Thursday, September 18, 2008

Aku, Emak aku dan kampung ku

Esok aku nak balik kampung. Last aku balik masa time pilihanraya hari tu..Menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Walaupun undi adalah rahsia tapi aku nak cakap jugak. Aku undi Keadilan.

Itu hari mak aku call. Dia tak suruh balik pun. Tapi dalam gaya dia cakap tu aku paham dia nak aku balik Penang. Anak lelaki sorang. Teruna pujaan. Di perantauan pulak tu.amboi...

Sebagai anak lelaki ni biasanya lebih nak tunjuk yang dia boleh independent. Aku pun sama. Jarang sangat aku nak telefon ke kampung. Nak balik apatah lagi. Mak aku yang selalu telefon aku dan famili aku juga yang selalu datang KL. tapi bila aku sakit ke demam ke mak aku la orang pertama yang aku telefon. Bukan nak mengadu. Entah mungkin selesa bercakap dengan mak kalau jadi apa-apa.

Kekadang betul jugak kata orang yang anak lelaki ni lebih manja dengan emak. Eh bukan manja tapi mesra.Anak perempuan lebih manja dengan bapa.

Kami adik beradik tak besar. Cuma tiga. Semua dah besar panjang. Aku dengan kakak aku di KL. Dia asyik terbang. Aku lebih banyak masa di darat. Adik aku sahaja di Penang. Itupun duduk rumah sewa. Jadi di rumah tu cuma tinggal mak dengan ayah aku. Aku paham kenapa diaorang sunyi. Cucu pun tak ada lagi. Kakak aku lambat lagi baru boleh pregnant. Kerja di langit. Jadinya aku la menanggung amanah untuk mendapatkan cucu untuk diaorang. Pengubat di kala sunyi. Anak-anak dah besar. Tapi masalahnya aku pun belum tau bila nak kahwin. Bayang-bayang girlfriend pun belum ada lagi. Itu yang masalahnya.

Damn..Aku sebenarnya nak tulis benda lain. Tapi melalut benda lain pulak..

6 comments:

sepet_bulat said...

nk menyelit jugak kat cni..
haih...

Anonymous said...

aku kurang faham????????

Erna said...

aku faham sangat2, mesti ending bab jodoh..huahuaa

Princess M said...

aku lagi faaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaham! :p. Xpe, chaiyok bang pul!

Anonymous said...

Boring ar cerita pasai diri hang..sapa yang nak baca..hang tu bukan ahli politik pun,bukan artis pun,nak kata keturunan raja lg la tak kena mengena..cuba la tulis pasal benda yang bole naikkan balik taraf orang melayu yang dah jauh ketinggalan..bangsa hang juga..selit skit2 pasai diri hang takpa la..harap2 pasni hang tulis la benda2 yang membina skit bro..okla aku ni wakil geng2 batu 2..kalau rajin masuk blog aku bagi komen..

Anonymous said...

wah..anak durhaka gak hg ni..haha.