Showing posts with label nun jauh. Show all posts
Showing posts with label nun jauh. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

Rama-Rama itu disebelah aku.

------------








Rama-Rama itu koordinator aku. Dalam bahasa mudahnya kerani aku. Dia seorang india. Umur dalam 40 an. Oh ya nama betulnya Papathy. Papathy dalam bahasa melayu bermaksud Rama-rama. Papathy seorang vegetarian.


Aku pulak karnivor.





Mesti orang pelik kali ni aku cerita pasal kerani aku. haha..





Masa mula-mula masuk kerja bos aku dah kenalkan kepada semua staff. Masa bos kenalkan kepada Papathy aku pun cakap: oh you are butterfly! Dan dia terkejut aku boleh tau. Aku cakapkan pada dia: I can speaks tamil and urdu a little bit. Maklumlah berjiran dengan orang india dari kecil. Masuk uia belajar arab. Arab dan urdu pula tak jauh beza.








Untuk makluman aku juga fasih berbahasa Itali. Aku boleh cakap mama mia dalam 5 lenggok.








Papathy bagi orang india di company aku sangat dihormati. Dia bolehlah di ibaratkan sebagai ustazah ataupun sister bagi lain-lain agama. Setiap tahun orang india ni ada satu ritual perayaan. Dan biasanya pada hari itu ramailah orang india kat company aku akan pergi kepada Papathy untuk memohon pedoman. Dan dia sangat bijak membaca karma.





Ada satu hari tu sorang manager india cakap pada Papathy satu benda yang pelik. Dia kata kalau Papathy nak pergi ke lif untuk turun mesti kena lalu opis manager tu dulu. Jangan ikut jalan lain. Untuk keberkatan katanya.








Oleh kerana Papathy kerani aku makanya tiada layanan istimewa untuk dia. Ttapi Papathy ni baik. Sangat pandai mengambil hati aku. Setiap pagi sesampai je aku kat opis dah tersedia pun secawan nescafe kat aku. Kalau aku lambat sampai dan nescafe tu dah sejuk dia akan panaskan balik. Biasalah bos datang lambat. Jalan jam lagi, tayar pancit lagi, amek buku laporan anak-anak kat sekolah lagi..itu belum kira lagi bini merengek tak kasi pergi kerja. Katanya abg ni asyik kerja je..



Boring pulak panggil Papathy. Aku panggil baterflai pula.





Baterflai ada cakap aku bos yang paling baik dia pernah jumpa. Yelah aku tak salahkan dia beranggapan begitu. Aku memang tak pernah marah orang. Pernah sekali aku cakap pada dia aku nak resign sebab aku terlalu penat bekerja. Kat situ jugak dia menangis.



Baterfly ni ada 3 orang anak. Yang paling tua adalah perempuan dan seorang doktor. Aku rasa kalau bukan pasal perbezaan agama nescaya aku dah di jodohkan dengan anak dia.



Dalam panjang-panjang aku cerita kat atas ni..kat sini je pun point aku. Baterflai ni sebenarnya sangat bijak membaca aku. Aku ni jenis tak pernah tunjuk muka ada masalah depan orang. Tambah-tambah lagi ketika di tempat kerja. Tapi baterflai ni tau je apa masalah aku. Kerapkali jugak la aku terperangkap dengan soalan dia.





Something bothering you Saifoel?

Dan kerapkali juga aku bertanya pada dia: how do you know? My face never tell you anything rite?

Dan macam biasa selalu jugak dia jawab...yes. but you bring negative aura today. your eyes look tired. seems like you thinking too much.





Oleh sebab Baterflai ni macam mak-mak jadi biasanya aku tak terlepas dari terpaksa juga menjawab soalan dia. Dan untuk kebanyakan cerita, cerita redup la yang paling dia selalu dengar. Baterflai pun dah tengok muka redup. Siap buat calculation lagi. Dan biasanya calculation dia base on tarikh lahir.



you really love dat girl la Saifoel. Just keep on praying. Tell you what..I will do meditation for you. At the same time I want you to continue praying..


Terharu aku dengar..

Dalam masa yang sama aku sedar..

Tak ada apa yang boleh aku buat pun.

Thanks my baterflai.



--

Rupa-rupanya banyak bidadari tuhan di dunia ini. Salah satunya sedang berlegar-legar dilangit aku. Makin hari makin dekat. Dekat dan merintik turun..

- petikan dari Patah Tumbuh Hilang Berganti daripada www.silalah cari.com

silalah cari.hehe

---

Saturday, March 27, 2010

Indah Dan Sempurna

-----------


Pernahkan aku tanyakan kamu sama ada aku nampak gembira. Dan kau menjawab iya dan bertanya kenapa.

Dan aku cakapkan aku tinggalkan hati aku di rumah sebelum berjumpa kamu.
Supaya bila bersama kamu ianya tidak membabitkan hati.




Lama-lama keadaan semakin pelik.
Nadimu terlalu kuat untuk aku.


Aku sumpah aku dah tinggalkan hati aku di rumah setiap kali jmpa kamu.



Rupa-rupanya aku hanya tinggalkan 10 peratus hati aku.





Kerna lagi 90 peratus hati aku telah menjadi diri aku.
Telah sebati menjadi sayang.




haih...





Aku rasa sampai sini sahaja tulisan aku.
Mungkin tidak ada lagi selepas ini.










Love and Peace.

Assalamualaikum.












----

Friday, January 29, 2010

1000 Tandatangan

---







ini gambar Fahrin. sila jangan keliru.







Orang kata aku gile tak kalau aku kata nak kumpulkan 1000 tandangan untuk menunjukkan sokongan aku kepada Fahrin Ahmad.






Manalah tau kalau Linda Onn saman balik at least belakang Fahrin dah ada 1001 orang.




Laki-laki beriman macam kami ini memang selalu teruji. Fitnah dan godaan dah memang telah menjadi makanan ruji kami..dem.











p/s: Jangan ada sape-sape kutuk Fahrin Ahmad kat blog aku. Mengutuk Fahrin ibarat mengutuk aku dan ianya sangat membuatkan aku terasa. owhh obsesnya aku.haha.






---

Thursday, January 21, 2010

SINGApura Yang Jinak.

------------


Sebulan yang lepas aku ke Singapura. Program ad-hoc. Jadi pergi tanpa banyak persiapan. Bak kata erna a.k.a mJ..WE ARE BACKPACKERS. So sepanjang kami di Singapura banyak la benda-benda yang agak luarbiasa yang aku tengok. Kat sini aku list kan 10 keajaiban yang aku temui dan aku mulakan dengan hujah yang paling penting sekali.


Tidak ada seorang gadis melayu di Singapura yang boleh dikategorikan sebagai cantik. Paling-paling pun macam Hetty Sarlene. Maksudnya tak cantik la tu.

Fesyen pakaian rakyat Singapura adalah seperti makhluk asing. Mungkin kerana terlalu obses dengan fesyen dan juga mahu kelihatan up-to-date maka mereka dilihat sangat ganjil. Mungkin juga mereka tidak cantik jadi pakaian apa pun tetap tidak cantik.

Fakta mengenai kebesihan mutlak Singapura tidaklah seperti yang di ura-urakan. Banyak juga sampah seperti puntung rokok terutamanya di perhentian bas. Melalui kiraan aku terdapat 10 puntung rokok yang terdapat di perhentian bas Geylang. Tiga daripadanya adalah melalui aku.

Perkataan MELEPAK bagi melayu di Singapura adalah bermaksud TIDUR.

Orang Singapura mempercayai bahawa Stanford Raffles yang membuka Singapura.

Gambar tokoh di wang kertas Dolar Singapura adalah Presiden pertama Singapura. Beliau adalah seorang melayu bernama Yusof Ishak. Yusuf Ishak merupakan pengasas Utusan Melayu.

Makanan ruji orang melayu Singapura selain nasi adalah LONTONG. Ini terbukti apabila kami singgah untuk makan tengahari di satu rumah orang melayu di Singapura. Untuk orang melayu tulen seperti aku yang makan nasi dan kari, menerima LONTONG sebagai makanan tengahari adalah satu penghinaan.

Pengangkutan awam di Singapura adalah sangat cekap. Teksi-teksi sungguh luar biasa banyaknya. Sehingga membuatkan aku percaya semua rakyat Singapura memandu teksi sebagai pekerjaan utama.

Tidak ada satu barang yang murah di Singapura untuk lelaki-lelaki membeli belah kecuali kasut. Jika hendak membeli boxer sila balik ke Malaysia.

Nilai 1 dolar Sing bersamaan dengan RM 2.40. Ini bermaksud nilar dolar Singapura adalah lebih kurang sama dengan New Zealand. Jadi lebih elok kita semua rakyat Malaysia melancong ke New Zealand. Kerana tidak ada apa yang istimewa di Singapura kecuali Tuhan Singa yang doa biasanya makbul.



Sekian pengamatan aku tentang Singapura. Nantikan tinjauan aku mengenai negara lain yang akan aku lawati selepas ini. Berkemungkinan Armenia.



Itupun selepas aku terpengaruh dengan rancangan ' Keeping Up With The Kardashians '.




--

Friday, January 8, 2010

Kenapa Begitu Retorik

---

Aku minta maaf. Kali ni aku skip beberapa entri baru aku untuk isu Penggunaan nama ALLAH.

Aku meminta maaf sekali lagi kerana bagi aku isu ini hanya satu retorik. Kerana bagi aku..sekali lagi bagi aku..aku tidak membantah.

Kenapa penting sangat siapa yg berhak menggunakan nama ALLAH. Kristian Arab dah lama guna. Even sebelum datangnya Nabi Muhammad nama ALLAH telah lama digunakan. Dan kenapa kita mesti takut dengan akhbar HERALD yang ternyata terbitannya bukan menjangkau satu Malaysia.

Kenapa orang-orang melayu cepat sangat melatah. Dan aku berani bet yang ramai-ramai tu pun semuanya ikut orang. Masakan tidak gambar dalam surat khabar sepatutnya berdemo dengan muka serius. Ini ada yang siap gelak-gelak. Ini belum kira yang bawa bendera PEKIDA lagi. Perjuangan ape kejadah.

Dan aku kenal beberapa orang yg terpekik-pekik dalam tv tu. Cakap berapi-rapi. Pakai keta Mercedes duduk rumah banglow. Anak-anak kaki clubbing. Makan projek kerajaan sub kat ornag lain. Ini orangnya yang nak bercakap pasal ISLAM?

Kalau kita percaya tauhid kita kuat apa yang kita nak risaukan pasal isu ini. Kalau pegangan kita kuat kenapa kita perlu risau?

Aku nak tanya kepada semua yang begitu emosi ni..Kenapa mesti kau bising-bising hanya pasal nama?
Dan aku nak tanya kau-kau semua kenapa tak risaukan isu-isu yang kat bawah ni contohnya:


Adakah kau tahu beratur anak-anak melayu rosak dan menjual diri di Bukit Bintang?

Adakah kau tau orang melayu di bandar-bandar besar ni minum arak macam minum air teh?

Adakah kau tau banyak orang-orang asli telah di kristiankan secara terang-terangan?

Adakah kau tau bersekedudukan pasangan bukan muhrim ini sudah menjadi trend anak-anak melayu?

Adakah kau tau semakin ramai anak-anak muda sudah tidak pandai lagi membaca Al-Quran apatah lagi membaca AL-Fatihah.

Dan adakah kau tau berapa ramai orang melayu yang sudah murtad?


Adakah kau tau semua itu??


Dan aku nak tau apa yang telah kau buat mengenai isu-isu yang kat atas ini sebelum kau beriya-iya turun menyalak mengenai isu penggunaan nama ALLAH?




Aku minta maaf. Aku tau ramai yang tidak bersetuju dengan aku. Just my 2 cents. Dan aku bukak kepada perbincangan kalau ada. Dan aku bukan orang yang baik untuk mengulas isu-isu sebegini.



----

Tuesday, December 15, 2009

Sudi..pernah ada. (Episod Penamat)

--------

Cerita ini pada tahun 2009...

Dahulunya pada tarikh 15 hb setiap bulan kami menyambut aniversary bersama-sama. Dan pada bulan yang sama yakni Disember hubungan ini putus juga..

Tak lama pun. Cuma hampir dua tahun. Tapi bagi aku cukup lama. Pada pukul 9.15 mlm 15hb Mei di Kampung Baru Sudi menerima aku untuk menjadi sebahagian dari hidup dia. Dan pada 29 Desember 2006 takdir telah putuskan kami tiada jodoh. Aku masih ingat lagi hari itu sehari sebelum Raya Haji dan hari yang sama Saddam Hussein di hukum gantung.

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun kami putus. Dan hampir 3 tahun jugaklah aku masih sendiri. Dalam masa 3 tahun ni macam-macam dah berlaku. Semuanya dah berubah...

Gaban dah ada company sendiri. Untuk orang berumur macam dia itu dah kira berjaya. Mazli Harun Laban sekarang ini pun bekerja dengan Gaban. Aku pulak bawa haluan sendiri selepas grad...Sudi?

Sudi telah pun berkahwin. Kalau tak silap aku dah setahun lebih. Sudi dah ada anak sorang pun. Cumel macam umi dia..Anak Sudi punya mata Sudi. Cantik.

Haih..

Semuanya berubah dalam sekelip mata. Dasyat kuasa tuhan. Pada November 2006 adalah final year dan final sem aku di UIA. Bodoh dan grad lambat satu sem. Untuk paper yang terakhir itu aku sengaja keluar lambat dari dewan exam. Aku nak hirup udara terakhir aku di CAC Hall yang mana aku sumpah takkan jejak lagi. Sementara menunggu orang keluar tu macam-macam aku pikir. Apa akan jadi kat aku dalam 5 tahun ini. Adakah aku akan jadi orang yang berjaya dalam hidup. Adakah aku akan berkahwin dengan Sudi dan punya keluarga yang bahagia..

Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku hubungan kami akan putus dan aku akan hilang Sudi selama-lamanya.

Sudi telah pun aku bawa jumpa keluarga aku. Masa kakak aku kawin Sudi datang. Mungkin kerana dia segan jadi dia bawak kawan baik dia Ima. Ima pula bawa adik dia yang bongsu. Lala namanya..

Aku pulak sebelum itu dah berjumpa dengan famili Sudi. Maksudnya hubungan ini serius.

Tapi siapa aku nak menolak takdir tuhan. Pada malam dia minta putus tu aku tanya dia kenapa. Dan dia memberikan alasan. Walau sejauh mana aku cuba memujuk akhir sekali aku terima juga keputusan dia. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan kerna aku percaya setiap perempuan itu ada hak dia. Dan itu hak yang dia minta.

Hampir setengah tahun jugaklah aku tak boleh fokus dalam hidup. Sudi terlalu kuat untuk aku. Ejan tau sangat keadaan aku time tu. Dengan dia jugaklah tempat aku selalu mengadu. Muka kusut dan badan pun dah susut. Macam orang gila. Jenuh jugaklah dia maki aku..

Satu hari tu Gaban panggil datang rumah dia. Kata dia mak dia panggil datang makan nasi. Mak dia dah lama tak jumpa aku. Sementara menunggu mak dia siapkan makan Gaban panggil aku duduk dengan dia di beranda rumah. Dia tanya aku dah ok belum. okay je..pendek saja jawapan aku. Gaban cakap jangan bohong dia. Bukan sehari dia kenal aku. Dan aku tak boleh lagi mengelak untuk bercerita pasal Sudi.

Gaban tanya aku masih simpan lagi tak semua kenangan bersama dengan Sudi dulu. Aku cakap dah buang semua. Dia tak percaya. Dia tanya aku sama ada gambar Sudi ada lagi tak dengan aku. Lama aku pikir untuk menjawab...ADA. Aku cakapkan pada Gaban aku tak sanggup buang gambar Sudi dari walet aku. Tak sampai hati.

Akhirnya Gaban minta gambar Sudi tu dari aku. Katanya biar dia simpan. Dengan berat hati aku bagi. Sampai sekarang aku tak tau ape jadi dengan gambar tu.

Daripada Gaban cerita ini bermula dan kepada Gaban jugak la kisah ini berakhir..

Sudi, Aku mintak maaf untuk semua kesalahan aku. Aku mintak maaf kerana tak pandai nak tunjukkan rasa sayang itu. Hatta nak mengucapkan kata sayang itu pun susah. Mungkin bagi aku perkataan sayang itu sgt berharga. Tak boleh cakap selalu. Nanti macam dah tak bernilai. Maafkanlah aku kerana begitu naif dalam bercinta.

Tapi ketahuilah aku sanggup mati untuk mempertahankan kamu..



*diam*



hey! aku hepi la.

Apa lagi yang aku nak. Semuanya ok. Sudi dah bahagia bersama keluarga baru. Dan dah punya anak sorang pun. Sudi gembira.

Bukan itukah yang aku nak selama ini...


Melihat dia gembira.





---

--

Monday, November 30, 2009

Gambar penuh sopan dan santun.

----


Amacam. stail tak gambar gua kat atas ni?


agak-agak boleh tak mengurat gadis kat bawah ni.













Lisa..,

Gua janji akan jadi suami yang penyayang.









------

Saturday, November 21, 2009

sebentar ya.aku nak bebel..

----------

Sebelum aku terlupa aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada beberapa orang. Mereka2 ini telah review blog aku.

Aku tak nampak apa istimewa blog aku ni sampai ada yg nak review.

Tetapi aku sungguh rasa terharu sebab kebanyakan mereka telah mengambil beberapa cerita terutamanya cerita-cerita REDUP untuk di jadikan pedoman. Aku akui cerita-cerita REDUP adalah kisah yg penuh sentimental. Satu masterpice luhur dan jujur. Dan sejujurnya aku beritahu di sini kisah itu telah pun tamat.

Selepas entri 'Semalam bicaraku dengan Hati' itu published, aku telah dapat satu sms dari Redup minta ros putih itu di buang dari kenderaan aku. Dan akhirnya aku cakapkan pada dia InsyaALLAH aku janji akan buang juga.

Sebenarnya akusangblogger pun adalah ceritera dia. Maksudnya kebanyakan entri aku adalah kiasan-kiasan untuk dia. Dan aku tau kebanyakan orang yang buka baca akusangblogger sebenarnya nak tau konflik dan kesudahan cerita ini. Bohonglah kalau ada yg kata nak tgk aku mengarot2 dlm blog ni.

Kepada semua, sekali lagi aku bagitau kisah ini telah pun tamat. Terima kasih kepada yg sudi review, mengambil quote aku, dan jugak meletakkan kisah redup sebagai semangat. Kepada Maya, adi, zaty, lala, wak, ilma, Mrs Wahida, anjang dan lain2. TQ

Aku juga bangga kerana byk gambar2 yg aku amek berada di blog2 orang. TQ

Oh lupa pulak kepada kaunselor2 aku seperti Ejan, umi, aiman, yatt, erna, am, farhana, sha, adheen louis, man saiko. Korang pun tahu betapa sukar aku nak buat satu2 keputusan..

Seperti matinya cerita ini maka mati jugalah idea aku menulis. Seminggu aku pikir ape nak tulis.

Buntu.

p/s: aku rasa mcm tengah tulis wasiat.

----

Wednesday, November 11, 2009

5.40 pagi 27 tahun lalu.

----



Pada jam 5.40 pagi itu pada 27 tahun yg lalu ibu aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Cucu lelaki pertama di sebelah ibu aku dan juga pewaris keturunan yang akan membawa nama Hamid dan Ibrahim.


Pada jam 5.40 pagi itu jugalah setiap tahun aku akan terjaga dari tidur. Aku pun tak tahu kenapa dalam jarak waktu 5.00 pagi setiap 11 November aku akan terjaga. Macam2 aku pikir..Adakah aku telah melakukan yang terbaik untuk keluarga aku. Menggembirakan hati mak aku terutamanya.


Aku bersyukur selama aku hidup ini aku dah capai apa yg aku inginkan. kalaupun bukan semua yang aku impikan itu dimakbulkan tetapi secara keseluruhannya aku puas. Aku sedar dalam hidup ini tak semua yang kita nak kita akan dapat.


Dan bg kesimpulan hidup aku..apa yg paling aku nak itulah yg aku takkan dapat. Dua contoh paling mudah adalah kerjaya dan jodoh.

Betapa aku sangat mengimpikan untuk menjadi seorang Pilot. Cita-cita yg mana aku semai sejak dari kecil lagi. Aku cuma perlukan 3A dalam English, Math dan Fizik. 3 subjek utama untuk melayakkan aku memasuki akademi penerbangan. Dan Fizik memusnahkan harapan aku selama-lamanya.

Contoh kedua walau betapa jauh aku cuba kejar redup aku tau aku takkan dapat dia. Pelik kan bila aku tgk mata dia aku tau ada sesuatu. Redup mata yg memang aku tunggu dari kecil. Redup mata yg hilang dari aku dan dtg kembali untuk melengkapkan aku...


Aku juga sentiasa pikir yg aku ni dilahirkan untuk menggembirakan hati org lain. Dan itulah yang aku cuba lakukan..menggembirakan hati yg berduka lara. Dan aku tak penah minta apa2 sebagai balasan. Cukuplah doa untuk aku. Sebab itu yang aku kurang selama ini.


Ibu..terima kasih kerana mengusung aku selama 9 bulan dalam rahimmu. Melahirkan aku dengan cukup sifat. Derita 9 bulan yang mana aku tak mampu untuk membalasnya sepanjang hidup aku.



Untuk semua yg menyambut hari lahir pada 11 November aku ucapkan


SELAMAT HARI LAHIR.




---

Friday, October 16, 2009

Satu ruang kosong

----------------




Ini salah satu benda yg aku jmpa lepas godek2 pc aku.

Ia ditulis oleh Fynn Jamal satu masa dulu. Masa tu aku ckp kat Fynn tulis la satu benda pasal aku. Dan dia amek masa lebih kurang 15 minit nak siapkan karya indah ini.

Fynn Jamal antara manusia unik ciptaan Tuhan.


p/s: kalau susah nak baca besarkan je..

----

next entri:

1. Tanah Langit

2. Kisah Farouk


Aku letak dulu tajuk entri supaya aku tau ada benda aku nak tulis lepas ni.


----------------

Saturday, September 12, 2009

Malam itu dia hanya mahu menari..

-----------

* updated on 14 Sept *


salam,

sebetulnya entri ini akan keluar pada November. Tapi aku rasa aku tak jadi publish entri ini.

Ianyanya agak peribadi bg aku. Namun sesape yg nak baca entri ini aku akan bg thru email.




Jadi bolehlah request. InsyaALLAH aku email kan....



------

Monday, August 31, 2009

Kisah Parang Panjang. Kisah Peronda Polis. Tapi semuanya Penamat yang Indah

----------


Seperti yg dijanjikan..

Kisah ini adalah kisah dari dua orang sepupu untuk tatapan semua generasi ke generasi..
Yang mana segala impian biar sampai jadi kenyataan.

* aku rasa nak guna gua lu kali ni. harap maklum. *


Kisah pertama dari sepupu gua di sebelah mak gua. Tak payah la gua sebutkan nama dia. mau terkejut dia anak beranak. yang pasti dia perempuan. Gua kasi nama Sepupu 1.

Sepupu 1 sebelum kawin dia hyper. Satu hari tu ada satu grup brader2 satu taman pewit2 sepupu gua. Dlm ramai2 tu kata sepupu gua ada sorang yg sgt2 in to it dgn dia. Entah mcm mana laki tu dapat no hp siap pakej ngn no rumah.


satu hari laki tu tepon sepupu gua ajak kawin. mau terkejut dia. Sepupu gua ckp kat dia yg jgn buat gila. laki tu cakap kalau sepupu gua xnak kawin dia akan tgu kat luar pagar sampai pagi. Bila sepupu gua tgk kat luar tgkap mmg betol laki tu ada kat luar pagar. Sepupu gua ckp kat dia kalau nak tgu sampai pagi tgulah tapi jawapan tetap sama.


Esok pagi sepupu gua bgn je dari tido dia tgk kat luar tingkap. laki tu ada. Mmg dia tgu semalaman. Sepupu gua punya hangin trus kuar rumah capai parang hentak laki tu. Yg thrill selepas dua tiga kali kena libas laki tu tak mengelak. Abih muka ngn badan. Dah la tak ensem makin tak ensem.


Dua hari laki tu kat hospital. Pakcik gua ckp kt sepupu gua bahawa adat selepas memarang adalah pergi melawat dan meminta maaf.. Jadi sepupu gua pun pegi la melawat laki tu kat hospital.


Sepupu gua ckp kat gua lepas tgk laki tu terbaring tak bermaya trus timbul rasa sayang..

-------------

Kisah kedua ini dari sepupu gua dari sebelah bapak. Juga seorang perempuan. gua kasi nama sepupu 2.

Semasa zaman U sepupu gua ni bercinta la ngn sorang abg brader ni. Tp nak wat camane jodoh tak panjang putus juga hubungan tu. Selepas abis belajar sepupu gua adalah bercinta satu dua kali lg.

Nak dijadikan cerita selepas beberapa tahun abg brader ni datang balik memohon cinta. Tp sepupu gua tak layan. eksyen.

Sepupu gua ckp kat gua yg abg brader punyalaaa annoying. Hari2 call pastu sms. xpe lg pastu siap hantar makanan. Sepupu gua ni plak duduk apartment. Jadi kalau sepupu gua xnak turun amek makanan abg brader ni sanggup tgu dlm kereta sampai sepupu gua turun. Sepupu gua ckp punyalah rimas time tu. Biasa la gua ckp lelaki sejati mmg begitu.

Satu hari tu abg brader ni ajak sepupu gua kawin. Apa lg melatah la sepupu gua yg otai tu. Abis kena maki abg brader tu. Kot dah mgkin dilahirkan sejati abg brader ni ckp kalau tak kata YES abg brader taknak blk umah. Dia sanggup tgu kat bwh. Rupa-rupanya abg brader ni mmg dah ada kat bwh rumah sepupu gua. Sepupu gua ckp kalau taknak blk dia nak tepon polis.

Mcm biasa abg brader cakap FINE.

Selang beberapa jam peronda polis pun tiba. betol sepupu gua tepon polis. Polis tu pun ckp kat abg brader suh dia pergi dari situ. abg brader ckp dia xbt ape2. Jd polis tu pun pgl sepupu gua turun. polis tu tnya sepupu gua betol ke mamat ni kacau dia. Sepupu gua jwb betul2. Polis tu pun ckp kat abg brader for the last time suh blah kalau tak masuk lokap.

tau ape abg brader ckp..

abg brader: nak buat macam mana..saya dah sayang dia. takkan sebab sayang nak kena masuk lokap..

------------------

Sepupu 1 telah pun selamat berkahwin dgn lelaki yg dia parang. Sepupu 2 telah jua berkahwin dgn abg brader tu. Kedua-dua sepupu gua telah pun melahirkan anak2 yg cumel..

Pedoman untuk semua lelaki dominan di dunia ni supaya jgn berhenti berharap. Selagi tak kena parang selagi tak kena masuk lokap kira susah lu org tu simple sgt.

gua?

lalalala~

Saturday, July 18, 2009

43 hari selepas cinta..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

43 hari manusia naik ke bulan dan akhirnya turun ke bumi..

43 hari di baling benih ke laut dan menjadi pulau..

43 hari mengelilingi dunia akhirnya kembali ke tempat asal..

43 hari selepas kematian kita sudah mampu tersenyum...

43 hari selepas putus manusia sudah berubah..

43 hari selepas lahirnya bayi, dia sudah mampu mengenal ibu..



**haih**



43 hari selepas cinta..
aku masih cinta gadis yang sama.






Wednesday, May 20, 2009

Terima Kasih

Jika cintamu diberikan kepada manusia, kau akan merasai betapa peritnya perpisahan. Pahitnya api cemburu yg membara, sukarnya untuk memahami, susahnya menjaga hubungan dari dugaan dan cintamu kemungkinan diterima atau di tolak. TETAPI jika cintamu diberikan sepenuhnya pada tuhanmu, kau tak akan pernah merasa kehilangan, tak ada yang akan merebut cintaNya darimu, kau akan hidup bersamaNya dan tak akan pernah berpisah kecuali kau sendiri yang menjauhiNya. Sesungguhnya cinta yang paling membahagiakan adalah cinta pada Allah SWT.



Terima kasih kepada yg mengirim ayat indah ini.Aku sayang kamu juga...


Kepada yg lain yg mengirim sms terima kasih dari aku.

Friday, May 15, 2009

Kenapa begini Tegar: 3 kisah satu cerita

CERITA IBRAHIM

Lahir pada 1928. Ibrahim atuk aku. Atuk dulu antara student melayu pertama yg belajar di Penang Free School. Masa tu sape2 yg masuk Penang Free adalah dari golongan bangsawan ataupun mesti dari golongan yg bijak pandai. So atuk bkn kaya. Jadi dia mempertaruhkan kepandaian..Abis belajar atuk dapat sambung buat doctor di universiti. Aku tak ingat U mane..

Tapi time tu plak Zaman Jepun masuk Malaya. So atuk kena tangkap dan dipaksa untuk ke Burma. Dia antara org melayu yg kena paksa membuat landasan kereta api maut merentasi Burma dan Siam. Tapi nak dijadikan cerita atuk berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyeberang sempadan siam. Jadi dia balik la ke tanjung dah akhirnya berkahwin. Tak cool langsung..

Hasil perkongsian hidup dgn Zainab akhirnya mereka dikurniakan 10 org cahayamata. Dan dia ada pesan kat anak2 dia dulu. Abah tak dapat jadi doctor.Harap2 anak abah seorang jadi la doctor. Kalau tak cucu abah..Kalau cucu pun tak boleh, harap2 cucu abah dapat kawin dengan doctor.emmm…



CERITA HAMZAH

Hamzah bapak aku. Hamzah lahir pada 1955. Berkahwin dengan Samsinah Bt Abd Hamid. Semasa zaman mudanya Hamzah hidup merempat. Adik beradik 10 orang. Mak ayah susah. Jadinya semua hidup bersepah. Kebanyakan di ambil oleh sedara mara untuk dibela. Hanya 2 org yg dibela oleh atok. Bapak pulak di bela oleh moyang aku.

Bapak penah cakap dulu kalu moyang aku marah apa yg ada sebelah dia gerenti dia hayun. Bapak penah 3 kali kena baling parang dengan moyang aku. Punya jahat bapak aku. Pertama kali kena baling parang sebab curi getah sekerap. Yg kedua sebab curi bateri kat kedai Ah Pong. Yang ketiga sebab gaduh dengan kongsi cina kat pekan selama. Yg hairannya otai2 bapak aku yg degil dan baran tu kena baling parang ngn moyang terus kecut. Patutnya sambut parang tu pastu baling balik. baru cool..

Atok penah cakap yg bapak degil dan keras kepala. Tapi dalam adik beradik yg 10 org tu bapak aku yg paling bijak. Satu2nya anak Ibrahim yg ada degree. Mungkin kerana bapak ada sorang kawan nama Rahman yg byk bantu bapak aku dalam pembelajaran. Bapak aku pernah cerita dia tak pernah jumpa org paling pandai di dunia selain dari Rahman. Uncle Rahman adalah ayah REDUP.



CERITA SAIFOEL

Aku pun kadang-kadang terfikir mana aku dapat perangai degil aku ni. Tapi akak aku selalu cakap yg perangai degil, baran dan keras kepala aku ni banyak dipengaruhi oleh sifat bapak aku. Yelah mungkin dari cara didikan bapak yg sgt straight kat aku. Dia ada ckp yg dia xnak aku jadi mcm dia. Dan dia slalu pesan dgn ayat yg dia slalu guna kat aku: you deserve what yoy did. And you have to strive for what you want.

Dari aku kecik sampai besar aku xpernah mintak ape2 dari mak ayah aku hatta brg mainan sekalipun. Sebab aku tau kalau mintak pun xkan dapat. So ape sahaje yg aku nak aku kena berusaha untuk tu. Dari motor sampai hp sampailah kereta kancil aku time belajar semuanya aku beli sendiri. Dan aku sgt degil. Aku tak mudah dgr nasihat org. Bg aku biar aku belajar dari kesilapan aku. Dan aku tak penah menyesal.

Perangai tu terbawk2 sampai la aku dah besar ni. Malah dalam kehidupan aku sekarang ni pun ape yg aku nak aku make sure aku akan berusaha untuk dapatkan.

Redup ade cakap kat aku yg aku ni degil. tak penah serik2. Dan aku jua slalu cakap kat dia yg tak ada apa2 yg bleh lenturkan semangat aku kecuali dgn kuasa tuhan. Aku datang dan terus datang. Semangat aku tak penah luntur. Lgpun tuhan bkn bagi selalu..so i have to strive for what i want. kamulah!

Tuesday, May 12, 2009

Genting yg sejuk

Aku sekarang di genting. Bkn untuk berjudi. Sebab aku org islam..

esok ada org dari jakarta mahu pulang ke anyir..katanya peyot agak boncit.makan byk pastu kuat shopping.haih...


Tunggu entri aku esok:

KENAPA BEGINI TEGAR - tiga kisah satu cerita..

Friday, May 8, 2009

Tanah aku masih MALAYSIA..

Ok2..aku xjadi pegi UK.

Dah aku xnak sape2 lg call aku tak kira waktu tanya pasal benda ni. Kat sini aku declare yg aku TAK JADI pegi UK. Pening aku nakk jwb soalan semua org.

Lebih separuh yang call or msg aku tak kenal sape. Bila aku tnya siap bleh perkenalkan diri anonymous. Mane korang dapat no hp aku??

Namun terima kasih aku ucapkan kepada semua. Hargai sgt2..

Kepada kwn2 Texas aku terutama Erna, Coki, Farhana, Shah. Tak lupa kepada Shila bini aku time kerja. Kesian dia mengandung.

Adheen Louis, Azahra, Ayu fafa, Nur..

Korang semua bg aku semangat untuk terus berjalan.

Tak lupa kepada Fynn Jamal..antara penyebab awal kegagalan aku. Aku tak tau nape ko benci aku sgt. Aku pernah bt dosa kat kau ke sampai kau hina aku mcm tu sekali. Tp aku maafkan kau..
Sape Fynn Jamal? Google sendiri.youtube sendiri.sape rajin pergi dgr org berpuitis mesti kenal dia.

Haih..

So aku tak jadi pegi... Sape nak bayar duit pasport aku?



Aku dan Redup? Biar tuhan tentukan. Aku dah abis iktiar.

Aku akan tetap menulis. Itupun kalau ada org nak baca. Mungkin entri2 lepas ni lebih bercorak post-mortem. Yela kenapa aku gagal..ape silap aku..ape usaha aku..

Monday, April 20, 2009

Hari itu..

Di satu pagi sesudah subuh...


" Ape yang kamu nak dari aku. Aku tak mampu nak janjikan apa-apa dengan kamu. Hati aku bukan untuk kamu"

Dan dia menjawab... " Saya cuma mahu menanti awak di depan pintu. Menunggu awak pulang kerja. kemudian kita solat sama-sama. Saya nak awak jadi imam saya..."

aku: * speechless *

- tak penah terpikir aku akan dapat jawapan mcm ni..haih ape lagi yg aku mau..masih menunggu hidayah mungkin.