Wednesday, May 20, 2009

Kesah 50 sen

Sejak 2 tahun lepas aku dah stat kumpul duit syiling 50 sen. Misi aku kalau dah sampai masanya nanti duit syiling 50 sen tu mencecah RM 500 ke atas aku nak
beli cincin merisik. Kalau RM 1000 ke atas aku nak beli cincin tunang. Dan kalau RM 2000 ke atas aku nak beli cincin kawin. Bagus niat murni aku ni..

Baru-baru ni aku kena saman sebab tak bayar parking..

Time aku parking tu aku tgk kat kocek aku cuma ada 50 sen sekeping. Cukup la untuk sejam parking. Tapi memandangkan aku perlu kumpul syiling itu maka aku
simpan balik dlm kocek dan terus berjalan g saloon.

Semasa aku dalam saloon tu aku tgk ada org DBKL tgh menulis surat saman kat keta aku.
Aku pun keluar dari saloon dan berlari mintak dia jgn saman aku. Sampai kat keta aku dia pun ckp kalau xmau kena saman kenapa parking tak bayar tiket.
Dengan muka penat aku pun cakap kat dia yang aku td cuma ada sekeping syiling 50 sen. Tapi 50 sen tu aku nak guna bt kawin. Sebab tu aku tak bayar parking.

Dia tengok muka aku.

Aku tengok muka dia..

* Kami terdiam. *



Aku tnya dia.” Saman dah tulis kah?
Dia jawab." Err...dah..”

Aku pun jawab OK sambil berjalan masuk ke dalam saloon. Mei Ling blum siap style kan rambut aku lg...

Aku bangga dapat menyelamatkan 50 sen sekeping tu. Kerana 50 sen sekeping itu telah mencukupkan aku RM 1000.

Hidup kena ada displin.

4 comments:

Mohd Jalizan Ibrahim said...

tu bongok namanya

duke-skywalker said...

Hahah. Tukau kat kedai mamak pon bleh dapat 50sen dari bayar RM30 kat DBKL..

The story of Saif Al-Hafsham said...

Jalizan,

bknkah sudah aku bilang yg kamu harus menjaga tutur kata kamu di sini.

duke,

okay.aku silap

akubapamithali said...

jangan buat malu graduan UIA