus. Lebih kemas. Dan aku janji akan pakai kemeja dan seluar slack (wlaupun keja company US yg xkesah ko nak pakai ape). Damn kwn2 aku..Yg pasti aku akan tampil dgn rambut baru..
Gadis2 diluar sana apa lagi..
Wednesday, January 14, 2009
Seribu Satu Wajah
Dah lebih dua bulan aku tak menulis. Lagipun bukan aku publish kat sape2 pun. Suke hati aku la.haha..Tapi hanya kawan2 terdekat jela yg tau.Terima kaseh la jugak kepada erna yg tak henti2 menanyakan bila aku nak menulis lagi di blog aku. Erna mengUPDATE aku setiap masa. Kepada bengkok yg menjadi peminat setia akusangblogger walaupun aku tak tau ape yg bestnya kat sini. Tak lupa juga kepada Dugg yang akan mengUPDATE rakan2 tentang perkembangan blog aku.
Kerana anda semua la blog aku dibukak sebanyak 800 kali walaupun belum official lagi..haha
Diatas ini adalah wajah2 yg berjaya aku amek sepanjang 2008. Jangan tanya aku nape byk org hisap cigar kat atas tu.