Sunday, May 17, 2009

Penamat Sebuah Naskah

Dulu masa aku jahat aku selalu pikir ape akan jadi kat aku kalau tiba2 tuhan uji aku dgn dugaan yg berat. Bleh ke aku terima? Dan akhirnya aku kata kat diri aku semua benda aku bleh handle. Walau berat mcm mana pun. Sifat degil dan keras kepala aku….lengkap.

Tak lama pun. Lepas tu tuhan cuma turunkan bidadari syurga untuk menduga aku. Yg mana aku tak penah terpikir pun begini sukar untuk aku terima..

Alhamdulliah lepas bidadari tu turun aku byk berubah. 2 tahun aku hilang jiwa. Dua tahun juga aku dijauhkan dari tuhan. Bangsat betol aku. 2 tahun aku menyalahkan tuhan kenapa aku dengan Sudiana tidak ditakdirkan bersama. Selama itulah hati aku tawar untuk bercinta.

Selepas dia hadir jiwa aku aman dan tidak lg kosong. Aku mula percaya yg hidup ini punya tujuan. 3 bulan aku cuba kenali dia. Indah..

Haih…

Kalau semua nak tau dah 5 kali dia tolak aku. Aku pulak degil. Aku cuba nak lawan takdir. Aku nak pecaya yg dia jodoh aku. Itu yg aku silap. Aku sedar diri aku. Aku pun tau yg dia mmg takde hati kat aku. Dia pun jarang sgt nak amek hati aku. Tapi aku bt2 tak paham. kekadang tu kecik jugak hati aku. Aku nak sgt supaya kekadang tu dia letakkan diri dia di tempat aku. Rasa ape yg aku rasa. Tapi aku paham dia rimas ngn aku. Aku mintak maaf sgt2. Dah lebih 2 tahun aku hidup tanpa gadis di sisi. Aku dah tak ada seni. Aku kaku dan nampak terdesak.

Naskah ni pun dah sampai penamat..

Aku harap sape yg baca ni jgn la jadi mcm aku. Aku takde nasihat pun nak kasi. Cuma bacalah ayat2 aku ni dan bt iktibar. Yg penting jgn lupa tuhan.

Aku bangga kenal dia. Yelah tuhan bkn bg selalu. Selepas Sudiana dialah bidadari aku. Aku tak marah dan tak kesal pun atas ape yg terjadi.

Di akhir perkenalan kami aku rasa aku dah bt yg termampu. Jika aku berjalan dan menoleh kebelakang aku pasti senyum..

Sebelum ni aku nak sgt nyanyi depan dia. Last keluar dgn dia aku nyanyi satu bait lagu kat dia. Even lepas blk pun aku call dia dan nyanyi satu lagu lg. MASIH by flop poppy.

Akhir2 ni kalau keluar ngn dia sblm aku hantar dia pulang aku akan kasi kapal terbang kertas. Aku ada selitkan sedikit ayat2 indah dalam tu.

Kalau semua nak tau aku ni takde laptop.Jadi entri2 pasal dia semua aku tulis kat kertas. Pastu masuk opis aku akan curik sedikit waktu untuk menaip dan publish entri baru. Nota2 asal bertulis tangan tu semua aku dah kasi dia. Dia ada original copy. Dan dia ada kenangan itu.

Aku juga ada bawak dia mkn di restoran yg bg aku best yg mana dulu aku tak mampu buat untuk Sudiana. Awal2 kenal dulu aku ada shoot gambar dia dan aku compile byk wajah dia dalam satu gambar. Aku frame cantik2 pastu aku bg kat dia.Aku hepi bile tgk dia hepi terima benda tu..

Cuma dua benda je aku terkilan tak dapat buat. Aku ada janji nak bwk dia tgk teater kat Istana Budaya. Tapi tak sempat..aku juga ada beli satu music box yg cumel nak kasi dia. Supaya dia tidak lupa aku bila jauh..tp dah jadi mcm ni plak..
Haih…

Ape yg aku nak buat lepas ni. Mungkin kembali kepada rutin aku yg dulu. Pegi keja..balik keja beli nasi bungkus. Makan depan tv sambil tgk discovery channel. Kalau cuti selepas subuh dalam kul 8 pg aku akan pegi sarapan di wangsa maju. Sambil baca suratkhabar. Pukul 11 aku akan ke jusco or carrfour. Jalan2 buang masa. Tghari sket pegi bank settle kan ape yg patot. Ptg2 kalau rajin aku akan pegi tgk rumah aku kat selayang. Kalau tak pun aku usung la kamera aku tu ke hulu ke hilir..Loser kan..

So ape lagi yg perlu aku buat?
Aku cuma perlu pura-pura gembira..

Kawan2 ku..jgn lg la perli2 aku bila aku nak kawin. Korang tak nampak ke aku cuma senyum tawar bila menjawab soalan korang. Mgkin lmbat lg korang nak tgk aku kawin. Tawar sudah hati aku...

Terima kasih semua. Aku menulis ni dalam keadaan tangan aku sgt terketar-ketar. Menjelang subuh ni aku akan melihat dunia dari sudut yg lain..

P/S: Sape yg rajin tgk wayang aku syorkan pegi la tgk SYURGA CINTA. Skrip tu ditulis dalam waktu yg singkat.. Thanks Ahmad Idham. Abg olah dgn begitu indah. Rase2 mcm penah dgr je ayat2 dlm filem tu.

12 comments:

Putri akiLa Nur said...

"Kalau semua nak tau aku ni takde laptop.Jadi entri2 pasal dia semua aku tulis kat kertas. Pastu masuk opis aku akan curik sedikit waktu untuk menaip dan publish entri baru. Nota2 asal bertulis tangan tu semua aku dah kasi dia. Dia ada original copy. Dan dia ada kenangan itu."

Touching..huhu..

Bidadari Syurga ..It's her pula..

p/s: hey go & grab new laptop la! ;) take IBM or Mac :P

dukeskywalker said...

aku bleh kasi pinjam laptop aku.
sayu plak aku mendengarnya.

romantik and cool gak ko ni.
kalu aku pempuan, sure dah cair gak lah. banyak gak benda2 yg cool dalam diri ko nih, aku pon baru tau..

so aku bangga gak mengenali ko sbg mana ko bangga mengenali Ms. R..
so stakat nak menemani rutin ko tuh, aku bleh jer follow..

alaaa kawan2 ko yg tanya nak kawen tu, diorang pon baru setahun jagung kawen, tak tahu apa yg akan terjadi kelak, so stakat eksen dah kawen, aku rasa tak perlu lah..

setiap kejadian kan ada hikmahnya..
keep your options open.. bunga bukan se..se..

Anonymous said...

Bang aku nak komen....

Jom pegi tengok Search Awan Biru ramai. Aku n cari org nih. Lepas tgk konsert kita lepak.

nak tak?

Anonymous said...

sayu n pilu baca entry ini..sob..sob..

sepet_bulat said...

u r juz too gud to be true..
cume its not the rite moment je untuk sumone nampak sume tu..mungkin Allah belum bukak ati die..ataupun memang bukan die..

bro..sabar yah..
ur preseverence wud paid off one day..

kamu abang yang sangat kool...
dan mungkin mampu menjadi "the other half" yang hampir sempurna..

chill~
ps:abam coki..bolehkan die aku sayangi sebagaimana aku menyayangi dirimu..?hehee

ponde kelate said...

i salute u la sham.. jodoh takke date bergelimpange.ia juga takke pergi bergulinge.kalau mu pahe maksud pepatah terkedepe aku ni,kau meme lelaki sejati!

mungkin ake ada bidadari lae hok lg spesel Tuhan ciptke untukmu.sabar.sentiasa ingat pada Yg Di atas sana.Insyaallah-

ponde kelate said...

i salute u la sham.. jodoh takke date bergelimpange.ia juga takke pergi bergulinge.kalau mu pahe maksud pepatah terkedepe aku ni,kau meme lelaki sejati!

mungkin ake ada bidadari lae hok lg spesel Tuhan ciptke untukmu.sabar.sentiasa ingat pada Yg Di atas sana.Insyaallah-

Mohd Jalizan Ibrahim said...

boleh buat movie kisah kau ni ..
ala2 box office gitu ..confirm ..

Lisa Sue said...

Saifoel Hafsham,

Sy slalu bukak blok awk..tp the latest entry ni touching sgt.sy nangis bile baca.

sy pernah bercinta dan putus di tengah jalan.dan saya pikir smua lelaki sama saje. jahat,ego dan nak amek kesempatan.

tapi bile baca ape yg awk telah bt untuk bidadari awk..saya rasa ada lagi lelaki yg baik dlm dunia ni.

sabar la saifoel.mgkin dia belum nampak.namun saya pasti kamu berdua akan bersatu jua akhirnya..

alangkah indahnya dunia jika tuhan kirimkan satu seperti awk kat saya..

TC.Salam

Anonymous said...

* UKURAN BENCI & CINTA *

CINTAILAH sesuatu itu SEKADAR saja, berkemungkinan ia akan menjadi KEBENCIANMU pada suatu ketika.

BENCILAH yang engkau benci itu SEKADAR saja, berkemungkinan ia akan menjadi KECINTAANMU pada suatu ketika.

The story of Saif Al-Hafsham said...

terima kasih semua..

aku tidak punya kata-kata lagi untuk untuk ditulis.

bt seketika jiwa aku mati.

Anonymous said...

hi abg,

i dah tgk cite SYURGA CINTA tu..
mcm penah dengar dialog2 dlm cite tu.rase-rasenye dgr kat cni..

abg ek penulis skrip cite tu..???

jawab jgn x jawab!!!