Friday, July 23, 2010
miss u guys!
will update soon ok.realy2 soon. rindu nak menulis.
salam dari Dallas tx
--
Friday, April 16, 2010
Jiwa Yang Terpengaruh
---
Baru aku sedar kenapa ayat-ayat aku nampak macam jiwang. Ramai jugak yang tanya. Aku pun pelik. Tapi sebenarnya ayat-ayat aku bukan jiwang. Itu adalah ayat-ayat puitis. Macam mana aku dapat ayat-ayat tu semua..??
Segala apa yang aku tulis adalah melalui pembacaan. Aku sangat terpengaruh dengan buku-buku penulisan A Samad Said seperti Salina, Langit Petang, Lantai T Pinkie, A Samad Ismail seperti patah sayap terbang jua, shahnon Ahmad seperti Ranjau Sepanjang Jalan. Kalau sesape yang baca akan tau yang ayat-ayat kat dalam tu sangat putis.
Dan kalau sape nak cari pergilah cari novel Salina daripada A Samad Said. Ianya satu karya agung.
-
haih..
-
Ini semua salah bapak aku. Kecik-kecik dah di ajarnya aku membaca. Aku nak masuk karate dia tak bagi. Dia suruh baca buku. Nasib baik ilmu kebal aku dah lengkap di dada. Sampai bolehlah aku mengajar silat di uia dulu. Ejan, medi, akob dan gaban adalah antara student aku yang terawal. Bukan susah. Ada 3 jurus sahaja. Tumbuk. Tendang. Dan ludah. Simple.
-
Berbalik kepada cerita bapak aku..dulu banyak masa aku habis di rumah. Dan kebanyakan masa aku baca novel di atas la. Tapi bukan novel yang Awie baca dalam cite Baik Punya Cilok. Itu picisan.
-
Satu lagi aku juga sangat terpengaruh dengan filem-filem 80-an. Filem seperti Azura, Gila-gila remaja dan juga Ali Setan sangat membuatkan aku teruja.
Ingat lagi aku satu ayat Ali dalam Ali Setan:
" aku hanya seorang pemburu dan sebagai seorang pemburu aku hanya mencintai diriku sendiri.."
-
What the tuuutt..gempak siut ayat. Hampir histeria aku. haha
-
-
Sekarang kamu paham kenapa ayat-ayat aku begini.. Aku bukan jiwang.
---
-
-
-
Bukankah mimpi itu satu peringatan daripada Tuhan..Bukankah mimpi itu juga satu tanda-tanda dari Tuhan..Usahlah menangis lagi dalam mimpi aku. Aku risau.
-Petikan dari Mimpi Semalam daripada http://www.silalah/ cari.com
-
-
----
Wednesday, April 7, 2010
Hai. Saya Saifoel.
----------
hi..
Assalamualaikum. Tak jawab dosa.hehe
Nak cerita sikit. Blog akusangblogger selepas ini tidak lagi akan berada di blogspot.
Terima kasih kepada junior-junior aku yang paham akan perihal senior diaorang yang kadang-kadang tu begitu bengis. Oleh yang demikian mereka telah bertungkus-lumus menyiapkan laman web berbayar kepada aku. Selepas ini blog aku hanya akan ada
-
-
Sebulan dari sekarang blog akusangblogger akan di tutup. Maknanya blog baru akan dilancarkan selewat-lewatnya awal bulan 6 ini. Majlis perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Telekomunikasi dan Alam Sekitar kalau tak silap aku. Mungkin ada sedikit kenduri doa selamat pada malam harinya.
Buat pengetahuan blog baru ini masih menerapkan nilai-nilai murni rakyat tempatan dan juga tatasusila adat melayu. Buat pengetahuan juga blog ini telah pun berada di alam siber.
Tetapinya aku memilih untuk membiarkan blog ini di cari sendiri oleh pembaca. Sila jangan google nama Saifoel or Hafsham or redup or Fahrin or Aaron ataupun akusangblogger. Nescaya tak akan terjumpa.
Namun di kebanyakan entri aku banyak menggunakan ayat keramah ini.. Dalam blog baru ni pun dah ada empat entri baru. Dan dua daripadanya sangat sensitif bagi aku dan orang sekeliling aku.
-
So apa lagi bolehlah google ataupun menggunakan GPS dengan teknologi terkini.
-
Oh ya aku masih akan menulis lagi di sini dalam masa sebulan ini. Tetapi entri yang sensitif akan pergi ke sana.
-
Selamat mencuba.
-
-
p/s: Baru ni ada seorang penulis buku tepon gua. Dia kata dia rajin bukak blog gua (gua rasa dia tipu). Dia kata nak bukukan kisah REDUP untuk buku dia yang terbaru. Gua cakap: GILA.
nantilah gua sambung crita..
-
--------
Tuesday, March 23, 2010
Nadiku Dan Amy Suatu Masa
---
Aku mintak maaf. Rasanya ramai tak suka tajuk entri aku yang sebelum ini. Bagi sesetengah perempuan tajuk itu mungkin agak keterlaluan. Tapi itulah..aku buat masa aku form 3. Itu jam remaja-remaja baru nak lepas tempoh pra matang.
-
Kepada bakal isteri aku diluar sana ( you know who you are rite!) jangan risau ok. Aku janji akan jadi suami yang baik. Mengucup dahi mu setiap pagi ketika kamu baru bangun tido kecuali aku outstation. Mengambil dan menghantar anak-anak pulang dari sekolah. Takat bab masak-masak jangan risau. Spegetti tu sebelah tangan masak sebelah tangan lagi main blackberry.
-
Kalau nak masak patin masak lemak pun jangan risau k. Aku bleh tepon mak kat kampung tanya resepi.
-
Itu cerita selepas kahwin...
-
Time kenduri mungkin lagi meriah. Ramai gadis mungkin mengimpikan berjalan bawah pedang. Maksudnya kahwin dengan tentera la. Apa barang bawah pedang.. Aku akan kasi lebih lagi.
Mungkin aku akan menyewa 5 jet pejuang MIG-29N membuat lintasan hormat di atas atap rumah pengantin perempuan. Disertai dengan formasi gerakan mengeluarkan asap bertulis " AKU CINTA KAMU SELAMANYA"..
-
Tak nangis lagi tak tau la.
-
Kepada bakal isteriku
you know who you are ( kalau ada la...isk.isk.isk..sedih)
-
Kaulah nadiku
-
-
Tengok betul-betul video klip ni. Aku pun tengok dua kali baru paham. Lirik dia jangan cakap la. Lapan kali baca baru paham sikit-sikit. Anyway memang terbaik. Aku memang into it sangat dengan lagu-lagu basic instrument ni. Guna piano je.
-
Owh lupa pula. Hari sabtu ni jom semua pergi tengok konsert Amy Suatu Masa di Istana Budaya. Dengan umur lebih sikit setengah abad..ini mungkin konsert solo terakhir beliau. So jangan miss.. ( Amy, sila ambil perhatian. Gua promote lu kat blog gua. So jangan lu lari bila gua jerit mintak nak amek gambar dengan lu bertiga.)
Semua peminat Amy marilah bersatu hujung minggu ni. Gua ada hari Sabtu di grandstand tingkat 2 Istana Budaya. Mungkin duduk sebelah Datuk Siti. Tegurlah gua bila nampak gua. Gua mesra. Muka gua di blog ini adalah sama ketika gua di alam nyata. Persis Fahrin dan Aaron.
-
Peeeeewiiiit.
--
--
Saturday, March 6, 2010
Minggu Darah Gemuruh
Bak kata orang time review gaji nanti mesti tabah dan kuat semangat. Masuk bilik bos macam nak masuk debat perdana. Mesti garang.
Bos: Yes Saifoel..come, sit down.
Gua: Thank you.
Boss: You know its about your increment right. So how you evaluate yourself for the past 1 year.
Gua: I think I did good..(kemas ayat gua)
Boss: So you think how many percents?
Gua: I know most of us get evarage 5-7 percents. Just tell me the number. Then we can discuss about my performance..(panjang tapi maintain kemas)
Boss: You guys never keep secret la..ok la between 5-7 percents where you grade yourself?
Gua: I deserve more than 7 percents.
(gua tengok mata bos gua dah terkebil-kebil..)
Boss: okay lah. Here what you will get. (sambil menunjukkan angka yg gua dah jangka)
Gua: Owh okay.
Boss: Well Saifoel you done a great job for your line department. I know I will always can depend on you. Now I want you to learn more about other line. I mean out of your jobscope..(ayat-ayat sebagai cubaan melembutkan hati gua)
Gua: Thanks boss. Will do my best. (gua akui gua agak terbuai-buai dengan pujian tadi. sampai gua terlupa yang gua sepatutnya menjadi tegas. Bijak bos gua.)
Minggu review adalah minggu yang sangat memberi tekanan kepada semua sebenarnya. Ianya akan lebih memberi tekanan jika kita dapat tau yang rakan sekerja kita mendapat rating yg tak masuk akal tingginya. Rakan sekerja yang semua orang tau tidaklah bagus tetapi mendapat rating yang tinggi.
Yelah memang betul dunia memang tak adil. Jadi apa tunggu lagi.
Siapkan resume.
----
Wednesday, February 24, 2010
aku baru perasan.
Aku baru perasan banyak benda..
telefon aku dah jarang berbunyi. aku pun lagi la dah mula jarang men-dail..
banyak masa aku habis di office.
dan lagi aku banyak habiskan masa depan laptop.
sekarang aku sangat suka duduk rumah. mungkin sebab aku tak tau nak buat apa.
haih..
nasib baik ada tuhan.
tak la sunyi sangat.
---
Thursday, February 18, 2010
Memiliki Cinta Sempurna..bila mati hidup semula.
Hari ini genap setahun aku kenal redup..
Kejap betul masa berlalu. Kepada sesape yang ikut crita ini dari awal lagi ketahuilah yang crita ini dah setahun umurnya. Entri pertama yang keluar pasal dia secara tak langsung adalah pada 24 Februari bertajuk INDAH. Silalah ke link itu. http://akusangblogger.blogspot.com/2009/02/indah.html
Ingat lagi aku pada 19 Februari 2009 pukul 8.11 pagi aku telefon dia. Dan dengar la aku suara dia buat pertama kali itu..suara serak-serak basah. Suara baru bangun tidur. Aku konfem air liur meleleh lagi tu.
Ayat pertama aku kat dia, "eh suara macam gengster.."
Dan begitulah seterusnya hari berganti hari..
Pertama kali keluar dengan dia buat aku rasa teruja. Maklumlah dah lama tak keluar dengan gadis selepas Sue. Aku amek dia di UM. Berdebar-debar aku tunggu dia turun dari kolej. Abis semua aku check. Rambut dah pacak. Baju dah butang. Perfume dah sembur. Kasut dah pakai (maklumlah bawak keta tak pakai kasut). Bila semua dah periksa aku pun jerit CHECKED!...sebagai tanda aku dah cukup bersedia.
Bila dia turun je aku dah terkejut. No wonder la suara dia mcm gengster dlm telefon. Gaya jalan pun macam gengster. Tapi itulah keunikan dia. Sweet sangat.
Masa tu kami cadang nak makan di Pizza Hut di sek 14 PJ. Homeground aku dulu masa muda-muda. Tapi dah sampai situ nak cari parking pun satu hal. Dekat setengah jam jugaklah pusing-pusing sek 14 cari parking. Tapi dia sangat cool. Aku pulak yang gelabah.
Untuk lunchtime kami yang pertama aku lega. Berlalu dengan lancar sekali..
Dia ada kata yang aku orang pertama yang panggil dia sewel. Aku pun tak tau yang tindakan aku itu bijak atau tidak dengan memanggil dia sewel. Mungkin sebab aku banyak cakap merepek dan dia pun ikut serta merepek sekali. Silap jugak aku mengajar seorang doktor perkara bukan-bukan.
Korang semua jangan salah sangka tau. Entri ini bukan kesinambungan kisah aku dengan redup. Ini lebih kepada sinopsis atau warna-warna yang sebetulnya aku jarang cerita pasal dia.
Aku terima penolakan dia pada aku. Tipulah kalau aku kata yang aku tak pujuk dia langsung. Tetapi akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Cinta tidak boleh dipaksa. Siapalah aku nak memaksa cinta untuk datang dan menerima. Kan tuhan dah kata Kun Fa Ya Kun..
Dalam entri yang sudah-sudah ada aku kisahkan bagaimana aku telah cuba meminta nasihat daripada kawan-kawan aku. Ada di antara mereka bertaraf dewa chenta, pari-pari kedamaian dan juga perawi-perawi dari nas-nas chenta agung. Semua aku mohon nasihat. Pendek kata kalau aku pergi beli nasik lemak kat warung dan makcik itu letakkan lauk penuh gaya nescaya aku akan memohon nasihat chenta dari makcik itu. Maksudnya tiada siapa yang hebat terlepas daripada pandangan aku.
Akhirnya aku realise satu perkara. Bahawa untuk mencari dan memiliki cinta sebenarnya tidak perlukan nasihat. Cinta sesuatu yang sangat UNIK dan halus perkiraannya. Dan tiada istilah betul atau salah sebenarnya. Kita boleh mengambil seberapa nasihat yang kita nak. Tapi hakikatnya kita cuma mahu dengar apa kata hati kita.
Letaklah berapa banyak kriteria-kriteria yang kita nak pada seseorang itu. Tetapi akuilah yang pada penghujungnya kita akan dapat apa yang kita tidak pernah terfikir pun. Aku sendiri akui pada mulanya aku tak terfikir pun nak panjangkan hubungan ini. Redup terlalu berbeza dari apa yang aku nak dari seorang gadis. Namun selepas beberapa kali keluar aku perasan yang dia sangat unik. Dan keunikan dia buat tanggapan aku pada gadis-gadis berubah.
haih..
Untuk dia aku buat apa saja yang termampu. Dan aku tak pernah pun memberi cinta yang sangat sempurna kepada dia. Aku hanya memberi apa yang aku ada. Memberi dari kelongsong dan perca hati aku..Sebagai manusia yang biasa aku juga ada kekurangan. Dan aku terima kekurangan aku..
Hari ini hari jumaat.
Penghulu segala hari...
Moga diberkati tuhan.
Selamat Ulang Tahun Perkenalan.
28 tahun aku hidup.
28 tahun aku mencari kamu.
28 tahun aku cuba merungkai siapa yang tertulis di sisi aku di arash sana.
kawan-kawan,
Memberi cinta dan mengharapkan cinta di terima ada dua perkara yang berbeza.
Memberi cinta itu mungkin mudah.
Tetapi mengharapkan cinta di terima adalah sangat berisiko.
Peace.
----
Wednesday, February 17, 2010
Bawalah Daku Pergi..
Iye..tajuknya macam jiwang. Tapi aku cuma mau bercerita tentang kehidupan dan kerja.
Sepanjang tiga tahun aku bekerja di salah satu MNC di Malaysia aku rasa hidup aku dah banyak berubah. Aku dah hilang rupa jiwa aku..
Tak pernah aku rasa begini tertekan sejak bekerja. Tahap tertekan dia boleh buat aku nak stop hisap rokok.
Aku jugak dah banyak miss kenduri-kenduri kawen member-member aku.haih..ini semua sebab aku kena kerja time manusia lain sibuk bercuti.
-
Kepada akob aku mintak maaf..macam nak nangis aku tengok gambar kawen hang.
Kepada mon aku selaku godfather yang membabtist hang aku minta maaf. Lain kali nak suh aku amek gambaq kawen hg book awal-awal..
Dan kepada Ejan aku minta maaf sangat-sangat. Walaupun ko ada cakap nak parang aku kalau aku tak pegi kenduri ko. Aku tau ko tak maksudkan begitu.
Tapi ketahuilah yang kenduri aku nanti nama-nama yang di atas ni wajib datang. Ini adalah arahan yang tidak boleh di kompromi lagi. Jangan sampai aku bakar rumah korang nanti.
-
haih..
-
Aku dah penat sekarang. Duit dah bukan segala-galanya. Aku mau hidup aku. Aku nak tebus kembali saat-saat yang aku terlepas sebelum ni.
-
Tolonglah,
Bawa daku pergi dari neraka ini.
---
=-
Monday, January 11, 2010
Atuk..kini lenyap jadi sepi.
----
Di atas buaian itu..di setiap petang menganjak senja. di mana sawah padi itu menjadi hening dan sayup di tiup angin.
Atuk: besaq nanti nak jadi apa..
Aku: nak jadi polis macam tokwan la. nak tembak orang jahat.
Atuk: kalau nak jadi polis kena belajaq pandai-pandai tau...
*diam*
Setiap kenangan itu datang mencurah-curah dan sangat meruntun jiwa. Dan aku tau aku takkan mampu mengadap tubuh kaku itu.. Iya, dengan keadaan aku tanpa airmata..
Pukul 12.15 malam tu akak aku telefon. Aku yang tengah bekerja terkejut jugak dia telefon malam-malam macam tu.
AKak: hang tengah kerja ka?
aku: tengah keja la. awatnya?
akak: tokwan dah meninggal tadi.
aku: .........................
akak: helo? hang dengaq tak??
Mati setiap kata-kata aku waktu itu. Aku tak tahu sama ada aku perlu terkejut atau perlu terus sedih..
Malam itu jugak aku terus pulang ke Kedah.
Sampai Alor Setar dalam pukul 8 pagi. Rupa-rupanya semua orang tunggu aku sebelum mandikan jenazah. Rumah usang itu yang sudah lama sepi kini penuh dengan manusia..Lama jugak aku tunggu kat luar sebelum aku berani masuk kedalam rumah atuk. Itupun sebab maksu aku panggil jugak-jugak suruh aku masuk.
Dari jauh aku tengok mak aku duduk kat satu sudut sambil baca yassin. Basah kertas yassin itu dengan airmata mak aku. Sebagai anak sulung aku tau mak aku seboleh-bolehnya terpaksa kelihatan tabah depan adik-adik dia.
Bila melihatkan arwah atuk kaku depan mata aku buatkan aku sebak. Di sudut yang sama arwah nenek diletakkan dulu. Cuma kali ini lopak airmata aku kosong. Aku buang jauh-jauh kenangan aku dengan atuk. Kenangan yang bisa merobak denyut sayu aku. Aku tak mau orang melihat aku dengan airmata.
-
*senyap*
-
Betul cakap mak jenazah atuk nampak macam tengah tidur. Kulit atuk yang dulunya gelap nampak cerah. Aku harap jenazah atuk dimuliakan tuhan..Atuk meninggal di hospital ditemani seorang cucu yg mana ditugaskan menjaga atuk bergilir-gilir pada waktu malam. Aku terkilan kerana tak sempat berada bersama atuk tatkala atuk di hujung-hujung nyawa.
Semua orang tahu aku cucu paling rapat dengan atuk. Tapi hari itu aku jadi orang yang paling pendiam dan batu sekali. Bila atuk dimandikan aku hanya mampu tengok dari jauh. Aku biarkan cucu yang lain mengambil giliran menjurus atuk. Akhirnya maksu aku jugaklah yang memaksa aku. Itupun setelah semua orang selesai.
Getah paip itu aku pegang lesu. Bila ubun-ubun atuk aku kenakan air teringat aku masa aku mandikan atuk baru-baru ini. Teringat aku masa atuk merengek-rengek minta dihabiskan cepat. Kali ini semuanya sepi...dan aku cuba sekali lagi untuk tidak mengalirkan airmata. Dan aku mohon tuhan tangguhkan airmata aku.
Aku dah hilang masa atuk dikafankan. Aku berkurung dalam bilik atuk. Mencari bau-bau atuk yang masih tinggal. Masih ingat lagi aku dulu masa mak ambil aku untuk dibawak balik ke Penang. Aku curi satu kopiah atuk bawak balik. Bila aku rindukan atuk kopiah itulah yang aku cium dan aku pakai setiap masa.
haih..
Tersentak aku bila mak aku panggil. Mak cakap tinggal aku sahaja lagi yang belum cium atuk. Kata mak atuk dah dikafankan. Semua orang dah cium atuk. Bila aku keluar je ke ruang tamu tu semua mata dah tertumpu kepada aku...
Dan dahi atuk yang bersih itu aku kucup buat kali yang terakhir.
---
--
Selepas selesai semua majlis pengkebumian kami semua balik ke rumah. Aku pun terus tidur. Aku terjaga itupun setelah mak aku kejut suruh bangun sembahyang asar. Bangun-bangun je aku dah tak ada suara. Mungkin kerana terlalu menahan sebak dan aku matikannya di tekak. Yang peliknya bila bila aku terjaga aku tersebut nama seseorang. Mujur suara aku mati.
Atuk,
Damailah engkau di sana. Nenek dah lama tunggu atuk di syurga. Mesti nenek rindu dah 20 tahun tak jumpa.
Kami bersyukur atuk sempat melihat cicitnya yang pertama. Dan Nur Qaseh Qaisarah sempat melihat moyangnya. Hebat kuasa tuhan. Dia ciptakan satu kehidupan. Dan mematikan satu kehidupan yang lain.
Perginya atuk membuatkan aku hilang dua orang yang menjaga aku dari kecil. Lepas seminggu nenek meninggal dulu nenek ada datang dalam mimpi aku. Nenek lengkap bertelekung seperti baru selesai bersolat. Senyap je nenek datang dan merenung aku dari jauh. Puas aku panggil dan mengatakan aku rindu dengan nenek. Tetapi nenek masih bisu dan kemudia hilang dari pandangan aku.
Sekarang aku menunggu atuk datang dalam mimpi aku. Dah dua minggu pun. Dan atuk masih belum datang....
-
Dan aku masih terus menunggu.
-
----
Wednesday, January 6, 2010
Cubaan Kelima.
ini cubaan kelima aku untuk menulis. harap lepas ni bleh tekan PUBLISH POST.
Dah lama sangat tak menulis. Aku tengok hari-hari ramai je yang klik. Tapi takde entri baru. Abis semua orang tetipu.haha.
Banyak benda yang terjadi dalam seminggu dua ni. Aku pun baru je balik dari Singapura. Namun aku dah siapkan beberapa entri untuk di publish. Tapi kat sini macam biasa aku letakkan tajuk dulu. Macam biasa..Tunggu lah.
1. Atuk..kini lenyap jadi sepi.
2. Singapura vs Malaysia
3. Qaseh sudah di baptist
4. Memiliki CINTA SEMPURNA.
---
Ini adalah gambar ketika hari terakhir di singapura. Org cakap mohon restu tuhan singa kat belakang tu biasanya makbul.
------
Tuesday, December 22, 2009
Krismas yang di nanti.
Hari Krismas menjelang juga. Berdebar-debar aku.
Owh lupa krismas kali ni Texas bagi duit RM500.00 untuk staf-staf dia termasuk la aku. Esok dapat kalau tak silap aku. Katanya duit raya krismas dan juga duit buat belanja anak-anak nak masuk sekolah. Lupa plak aku baju sekolah anak-anak belum beli lagi. Yuran lagi. Hidup taknak kalah nak hantar anak-anak masuk private je. Haih..ingat esok nak pegi cari Rizalman la nak buat tempah baju sekolah anak-anak. Aku nak anak-anak aku kali ni up-to-date sket. Biar ada stail.
Haha. Sori sori..kembali kepada perenggan asal yang part berdebar-debar tu...
Seingat aku ini tahun ketiga aku bersumpah dengan budak-budak ni. Celaka punya sumpahan. 3 tahun lepas aku sumpah dengan diaorang depan NZ curry house Wangsa Maju. Aku dengan penuh yakin cakap kat budak-budak ni yang aku akan bertunang pada hari krismas. Kalau tak jadi aku sanggup berlari bogel keliling NZ...
And so seperti biasa sumpah itu terpaksa di renew setiap tahun. Dan setiap tahun jugaklah budak-budak ni berkumpul di NZ setiap krismas. Yang membingungkan aku bukan budak-budak ni saja yang nak tengok aku berlari bogel malah isteri-isteri diaorang juga begitu teruja dengan sumpah berdarah aku itu. Aku pun tak paham. Mungkin aku kelihatan hot ketika berlari bogel di NZ..??hahahaha
Kepada Aiman+Sharizah, Dye+Huda, Ben+ibu sinchan, Aber+Ima gimnastik dan rakan-rakan lain aku harap tuhan lekakan sedikit minda korang untuk hari krismas kali ini..
Yang lain-lain tu tolong aku untuk krismas tahun depan.
----
Tuesday, December 15, 2009
Sudi..pernah ada. (Episod Penamat)
Cerita ini pada tahun 2009...
Dahulunya pada tarikh 15 hb setiap bulan kami menyambut aniversary bersama-sama. Dan pada bulan yang sama yakni Disember hubungan ini putus juga..
Tak lama pun. Cuma hampir dua tahun. Tapi bagi aku cukup lama. Pada pukul 9.15 mlm 15hb Mei di Kampung Baru Sudi menerima aku untuk menjadi sebahagian dari hidup dia. Dan pada 29 Desember 2006 takdir telah putuskan kami tiada jodoh. Aku masih ingat lagi hari itu sehari sebelum Raya Haji dan hari yang sama Saddam Hussein di hukum gantung.
Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun kami putus. Dan hampir 3 tahun jugaklah aku masih sendiri. Dalam masa 3 tahun ni macam-macam dah berlaku. Semuanya dah berubah...
Gaban dah ada company sendiri. Untuk orang berumur macam dia itu dah kira berjaya. Mazli Harun Laban sekarang ini pun bekerja dengan Gaban. Aku pulak bawa haluan sendiri selepas grad...Sudi?
Sudi telah pun berkahwin. Kalau tak silap aku dah setahun lebih. Sudi dah ada anak sorang pun. Cumel macam umi dia..Anak Sudi punya mata Sudi. Cantik.
Haih..
Semuanya berubah dalam sekelip mata. Dasyat kuasa tuhan. Pada November 2006 adalah final year dan final sem aku di UIA. Bodoh dan grad lambat satu sem. Untuk paper yang terakhir itu aku sengaja keluar lambat dari dewan exam. Aku nak hirup udara terakhir aku di CAC Hall yang mana aku sumpah takkan jejak lagi. Sementara menunggu orang keluar tu macam-macam aku pikir. Apa akan jadi kat aku dalam 5 tahun ini. Adakah aku akan jadi orang yang berjaya dalam hidup. Adakah aku akan berkahwin dengan Sudi dan punya keluarga yang bahagia..
Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku hubungan kami akan putus dan aku akan hilang Sudi selama-lamanya.
Sudi telah pun aku bawa jumpa keluarga aku. Masa kakak aku kawin Sudi datang. Mungkin kerana dia segan jadi dia bawak kawan baik dia Ima. Ima pula bawa adik dia yang bongsu. Lala namanya..
Aku pulak sebelum itu dah berjumpa dengan famili Sudi. Maksudnya hubungan ini serius.
Tapi siapa aku nak menolak takdir tuhan. Pada malam dia minta putus tu aku tanya dia kenapa. Dan dia memberikan alasan. Walau sejauh mana aku cuba memujuk akhir sekali aku terima juga keputusan dia. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan kerna aku percaya setiap perempuan itu ada hak dia. Dan itu hak yang dia minta.
Hampir setengah tahun jugaklah aku tak boleh fokus dalam hidup. Sudi terlalu kuat untuk aku. Ejan tau sangat keadaan aku time tu. Dengan dia jugaklah tempat aku selalu mengadu. Muka kusut dan badan pun dah susut. Macam orang gila. Jenuh jugaklah dia maki aku..
Satu hari tu Gaban panggil datang rumah dia. Kata dia mak dia panggil datang makan nasi. Mak dia dah lama tak jumpa aku. Sementara menunggu mak dia siapkan makan Gaban panggil aku duduk dengan dia di beranda rumah. Dia tanya aku dah ok belum. okay je..pendek saja jawapan aku. Gaban cakap jangan bohong dia. Bukan sehari dia kenal aku. Dan aku tak boleh lagi mengelak untuk bercerita pasal Sudi.
Gaban tanya aku masih simpan lagi tak semua kenangan bersama dengan Sudi dulu. Aku cakap dah buang semua. Dia tak percaya. Dia tanya aku sama ada gambar Sudi ada lagi tak dengan aku. Lama aku pikir untuk menjawab...ADA. Aku cakapkan pada Gaban aku tak sanggup buang gambar Sudi dari walet aku. Tak sampai hati.
Akhirnya Gaban minta gambar Sudi tu dari aku. Katanya biar dia simpan. Dengan berat hati aku bagi. Sampai sekarang aku tak tau ape jadi dengan gambar tu.
Daripada Gaban cerita ini bermula dan kepada Gaban jugak la kisah ini berakhir..
Sudi, Aku mintak maaf untuk semua kesalahan aku. Aku mintak maaf kerana tak pandai nak tunjukkan rasa sayang itu. Hatta nak mengucapkan kata sayang itu pun susah. Mungkin bagi aku perkataan sayang itu sgt berharga. Tak boleh cakap selalu. Nanti macam dah tak bernilai. Maafkanlah aku kerana begitu naif dalam bercinta.
Tapi ketahuilah aku sanggup mati untuk mempertahankan kamu..
*diam*
hey! aku hepi la.
Apa lagi yang aku nak. Semuanya ok. Sudi dah bahagia bersama keluarga baru. Dan dah punya anak sorang pun. Sudi gembira.
Bukan itukah yang aku nak selama ini...
Melihat dia gembira.
---
--
Wednesday, December 9, 2009
Perihal aku di klinik lagi..
Semalam aku di klinik lagi.
Mungkin kerana aku terlalu menjaga kesihatan jadinya klinik-lah tempat aku melepak-lepak ketika cuti.
Asalnya aku pergi sebab aku rasa macam nak demam. Tekak pun rasa gatal. Ditambah lagi dengan batuk yang kerap kali muncul....owh lengkap.
Time aku masuk tu Dr Azmi dah ada kat dalam. Dr Azmi merupakan doktor peribadi aku. Maksudnya kalau aku datang dan bukan turn Dr Azmi yang in charge aku akan mintak nurse-nurse kat situ tepon Dr Azmi suruh datang....kalau boleh la. Tapi memang tak boleh.
Semula ke tajuk asal...
Bila Dr Azmi check tekak aku dia kata dah merah sangat ni. Daripada dia memberi alasan kenapa aku sakit dia lebih rela menyuruh aku berhenti hisap rokok. Kerana katanya rokok penyebab segala jenis penyakit.
Katanya perokok-perokok semuanya tak fit. Lalu Dr Azmi menceritakn bagaimana dia masa mula-mula jadi doktor pelatih di hospital seremban. Katanya ada sekali tu senior MO dia suruh dia berlari turun tangga dari tingkat 11 kebawah kemudian naik balik. Itu semua katanya gara-gara dia report lewat ke tempat keja. Pastu Dr Azmi tanya aku apa kesimpulan dari cerita itu...
Aku katakan mungkin masa housemenship dulu Dr kurang berdisplin. Tidak mementingkan tidur yang cukup.
Sambil ketawa Dr Azmi katakan BUKAN. Pendek saja jawapan dia. Mungkin bercampur geram.
Dr Azmi sebenarnya agak terkejut kerana aku mengetahui beberapa bahasa technical doktor yang sebenarnya aku banyak belajar beberapa bulan lalu...
Kata Dr Azmi lagi dia fit. Dia bukan perokok. Sebab tu dia takde masalah naik turun 11 tingkat. Even katanya kalau di suruh berlari 2km pun dia boleh lagi. Dr Azmi katakan pada aku dia tak pecaya aku boleh berlari 2km non-stop. Katanya perokok cepat penat.
Sebelum keluar tu Dr Azmi kata mau refer aku ke Gleneangles Hopsital. Aku tanya dia kenapa. Dia nak aku berhenti hisap rokok. Benda pertama dia nak aku buat adalah checkup di private hospital. Punyalah takut aku dengar. Kena check darah lagi. Aku ni walaupun brutal tapi agak malu-malu sikit dengan darah. Sebab itu aku tak boleh kawin dengan doktor agaknya...
So semalam bagi membuktikan aku masih lagi fit aku terus pergi ke Celebrity Fitness Wangsa Walk sesudah celik mata pagi semalam. Pukul 12.00pm aku sampai. Sharp.
Benda pertama yang aku cari sesudah sampai ialah papan lari setempat ataupun ape kejadah yang korang panggil benda tu...
Ternyata telahan Dr Azmi meleset. Selepas 15 minit aku telah pun berlari sejauh 2.66 km. Puas hati aku. Tercungap sikit tu biasalah.
Keluar dari gym tu benda pertama yg aku capai adalah sebatang rokok Marlboro light..
Sambil berfikir-fikir apakah juadah makan tengah hari aku.
Berhenti hisap rokok?
Ya. Aku akan cuba.

Selepas ini tiada lagi gambar seperti ini. Mungkin selepas ini hanya tasbih yang akan selalu bermain di jemari aku.
------------
====
Saturday, November 21, 2009
sebentar ya.aku nak bebel..
----------
Sebelum aku terlupa aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada beberapa orang. Mereka2 ini telah review blog aku.
Aku tak nampak apa istimewa blog aku ni sampai ada yg nak review.
Tetapi aku sungguh rasa terharu sebab kebanyakan mereka telah mengambil beberapa cerita terutamanya cerita-cerita REDUP untuk di jadikan pedoman. Aku akui cerita-cerita REDUP adalah kisah yg penuh sentimental. Satu masterpice luhur dan jujur. Dan sejujurnya aku beritahu di sini kisah itu telah pun tamat.
Selepas entri 'Semalam bicaraku dengan Hati' itu published, aku telah dapat satu sms dari Redup minta ros putih itu di buang dari kenderaan aku. Dan akhirnya aku cakapkan pada dia InsyaALLAH aku janji akan buang juga.
Sebenarnya akusangblogger pun adalah ceritera dia. Maksudnya kebanyakan entri aku adalah kiasan-kiasan untuk dia. Dan aku tau kebanyakan orang yang buka baca akusangblogger sebenarnya nak tau konflik dan kesudahan cerita ini. Bohonglah kalau ada yg kata nak tgk aku mengarot2 dlm blog ni.
Kepada semua, sekali lagi aku bagitau kisah ini telah pun tamat. Terima kasih kepada yg sudi review, mengambil quote aku, dan jugak meletakkan kisah redup sebagai semangat. Kepada Maya, adi, zaty, lala, wak, ilma, Mrs Wahida, anjang dan lain2. TQ
Aku juga bangga kerana byk gambar2 yg aku amek berada di blog2 orang. TQ
Oh lupa pulak kepada kaunselor2 aku seperti Ejan, umi, aiman, yatt, erna, am, farhana, sha, adheen louis, man saiko. Korang pun tahu betapa sukar aku nak buat satu2 keputusan..
Seperti matinya cerita ini maka mati jugalah idea aku menulis. Seminggu aku pikir ape nak tulis.
Buntu.
p/s: aku rasa mcm tengah tulis wasiat.
----
Wednesday, October 21, 2009
Dunia tanpa sempadan
------
Hari ini mak ayah aku dikampung telah berjaya discover blog aku dengan penuh rasa keterujaan.
--
Patutkah aku berasa malu?
--
Dunia tanpa sempadan ini kadang-kadang begitu mencabar...
--
-----
Tuesday, October 6, 2009
Atuk dan Nenek..semakin hari semakin jauh..
Setelah nenek meninggal tak lama dulu kami dah jarang balik ke Kedah. Tapi raya kali ni kami semua blk ke Kedah.
Biasanya kalau sampai ke rumah atuk aku jarang masuk rumah dulu. Aku akan pusing keliling rumah. Mcm dulu2..
Bila terpandangkan kolah kat luar rumah tu bt aku teringat zaman kecik2 dulu.
Asalnya atuk bt kolah tu tuk bela ikan kaloi. Aku plak mati2 ingt kolah tu tuk aku mandi2..Tapi takpe lepas seminggu ikan tu pun mati. Iye aku punye keja. Aku cemburu tgk ikan tu dapat mandi sedangkan aku hanya mampu tgk dari luar kolah. Lepas kaloi tu mati aku la yg hari2 berendam dalam kolah tu. dan bila semua cucu berkumpul kolah tu la tempat lepak yg paling cool skali...
Skang semuanya nampak sangat lain sgt. Rumah atuk yg sebesar-besar dunia kini kelihatan sgt sempit skali. Ntah kenapa..
Atuk pulak dah tak sekuat dulu. Pada umur dkt 90 tahun atuk dah tak ingat nama semua cucu2 dia termasuk aku. sedih sgt..Aku masih ingt lg masa dulu sape tak kenal atuk masa kat kampung. Atuk penah kejar lembu mengamuk dgn tangan kosong sampai ke dalam hutan.
Sekarang ni atuk nak jalan pun dah tak boleh. Balik raya kali ni aku dgn abg ipar aku yg mandikan atuk. Sayu sgt..Dulu atuk yg mandikan aku. Pernah atuk kejar aku sampai masuk bendang sbb aku tak mau mandi..
Bila melihatkan kulit atuk yg dimamah usia itu di basahi air buat aku sgt tersentuh. Atuk sgt lemah. Atuk tidak lg sekuat yg aku bayangkan dulu. Bila atuk sejuk terkena air dia mula merengek minta di habiskan cepat. Saling tak tumpah mcm aku merengek masa atuk mandikan aku dulu..
haih..
Aku masih ingat lg dulu ada skali aku balik rumah lewat. Aku terlepas makan tgh hari. Ini semua sbb Di'e ngn Pidos. Bawak aku masuk bendang tangkap belalang. Bila sampai je rumah aku tgk semua baju2 aku kat tanah bersepah-sepah.. Masa tu aku baru umur 5 tahun. Dari dlm rumah Atuk cakap kalau tak suka duduk rumah baik balik tanjung. dkt sejam atuk biar aku kat luar. Dkt sejam jugak aku meraung-raung nangis pgl nenek.
Mcm biasa nenek jugak la bukakkan pintu dan bawak aku masuk. Dan macam biasa juga tangisan tu jadi sepi bila nenek dah pujuk aku..
Entah kenapa bila dalam pelukan nenek aku rasa sangat selamat. Cara nenek memujuk aku bt aku rasa tenang skali. Seperti tiada apa2 yg boleh mengganggu aku.
*diam*
Nenek.. tau tak di aidilfitri baru ni aku menziarahimu..aku rindukan hari raya bersama nenek. Mengejutkan nenek bangun tidur dan terus memohon ampun tatkala semua org masih tidur lagi....
Nenek...
Di tanah merekah itu juga aku hadiahkan al-fatihah untukmu.
-----
dari kiri: atuk, arwah nenek,aku,maksu,mak,akak..
gambar ini pada tahun 1985. Tahun aku menunggu seseorng lahir mungkin..
---------
Saturday, September 12, 2009
Malam itu dia hanya mahu menari..
* updated on 14 Sept *
salam,
sebetulnya entri ini akan keluar pada November. Tapi aku rasa aku tak jadi publish entri ini.
Ianyanya agak peribadi bg aku. Namun sesape yg nak baca entri ini aku akan bg thru email.
Jadi bolehlah request. InsyaALLAH aku email kan....
------
Sunday, June 21, 2009
Sayap-sayap yg patah.
Agak2 gambar tu nampak bahagia tak?
Kepada yg bertanya sama ada aku bahagia atau tak..aku bahagia.
Itu hari aku ada tulis ape yg akan aku bt selepas misi aku gagal kan. Jadi secara jujurnya itulah yg aku buat. Aku pegi keja then balik keja. Kat tangan dah ada sebungkus nasi kukus ayam dara yg aku beli di kramat. Makcik nasi kukus tu ada anak yg cantek dowh..
Biasanya bila parking je keta aku akan jenguk umah aku dari jauh. Dan rumah aku gelap macam biasa. Maksudnya tak sorang pun balik lg. Biasa la semua ada awek. Mesti mkn mlm ngn awek. Jadi yang bujang akan mkn sorng2 kat umah sambil menonton Discovery channel. Terima Kasih Astro..Ananda Krishnan anda bt hidup saya ceria. Di tambah lagi channel Mustika yang akan muncul..
Cuti aku pulak di isi dengan aktiviti yg padat. Bangun pagi siram pokok bunga. Pegi pasar beli ikan dan sayur. Balik kemas rumah. Tengahari masak..Pastu bagi makan ayam ngn itik.
Percaya? Yela aku bohong.
Ape lagi yg aku nak bt..Pegi bank..Jalan2 ke Jusco or Carrfour. Pukul bola di driving range ke(hobi lama yg terpaksa di recycle)..melawat kakak aku yg mengandung di kajang ke..uuuhh meriah hidup aku.
Baru2 ni aku bt gila lg..dah misi pun gagal jadi ape yg aku plan pun dah tinggal mimpi. Jadi aku dengan gatalnye beli kamera baru. Pikir2 balik bodoh jugak. Nilai tu boleh beli 6 PS 3..Tau mak aku mampos kena maki..
Haih dunia..Terima kasih. Hidup ini indah.
Minggu ni aku nak tukar lg wajah blog aku. Kelam sangat.Macam tak bermaya.
Dah la tak matang..mcm budak2.
