Wednesday, October 27, 2010

Sudah 75% siap.

----

hi semua..

dah solat? hehe

kat sini ada 3 entri baru. Dua entri bernada serius dan satu lagi bernada jenakarama. oh ya satu entri tu tentang redup. kisah penutup...

kalau ikut trik lama aku biasanya aku kasi tajuk dulu..rasa-rasanya kali ini pun sama..haha

1. Kami melalui jalan yang sama. Tapi berlainan tujuan,

2. Dia chenta hati saya.

3. Kawan-kawan di tempat baru.

----

Tuesday, October 26, 2010

dah tak update entry di sini? nak tau blog baru apa. putus harapan dah ni. -nadia

Cik nadia dan semua orang..

Apa khabar semua..


Rindu benar nak menulis. Dah lama benar rasanya aku tinggalkan akusangblogger. Jangan risau di blog yg satu lagi pun aku dah jarang menulis..

Macam-macam berlaku kat aku sepanjang dua bulan ini. Aku berpindah rumah jauh di atas bukit. Tapi still di jajahan wangsa maju. Aku bertukar tempat kerja lagi. Kali ni aku di Freescale. Masih lagi manufacturing company..

semua tunggu kisah redup kan?
dia dah pun bercouple.
dengarnye dgn seorang engineer.

uncle remy camane plak?
Dengarnya dia juga dah bertemu cinta.
insyaAllah bakal engineer..

Jeng..jeng..jeng!



Untuk pengetahuan aku dah putuskan takkan menulis lagi di blog baru tu. Setelah penat mengutuk beberapa orang dalam tu aku rasa cukuplah. Haa..kan aku dah cakap blog tu sangat sensitif. Aku pun dah cakap kat pembaca blog baru tu yg aku akan stop menulis di situ dan aku mengajak diaorang untuk ke blog satu lagi...


Blog mana???




Akusangblogger la!






Aku dah siapkan beberapa entri. So tunggulah.
Macam biasa.hehe

Ask me anything

Adakah anda merindui TIM???Sila jawab dengan jujur

sangat2...

texas inst malaysia tetap di hati

Ask me anything

Mcm mana keje tempat baru?

macam setan

Ask me anything

kenapa hilang?

ada.sila dtg ke sri kenangan kondo sek 6 wgsa maju

Ask me anything

Siape gf anda skng?

dia seorang gadis

Ask me anything

nak tanye xnk bukak bangkel fotografi utk mangajar photography ke?

saya tak pandai..
tp kalau ada yg nak belajar saya boleh ajarkan..

Ask me anything

bila en.saifoel nk mengakhiri zaman bujang?

11-11-11
pada harijadi saya tahun depan

Ask me anything

guru kamu rasa saya akan lulus peperiksaan setengah tahun

tidak.sebab kamu masih ada masa bersosial di laman sesawang

Ask me anything

kenapa anda xnak ada sesetgh org tahu ttg blog anda yg satu lg tu?

terlalu privacy.
tap xpe.
blog tu dah tutup.

Ask me anything

bila nk hapdate blog nih...web baru dh stat ka?mintakk add xbagi2 pun..kedekuttt...

hari ini

Ask me anything

nama saya jiha.saya tak tahu saya lulus peperiksaan setengah tahun. umur saya 9 tahun

belum tentu

Ask me anything

u ape perbezaan kasut saiz msia vs saiz uk

banyak bezanya..

Ask me anything

Friday, July 23, 2010

miss u guys!

miss you guys la..

will update soon ok.realy2 soon. rindu nak menulis.




salam dari Dallas tx




--

Tuesday, May 18, 2010

antara tudung siti nurhaliza, tudung bienda & tudung nor juma, mana yg paling utk jadi contoh remaja skrg?

siti bertudung ke? wtf

jgn ikut perangai setan. nak pakai teruskan je. benda dah wajib.

Ask me anything

apa jadi pada anda 7 tahun akan datang??

mungkin sudah beristeri..

mungkin sudah punya anak...

mungkin sudah punya kedudukan yang hebat di organisasi..

mungkin sudah punya rumah yang kedua yg juga rumah impian..

Ask me anything

entry lama kata akan berhijrah ke luar negara. bilakan itu?

tak jadi.

saya sudah ketemu cinta saya di sini.

Ask me anything

bila agaknya umur paling ideal atau tahun paling sempurna untuk tuan menamatkan zaman bujang?

ini bernada confess dari saya.


25 Dec 2011.


Sebelum saya berumur 30 tahun.

Ask me anything

apa yg PALING mampu membuatkan seseorang tu patah semangat & menghadapi break down yg teruk?

itu soalan yg sangat susah. Saya sendiri tidak mampu untuk menjawab.

Tetapi saya boleh mudahkan begini..

Apabila seseorang itu sangat sangat mengimpikan sesuatu maka dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.


I mean everything.......


Walaupun benda itu sangat sangat akan membuatkan dia berada dalam keadaan yang berisiko.

Ask me anything

Thursday, May 13, 2010

mcm mana nk ckp/confess kat kawan baik sendiri yang kita dah jatuh hati kat dia. btw, I'm a girl.

anda berada dalam suatu situasi yang sangat tidak bagus.

Perkara begini begini memang kadang-kadang berlaku kepada ramai orang.

anda sebenarnya terperangkap dengan emosi anda sebagai kawan baik dan emosi awak sebagai orang yg mahu menagih cinta. Dan ini sangat tidak bagus.

Say dapat rasakan perkara ini terjadi di sebabkan anda terlalu banyak luangkan masa dengan dia. Dalam banyak-banyak kawan anda termasuklah yang perempuan anda lebih selesa untuk berada dengan dia bukan. Sebab dengan dia kamu rasa sangat rileks dan dengan dia kamu rasa boleh cerita semua benda tanpa tanpa perlu selindung..

Saya ada satu solution. Dan mungkin berisiko bagi kamu.

Berterus terang sahaja dengan dia. Kalau dia berdolak-dalik itu adalah tanda penolakan. Bersedia untuk rejection.

Anda harus ingat keadaan ini anda yang pilih. Kalau anda mahu menyimpan sahaja perasaan ini maka simpanlah. Tapi harus ingat kalau tiba-tiba dia mengaku kepada anda dia sudah ada yang punya maka pada waktu itu saya rasa saya dapat jangkakan apa perasaan anda ketika itu. Luluh, remuk dan musnah.

Ok. selamat mencuba. Kalau perlu saya cakap kepada lelaki itu bagitau sahaja.

Sama ada secara baik atau secara halus. haha

cik doonia oh doonia....adakah saya menjawab soalan anda?

Ask me anything

perkara apakah yang pernah buat awak tersentuh hati dan terus menangis?

bila Lisa Surihani menangis dalam Adamaya tadi..

fak dani. sanggup tampar Maya. Dayus punya jantan.


emo aku.haihhh..

Ask me anything

Wednesday, May 12, 2010

sila jawab dengan jujur adakah anda hanya memilih soalan yang buat anda kelihatan hebat sahaja.Sbb saya tgk sume soalan macam jenis tny diri sendiri saje

saya tidak memilih soalan yg saya mahu jawab. Saya mungkin skip beberapa soalan.

Yang mana mudah saya jawab dahulu.

Yang mana agak complicated akan saya tangguhkan dulu kerana soalan begini membabitkan penelitian.

Setakat ni takde lagi soalan yg saya tanya dan saya jawab.

Ask me anything

ehem..ehem.. bila nak tulis pasal awek aka bakal isteri kepada anak2 itu?

too early to tell...

Ask me anything

antara Kim Kardashian dgn Khloe Kardashian, mana yg lebih menarik? kenapa?

kim. cantik dan budi pekerti tinggi.

khloe gemuk dan tergedik-gedik

Ask me anything

en. saifoel, saya nak tahu address blog baru anda. ini permintaan kali ke sejuta sudah. menanti jawapan penuh harapan, nadia

pikir cara lain untuk bertanya kepada saya.

kerana saya tidak akan bagitau kepada public.


ada orang yg saya xnak bagi baca.

Ask me anything

r u single

kalau saya dah berpunya adakah anda akan lari dan cuba jauh dari blog saya?


Dan..

kalau saya masih singla adakah anda akan bomohkan saya seperti mana Alin bomohkan saya dulu...??

hehe.

Ask me anything

Tuesday, May 11, 2010

Apa yang perlu saya lakukan apabila organisasi di kilang saya dilitupi oleh awan hitam?tolong saya dalam hal nie mahaguru

Ethnic genocide.

tak boleh disangkal lagi.

Ask me anything

awak nk x kj kat library saya..jadi pustakawan rujukan.. =)

awak cantik?

Mungkin saya akan consider.

Ask me anything

Apakah karakter insan yang bernama Fadriz?

hampir menjadi gay. Namun setelah di tarbiahkan tentang kisah akhir zaman makanya en fadriz telah berubah.

akan berkahwin bulan hadapan> dan berniat untuk syahid di Palestin

Ask me anything

siapakah orang yang selalu anda share atau luahkan apa2 sahaja?

nama-nama yg selalu saya sebut dalam blog saya.


dan mereka ramai.

Ask me anything

mother's day dah dekat ^^..awak bg ape kat mak awak?

tak kasi pape.

Kami tak pernah sambut pun.

Ask me anything

Minat Glee?

Tak.

Tapi sy tgk juga sekali dua. ok je.

Ask me anything

apa favorite TV shows?

National Geographic

Discovery Channel


Dan TV shows sepanjang zaman adalah:

Friends
X-Files

Ask me anything

bagaimana anda berhadapan dengan pekerja bawahan anda yang banyak soal??

terminate.

Ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan pekerjaan.

Banyak songeh suruh masuk MLM

Ask me anything

Saturday, May 8, 2010

ngape lelaki suka mainkan perasaan org pompuan? lepas kata sayang, rindu... senyap sesenyapnya... tup2 kawen ngan org lain... tak faham!

Ini bukan silap sesiapa.


Saya selalu menyatakan supaya setiap yg berlaku di terima kita dengan seadanya.

Berbalik kepada satu soalan yg ada saya jawab beberapa hari sudah, ada menyatakan tentang situasi yg sebegini.

Saya tidak boleh komen lebih kerana saya tidak tau cerita sebenar. Tetapi anggaplah ini sebagai satu perjalanan hidup yg mesti di hadapi.

Percayalah ini akan mematangkan kamu. Membuatkan kamu lebih matang dalam membuat pilihan dan akan membuatkan kamu senyum untuk setiap satu ujian selepas ini.


Jangan berhenti senyum okay!

Ask me anything

ngape awk tak jwb soalan sy sampai skrg? kata sumpah jwb semua soalan...

ape soalan awak?

meh saya skip kan.


Saya akan jawab semua.jgn risau. just bagi sedikit masa kay.

Ask me anything

berapa saiz kasut?

10 saiz Amerika

Ask me anything

sapa kawan baik anda?

Ada 10 org kawan2 sekolah

Ada 10 org kawan2 UIA

Dan ada beberapa kawan di tempat kerja.

Ask me anything

Believe in love at first sight?

sangat percaya.

Saya pelik. Saya sangat mempercayai bahawa setiap yg berlaku pasti dengan sebab. Dan saya menerima segala petunjuk dan mengolah menjadi takdir.

Ask me anything

Thursday, May 6, 2010

apakah impian pekerjaan anda masa kecik2 dulu?

Semasa saya kecil saya telah di dokrinkan oleh atuk saya untuk menjadi polis. Saya tak salahkan dia kerana dia juga bekas anggota polis.

Saya rasa impian kerjaya setiap kanak-kanak adalah lebih kurang sama. Semuanya nak jadi polis, tentera, doktor dan juga peguam.

Jarang sekali yang mengimpikan untuk menjadi bidan dan juga penternak lintah.


Semasa saya remaja saya mengimpikan untuk menjadi seorang pilot.

Sila rujuk entri-entri saya sebelum ini berkenaan cita-cita yang kecundang.

Ask me anything

Jika anda perlukan tempat untuk anda bertenang, kemana anda akan pergi?

Kan Tuhan ada.


Kenapa perlu pergi jauh-jauh.

Ask me anything

pernah terfikir macam mana rasa bakal isteri anda bila dapat tahu anda begitu mengagumi REDUP? perempuan sukar untuk terima lelaki yang pernah menyayangi perempuan lain begitu hebat.

saya tak pernah mengagumi dia. Dia cuma seperti Sue. Pernah hadir dan saya letakkan tinggi dalam hidup saya. Sesiapa pun selepas mereka akan saya letakkan tinggi dalam hidup saya.Iye la bakal ibu kepada anak-anak saya nanti. Dan syurga mereka terletak di kaki bakal isteri saya.

Tolong jangan cakap pasal ape perempuan suka dan apa perempuan tak suka. Itu semua sangat abstrak. Sangat berbeza-beza.Semua perempuan tak sama fitrahnya.

Lagipun jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kalau sudah dijanjikan Tuhan semuanya akan berlalu dengan mudah sekali.



Percayalah.

Ask me anything

nak autograph boleh?

boleh.

sila datang ke wangsa maju.

alang2 datang bawak la skali goreng pisang

Ask me anything

anda tau ke sape yg tanya soalan kpd anda?kalo anda x kenal n xtau sape yg tanya tp anda masih jwb gak soalan dorang kan..

saya tak tau.

dan saya akan menjawab sahaja semua soalan yg di kemukakan. Itu sumpah saya.


im a man with my words

Ask me anything

Wednesday, May 5, 2010

hitam atau putih?yang mana anda pilih?dan kenapa?

Hitam.

Kebanyakan baju saya bewarna hitam.mgkin hitam juga nampak garang dan sgt bersesuaian dikenakan dgn pelbagai gaya.hitam juga nampak exclusive.

Saya rasa mungkin saya terpengaruh dengan istilah
Tall, dark and handsome.

*wink2*



Saya menjawab soalan ini ketika di dalam meeting legal and law tx.

Bkn bermaksud saya bosan. Tapi saya begitu komited dlm menjawab soalan.

Ask me anything

kenapa anda poyo?

Tidak.

dan saya juga tidak memaksa kamu untuk datang kesini dan bertanyakan soalan.

Untuk kehidupan saya sudah pasti saya tidak dapat menyenangkan hati semua org.

Ask me anything

Tuesday, May 4, 2010

jom kita kahwin!!

Sila tanya mak saya dulu.

Ask me anything

mana best?? siti nurhaliza atau Yuna??

YUNA.

Tak boleh disangkal lagi.


Dulu saya meminati Siti Nurhaliza. Itupun semasa dia muda remaja dan masih belum berkahwin. Selepas dia berkahwin dia mengecewakan ramai lelaki termasuk saya yg beranggapan bahawa suatu hari nanti kami akan berkahwin dengan Siti Nurhaliza. Pilih orang tua pulak tu.

Saya masih ingat lagi semasa zaman duduk asrama waktu sekolah dulu. Setiap loker di dorm kami pasti ada muka Siti Nurhaliza.

Ya kami memuja gambar Siti dan di situlah tempat kami mengadu tentang betapa sepinya hidup kami tanpa gadis di sisi.

Ask me anything

saya suka baca blog awak.walaupun awak hanya menjawab soalan2 org.awak tak peningkah menjawab macam2 soalan?

saya sangat pening. Ada hampir seratus soalan lagi menunggu untuk di jawab. Dan ada juga beberapa soalan yg tak dapat saya publishkan di sini atas sebab-sebab keselamatan.Disebabkan soalan-soalan ini semua saya tidak sempat menyiapkan beberapa entri baru yg sebenarnya dalam pembikinan.


hey semua!

saya bukan artis ok. hehe

Ask me anything

kenapa anda suka pakai topi di waktu malam?

Sebab saya tak perlu menyisir rambut di waktu malam.

Proses menyiapkan diri dan rambut saya memakan masa yg agak lama. 15 minit di peruntukkan untuk bermeditasi di hadapan cermin sambil bertanya..." wahai cermin ajaib, siapakah lelaki paling kacak di daerah wangsa maju ini".


Dan dikebanyakan masa cermin itu berbohong.

Ask me anything

selalu lepak kt kedai makan mana?

Ada beberapa tempat saya suka meletakkan diri saya. Dan yg paling penting tidak sesak dan penuh dgn manusia.

1. sakura Melawati
2. Kopitiam bangi seksyen 2 wangsa maju
3. NZ curry house (time tak ramai org)
4. Dan yg terbaru WANGSA WALK

Ask me anything

siapakah Idola anda?

Tun Mahathir Mohamed.

Kerana dia seorang diktator yg di sayangi rakyat.

Ask me anything

Monday, May 3, 2010

actually apekah pekerjaan sebenar anda?

saya bekerja di Ampang Kuala Lumpur. Untuk lebih tepat syarikat MNC yg berpengkalan di Texas US.

Oleh sebab dari kecik lagi saya suka mengarah org makanya kerja saya sekarang adalah sangat bersesuaian dengan saya.


Saya juga bos yg di sayangi pekerja-pekerja wanita saya yang jelita.

Ask me anything

kalau saya ajak en saifoel g kenduri kahwin saya nanti, en saifoel datang tak? oh, kenduri di ipoh nanti.

pada mulanya soalan ini agak sukar untuk saya jawab. Dulu saya pernah berjanji dengan ramai org yang saya akan membakar satu Ipoh. Biar menjadi padang jarak..

Selepas beberapa kali istighfar saya kembali normal dan tidak lagi menyimpan perasaan amarah ini.

Untuk soalan kamu, YA saya akan hadir kalau di jemput.


Buat di dewan yg ber-aircond kan?

Ask me anything

Sunday, May 2, 2010

anda ni jenis org yg mcm mane sebenarnya ye..?

susah untuk saya menterjemahkan diri saya kepada public. mungkin jawapan saya akan kelihatan bias.

Kalau ikutkan cara saya menilai diri saya adalah seperti berikut:

1. lemah lembut
2. kerap berjenaka
3. kasihkan kucing
4. sangat berterus terang
5. mengejar kesempurnaan
6. tidak jiwang.

untuk mengetahui lebih lanjut sila bertanya kepada beberapa nama kat bawah ini.

1. ejan kwn UIA saya
2. Am kwn sekampung saya
3. erna rakan sekerja saya


Buat masa sekarang Lisa Surihani masih belum mengetahui latar belakang saya.

Ask me anything

patut ke tak aku beli set golf tu?

kau sepatutnya tanya aku masa aku kat rumah tadi.sekarang aku dah kat opis.


balik nanti nescaya aku terajang kau sampai muntah

Ask me anything

Saturday, May 1, 2010

pernah bercinta tak sebelum nie?

hukum terjang ke atas kau ni adalah WAJIB.

Berbuih mulut aku cerita kat blog ni kau boleh tanya lagi.

mestilah pernah.

Ask me anything

anda yakin dgn kerajaan sekarang?

saya kurang yakin dgn kerajaan sekarang. Banyak perkara yg harus di ubah. Yg penting letakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama.

mansuhkan hutang PTPTN.

Ask me anything

foto shOoting neh sbg hobi atau memang bkerja sbg jurugambar?

foto shooting ni hanyalah sebagai hobi. sy tak pernah berniat lgsung nak bt ini sebagai kerjaya. mak saya marah.

Ask me anything

Thursday, April 29, 2010

kenapa x amek wedding shoot?

saya tak suka panas-panas.

Saya mungkin akan consider untuk membuat liputan di majlis yg diadakan di KL convention center, Dewan Perdana felda dan juga Dewan Tun Rahah KL.

Lagipun sy mengambil gambar ni sekadar hobi. Dan ianya tidak pernah membabitkan duit.

Ask me anything

perempuan sekarang lagi bijak dari lelaki. pendapat anda

tak dinafikan. memang benar.

Kalau di lihat di hampir semua universiti 70% adalah daripada perempuan dan bakinya dari kaum yg lemah..lelaki.

Tidak ada apa yg boleh di ubah sebenarnya. Sy beranggapan bahawa ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

tetapi untuk meletakkan kaum perempuan di mana-mana posisi yg terlalu tinggi di mana-mana organisasi adalah kurang tepat.

Untuk seorang perempuan yg terlalu mementingkan kerjaya, mengimbangi antara rumahtangga dan kerjaya adalah sesuatu yg pada pendapat saya sukar.

Ask me anything

Wednesday, April 28, 2010

kenapa lelaki lambat dalam membuat first move??

blog aku ni blog cinta ke?
ramai sgt tanya soalan cinta kat aku. ini pun terpaksa tapis-tapis.


namun saya jawab jua.



begini..

sebenarnya dalam diri lelaki itu walaupun nampak gagah masih terselit sifat takut yang malu-malu.

Bagi seseorang lelaki banyak perkara yang harus di ambil kira sebelum membuat first move.

Pertama sekali chemistry. Walaupun pada mulanya lelaki itu menunjukkan rasa minat tetapi sebenarnya itu adalah pada tanggapan yg pertama. Yakni sebab kecantikan. Untuk mendapatkan ke-kimia-an memerlukan satu perkiraan yg halus. Dan lelaki sgt detail pasal keserasian ini.

yang kedua adalah famili. lelaki seboleh-bolehnya mahukan gadis yang boleh in to dengan familinya terutama sekali EMAK. Jangan main-main dengan pengaruh EMAK dalam menentukan hidup anak lelaki mereka.

Yang ketiga adalah paling basic. Bagaiman mau melakukan first move kalau si gadis sangat2 menjual mahal. Tak salah sebenarnya menjual mahal tetapi berpada-pada la..Bagi kebanyakan lelaki perkara sebegini agak membosankan.

Akhir kata semua apa yang saya cakapkan di atas tidak penting sebenarnya. Jodoh semua Tuhan dah tentukan. First move atau tidak bukanlah persoalan. Kalau dah namanya jodoh InsyaALLAH di mudahkan Tuhan.

Semuanya akan berlalu dengan begitu mudah sekali. Percayalah.

Ask me anything

sombong, angkuh, takabbur, lupa diri n EGO, adakah suma sikap tu ada dlm diri anda? especially EGO tu...

ya..ada dalam diri saya. ianya melengkapkan saya. saya mengejar kesempurnaan.

malah saya tau sape yg bg soalan ini.

Ask me anything

single or married?

single.

nape? susah nak pecaya ke

Ask me anything

Tuesday, April 27, 2010

awat Dr. Love masih gagal dlm cinta?

Sebenarnya tiada istilah gagal atau berjaya dalam sesuatu hubungan itu.

untuk mencari yg terbaik kita haruslah merasa semua jenis perasaan.

tak salah sebenarnya untuk gagal. Macam mana mau di gelar doktor cinta kalau dia tak pernah gagal.

soalan lain la.pening aku nak jawab

Ask me anything

anda sungguh kacak.apa rasia kekacakan anda itu?

terima kasih.

bak kata Anita Sarawak rahsia kejernihan wajah adalah air semayang.

Ask me anything

Monday, April 26, 2010

bilakah anda mao berkawen?

aku janji dgn kawan2 aku 25 december yakni hari krismas setiap tahun.

sila rujuk entri PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI dan juga PROJEK SKALA 2-09-1 YANG GAGAL. Kedua2 ini di blog yg satu lagi.

Yang pasti bukan krismas tahun ni.

Ask me anything

saya mahu tny asal kau prasan kata muka cam fahrin....tolong jgn replyirg yg panggil kau camtu dan juga jawapan yg agak seangkatan dgnnya

terima kasih atas soalan itu. mmg sy juga menjangkakan soalan yg sebegini.

itu cuma metafora yg aku cipta.dalam byk2 artis laki hnya fahrin dan aaron yg nmpak sasa dan gengster. Dan aku menterjemahkan ia kedalam satu bentuk humor.

kalau bukan kita yg memuji diri kita..sape lagi?

Ask me anything

what is troubleshooting?

itu adalah tembakan masalah.

sekian.

Ask me anything

aku peminat setia datuk K, so soklan aku semua bermula dgn huruf K. Bagaimana nak hilangkan:- 1.kurap 2.kayap 3.kutu tima kasih.

aku cuma doctor love. untuk soalan yg sebegini moleklah di rujuk kepada doktor perubatan yg bertauliah.

anyway thanks for asking. pity you.

Ask me anything

Sunday, April 25, 2010

Bilakah Umur Seseorang Lelaki Itu Mjadi Matang?

terlalu general soalan itu. tp sy akan cuba jwb.

Ada 3 fasa bagaimana menilai matangnya lelaki itu.

Fasa pertama adalah pada ketika dia disunatkan.Itu adalah fasa dari kanak-kanak kepada remaja.

Fasa kedua adalah ketika dia telah bersedia untuk kawin.Kerana perkara kawin ini bukanlah perkara main-main.Perlukan persediaan fizikal dan mental.

Fasa ketiga adalah ketika menimang cahayamata yg pertama. Ketika itu dunia sudah dipandang dengan begitu teliti sekali.


sekian.

Ask me anything

berapa no phone uncle rama?

ko nak kena terajang ke teken.

Ask me anything

nampak kacak kah?

soalan ni untuk aku ke?

kan ada gambar aku kat atas ni.sila nilai sendiri

Ask me anything

Friday, April 23, 2010

Tanyalah Mahaguru

----


Selepas terpengaruh dengan rakan aku maka aku jua meletakkan satu gadget kat sebelah kanan ni.


Ianya satu ruangan dimana segala macam persoalan boleh ditanyakan kepada aku. Aku janji aku jawab.



So sesiapa ada sebarang persoalan bolehlah di utarakan diruangan sebelah kanan bertajuk Tanyalah Mahaguru itu.



Sila jangan tanya soalan bukan-bukan. aku tumbuk tulang rusuk kang.





----

Monday, April 19, 2010

Faradhiya dan Kisah lelaki Melayu

--------



Dalam suratkhabar Berita Harian hari Ahad baru ni bertajuk Faradhiya: lebih selesa untuk berkahwin dengan lelaki melayu. Maksudnya lelaki melayu tetap di hati walaupun dia berdarah kacukan.



Entah kenapa setiap kali hari ahad ruangan hiburan jugak yang aku bukak dulu. Tetapi di kebanyakan masa tidak begitu.



Nak dijadikan cerita selepas aku baca tajuk Faradhiya tu aku terus pergi gunting rambut. Harus kelihatan kemas sentiasa. Dan aku harus menitik beratkan yang aku ini berdarah melayu dan bukan latin pada kebiasaannya.


Habis gunting rambut bersarapan pagi pula dengan bergaya. Makan nasik lemak sebab nak maintain melayu. Tinggal habis aku sandwich ape jadah semua.

Selepas itu baru pulang ke rumah dengan niat mahu membaca ruangan Faradhiya itu la.



What the hell..the hell is far away.dem. Cis rupa-rupanya tajuk je yang menyenangkan hati aku. Isinya pulak cerita dia dah ada boyfriend. Orang melayu.


Menyesal aku gunting rambut. Dah la tak cantik. huh.




Aku sumpah taknak lagi nyanyi lagu Bertakhta Di Hati bila aku pergi karaoke nanti.











-------------

*** korang semua nak tengok gambar tak. Alaa sape yang bace kat sini dari dulu mesti nak tgk gambar ni. Gambar sape?...hehe. Aku compile banyak2 pastu aku buat video klip dengan background lagu DEKAT TAPI JAUH by Ziana Zain dan Broery.

Semua ada di http://www.silalah/ cari.com. cepat. seminggu je aku letak. pastu aku nak remove. privacy beb.








---

Friday, April 16, 2010

Jiwa Yang Terpengaruh

---

Baru aku sedar kenapa ayat-ayat aku nampak macam jiwang. Ramai jugak yang tanya. Aku pun pelik. Tapi sebenarnya ayat-ayat aku bukan jiwang. Itu adalah ayat-ayat puitis. Macam mana aku dapat ayat-ayat tu semua..??

Segala apa yang aku tulis adalah melalui pembacaan. Aku sangat terpengaruh dengan buku-buku penulisan A Samad Said seperti Salina, Langit Petang, Lantai T Pinkie, A Samad Ismail seperti patah sayap terbang jua, shahnon Ahmad seperti Ranjau Sepanjang Jalan. Kalau sesape yang baca akan tau yang ayat-ayat kat dalam tu sangat putis.

Dan kalau sape nak cari pergilah cari novel Salina daripada A Samad Said. Ianya satu karya agung.

-

haih..

-

Ini semua salah bapak aku. Kecik-kecik dah di ajarnya aku membaca. Aku nak masuk karate dia tak bagi. Dia suruh baca buku. Nasib baik ilmu kebal aku dah lengkap di dada. Sampai bolehlah aku mengajar silat di uia dulu. Ejan, medi, akob dan gaban adalah antara student aku yang terawal. Bukan susah. Ada 3 jurus sahaja. Tumbuk. Tendang. Dan ludah. Simple.

-

Berbalik kepada cerita bapak aku..dulu banyak masa aku habis di rumah. Dan kebanyakan masa aku baca novel di atas la. Tapi bukan novel yang Awie baca dalam cite Baik Punya Cilok. Itu picisan.

-

Satu lagi aku juga sangat terpengaruh dengan filem-filem 80-an. Filem seperti Azura, Gila-gila remaja dan juga Ali Setan sangat membuatkan aku teruja.

Ingat lagi aku satu ayat Ali dalam Ali Setan:

" aku hanya seorang pemburu dan sebagai seorang pemburu aku hanya mencintai diriku sendiri.."

-

What the tuuutt..gempak siut ayat. Hampir histeria aku. haha

-

-

Sekarang kamu paham kenapa ayat-ayat aku begini.. Aku bukan jiwang.

---

-

-

-

Bukankah mimpi itu satu peringatan daripada Tuhan..Bukankah mimpi itu juga satu tanda-tanda dari Tuhan..Usahlah menangis lagi dalam mimpi aku. Aku risau.

-Petikan dari Mimpi Semalam daripada http://www.silalah/ cari.com

-

-

----

Saturday, April 10, 2010

Rama-Rama itu disebelah aku.

------------








Rama-Rama itu koordinator aku. Dalam bahasa mudahnya kerani aku. Dia seorang india. Umur dalam 40 an. Oh ya nama betulnya Papathy. Papathy dalam bahasa melayu bermaksud Rama-rama. Papathy seorang vegetarian.


Aku pulak karnivor.





Mesti orang pelik kali ni aku cerita pasal kerani aku. haha..





Masa mula-mula masuk kerja bos aku dah kenalkan kepada semua staff. Masa bos kenalkan kepada Papathy aku pun cakap: oh you are butterfly! Dan dia terkejut aku boleh tau. Aku cakapkan pada dia: I can speaks tamil and urdu a little bit. Maklumlah berjiran dengan orang india dari kecil. Masuk uia belajar arab. Arab dan urdu pula tak jauh beza.








Untuk makluman aku juga fasih berbahasa Itali. Aku boleh cakap mama mia dalam 5 lenggok.








Papathy bagi orang india di company aku sangat dihormati. Dia bolehlah di ibaratkan sebagai ustazah ataupun sister bagi lain-lain agama. Setiap tahun orang india ni ada satu ritual perayaan. Dan biasanya pada hari itu ramailah orang india kat company aku akan pergi kepada Papathy untuk memohon pedoman. Dan dia sangat bijak membaca karma.





Ada satu hari tu sorang manager india cakap pada Papathy satu benda yang pelik. Dia kata kalau Papathy nak pergi ke lif untuk turun mesti kena lalu opis manager tu dulu. Jangan ikut jalan lain. Untuk keberkatan katanya.








Oleh kerana Papathy kerani aku makanya tiada layanan istimewa untuk dia. Ttapi Papathy ni baik. Sangat pandai mengambil hati aku. Setiap pagi sesampai je aku kat opis dah tersedia pun secawan nescafe kat aku. Kalau aku lambat sampai dan nescafe tu dah sejuk dia akan panaskan balik. Biasalah bos datang lambat. Jalan jam lagi, tayar pancit lagi, amek buku laporan anak-anak kat sekolah lagi..itu belum kira lagi bini merengek tak kasi pergi kerja. Katanya abg ni asyik kerja je..



Boring pulak panggil Papathy. Aku panggil baterflai pula.





Baterflai ada cakap aku bos yang paling baik dia pernah jumpa. Yelah aku tak salahkan dia beranggapan begitu. Aku memang tak pernah marah orang. Pernah sekali aku cakap pada dia aku nak resign sebab aku terlalu penat bekerja. Kat situ jugak dia menangis.



Baterfly ni ada 3 orang anak. Yang paling tua adalah perempuan dan seorang doktor. Aku rasa kalau bukan pasal perbezaan agama nescaya aku dah di jodohkan dengan anak dia.



Dalam panjang-panjang aku cerita kat atas ni..kat sini je pun point aku. Baterflai ni sebenarnya sangat bijak membaca aku. Aku ni jenis tak pernah tunjuk muka ada masalah depan orang. Tambah-tambah lagi ketika di tempat kerja. Tapi baterflai ni tau je apa masalah aku. Kerapkali jugak la aku terperangkap dengan soalan dia.





Something bothering you Saifoel?

Dan kerapkali juga aku bertanya pada dia: how do you know? My face never tell you anything rite?

Dan macam biasa selalu jugak dia jawab...yes. but you bring negative aura today. your eyes look tired. seems like you thinking too much.





Oleh sebab Baterflai ni macam mak-mak jadi biasanya aku tak terlepas dari terpaksa juga menjawab soalan dia. Dan untuk kebanyakan cerita, cerita redup la yang paling dia selalu dengar. Baterflai pun dah tengok muka redup. Siap buat calculation lagi. Dan biasanya calculation dia base on tarikh lahir.



you really love dat girl la Saifoel. Just keep on praying. Tell you what..I will do meditation for you. At the same time I want you to continue praying..


Terharu aku dengar..

Dalam masa yang sama aku sedar..

Tak ada apa yang boleh aku buat pun.

Thanks my baterflai.



--

Rupa-rupanya banyak bidadari tuhan di dunia ini. Salah satunya sedang berlegar-legar dilangit aku. Makin hari makin dekat. Dekat dan merintik turun..

- petikan dari Patah Tumbuh Hilang Berganti daripada www.silalah cari.com

silalah cari.hehe

---

Wednesday, April 7, 2010

Hai. Saya Saifoel.

----------

hi..

Assalamualaikum. Tak jawab dosa.hehe

Nak cerita sikit. Blog akusangblogger selepas ini tidak lagi akan berada di blogspot.

Terima kasih kepada junior-junior aku yang paham akan perihal senior diaorang yang kadang-kadang tu begitu bengis. Oleh yang demikian mereka telah bertungkus-lumus menyiapkan laman web berbayar kepada aku. Selepas ini blog aku hanya akan ada

-

http://www.---------.com.my/

-

Sebulan dari sekarang blog akusangblogger akan di tutup. Maknanya blog baru akan dilancarkan selewat-lewatnya awal bulan 6 ini. Majlis perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Telekomunikasi dan Alam Sekitar kalau tak silap aku. Mungkin ada sedikit kenduri doa selamat pada malam harinya.

Buat pengetahuan blog baru ini masih menerapkan nilai-nilai murni rakyat tempatan dan juga tatasusila adat melayu. Buat pengetahuan juga blog ini telah pun berada di alam siber.

Tetapinya aku memilih untuk membiarkan blog ini di cari sendiri oleh pembaca. Sila jangan google nama Saifoel or Hafsham or redup or Fahrin or Aaron ataupun akusangblogger. Nescaya tak akan terjumpa.

Namun di kebanyakan entri aku banyak menggunakan ayat keramah ini.. Dalam blog baru ni pun dah ada empat entri baru. Dan dua daripadanya sangat sensitif bagi aku dan orang sekeliling aku.

-

So apa lagi bolehlah google ataupun menggunakan GPS dengan teknologi terkini.

-

Oh ya aku masih akan menulis lagi di sini dalam masa sebulan ini. Tetapi entri yang sensitif akan pergi ke sana.

-

Selamat mencuba.

-

-

p/s: Baru ni ada seorang penulis buku tepon gua. Dia kata dia rajin bukak blog gua (gua rasa dia tipu). Dia kata nak bukukan kisah REDUP untuk buku dia yang terbaru. Gua cakap: GILA.

nantilah gua sambung crita..

-

--------

Saturday, March 27, 2010

Indah Dan Sempurna

-----------


Pernahkan aku tanyakan kamu sama ada aku nampak gembira. Dan kau menjawab iya dan bertanya kenapa.

Dan aku cakapkan aku tinggalkan hati aku di rumah sebelum berjumpa kamu.
Supaya bila bersama kamu ianya tidak membabitkan hati.




Lama-lama keadaan semakin pelik.
Nadimu terlalu kuat untuk aku.


Aku sumpah aku dah tinggalkan hati aku di rumah setiap kali jmpa kamu.



Rupa-rupanya aku hanya tinggalkan 10 peratus hati aku.





Kerna lagi 90 peratus hati aku telah menjadi diri aku.
Telah sebati menjadi sayang.




haih...





Aku rasa sampai sini sahaja tulisan aku.
Mungkin tidak ada lagi selepas ini.










Love and Peace.

Assalamualaikum.












----

Tuesday, March 23, 2010

Nadiku Dan Amy Suatu Masa

---

Aku mintak maaf. Rasanya ramai tak suka tajuk entri aku yang sebelum ini. Bagi sesetengah perempuan tajuk itu mungkin agak keterlaluan. Tapi itulah..aku buat masa aku form 3. Itu jam remaja-remaja baru nak lepas tempoh pra matang.

-

Kepada bakal isteri aku diluar sana ( you know who you are rite!) jangan risau ok. Aku janji akan jadi suami yang baik. Mengucup dahi mu setiap pagi ketika kamu baru bangun tido kecuali aku outstation. Mengambil dan menghantar anak-anak pulang dari sekolah. Takat bab masak-masak jangan risau. Spegetti tu sebelah tangan masak sebelah tangan lagi main blackberry.

-

Kalau nak masak patin masak lemak pun jangan risau k. Aku bleh tepon mak kat kampung tanya resepi.

-

Itu cerita selepas kahwin...

-

Time kenduri mungkin lagi meriah. Ramai gadis mungkin mengimpikan berjalan bawah pedang. Maksudnya kahwin dengan tentera la. Apa barang bawah pedang.. Aku akan kasi lebih lagi.

Mungkin aku akan menyewa 5 jet pejuang MIG-29N membuat lintasan hormat di atas atap rumah pengantin perempuan. Disertai dengan formasi gerakan mengeluarkan asap bertulis " AKU CINTA KAMU SELAMANYA"..

-

Tak nangis lagi tak tau la.

-

Kepada bakal isteriku

you know who you are ( kalau ada la...isk.isk.isk..sedih)

-

Kaulah nadiku

-

-

Tengok betul-betul video klip ni. Aku pun tengok dua kali baru paham. Lirik dia jangan cakap la. Lapan kali baca baru paham sikit-sikit. Anyway memang terbaik. Aku memang into it sangat dengan lagu-lagu basic instrument ni. Guna piano je.

-

Owh lupa pula. Hari sabtu ni jom semua pergi tengok konsert Amy Suatu Masa di Istana Budaya. Dengan umur lebih sikit setengah abad..ini mungkin konsert solo terakhir beliau. So jangan miss.. ( Amy, sila ambil perhatian. Gua promote lu kat blog gua. So jangan lu lari bila gua jerit mintak nak amek gambar dengan lu bertiga.)

Semua peminat Amy marilah bersatu hujung minggu ni. Gua ada hari Sabtu di grandstand tingkat 2 Istana Budaya. Mungkin duduk sebelah Datuk Siti. Tegurlah gua bila nampak gua. Gua mesra. Muka gua di blog ini adalah sama ketika gua di alam nyata. Persis Fahrin dan Aaron.

-

Peeeeewiiiit.

--

--

Wednesday, March 10, 2010

Isteriku..isteriku..ku ceraikan engkau.

----

Isteriku..isteriku..ku ceraikan engkau.

Isteriku,
Kerana cinta kau milikku
kerana takdir kau milikku

Isteriku,
Anak dirumah perlu disusukan
Kerana sibuk mengejar dunia
kau lupa semua itu

Isteriku,
Makan pakai aku kau lupa
Anak merenggek kau lupa
terasingkah kami?


Isteriku,
Isteriku...isteriku.

Ku ceraikan engkau.



Ini sajak aku buat masa tingkatan 3. Aku pun tak tau nape ending dia aku buat macam tu.


Kepada Am Susuk, Naj Scrambler, Najib Belia dan yang lain-lain..jangan dok buat lupa sajak aku ni. Sebab sajak aku ni la aku kena pangkah dengan ramai gadis-gadis hot masa kat SMRTU dulu.

Semua bermula pada satu hari Rabu tu. Kelas bahasa melayu. Aku lupa yang pada hari Isnin sebelumnya cikgu Munah dah kasi kerja sekolah suruh buat. Mudah saja. Disuruhnya kami buat sajak dan baca dalam kelas pada hari Rabu.

Nampak memang begitu mudah.

Namun budak-budak separuh gengster macam aku ni mana mau buat di rumah. Di rumah adalah waktu bersosial. Waktu untuk menyapu halaman rumah dan belajar memasak dengan mak.

Dan waktu paling sesuai untuk buat adalah pada hari Rabu itu juga. Dan nak lagi specifik lagi dua tiga orang punya turn sebelum aku.

Tapi nasib aku baik. Aku kena last sekali.


Sebenarnya sajak ini sepatutnya panjang lagi. Tapi aku terpaksa make it short. Itupun sebab cikgu Munah dah stat panggil nama aku.." saifoel lepas ini turn kamu.." Budak-budak ni pun apa lagi. Lagi tambah aku punya preasure. Tau la sekor-sekor dah selamat baca kat depan kelas...dah la kena marah dengan cikgu munah sebab sajak masing-masing macam sampah. Tak ada estatika bak kata orang.

Aku paham kenapa cikgu munah biarkan turn aku last sekali. Nak harap Am Susuk..tackle pompuan dia pandai la. Naj Scrambler pulak..itu jam baju sekolah pun mak pakaikan lagi..Jadi bab-bab kesenian ni biasanya aku la. Aku ingat lagi dulu masa tingkatan 2. Ada satu kelas tu kena main plaster paris. Semua pun buat patung-patung yang sangat basic. Buah tembikai la, pisau la, botol la...aku sorang je yang buat Statue Of Liberty.



Owh jauh sangat dah ni...



Elok saja budak sebelum aku tu habis cikgu munah dah panggil aku. "saifoel turn kamu.."ringkas dan tegas bahasa cikgu munah.

Masa aku ke depan tu tajuk dengan ending belum ada lagi. Sepatutnya endingnya berupa nasihat bagaimana mahu mengharmonikan rumah tangga.

Tapi semuanya terlintas je tiba-tiba bila cikgu Munah tanya apa tajuk sajak aku. Spontan je aku jawab "isteriku, ku ceraikan engkau". Tapi betul la kata orang bab-bab cerai ni jangan di buat main. Kena pikir dalam-dalam. Kena fokus. Tak boleh spontan. Sama jugak time nak pilih tajuk sajak. Kena pikir dalam-dalam.




Elok je aku habis baca semua orang diam..bercampur gelak dalam hati. Gadis-gadis yang pernah minat aku terus berpaling ke dinding. Mungkin kecewa dengan pendedahan aku.



Cikgu Munah pun sama. Senyum je dia.
Aku harap dia paham.



Ini cuma espressi seni.












---

Saturday, March 6, 2010

Minggu Darah Gemuruh

----

Bak kata orang time review gaji nanti mesti tabah dan kuat semangat. Masuk bilik bos macam nak masuk debat perdana. Mesti garang.

Bos: Yes Saifoel..come, sit down.

Gua: Thank you.

Boss: You know its about your increment right. So how you evaluate yourself for the past 1 year.

Gua: I think I did good..(kemas ayat gua)

Boss: So you think how many percents?

Gua: I know most of us get evarage 5-7 percents. Just tell me the number. Then we can discuss about my performance..(panjang tapi maintain kemas)

Boss: You guys never keep secret la..ok la between 5-7 percents where you grade yourself?

Gua: I deserve more than 7 percents.

(gua tengok mata bos gua dah terkebil-kebil..)

Boss: okay lah. Here what you will get. (sambil menunjukkan angka yg gua dah jangka)

Gua: Owh okay.

Boss: Well Saifoel you done a great job for your line department. I know I will always can depend on you. Now I want you to learn more about other line. I mean out of your jobscope..(ayat-ayat sebagai cubaan melembutkan hati gua)

Gua: Thanks boss. Will do my best. (gua akui gua agak terbuai-buai dengan pujian tadi. sampai gua terlupa yang gua sepatutnya menjadi tegas. Bijak bos gua.)



Minggu review adalah minggu yang sangat memberi tekanan kepada semua sebenarnya. Ianya akan lebih memberi tekanan jika kita dapat tau yang rakan sekerja kita mendapat rating yg tak masuk akal tingginya. Rakan sekerja yang semua orang tau tidaklah bagus tetapi mendapat rating yang tinggi.

Yelah memang betul dunia memang tak adil. Jadi apa tunggu lagi.




Siapkan resume.







----

Saturday, February 27, 2010

Majlis cukur Jambul Qaseh..

---


Lupa aku. Itu hari aku ada janji nak tulis pasal majlis cukur jambul Qaseh.
Nah inilah dia..


Qaseh sudah pandai duduk dan berfikir..mungkin berdebar menunggu malam bercukur.



Ini ustaz yang dijemput. Tengok Qaseh steady je tidur macam tak ada apa-apa. Ntah apa ritual yang ustaz tu baca.



Untuk anak yang pertama mereka begitu exited.


Bapak aku pulak kelihatan agak kekok. Mungkin sebab cucu pertama. Aku harap time cucu kedua daripada aku nanti, bapak aku akan kelihatan cool.


Majlis malam itu hanya saudara mara dan rakan-rakan terdekat je yang di jemput. Walaupun tak ramai tapi semua sofa kat rumah tu kena kasi keluar jugak. Bagi space. Penat aku dengan abg ipar aku mengangkat. Tapi bapak aku bijak. Set TV LCD 42 inch screen di biar kat situ. Semata-mata nak menunjukkan anak-anak dia bekerja di Kolumpo.

Bagi keluarga kami anak-anak lelaki haruslah ringan tulang melakukan kerja-kerja rumah. Sambil itu kami juga tidak boleh melupakan aspek teknikal seperti memanah dan menunggang kuda...Jadi di manakah anak-perempuan berada?


Anak-anak perempuan pula digalakkan supaya pandai berhias. Berposing didepan kamera mesti menjadi pegangan.


Pada hari itu juga aku dengan kakak telah di suprise oleh adik kami dengan sebiji kek dari secret rcp sempena harijadi kami. Walaupun bernada suprise tapi aku juga yang kena keluar duit beli kek.


Inilah gambar penuh kakak aku tiga beranak..




------

Wednesday, February 24, 2010

aku baru perasan.

---


Aku baru perasan banyak benda..



telefon aku dah jarang berbunyi. aku pun lagi la dah mula jarang men-dail..


banyak masa aku habis di office.


dan lagi aku banyak habiskan masa depan laptop.


sekarang aku sangat suka duduk rumah. mungkin sebab aku tak tau nak buat apa.



haih..






nasib baik ada tuhan.



tak la sunyi sangat.





---

Thursday, February 18, 2010

Memiliki Cinta Sempurna..bila mati hidup semula.

---





Hari ini genap setahun aku kenal redup..



Kejap betul masa berlalu. Kepada sesape yang ikut crita ini dari awal lagi ketahuilah yang crita ini dah setahun umurnya. Entri pertama yang keluar pasal dia secara tak langsung adalah pada 24 Februari bertajuk INDAH. Silalah ke link itu. http://akusangblogger.blogspot.com/2009/02/indah.html



Ingat lagi aku pada 19 Februari 2009 pukul 8.11 pagi aku telefon dia. Dan dengar la aku suara dia buat pertama kali itu..suara serak-serak basah. Suara baru bangun tidur. Aku konfem air liur meleleh lagi tu.



Ayat pertama aku kat dia, "eh suara macam gengster.."





Dan begitulah seterusnya hari berganti hari..



Pertama kali keluar dengan dia buat aku rasa teruja. Maklumlah dah lama tak keluar dengan gadis selepas Sue. Aku amek dia di UM. Berdebar-debar aku tunggu dia turun dari kolej. Abis semua aku check. Rambut dah pacak. Baju dah butang. Perfume dah sembur. Kasut dah pakai (maklumlah bawak keta tak pakai kasut). Bila semua dah periksa aku pun jerit CHECKED!...sebagai tanda aku dah cukup bersedia.



Bila dia turun je aku dah terkejut. No wonder la suara dia mcm gengster dlm telefon. Gaya jalan pun macam gengster. Tapi itulah keunikan dia. Sweet sangat.



Masa tu kami cadang nak makan di Pizza Hut di sek 14 PJ. Homeground aku dulu masa muda-muda. Tapi dah sampai situ nak cari parking pun satu hal. Dekat setengah jam jugaklah pusing-pusing sek 14 cari parking. Tapi dia sangat cool. Aku pulak yang gelabah.


Untuk lunchtime kami yang pertama aku lega. Berlalu dengan lancar sekali..



Dia ada kata yang aku orang pertama yang panggil dia sewel. Aku pun tak tau yang tindakan aku itu bijak atau tidak dengan memanggil dia sewel. Mungkin sebab aku banyak cakap merepek dan dia pun ikut serta merepek sekali. Silap jugak aku mengajar seorang doktor perkara bukan-bukan.



Korang semua jangan salah sangka tau. Entri ini bukan kesinambungan kisah aku dengan redup. Ini lebih kepada sinopsis atau warna-warna yang sebetulnya aku jarang cerita pasal dia.



Aku terima penolakan dia pada aku. Tipulah kalau aku kata yang aku tak pujuk dia langsung. Tetapi akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Cinta tidak boleh dipaksa. Siapalah aku nak memaksa cinta untuk datang dan menerima. Kan tuhan dah kata Kun Fa Ya Kun..



Dalam entri yang sudah-sudah ada aku kisahkan bagaimana aku telah cuba meminta nasihat daripada kawan-kawan aku. Ada di antara mereka bertaraf dewa chenta, pari-pari kedamaian dan juga perawi-perawi dari nas-nas chenta agung. Semua aku mohon nasihat. Pendek kata kalau aku pergi beli nasik lemak kat warung dan makcik itu letakkan lauk penuh gaya nescaya aku akan memohon nasihat chenta dari makcik itu. Maksudnya tiada siapa yang hebat terlepas daripada pandangan aku.



Akhirnya aku realise satu perkara. Bahawa untuk mencari dan memiliki cinta sebenarnya tidak perlukan nasihat. Cinta sesuatu yang sangat UNIK dan halus perkiraannya. Dan tiada istilah betul atau salah sebenarnya. Kita boleh mengambil seberapa nasihat yang kita nak. Tapi hakikatnya kita cuma mahu dengar apa kata hati kita.



Letaklah berapa banyak kriteria-kriteria yang kita nak pada seseorang itu. Tetapi akuilah yang pada penghujungnya kita akan dapat apa yang kita tidak pernah terfikir pun. Aku sendiri akui pada mulanya aku tak terfikir pun nak panjangkan hubungan ini. Redup terlalu berbeza dari apa yang aku nak dari seorang gadis. Namun selepas beberapa kali keluar aku perasan yang dia sangat unik. Dan keunikan dia buat tanggapan aku pada gadis-gadis berubah.



haih..





Untuk dia aku buat apa saja yang termampu. Dan aku tak pernah pun memberi cinta yang sangat sempurna kepada dia. Aku hanya memberi apa yang aku ada. Memberi dari kelongsong dan perca hati aku..Sebagai manusia yang biasa aku juga ada kekurangan. Dan aku terima kekurangan aku..





Hari ini hari jumaat.

Penghulu segala hari...

Moga diberkati tuhan.



Selamat Ulang Tahun Perkenalan.







28 tahun aku hidup.

28 tahun aku mencari kamu.

28 tahun aku cuba merungkai siapa yang tertulis di sisi aku di arash sana.




kawan-kawan,



Memberi cinta dan mengharapkan cinta di terima ada dua perkara yang berbeza.





Memberi cinta itu mungkin mudah.



Tetapi mengharapkan cinta di terima adalah sangat berisiko.





Peace.









----

Wednesday, February 17, 2010

Bawalah Daku Pergi..

----



Iye..tajuknya macam jiwang. Tapi aku cuma mau bercerita tentang kehidupan dan kerja.



Sepanjang tiga tahun aku bekerja di salah satu MNC di Malaysia aku rasa hidup aku dah banyak berubah. Aku dah hilang rupa jiwa aku..



Tak pernah aku rasa begini tertekan sejak bekerja. Tahap tertekan dia boleh buat aku nak stop hisap rokok.


Aku jugak dah banyak miss kenduri-kenduri kawen member-member aku.haih..ini semua sebab aku kena kerja time manusia lain sibuk bercuti.

-

Kepada akob aku mintak maaf..macam nak nangis aku tengok gambar kawen hang.

Kepada mon aku selaku godfather yang membabtist hang aku minta maaf. Lain kali nak suh aku amek gambaq kawen hg book awal-awal..

Dan kepada Ejan aku minta maaf sangat-sangat. Walaupun ko ada cakap nak parang aku kalau aku tak pegi kenduri ko. Aku tau ko tak maksudkan begitu.

Tapi ketahuilah yang kenduri aku nanti nama-nama yang di atas ni wajib datang. Ini adalah arahan yang tidak boleh di kompromi lagi. Jangan sampai aku bakar rumah korang nanti.

-

haih..

-

Aku dah penat sekarang. Duit dah bukan segala-galanya. Aku mau hidup aku. Aku nak tebus kembali saat-saat yang aku terlepas sebelum ni.

-

Tolonglah,

Bawa daku pergi dari neraka ini.

---

=-

Tuesday, February 16, 2010

Selamat Tidur.

---


Selamat tidur..
Moga esok janji indah..

Selamat tidur..
Moga sepi ditelan mimpi..

Selamat tidur.
Moga lena dibuai salju..

Selamat tidur.
Dan siaplah untuk esok
Ramai insan menunggu tangan ajaibmu.
Tangan ikhtiar restu dari tuhan.



Selamat tidur.
Doaku selalu padamu


Moga dimuliakan tuhan.




-----

Sunday, February 7, 2010

Boleh bikin tumor.

---


tak pernah aku sangka punya susah nak buat entri baru. Boleh bikin tumor.


Satu hari satu perenggan...
Tapi tak la panjang sangat isinya.


haih..


Kalau aku guna typewritter macam zaman dulu mesti dah berkilo kertas aku habis.

Alaa..macam filem-filem melayu tu. Asal tak jadi je buang kertas. Asal takde idea je buang kertas.Pastu muka tensen-tensen..


Susah betul aku nak siapkan..




" MEMILIKI CINTA SEMPURNA..BILA MATI HIDUP SEMULA "





------

Friday, January 29, 2010

1000 Tandatangan

---







ini gambar Fahrin. sila jangan keliru.







Orang kata aku gile tak kalau aku kata nak kumpulkan 1000 tandangan untuk menunjukkan sokongan aku kepada Fahrin Ahmad.






Manalah tau kalau Linda Onn saman balik at least belakang Fahrin dah ada 1001 orang.




Laki-laki beriman macam kami ini memang selalu teruji. Fitnah dan godaan dah memang telah menjadi makanan ruji kami..dem.











p/s: Jangan ada sape-sape kutuk Fahrin Ahmad kat blog aku. Mengutuk Fahrin ibarat mengutuk aku dan ianya sangat membuatkan aku terasa. owhh obsesnya aku.haha.






---

Tuesday, January 26, 2010

Sepetang Bersama Adiputra.

------





---






Kenal tak Adiputra? alaa budak genius tu.



Semalam di izin tuhan aku ke rumah dia. Lama jugak la dari pukul 2.00pm sampai la pukul 6.00pm.



Untuk seorang manusia biasa yang tak punya apa-apa kelebihan, berjumpa dengan Adiputra adalah satu penghormatan kepada aku.



Kalau semua nak tahu Adiputra bukan sahaja pandai dalam matematik. Dia boleh bertutur dalam 8 bahasa dan boleh bermain pelbagai instrumen muzik termasuklah biola. Yang paling gempak dia boleh mengubat orang dan boleh membaca orang dan mengetahui sejarah silam dan future seseorang tu.



Gempak kan.



Adiputra seorang yang berfikir. Banyak jugak la soalan-soalan dari aku mengenai melayu, Malaysia, dunia dan juga Palestin secara khususnya. Dan dia merungkai segala persoalan itu dengan begitu ringkas tetapi sangat berkias-kias. Banyak jugak pengalaman-pengalaman dia yang dia cerita sangat membuatkan aku kagum. Tapi minta maaf tak semua aku boleh cerita di sini.



Dan dalam banyak-banyak soalan tu terlepas jugak la soalan pasal kembar tak serupa aku. Fahrin Ahmad la. Aku tanya Adiputra sama ada Fahrin Ahmad memukul Linda Onn. Dan Adiputra memberikan jawapan. Sekali lagi dia berkias. Tapi aku rasa aku paham maksud dia..

Aku juga sebenarnya ada tanyakan juga pasal jodoh aku. Tipu la aku kalau aku tak tanya. Dan ada nama gadis yang aku sebutkan pada Adi. haih..banyak kali jugak la Adiputra sebut nama gadis tu..

Oh ya aku pergi rumah Adiputra bersama bapak aku dan abg ipar aku.





Masa di rumah dia tu Adiputra sentiasa terperap dalam bilik. Tapi banyak kali jugak la dia turun ke bawah jumpa kita orang. Bapak dia En Ghani mulanya agak pelik dengan perangai Adi tu. Kata En Ghani Adi biasanya takkan turun ke bawah kalau ada tetamu datang hatta wartawan sekalipun. Biasanya Adi akak turun kalau tetamu itu dari keturunan alim ulamak dan juga para wali. Meremang juga aku dengar. Tetapi pikir-pikir balik aku pun cakap owh...Dalam keturunan aku, aku je yang agak setan.

Ramai juga orang yang datang ke rumah Adi haritu. Kebanyakan orang-orang penting negara dan ramai antara mereka selalu masuk tv. Aku perasan ayah Adi sangat teruja bila bercakap pasal Adi. Banyak juga vidoe-video pasal Adiputra yang di tunjukkan kepada kami. Antara yang boleh aku ceritakan di sini adalah video bagaimana seekor gajah tunduk seperti sujud ketika Adi berdiri betul-betul di depan gajah tersebut. Dan kami juga melihat bagaimana gajah-gajah lain yang dirantai meronta-ronta mahu pergi kepada Adi.


Banyak lagi rasanya aku nak ceritakan pasal Adiputra. Tapi apakan daya aku tak boleh.




Oh ya hari ini aku akan ke rumah Adiputra lagi.








----

Thursday, January 21, 2010

SINGApura Yang Jinak.

------------


Sebulan yang lepas aku ke Singapura. Program ad-hoc. Jadi pergi tanpa banyak persiapan. Bak kata erna a.k.a mJ..WE ARE BACKPACKERS. So sepanjang kami di Singapura banyak la benda-benda yang agak luarbiasa yang aku tengok. Kat sini aku list kan 10 keajaiban yang aku temui dan aku mulakan dengan hujah yang paling penting sekali.


Tidak ada seorang gadis melayu di Singapura yang boleh dikategorikan sebagai cantik. Paling-paling pun macam Hetty Sarlene. Maksudnya tak cantik la tu.

Fesyen pakaian rakyat Singapura adalah seperti makhluk asing. Mungkin kerana terlalu obses dengan fesyen dan juga mahu kelihatan up-to-date maka mereka dilihat sangat ganjil. Mungkin juga mereka tidak cantik jadi pakaian apa pun tetap tidak cantik.

Fakta mengenai kebesihan mutlak Singapura tidaklah seperti yang di ura-urakan. Banyak juga sampah seperti puntung rokok terutamanya di perhentian bas. Melalui kiraan aku terdapat 10 puntung rokok yang terdapat di perhentian bas Geylang. Tiga daripadanya adalah melalui aku.

Perkataan MELEPAK bagi melayu di Singapura adalah bermaksud TIDUR.

Orang Singapura mempercayai bahawa Stanford Raffles yang membuka Singapura.

Gambar tokoh di wang kertas Dolar Singapura adalah Presiden pertama Singapura. Beliau adalah seorang melayu bernama Yusof Ishak. Yusuf Ishak merupakan pengasas Utusan Melayu.

Makanan ruji orang melayu Singapura selain nasi adalah LONTONG. Ini terbukti apabila kami singgah untuk makan tengahari di satu rumah orang melayu di Singapura. Untuk orang melayu tulen seperti aku yang makan nasi dan kari, menerima LONTONG sebagai makanan tengahari adalah satu penghinaan.

Pengangkutan awam di Singapura adalah sangat cekap. Teksi-teksi sungguh luar biasa banyaknya. Sehingga membuatkan aku percaya semua rakyat Singapura memandu teksi sebagai pekerjaan utama.

Tidak ada satu barang yang murah di Singapura untuk lelaki-lelaki membeli belah kecuali kasut. Jika hendak membeli boxer sila balik ke Malaysia.

Nilai 1 dolar Sing bersamaan dengan RM 2.40. Ini bermaksud nilar dolar Singapura adalah lebih kurang sama dengan New Zealand. Jadi lebih elok kita semua rakyat Malaysia melancong ke New Zealand. Kerana tidak ada apa yang istimewa di Singapura kecuali Tuhan Singa yang doa biasanya makbul.



Sekian pengamatan aku tentang Singapura. Nantikan tinjauan aku mengenai negara lain yang akan aku lawati selepas ini. Berkemungkinan Armenia.



Itupun selepas aku terpengaruh dengan rancangan ' Keeping Up With The Kardashians '.




--

Monday, January 11, 2010

Atuk..kini lenyap jadi sepi.

----



Di atas buaian itu..di setiap petang menganjak senja. di mana sawah padi itu menjadi hening dan sayup di tiup angin.



Atuk: besaq nanti nak jadi apa..


Aku: nak jadi polis macam tokwan la. nak tembak orang jahat.


Atuk: kalau nak jadi polis kena belajaq pandai-pandai tau...




*diam*




Setiap kenangan itu datang mencurah-curah dan sangat meruntun jiwa. Dan aku tau aku takkan mampu mengadap tubuh kaku itu.. Iya, dengan keadaan aku tanpa airmata..



Pukul 12.15 malam tu akak aku telefon. Aku yang tengah bekerja terkejut jugak dia telefon malam-malam macam tu.



AKak: hang tengah kerja ka?


aku: tengah keja la. awatnya?


akak: tokwan dah meninggal tadi.


aku: .........................


akak: helo? hang dengaq tak??



Mati setiap kata-kata aku waktu itu. Aku tak tahu sama ada aku perlu terkejut atau perlu terus sedih..


Malam itu jugak aku terus pulang ke Kedah.

Sampai Alor Setar dalam pukul 8 pagi. Rupa-rupanya semua orang tunggu aku sebelum mandikan jenazah. Rumah usang itu yang sudah lama sepi kini penuh dengan manusia..Lama jugak aku tunggu kat luar sebelum aku berani masuk kedalam rumah atuk. Itupun sebab maksu aku panggil jugak-jugak suruh aku masuk.

Dari jauh aku tengok mak aku duduk kat satu sudut sambil baca yassin. Basah kertas yassin itu dengan airmata mak aku. Sebagai anak sulung aku tau mak aku seboleh-bolehnya terpaksa kelihatan tabah depan adik-adik dia.

Bila melihatkan arwah atuk kaku depan mata aku buatkan aku sebak. Di sudut yang sama arwah nenek diletakkan dulu. Cuma kali ini lopak airmata aku kosong. Aku buang jauh-jauh kenangan aku dengan atuk. Kenangan yang bisa merobak denyut sayu aku. Aku tak mau orang melihat aku dengan airmata.

-

*senyap*

-

Betul cakap mak jenazah atuk nampak macam tengah tidur. Kulit atuk yang dulunya gelap nampak cerah. Aku harap jenazah atuk dimuliakan tuhan..Atuk meninggal di hospital ditemani seorang cucu yg mana ditugaskan menjaga atuk bergilir-gilir pada waktu malam. Aku terkilan kerana tak sempat berada bersama atuk tatkala atuk di hujung-hujung nyawa.

Semua orang tahu aku cucu paling rapat dengan atuk. Tapi hari itu aku jadi orang yang paling pendiam dan batu sekali. Bila atuk dimandikan aku hanya mampu tengok dari jauh. Aku biarkan cucu yang lain mengambil giliran menjurus atuk. Akhirnya maksu aku jugaklah yang memaksa aku. Itupun setelah semua orang selesai.

Getah paip itu aku pegang lesu. Bila ubun-ubun atuk aku kenakan air teringat aku masa aku mandikan atuk baru-baru ini. Teringat aku masa atuk merengek-rengek minta dihabiskan cepat. Kali ini semuanya sepi...dan aku cuba sekali lagi untuk tidak mengalirkan airmata. Dan aku mohon tuhan tangguhkan airmata aku.

Aku dah hilang masa atuk dikafankan. Aku berkurung dalam bilik atuk. Mencari bau-bau atuk yang masih tinggal. Masih ingat lagi aku dulu masa mak ambil aku untuk dibawak balik ke Penang. Aku curi satu kopiah atuk bawak balik. Bila aku rindukan atuk kopiah itulah yang aku cium dan aku pakai setiap masa.

haih..


Tersentak aku bila mak aku panggil. Mak cakap tinggal aku sahaja lagi yang belum cium atuk. Kata mak atuk dah dikafankan. Semua orang dah cium atuk. Bila aku keluar je ke ruang tamu tu semua mata dah tertumpu kepada aku...

Dan dahi atuk yang bersih itu aku kucup buat kali yang terakhir.

---

--

Selepas selesai semua majlis pengkebumian kami semua balik ke rumah. Aku pun terus tidur. Aku terjaga itupun setelah mak aku kejut suruh bangun sembahyang asar. Bangun-bangun je aku dah tak ada suara. Mungkin kerana terlalu menahan sebak dan aku matikannya di tekak. Yang peliknya bila bila aku terjaga aku tersebut nama seseorang. Mujur suara aku mati.

Atuk,

Damailah engkau di sana. Nenek dah lama tunggu atuk di syurga. Mesti nenek rindu dah 20 tahun tak jumpa.

Kami bersyukur atuk sempat melihat cicitnya yang pertama. Dan Nur Qaseh Qaisarah sempat melihat moyangnya. Hebat kuasa tuhan. Dia ciptakan satu kehidupan. Dan mematikan satu kehidupan yang lain.

Perginya atuk membuatkan aku hilang dua orang yang menjaga aku dari kecil. Lepas seminggu nenek meninggal dulu nenek ada datang dalam mimpi aku. Nenek lengkap bertelekung seperti baru selesai bersolat. Senyap je nenek datang dan merenung aku dari jauh. Puas aku panggil dan mengatakan aku rindu dengan nenek. Tetapi nenek masih bisu dan kemudia hilang dari pandangan aku.

Sekarang aku menunggu atuk datang dalam mimpi aku. Dah dua minggu pun. Dan atuk masih belum datang....

-

Dan aku masih terus menunggu.

-

----

Friday, January 8, 2010

Kenapa Begitu Retorik

---

Aku minta maaf. Kali ni aku skip beberapa entri baru aku untuk isu Penggunaan nama ALLAH.

Aku meminta maaf sekali lagi kerana bagi aku isu ini hanya satu retorik. Kerana bagi aku..sekali lagi bagi aku..aku tidak membantah.

Kenapa penting sangat siapa yg berhak menggunakan nama ALLAH. Kristian Arab dah lama guna. Even sebelum datangnya Nabi Muhammad nama ALLAH telah lama digunakan. Dan kenapa kita mesti takut dengan akhbar HERALD yang ternyata terbitannya bukan menjangkau satu Malaysia.

Kenapa orang-orang melayu cepat sangat melatah. Dan aku berani bet yang ramai-ramai tu pun semuanya ikut orang. Masakan tidak gambar dalam surat khabar sepatutnya berdemo dengan muka serius. Ini ada yang siap gelak-gelak. Ini belum kira yang bawa bendera PEKIDA lagi. Perjuangan ape kejadah.

Dan aku kenal beberapa orang yg terpekik-pekik dalam tv tu. Cakap berapi-rapi. Pakai keta Mercedes duduk rumah banglow. Anak-anak kaki clubbing. Makan projek kerajaan sub kat ornag lain. Ini orangnya yang nak bercakap pasal ISLAM?

Kalau kita percaya tauhid kita kuat apa yang kita nak risaukan pasal isu ini. Kalau pegangan kita kuat kenapa kita perlu risau?

Aku nak tanya kepada semua yang begitu emosi ni..Kenapa mesti kau bising-bising hanya pasal nama?
Dan aku nak tanya kau-kau semua kenapa tak risaukan isu-isu yang kat bawah ni contohnya:


Adakah kau tahu beratur anak-anak melayu rosak dan menjual diri di Bukit Bintang?

Adakah kau tau orang melayu di bandar-bandar besar ni minum arak macam minum air teh?

Adakah kau tau banyak orang-orang asli telah di kristiankan secara terang-terangan?

Adakah kau tau bersekedudukan pasangan bukan muhrim ini sudah menjadi trend anak-anak melayu?

Adakah kau tau semakin ramai anak-anak muda sudah tidak pandai lagi membaca Al-Quran apatah lagi membaca AL-Fatihah.

Dan adakah kau tau berapa ramai orang melayu yang sudah murtad?


Adakah kau tau semua itu??


Dan aku nak tau apa yang telah kau buat mengenai isu-isu yang kat atas ini sebelum kau beriya-iya turun menyalak mengenai isu penggunaan nama ALLAH?




Aku minta maaf. Aku tau ramai yang tidak bersetuju dengan aku. Just my 2 cents. Dan aku bukak kepada perbincangan kalau ada. Dan aku bukan orang yang baik untuk mengulas isu-isu sebegini.



----

Wednesday, January 6, 2010

Cubaan Kelima.

----


ini cubaan kelima aku untuk menulis. harap lepas ni bleh tekan PUBLISH POST.



Dah lama sangat tak menulis. Aku tengok hari-hari ramai je yang klik. Tapi takde entri baru. Abis semua orang tetipu.haha.


Banyak benda yang terjadi dalam seminggu dua ni. Aku pun baru je balik dari Singapura. Namun aku dah siapkan beberapa entri untuk di publish. Tapi kat sini macam biasa aku letakkan tajuk dulu. Macam biasa..Tunggu lah.


1. Atuk..kini lenyap jadi sepi.

2. Singapura vs Malaysia



3. Qaseh sudah di baptist

4. Memiliki CINTA SEMPURNA.






---









Ini adalah gambar ketika hari terakhir di singapura. Org cakap mohon restu tuhan singa kat belakang tu biasanya makbul.





------