Saturday, February 21, 2009

Suram



Seluruh dunia suramlah bersama aku..

Kerana aku demam.

Wednesday, February 18, 2009

Teman-temanku di Rumah


Kalau org tanya aku apa yg ko bt di rumah?
Siapa kawan2 ko dirumah?
dan apa yg membuatkan ko tu ko?

Aku dengan tanpa segan silunya menjawab..aku adalah apa yg aku buat setiap hari. Pendek kata kalau aku mati ini je yg aku ada secara on the spot nye..
Satu set hair dryer berjenama ELBA yg bertanggungjawab mengeringkan rambut aku setiap pagi sebelum ke opis. Kalau aku lambat ke opis maksudnya gadget inilah yg melambatkan aku.
Satu set beg YONEX dilengkapi dengan raket juga dari YONEX dan satu batang lemang bulu tangkis berjenama PROTECH.
Minyak wangi yang baru aku berjinak2 sejak dua tahun lepas. Satu berjenama Armani:Code dan satu lagi Salvatore Ferragamo. Ya kedua-duanya dibeli oleh kakakku dan dia jugak la yang bertanggungjawab memilih jenama tersebut.
5 pasang kasut + satu selipar.
Satu set golf berjenama DUNLOP yang akan aku main bila mood aku sampai.Satu mug aku yg comel.
Satu bag travel berjenama KARRIMOR
Camera DLSR berjenama CANON untuk mengambil gambar gadis-gadis cantek. yg tak cantek sori.
Syampoo jenama LOreal yg ku beli di saloon selepas dipaksa beli oleh amoi yg cantek. Dia membuatkan rambut aku indah. dan bkn salah dia kelihatan cantek.
Satu pack vitamin C sebagai suplement untuk diriku yg mementingkan pengurusan diri yang terpuji.
4 jam tangan. Jgn marah kerana ini kegilaan aku.ADIDAS, ALAN DELON, CHOPART dan yg terbaru ORIENT. Salah bapak aku jugak. Menurunkan minat ini kepada aku. Ikutkan aku lebih minat kumpul setem.
Satu set majalah dan jugak karya ilmiah tentang camera. Daripada aku membakar duit membeli rokok.wlaupun beli jua..
Beberapa lense dari jenama Sigma dan juga CANON. Kegunaan: memikat gadis
Satu set joran berjenama ABU GARSIA. Walaupun dia ABU tetapi ia jenama USA.
Yg terakhir tiket ke Istana Budaya. Baru sahaja berjinak-jinak. Walaupun darah seni itu sudah lama dalam diri aku.


p/s: HAdi dan encik DUgg. jgn lah kalian memaki aku dgn karya aku yg agak2 fak ini.haha

Monday, February 16, 2009

So Long A shift...

What happen to you when your boss give you direct order that will ruin your motivation?

What happen to you when your boss said that you will be transfer to other department?

Some people asked you what your motivation to work is. Some will says it is because the culture. Some will say it is due to working environment.

But for me all these answers come with one holy reason..

My buddies and my friends. There are the key motivation for me to build the best working environment and also to absorb challenging culture in the company..

Oh God

I lost my soul

I lost all my good friends..

Menulis tanda Bosan

Aku sungguh takde mood nak keja hari ni..

Jam aku tengok sungguh lambat sekali berputar

Jenuh aku berjalan-jalan anak meninjau line department sebagai tanda aku bosan

Semata-mata mau menunjukkan aku Bos yang dedikasi.

Damn cool!

Sunday, February 15, 2009

Macam-macam

SULTAN wajar MURKA - Petikan Mingguan Malaysia

SAIFOEL wajar DERHAKA - Petikan akusangblogger

Sambungan: A.Kadir Jasin Wartawan Hebat

Di bawah merupakan antara komen-komen dari pembaca blog The Scribe A Kadir Jasin.

Dato, kalau nak tahu realiti sebenar sokongan rakyat komen pengunjung Saif Al Hasham adalah terbaik. Dato tak percaya pergila ke masjid lepas jumaat, pasar malam, gerai makan, bank, supermarket malah syarikat glc pun orang melayu terutama di bandar telah lama beralih sokongan ke PR .

Pohon Tuhanku..

Tuhan,
Dimanakah Kau sembunyikan cahaya itu
Jauh perjalanan ku redah mencari ruang itu..

Tuhan,
Dimanakah harus aku mencari
Tidakkah sebarang petunjuk untuk aku..

Tuhan,
Arashmu begitu luas dan sayup
Mungkinkah untukku gapai dan berpaut..

Tuhan,
Hari-hari suramku makin redup
Setiap detik yang berlalu menjauhkan aku..

Tuhanku,

Dekatkanlah hatiku untukmu
Kerna kegelapan itu menyesakkan aku
Izinkanlah cahaya itu menyelusuri aku

Dan mendamaikan aku......