Monday, July 27, 2009

Menyahut Cabaran

--------------------------------------------------------------



Hari ni aku menyahut cabaran gaban dgn meletakkan lagu yg tidak enak ini di main page aku.

Dua hari sahaja. sakit hati aku.




--------------------------------------------------------------------

Saturday, July 18, 2009

43 hari selepas cinta..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

43 hari manusia naik ke bulan dan akhirnya turun ke bumi..

43 hari di baling benih ke laut dan menjadi pulau..

43 hari mengelilingi dunia akhirnya kembali ke tempat asal..

43 hari selepas kematian kita sudah mampu tersenyum...

43 hari selepas putus manusia sudah berubah..

43 hari selepas lahirnya bayi, dia sudah mampu mengenal ibu..



**haih**



43 hari selepas cinta..
aku masih cinta gadis yang sama.






Thursday, July 16, 2009

Longkang Puaka.

Semalam..waktu jua malam. Sedang aku bergegas mau turun dari rumah dan melintasi longkang untuk ke parking lot..Dari jauh nampak miss tentera yg cumel baru pulang keja. Naik gen-2

Longkang nak lintas tu tak la besar mane.selangkah je jaraknye..Walaupun boleh je aku lompat. Tapi nak tunjuk kita ni ada adat aku pun pijak papan yg mat2 motor guna untuk seberang longkang tu untuk menyeberang.

Elok aku pijak je papan tu patah. Apa lg masuk dalam longkang la. Motor yg besar2 pun bleh go thru..aku plak pijak dia patah. Celaka punya papan..

Bengkok ckp aku obes. Haram kau. at least aku tak melayang kalau angin bertiup...
Aku rasa mungkin sebab aku bawak kamera. Berat tu saje dah 6 kg.

Elok2 bangun je tepon bunyi..Naseb baik.
Cover line.

Miss tentera mungkin paham aku tgh rushing..

Friday, July 3, 2009

Kami.. SINDIKET PENEMBAK CURI ( SPC )

Baru2 ni balik penang aku telah menganjurkan satu sesi photography. Mainly outdoor la. Sbb tu interest aku. Memandangkan kami semua baru je upgrade kamera jadi adalah perlu untuk aku mengasah lagi bakat terpendam mereka. termasuk diri aku.haha




So setelah dikumpul2kan kami seramai 4 org plan tuk pegi ke Balik Pulau untuk shooting. Tapi kami kurang sorang. Jadinya kami pegi umah Najib. Paksa dia ikot skali. Anak dia plak merengek nak ikut. So aku bg kata dua kat Najib..Sama ada kami atau anak dia.
Dan dia pilih kami.





So cukup 5 org..So driver apa lg..aku la tu.





So dah sampai kami pun cari port nak shooting. Lokasi: Bendang haji Kassim. Tak kenal pun.
Papan tanda kat situ yg tulis. Agak bergaya gambar aku mencari lokasi..








Kat sini aku letakkan sekitar pembikinan gambar2 kami. Nampak tak director dia tgh berbaring. Lagak seperti PRO.









Nampak tak jurugambar2 sy termasuk sy tgh mengambil angle. Model kami yg agak buncit tu akan mengambil lompatan maut. Harus di ingat segala langkah keselamatan telah diambil.









Salah seorng model..






Dan hasilnya..