Wednesday, March 11, 2009

Kenapa ekonomi meleset


Aku telah beberapa kali ditanya berkenaan kenapa dan bagaimanakah ekonomi itu meleset. Paling last semalam seorang gadis comel dari PJ telah menanyakan aku soalan yang sama. Aku tak salahkan dia kerana apa yg dia tau hanyalah term neurology, hypercalcemia, infectious desease, arthritis dan jugak pediatrics.Tp xpa aku syg kamu..Baeklah aku ulas dengan cara yg paling simple. Harap semua org paham. Kalu xpaham jugak itu bleh la diibaratkan mengINSULTkan my intelligence. Kerana aku di matrix dulu amek ekonomy. Dan aku kerap menanyakan soalan kritis kepada lecturer aku seperti kenapa harga teh ais setiap tahun tak sama ataupun berapa nilai harta kekayaan Brad Pitt dan Angelina Jolie..Sudah. kembali kepada ekonomi meleset.

Begini kesahnya secara mauduk..

Krisis ekonomi yang berlaku sekarang ini bermula di US. Krisis ini jugak dipanggil subprime.Pada penghujung 2007 ekonomi dunia berada dalam kedudukan yang sangat stabil dan kukuh. Jadi untuk menambahkan lagi keuntungan bank2 di seluruh US telah memberi loan kepada sesiapa sahaja termasuk individu dan coperate tanpa mengira latar belakang sama ada si peminjam itu mampu untuk membayar balik atau tidak. Bila ini berlaku bank2 akan berada dalam situasi yang sangat berisiko memandangkan penjanaan kewangan setiap bank2 datangnya dari urusan pinjaman dan bayaran balik.

Pada tahun 2008 polisi bank2 ini telah menampakkan kesan negatif. Akhirnya plan2 tampanan seperti ABS (Asset backed securities) tidak lagi berkesan kerana ianya bersifat sementara.Peminjam termasuklah menerusi pinjaman biasa dan jugak kad kredit tidak mampu membayar balik pinjaman. Sebabnya mudah. Beli tapi tak mampu bayar. Dengan syarat pinjaman yang longgar setiap org mampu untuk memiliki easy money. Krisi ini diterukkan lagi dengan harga rumah2 di US yang jatuh dengan mendadak disebabkan oleh pelbagai faktor.Mereka2 ini dinamakan NPL (Non Performing Loan) oleh bank yakni org yg tidak mampu membayar balik pinjaman. Bad debt la tu. Harus di ingat bukan seorang dua yg tidak mampu membayar balik. Malahan beratus ribu org. Dan nilai kerugian bank2 ini ditafsirkan sebanyk USD 100 billion. Keruntuhan sistem kewangan US dan dunia secara asasnya adalah disebabkan ini.
Jadi bagaimana kemelesetan di US merebak ke seluruh dunia termasuk Malaysia?

Ada pelbagai sebab. Salah satunya disebabkan oleh PANIK. Saya hanya akan menyentuh mengenai panik dikalangan penduduk dunia. Kita jgn lupa kuasa membeli setiap manusia dan bagaimana manusia bertindak atas naluri ketakutan. Apa yg berlaku di US sedikit sebanyak memberi kesan kepada consumer, pengguna malahan semua manusia.Mereka kini lebih berhati2 dalam berbelanja. Lebih banyak saving dari berbelanja. Apabila ini berlaku demand terhadap pelbagai barangan seperti electronic, makanan dan pakaian yang bkn keperluan akan jatuh merosot. Apabila permintaan berkurangan, pengeluaran dari kilang2 seluruh dunia terpaksa dikurangkan.Ini dinamakan MORATORIUM. Untuk mengimbangi demand yg merosot dan jugak kos operasi kilang yg begitu tinggi maka kilang2 ini akan mengurangkan pekerja.

Di Malaysia sahaja setakat ini hampir 100,000 org diberhentikan kerja. Dan 50% daripada mereka ini datangnya dari sektor perkilangan dan pembuatan. Manufacturing company ini mengalami apa yg dipanggil LIQUIDITY SQUEEZE. Secara logiknya mereka2 yg dibuang kerja ini tidak lg mampu membayar loan kereta. Dan tidak mampu lg membayar loan rumah. Akhirnya mereka ini akan menjadi beban atau NPL kepada bank.. Dan akhirnya bank2 di Malaysia ini akan bankrup dan jatuh muflis seperti di US. Kepada mereka yg tidak dibuang kerja akan di potong gaji. Mereka ini akan kurang berbelanja. Mereka tidak lagi makan di luar. Mereka tidak lagi bermimpi untuk menukar kereta baru dan tv plasma baru. Lalu kedai mkn, Proton,Honda dan juga FORD akan menuju ke arah bankrupsi. Nampak tak kitaran ini berlaku. Dan inilah yang dinamakan ekonomi meleset dan sedang merebak.
Secara kesimpulannya sistem dunia sekarang sudah goyah. Sistem kapitalis merosakkan dunia. kembalikan dunia kepada sistem sosialis tetapi berpandukan syariat Islam.
P/s: Aku tau penulisan aku kali ni akan bt aku tidak popular. kepada Hadi: Aku telah melaksanakan tanggungjawab sosial aku sebagi seorang blogger.

Tuesday, March 10, 2009

Lilitan hitam sudah dibuka.

Cis! rupanya 10 hari aje aku berkabung.

Cepat redup aku ni..

Sesi mengurat

Aku pun bukak la kitab-kitab lama aku. So aku terbaca ayat2 lama aku..so aku sisipkan untuk pedoman semua..

xxx: tgh keje ke?
saifoelhafsham: yup
saifoelhafsham: cari rezeki kat anak2
saifoelhafsham: lampin pakai buang mahal skang ni
xxx: hahah
xxx: yela
xxx: susu lagi
saifoelhafsham: tau xpe
saifoelhafsham: anak dah brape org?
xxx: skarang baru 4
xxx: alhamdulillah
xxx: nak target 6s
saifoelhafsham: sewel
xxx: huhu
xxx: sape yg start
saifoelhafsham: haha
saifoelhafsham: beta
xxx: patik melayan je
saifoelhafsham: owh..
saifoelhafsham: tuan hamba gundik istana?
xxx: takla..dayang je
saifoelhafsham: oh
saifoelhafsham: maafkan beta
saifoelhafsham: maklum la raja
xxx: ye..tak apa
saifoelhafsham: sewel lg..
xxx: haha
xxx: biasala..mlm2 ni wengweng sikit


cool kan ayat2 aku.

p/s: byk lg sambungannya. nak tau lg?haha

Thursday, March 5, 2009

Bulan Mac sudah datang...

dan aku masih belum mau menulis..

Friday, February 27, 2009

Berkabung

Sejak dari semalam aku ishtihar diriku berkabung.

Aku bosan hidup.

Asyik gagal memanjang

Aku nak pegi Gaza.

Shauqi mau follow aku?

Indah itu Sebentar..

Rupa-rupanya indah itu hanya sebentar..

Menjengah tatkala lama aku mencari..

Syukur Tuhan memberi walau sebentar..

Ya nikmat dunia ku pandang syurga.

Tuesday, February 24, 2009

Indah

Tidakkah hari-hari ini begitu indah..

Tidakkah kita menyedari apabila kita bangun dari tidur kita akan melalui hari-hari yang indah..