Saturday, April 25, 2009
Kenapa dan Mengapa
So ingtkan nak menulis pasal benda2 tu la..
Tapi last2 jadi kisah cinta pulak. Tak pernah terbayang pun aku. Maklumlah aku ni percayakan Sains. Aku tak percaya pada cintan-cintun ni. Terlalu remeh sedangkan aku berfikiran majmuk.. Tapi betul la sebab cinta manusia berubah.haih..Korang rasa patut ke aku tukar tajuk blog aku kepada :
Perjalanan Epul mencari jodoh...atau
Pon dan kesah percintaan...atau
Liku cerita Saifoel mentackle redup.
Pelik benar bunyi..kan
Tapi yang lg pelik lepas aku bertukar kepada kesah cinta ramai pulak yang masuk baca. Daripada hujung bulan Februari sampai la sekarang secara purata 1000 kali klik dalam masa sebulan. Mungkin juga hanya ada 5 org sahaja yg bukak blog ni dan telah menekan sebanyak 200 kali. Maksudnya 1 org x 200 klik = 200 klik.kalau 5 org bersamaan 1000 klik. Sila betulkan pengiraan aku. Kepada yang 5 org tu aku hargai.hehe
Tetapi mengikut pengamatan aku blog aku ni banyak di buka oleh org dari luar negara. Mereka la yang menaikkan rating blog ni. Kebanyakan mereka dari timur tengah, eropah dan juga Utara Canada. Dan secara specifiknya mereka ini dari Kepulauan Solomon, Zimbabwe, trinidad & Tobago, Israel ( dunia siber kan tanpa sempadan agama), Bangkahulu, Serbia, Puak2 Huthu dari Rwanda dan pelbagai lagi.
Terima kasih semua..
Agak sewel jugak ayat2 aku ni..sape kata aku tak kelakar??
1. Aku, Matahari dan Kehidupan. Ayuh datang bersama
Mudah. Kerana setiap manusia tidak sama. Dan penerimaan setiap manusia terhadap ujian tuhan jua tidak sama.
Ada orang di uji dengan kematian. Ada yang di uji dengan kehidupan sukar. Dan ada orang yang di uji dengan kerumitan cinta.
Ya cinta. Takk percaya??
Hitler yang kejam mati di sebabkan cinta. Dia di racun perempuan yang paling dia sayang dan percaya.
Shah Jahan membina Taj Mahal di sebabkan cintanya yang mendalam terhadap isterinya.
Dan banyak lagi orang di dunia ini yang tewas kerana cinta..termasuklah aku.
Dan biasanya manusia akan hilang pertimbangan bila tewas kerana cinta..
Dah puas aku doa mintak dibukakan hati dia. Minta ditabahkan hati aku kalau keputusan dia nanti bukan berpihak pada aku..
Dan tuhan masih belum makbulkan..
Aku tau dulu aku sangat jahat. Siapalah aku yang mahu meminta bermacam-macam sedangkan aku ni manusia hina. Sedangkan berjuta lagi manusia beriman yang mahukan doa mereka makbul..
Sekarang aku hanya mampu berdoa dan bersabar. Bersabar menunggu apa jua perancangan tuhan untuk aku.
Kalaulah aku tau perancangan tuhan untuk aku tidaklah aku begini. Sakit sangat. Tapi siapalah aku yang mahu meminta lebih dari apa yang aku perlu tau.
Kan bagus kalau aku menjadi matahari. Melakukan apa sahaja yang disuruh tuhan tanpa banyak bicara. Bersujud dan memuji tuhan. Menyinari alam yang gelap, sunyi dan suram. Dan menyampaikan rezeki tuhan melalui Nur..
Kehidupan aku..haih..aku hanya perlu satu untuk melengkapkan aku.
Redup..sudikah engkau untuk aku..
Friday, April 24, 2009
Tanpa tajuk.
Tears blunt in her eyes
After knowing the truth
He asked for her forgiveness
"Do you forgive me?”
She reply:
I Don't know
If i forgive you now
Means It's really all over
and as usual I will have to live my life
and so as you
As you
who thought me something
You teach me something
That Not all what I want I can get
As I used to before
That those day I was waiting
Writing you a letter ..saying hii to you
Wearing your red-black-bangle everyday
and waiting
till I know
Not all What I want I can get
Tears blunt in my eyes
for knowing
Why it was all meant to happen
He says again before knowing the reply:
You You You
Kamu Kamu Kamu...
kamu harus tahu yg jodoh semua di tangan tuhan
tidak ada apa yg mampu kita buat untuk menolak takdir..
I'm sorry.
Do you forgive me?
End.
by: Adheen Louis
http://louisadheen.wordpress.com/
----------------------
Adheen Louis,
Kalau kamu baca ini..
secara terbuka aku katakan..
maafkan aku.
Sebelum aku pergi nanti aku nak minta maaf dengan ramai org. Mungkin secara sedar atau tidak aku dah banyak lukakan hati org.
Tuesday, April 21, 2009
9. Carilah orang yang menyayangi kamu.
Pasangan hidup mungkin? aku pun rasa mcm tu..
Percayalah semua yang jodoh itu dah ditentukan tuhan semenjak kita dilahirkan lg. Bahawa di arasy tuhan telah tertulis yg jodoh ko dgn org tu.
Kekadang aku terpikir betapa bertuahnya kawan2 aku yg telah berkahwin. Jodoh mereka telah ditentukan tuhan. Tetapi mereka sendiri tidak pernah tahu yg mereka akan disatukan satu hari nanti. Diaorang berusaha mencari jodoh diaorang.
Ada yang frust menonggeng sampai cakap xnak kawin lgsung. Last2 kawin jugak. Ada yang break pastu sambung. Pastu break blk then sambung blk. Last2 ke jinjang pelamin gak. Ada yang seorang di utara seorang di selatan tapi akhirnya bersatu jugak.
Ikan di laut asam di darat..dalam kuali bertemu jua..
Sampailah di ijab kabulkan barulah mereka sedar yang selama ini yang tertulis di arasy adalah nama mereka berdua. Yang tertulis sejak mereka dilahirkan lagi..
Hebat kan kuasa tuhan..
Tapi bagi kebanyakan org masih keliru untuk memilih termasuklah aku. Adakah memilih org yang kita mahu sayang dan mengorbankan seluruh keringat hanya untuk memiliki cinta atau memilih org yang menyayangi kita sepenuh hati. Kedua2 ayat nampak sgt simple tapi sgt jauh perbezaannya. Tapi di akhirnya ayat itu bersatu sebenarnya.
Aku? aku pilih jalan susah.aku degil.
Beb aku rasa mesti korang tak paham ape aku melalut ni. Aku bercakap ni di luar kawalan minda aku.
Sape beb?
Korang la..yang baca blog aku ni!
Monday, April 20, 2009
Hari itu..
" Ape yang kamu nak dari aku. Aku tak mampu nak janjikan apa-apa dengan kamu. Hati aku bukan untuk kamu"
Dan dia menjawab... " Saya cuma mahu menanti awak di depan pintu. Menunggu awak pulang kerja. kemudian kita solat sama-sama. Saya nak awak jadi imam saya..."
aku: * speechless *
- tak penah terpikir aku akan dapat jawapan mcm ni..haih ape lagi yg aku mau..masih menunggu hidayah mungkin.
Sunday, April 19, 2009
Berwajah Baru Sekejap
Friday, April 10, 2009
Setiap masa itu berdetik
Aku ada dua minggu saja lagi. Keputusan masih 50-50. Blog akusangblogger akan ditutup andai takdir menentukan aku pergi jauh. Aku telah siapkan beberapa nukilan untuk aku kongsi bersama semua pembaca. Ramaikah?
Aku sebenarnya masih menunggu hint tuhan sama ada aku patut stay ataupun pergi jauh. Semuanya bergantung pada satu situasi...
Disini ada 10 tajuk entri yang sebenarnya dah lama aku siapkan. Aku cuma akan letakkan 5 entri untuk tatapan. Kalau sesape rajin boleh la tolong pilihkan
1. Aku, Matahari dan Kehidupan. Ayuh datang bersama.
2. Kisah Klasik untuk masa depan.
3. Nenek. Part 2: Jangan Kau Pergi.
4. Gadis kecil itu dari Rumah Anak Yatim
5. Samad Harano – Part 2
6. Kisah Pelayaran Andika
7. Oh bulan dimanakah bintang..
8. Tuhan..mohon jangan Kau ambil..
9. Carilah orang yang menyayangi kamu.
10. ?