Saturday, August 22, 2009

Hijab Tuhan Untuk Mereka

--------------------------


Jauh sudah perjalanan mencari hijab mana yang di izin tuhan. Dalam proses mencari bahagia ini tewas sudah menjadi perkara biasa. Yang kalah akan pergi mati. Yang kuat dan tabah akan terus bangun dan mara.

Kadang-kadang terpikir jugak kenapa manusia bleh bertindak sebegitu jauh. Ape yang dia nampak yg org lain tak nampak..

future mungkin..?

*haih*

aku bukan cakap kat sesiapa pun.
ini untuk aku!

ya aku...
si bangsat yang cuba berubah menjadi malaikat.

ana qalas ya sadiqi..
qalas.

lalalala..


--------------

Wednesday, August 19, 2009

Memperkenalkan anak-anak Hamzah



Tajuk yg sama ada dalam facebook aku. Lama aku cari gambar kami 3 beradik ni. Baru jumpa pas aku godek2 pc aku ni.

Kat sebelah kiri aku tu adalah adik aku. Nama dia Lydiawati Hamzah. Dah 23 tahun umur dia. Kat sebelah kanan aku plak adalah kakak aku. Nama dia Irdawaty Hamzah. Tua setahun je dari aku.Yang tgh tu nama dia Saifoel Hafsham Hamzah. Panjang plak nama anak yg tgh tu..

Bulan November ni akak aku akan bersalin. Tak sabar aku. Bt pertama kali akan ada org pgl aku uncle Remy (supaya lebih urban) or Pak Ngah gagah (supaya nampak traditional)

Nak tgu baby tu bercakap mau setahun gak nak kena tgu.

Ada bagusnya jugak bila kami cuma 3 beradik je. Sebab kami semua ada kelebihan. Akak aku sebab dia yg paling sulung. Adik aku sebab dia yg paling bongsu. Dan aku..mestilah satu-satunya anak lelaki. Yang paling hensem. Dah takde org lain lebih hensem dari aku dlm famili aku. Tolak bapak aku masa muda2 dulu la..

Kalau ikotkan kami 3 beradik ni tak sama langsung perangai. Apatah lg rupa. Akak aku mmg copypaste mak aku. Org kata muka mak aku masa muda2. Adik aku ada kombinasi mak ngn bapak aku. Maksudnya mimik muka mak aku tp susuk badan bapak aku. Aku? kadang-kadang runsing gak pk. Org kata aku mmg ikot sebijik bapak aku. Jiwa aku memberontak mengatakan yg aku ni berdarah latin. Lgpun bapak aku masa muda2 tak mcm Aaron Aziz..

Haih..Aku cuma dapat satu je kot dari mak aku. Makcik2 aku cakap mata aku dari mak aku.

Haha. Itulah serba sedikit pasal anak-anak Hamzah.


Next entry:

" KISAH PARANG PANJANG. KISAH PERONDA POLIS. TAPI SEMUANYA PENAMAT YANG INDAH "

-

Sunday, August 16, 2009

peluru-peluru dari syurga

------

salam,

dikala hujan renyai ni..
hati pun jadi sayu.

tatkala jiwa kosong..
tuhan ada untuk menunjuk jalan.

hayat pun mungkin tak lama..

tuhan pun telah beri masa.
untuk kita penuhkan hati dan jiwa..

peluru-peluru dari syurga ini sungguh indah.
melewati kenangan dan impian.

takut sangat aku ni.
takut tak cukup masa.

maaf kerana masa dan waktu sangat tergesa-gesa.
tapi semuanya sempurna.



-----

Tuesday, August 11, 2009

10 wanita tercantik dunia..




Siti Nurhaliza
- Cuma berada dalam list ni sebelum kawin. Selepas kawin sori.



Reese Wintherspoon
- aku suka dia pertama kali aku tgk dia berlakon dalam Just Like Heaven. Dia jadi doktor yg koma. Sweet sgt.


Rozita Che Wan
- Sape yang dapat ragui kejelitaan dia...


Lisa Surihani
- cumel. dgn lesung pipit.aduh sempurna. ala-ala gadis timur yg sopan.


Acha
- Senyum dia bisa cair satu dunia. satu-satunya gadis dari Indonesia..


Heliza
- bertudung..impian setiap ibu mertua di seluruh Malaysia.


?


-

-Aku dapat kumpul 7 gadis je. pening aku nak cukupkan 10. jenuh tanya member2.takde sorang pun bg jawapan yg tepat.

-

Monday, August 10, 2009

Demam, H1N1 dan Syahid.

Aku tgh demam. Dah 3 hari aku demam terok. Rasa2 mcm kena H1N1. Ntah2 nyawa sampai ujung mgu ni je..aku harap aku dah bt baik dgn semua org. Menggembirakan hati2 yg berduka lara.

Tapi tak best plak mati sbb virus.

Aku teringin nak syahid. Mati di jalan tuhan. Impian setiap lelaki muslim di dunia..Aku nak pegi berjuang di Palestin, Iraq, dan Iran..Kalau di izinkan tuhan la. Aku nak mati dgn senyum. Yang mana tuhan telah janjikan 72 org bidadari syurga untuk mereka yg syahid.wow...aku nak bg syafaat kepada 25 org yg dekat dgn aku.


Haih..jauh mimpi bila sakit ni.

AKu harap demam aku tak lama. Aku perlu cukup2 sihat sebelum hari sabtu ni. Kalau tuhan izin aku nak pegi tgk konvo di UM.



--

Friday, August 7, 2009

Saiful Nang..menongkah arus

Pernah dgr nama saiful nang?kalau ada sape yg tak tau saiful nang ni wedding photographer. Dan bleh aku katakan dia adalah antara 10 wedding photographer yg top kat malaysia ni.

Aku susah nak bukak website org nak tgk gambar kalau gambar diaorng tak gempak. Bg aku majority photographer kat malaysia ni esspecially wedding sgt2 ketinggalan. Maksud aku sgt skema dan kuno. Diaorng ni sgt mementingkan gambar yg sempurna. So kesimpulannya gambar akan kelihatan sgt2 tak real..FAKE..takde moment..hilang jiwa..

Saiful nang macam aku gak guna CANON..go whiteside!!haha
Dia menggunakan CANON 5d Mark 11. kamera saja berbelas ribu..aku hanya menggunakan CANON 40d..Saiful nang boleh beli 3 camera aku dgn harga satu 5d dia.

Aku puji dia sebab gambar2 dia semua menongkah arus. Keluar dari kepompong jurugambar2 yg jumud..Ape yg menarik bg aku adalah gambar2 hasil tangan saiful nang sgt2 punya jiwa. maksudnya setiap gambar ada cerita. Dia tidak lah mementingkan sgt kesempurnaan gambar.gambar2 dia tidak kaku dan statik.tapi dia pandai mengolah supaya gambar2 tu kelihatan sgt2 natural.boleh aku katakan yg mostly gambar2 dia adalah candid.

cakap byk pun tak guna. tgk la sendiri kat:
http://blog.saifulnang.net

saiful nang dah kawin.ada sorng anak nama orked..saiful nang kawin dgn sorng doktor.

I wish i can follow you.

Wednesday, August 5, 2009

Aryana Natasha..dari lensa aku.


aku ada ketika umurnya baru mencecah 2 hari..
lensa pertama yg dia lihat adalah dari aku.






aku ada untuk merakam ketika hari dia di cukur jambul..




Aku ada ketika dia sedang dimandikan neneknya..






aku ada ketika saat dia bangun dari tidur..






aku ada untuk melihat dia membesar...



Cuma aku harap kau tidak la besar sangat sampai darjah 1.
Mungkin ketika itu kamu sudah matang dan mampu bertanya soalan kritis seperti..


Kenapa uncle Saifoel tak kawin lagi?
Rupa agak kacak.

-