Monday, March 30, 2009

Hi Note.

Assalamualaikum.

Ape khabar semua...sihat??

Friday, March 27, 2009

Aku perlu Doa.

Ramai orang tanya aku kenapa entri bulan ini agak sedih. Aku pun tak tau nak jawab macam mana.

Mungkin jugak macam2 terjadi pada bulan ni. Sedikit sebanyak mempengaruhi cara penulisan aku.

Secara logiknya kalau kita gembira gaya penulisan biasanya akan kelakar ataupun hepi

Kalau kita sedih, kecewa dan insaf gaya penulisan kita biasanya lebih sentimental dan runtun. Dan aku sudah sangat2 penat. Terlalu memikirkan. Bisa kena brain tumor.

Kalau ALLAH dah katakana Kun faya kun..aku sebagai insan kena redha.

Beri aku sedikit masa. Aku tengah sesuaikan diri dengan keadaan baru. InsyaALLAH tidak lama.

Aku mohon seminggu untuk menutup blog ini.

Semua. Doakan aku. Doakan Redupku..


p/s: Tadi mak aku tanya kenapa muka nampak runsing.Aku diam. Aku rasa dia paham. Mak cakap susah2 sgt hujung tahun berhenti kerja. Pergi UK. Sambung buat master. Aku mintak tempoh sebulan untuk fikir. Tapi yg nyata apa lagi yg tinggal untuk aku di Malaysia ni..

Sunday, March 22, 2009

Sepatutnya dah lama aku pergi...

Malam ini tetiba sahaja aku teringatkan ajal dan maut. Sepanjang hidup aku dua kali aku hampir menemui ajal. Mungkin sebab itu aku amat menghargai setiap detik hidup ini.

Kalau boleh aku ceritakan sedikit di sini..

Pertama sekali berlaku masa aku darjah 4. Masa tu ada kelas petang. Biasanya pukul 6 ptg kelas tu abis. Jadinya kawan aku mengajak aku membonceng basikal dia. Dia kayuh, aku kat belakang dia. Nak jadikan cerita hari tu aku tak jadi ikut dia balik. Kebetulan bapak aku datang amek. Jadi dia pun tunggu adik dia abis sekolah pukul 6.30. Dan dia bawak adik dia balik naik basikal.

Keesokan harinya bila ke sekolah aku dengar kawan aku dengan adik dia kemalangan. Adiknya meninggal dunia. Rupa-rupanya kejadian itu berlaku semalam. Basikal yang dinaiki kedua beradik itu terjatuh di jalan raya kerana tidak sempat mengelak kereta yang berhenti di tepi jalan. Yang menyedihkan adiknya dilanggar kren yang tidak sempat membrek. Kepala adiknya pecah.

Sepatutnya tempat adiknya adalah milik aku. Tetapi Tuhan gantikan aku dengan seorang anak kecil yang sangat comel. Aku rasa bersalah sangat.

Adik moga kamu tenang di samping tuhanmu..

Kejadian kedua berlaku masa aku 3rd year di UIA. Masa tu aku baru beli kereta. So masa nak cuti semester aku plan dengan kawan aku 2 orang untuk balik sekali. So masa pagi nak bertolak tu hujan lebat. Tapi kami nekad juga untuk balik pada hari tu.

Hujan tak berhenti sepanjang perjalanan dari KL ke Penang. Nak dijadikan cerita ketika 10 minit lagi nak sampai ke R&R Tapah kereta aku tiba-tiba berpusing dan menghentam pembahagi jalan. Bila aku toleh belakang aku nampak ada sebuah bas ekspress dalam 100m belakang kereta aku. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur kami yang sempat keluar dari kereta yang tersepit dari dilanggar bas....

Aku syukur sangat tuhan masih beri aku kesempatan untuk melihat dunia ini. Untuk melihat senja dan subuh Mu.. Untuk melihat ibuku

Di setiap doa aku aku kekadang aku terfikir adakah aku meminta berlebihan sedangkan sudah lama aku sepatutnya mengadap tuhan aku.

Apa lagi yang aku mahu..
Tuhan..Ampunkan dosaku.

Mari menaging

10 Perkara Yang Orang Tak Tahu Pasal Aku

1. Tak makan durian

2. Suka tidur kat lantai

3. Sangat sensative

4. Bersifat sangat melindungi

5. Sangat tipikal

6. Biasanya drive tak pakai kasut

7. Bos yang baik.haha

8. Bila tengok senja kekadang boleh sebak (buruk.jgn tiru)

9. Suka duduk rumah

10. Ada satu org tu cakap aku manja. Betul kah??

Cukup la. Entah betul idak.aku pun tak tau.
Sape berani buat la. Yang wajib buat:
Erna a.k.a mami J, Azam, Hadi ultra melayu, Arip next top model, asun sempurna, Ejan dayak, MissZahrah, ilma lowyer

Wednesday, March 18, 2009

Nenek..dah 21 tahun berlalu

Aku dibesarkan dikampung. Mungkin disebabkan mak ayah sibuk bekerja aku dihantar ke kampung. Hampir 2 tahun aku tinggal dikampung. Atok dengan nenek la yang besarkan aku. Mungkin boleh aku katakan yang asas diri aku banyak dibentuk oleh atok dengan nenek aku.

Atok aku pesara polis. Nenek aku pulak suri rumah. Atok agak disiplin. Jadinya aku lebih rapat dengan nenek. Nenek la yang mula ajar aku sembahyang dan puasa pada usia aku 6 tahun. Dengan nenek aku belajar menghafal 10 nama malaikat. Dengan nenek jugak la aku belajar mengenal 25 rasul.

Nenek dah meninggal ketika aku darjah tiga. Dah berbelas tahun pun. Masa itu aku disekolah. Aku ingat lagi bapa datang ke sekolah menjemput aku pulang awal. Aku hairan. Awalnya bapa datang. Bila aku tanya bapa diam. Dalam kereta bapa bisikkan ke telinga aku. Sabar ya, kamu kena tabah tau apa yang bapa nak cakap ni..

Nenek kamu dah meninggal...

Aku tak tau apa perasaan aku ketika itu. Sayu mungkin..

Sepanjang dua jam ke Kedah aku menangis. Pertama kali aku tengok mak aku sangat hiba. Tetapi dia langsung tidak menangis. Mungkin mahu kelihatan tabah dihadapan aku.

Sepanjang hari itu juga merupakan hari yang sukar bagi aku. Melihat nenek yang terbujur kaku buat jiwa aku kosong. Sampai jenazah mahu diusung ke kubur pun aku menangis mahu ikut.

Nenek..aku rindukan nenek.

Aku masih ingat lagi dulu aku hanya akan makan dari tangan nenek. Kalau dia menumbuk sambal tempoyak aku akan melihat sayup dari jauh. Aku akan duduk jauh di tepi sinki. Biasanya lepas nenek menumbuk sambal dia akan penuhkan lesung batu itu dengan nasi. Dari jauh aku tengok nenek menoleh ke aku dan senyum. Dan aku akan berlari-lari mendapatkan nenek. Aku tau nasi sambal tempoyak itu untuk aku. Dan biasanya dia akan berkata..haih cucu nenek ni..

Dulu aku tak akan tidur kalu bukan di riba nenek. Dan aku sangat takut kalau aku bukak mata dan dia tak ada di depan aku. Petang-petang nenek akan bawa aku berjalan-jalan menyelusuri sawah padi. Angin petang di sawah padi sungguh indah. Biasanya kami akan berpimpin tangan sambil menyanyi. Damai sungguh waktu itu.

Dulu kalau akau menangis di rotan atok, nenek akan panggil nama aku. Dia akan suruh aku duduk di ribanya untuk di pujuk. Dan biasanya selepas itu aku akan tenang.

Kini nenek dah tiada. Sampai sekarang kalau aku susah hati aku akan teringatkan nenek.

Nenek pengubat duka aku.

Nenek...muncullah sekali
Dalam mimpi pun jadilah...




Sunday, March 15, 2009

Cari tuhan

2009 tak ku sangka begitu mencabar. Tuhan banyak menguji aku.Mungkin mahu membawa ku pulang dari kelalaian.

Dengan ekonomi yang tidak menentu termasuklah company aku yg agak goyah pada awalnya. "Siapa yang kena buang" merupakan ayat yang INDAH pada Januari.

Februari aku di arah bertukar tanggungjawab di opis. Ya bukan dengan kerelaan aku.

Dan akhirnya tuhan temukan REDUP di saat aku resah dan jauh.
Mengembalikan aku ke jalan tuhan
Mengembalikan aku ke asal aku.

Ingat semua..
Cari tuhan ketika kita susah.
Cari tuhan ketika kita senang.

Aku syukur tuhan datangkan redup..
Walaupun datang bersama fitnah yang dasyat.

Redup..redup..
Terima kasih hadir.
Walaupun sebentar.

60 EARTH HOUR

Pada 28 Mac ini dikala waktu 8.30 mlm selama sejam saya menyeru sekalian manusia untuk menutup atau mematikan seluruh kuasa elektrik yang ada dirumah anda.

Ini bagi kita meraikan Hari Bumi yang semakin hari semakin musnah. Seruan ini berlaku di seluruh dunia.

Jangan lupa ya!

Ini satu petikan yang aku amek dari satu gambar indah di sebuah kedai makan..

" We do not inherit the earth from our ancestors. We borrow it from our children..."

Kenapa kamu cumel?

Adakah kerna kamu dengan sifat kamu yg lurus?
Ya mungkin betul

Adakah kerna kamu sangat petah menjawab?
Ya mungkun betul

Adakah kerna kamu suka menjelirkan lidah tanda kamu kalah menjawab?
Ya mungkin betul

Adakah kerna kamu kuat mengomel?
Ya mungkin betul

Adakah kerna mata redupmu yang sangat jujur?
Ya mungkin betul

Tetapi nak tahu tak.
Saat aku menunggumu selesai solat..
Di kerusi panjang yg bingit tetapi sunyi itu..
Kamu berlalu dengan cumel sekali...

Wednesday, March 11, 2009

Kenapa ekonomi meleset


Aku telah beberapa kali ditanya berkenaan kenapa dan bagaimanakah ekonomi itu meleset. Paling last semalam seorang gadis comel dari PJ telah menanyakan aku soalan yang sama. Aku tak salahkan dia kerana apa yg dia tau hanyalah term neurology, hypercalcemia, infectious desease, arthritis dan jugak pediatrics.Tp xpa aku syg kamu..Baeklah aku ulas dengan cara yg paling simple. Harap semua org paham. Kalu xpaham jugak itu bleh la diibaratkan mengINSULTkan my intelligence. Kerana aku di matrix dulu amek ekonomy. Dan aku kerap menanyakan soalan kritis kepada lecturer aku seperti kenapa harga teh ais setiap tahun tak sama ataupun berapa nilai harta kekayaan Brad Pitt dan Angelina Jolie..Sudah. kembali kepada ekonomi meleset.

Begini kesahnya secara mauduk..

Krisis ekonomi yang berlaku sekarang ini bermula di US. Krisis ini jugak dipanggil subprime.Pada penghujung 2007 ekonomi dunia berada dalam kedudukan yang sangat stabil dan kukuh. Jadi untuk menambahkan lagi keuntungan bank2 di seluruh US telah memberi loan kepada sesiapa sahaja termasuk individu dan coperate tanpa mengira latar belakang sama ada si peminjam itu mampu untuk membayar balik atau tidak. Bila ini berlaku bank2 akan berada dalam situasi yang sangat berisiko memandangkan penjanaan kewangan setiap bank2 datangnya dari urusan pinjaman dan bayaran balik.

Pada tahun 2008 polisi bank2 ini telah menampakkan kesan negatif. Akhirnya plan2 tampanan seperti ABS (Asset backed securities) tidak lagi berkesan kerana ianya bersifat sementara.Peminjam termasuklah menerusi pinjaman biasa dan jugak kad kredit tidak mampu membayar balik pinjaman. Sebabnya mudah. Beli tapi tak mampu bayar. Dengan syarat pinjaman yang longgar setiap org mampu untuk memiliki easy money. Krisi ini diterukkan lagi dengan harga rumah2 di US yang jatuh dengan mendadak disebabkan oleh pelbagai faktor.Mereka2 ini dinamakan NPL (Non Performing Loan) oleh bank yakni org yg tidak mampu membayar balik pinjaman. Bad debt la tu. Harus di ingat bukan seorang dua yg tidak mampu membayar balik. Malahan beratus ribu org. Dan nilai kerugian bank2 ini ditafsirkan sebanyk USD 100 billion. Keruntuhan sistem kewangan US dan dunia secara asasnya adalah disebabkan ini.
Jadi bagaimana kemelesetan di US merebak ke seluruh dunia termasuk Malaysia?

Ada pelbagai sebab. Salah satunya disebabkan oleh PANIK. Saya hanya akan menyentuh mengenai panik dikalangan penduduk dunia. Kita jgn lupa kuasa membeli setiap manusia dan bagaimana manusia bertindak atas naluri ketakutan. Apa yg berlaku di US sedikit sebanyak memberi kesan kepada consumer, pengguna malahan semua manusia.Mereka kini lebih berhati2 dalam berbelanja. Lebih banyak saving dari berbelanja. Apabila ini berlaku demand terhadap pelbagai barangan seperti electronic, makanan dan pakaian yang bkn keperluan akan jatuh merosot. Apabila permintaan berkurangan, pengeluaran dari kilang2 seluruh dunia terpaksa dikurangkan.Ini dinamakan MORATORIUM. Untuk mengimbangi demand yg merosot dan jugak kos operasi kilang yg begitu tinggi maka kilang2 ini akan mengurangkan pekerja.

Di Malaysia sahaja setakat ini hampir 100,000 org diberhentikan kerja. Dan 50% daripada mereka ini datangnya dari sektor perkilangan dan pembuatan. Manufacturing company ini mengalami apa yg dipanggil LIQUIDITY SQUEEZE. Secara logiknya mereka2 yg dibuang kerja ini tidak lg mampu membayar loan kereta. Dan tidak mampu lg membayar loan rumah. Akhirnya mereka ini akan menjadi beban atau NPL kepada bank.. Dan akhirnya bank2 di Malaysia ini akan bankrup dan jatuh muflis seperti di US. Kepada mereka yg tidak dibuang kerja akan di potong gaji. Mereka ini akan kurang berbelanja. Mereka tidak lagi makan di luar. Mereka tidak lagi bermimpi untuk menukar kereta baru dan tv plasma baru. Lalu kedai mkn, Proton,Honda dan juga FORD akan menuju ke arah bankrupsi. Nampak tak kitaran ini berlaku. Dan inilah yang dinamakan ekonomi meleset dan sedang merebak.
Secara kesimpulannya sistem dunia sekarang sudah goyah. Sistem kapitalis merosakkan dunia. kembalikan dunia kepada sistem sosialis tetapi berpandukan syariat Islam.
P/s: Aku tau penulisan aku kali ni akan bt aku tidak popular. kepada Hadi: Aku telah melaksanakan tanggungjawab sosial aku sebagi seorang blogger.

Tuesday, March 10, 2009

Lilitan hitam sudah dibuka.

Cis! rupanya 10 hari aje aku berkabung.

Cepat redup aku ni..

Sesi mengurat

Aku pun bukak la kitab-kitab lama aku. So aku terbaca ayat2 lama aku..so aku sisipkan untuk pedoman semua..

xxx: tgh keje ke?
saifoelhafsham: yup
saifoelhafsham: cari rezeki kat anak2
saifoelhafsham: lampin pakai buang mahal skang ni
xxx: hahah
xxx: yela
xxx: susu lagi
saifoelhafsham: tau xpe
saifoelhafsham: anak dah brape org?
xxx: skarang baru 4
xxx: alhamdulillah
xxx: nak target 6s
saifoelhafsham: sewel
xxx: huhu
xxx: sape yg start
saifoelhafsham: haha
saifoelhafsham: beta
xxx: patik melayan je
saifoelhafsham: owh..
saifoelhafsham: tuan hamba gundik istana?
xxx: takla..dayang je
saifoelhafsham: oh
saifoelhafsham: maafkan beta
saifoelhafsham: maklum la raja
xxx: ye..tak apa
saifoelhafsham: sewel lg..
xxx: haha
xxx: biasala..mlm2 ni wengweng sikit


cool kan ayat2 aku.

p/s: byk lg sambungannya. nak tau lg?haha

Thursday, March 5, 2009

Bulan Mac sudah datang...

dan aku masih belum mau menulis..