Sunday, December 27, 2009

Langit Yang Renyai.

----

Bukankah telah dijanjikan Tuhan setiap yang hidup pasti akan merasakan mati....

Dan kenangan pun datang seperti langit yang renyai.

Dan rasanya juga seperti semalam aku di pangkuan itu.

untuk..

di nyanyikan.

di ceritakan.

dan di mengertikan tentang hidup...

-

Al-Fatihah ini

untuk kamu.

-------

Tuesday, December 22, 2009

Krismas yang di nanti.

----

Hari Krismas menjelang juga. Berdebar-debar aku.

Owh lupa krismas kali ni Texas bagi duit RM500.00 untuk staf-staf dia termasuk la aku. Esok dapat kalau tak silap aku. Katanya duit raya krismas dan juga duit buat belanja anak-anak nak masuk sekolah. Lupa plak aku baju sekolah anak-anak belum beli lagi. Yuran lagi. Hidup taknak kalah nak hantar anak-anak masuk private je. Haih..ingat esok nak pegi cari Rizalman la nak buat tempah baju sekolah anak-anak. Aku nak anak-anak aku kali ni up-to-date sket. Biar ada stail.

Haha. Sori sori..kembali kepada perenggan asal yang part berdebar-debar tu...

Seingat aku ini tahun ketiga aku bersumpah dengan budak-budak ni. Celaka punya sumpahan. 3 tahun lepas aku sumpah dengan diaorang depan NZ curry house Wangsa Maju. Aku dengan penuh yakin cakap kat budak-budak ni yang aku akan bertunang pada hari krismas. Kalau tak jadi aku sanggup berlari bogel keliling NZ...

And so seperti biasa sumpah itu terpaksa di renew setiap tahun. Dan setiap tahun jugaklah budak-budak ni berkumpul di NZ setiap krismas. Yang membingungkan aku bukan budak-budak ni saja yang nak tengok aku berlari bogel malah isteri-isteri diaorang juga begitu teruja dengan sumpah berdarah aku itu. Aku pun tak paham. Mungkin aku kelihatan hot ketika berlari bogel di NZ..??hahahaha

Kepada Aiman+Sharizah, Dye+Huda, Ben+ibu sinchan, Aber+Ima gimnastik dan rakan-rakan lain aku harap tuhan lekakan sedikit minda korang untuk hari krismas kali ini..



Yang lain-lain tu tolong aku untuk krismas tahun depan.




----

Tuesday, December 15, 2009

Sudi..pernah ada. (Episod Penamat)

--------

Cerita ini pada tahun 2009...

Dahulunya pada tarikh 15 hb setiap bulan kami menyambut aniversary bersama-sama. Dan pada bulan yang sama yakni Disember hubungan ini putus juga..

Tak lama pun. Cuma hampir dua tahun. Tapi bagi aku cukup lama. Pada pukul 9.15 mlm 15hb Mei di Kampung Baru Sudi menerima aku untuk menjadi sebahagian dari hidup dia. Dan pada 29 Desember 2006 takdir telah putuskan kami tiada jodoh. Aku masih ingat lagi hari itu sehari sebelum Raya Haji dan hari yang sama Saddam Hussein di hukum gantung.

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun kami putus. Dan hampir 3 tahun jugaklah aku masih sendiri. Dalam masa 3 tahun ni macam-macam dah berlaku. Semuanya dah berubah...

Gaban dah ada company sendiri. Untuk orang berumur macam dia itu dah kira berjaya. Mazli Harun Laban sekarang ini pun bekerja dengan Gaban. Aku pulak bawa haluan sendiri selepas grad...Sudi?

Sudi telah pun berkahwin. Kalau tak silap aku dah setahun lebih. Sudi dah ada anak sorang pun. Cumel macam umi dia..Anak Sudi punya mata Sudi. Cantik.

Haih..

Semuanya berubah dalam sekelip mata. Dasyat kuasa tuhan. Pada November 2006 adalah final year dan final sem aku di UIA. Bodoh dan grad lambat satu sem. Untuk paper yang terakhir itu aku sengaja keluar lambat dari dewan exam. Aku nak hirup udara terakhir aku di CAC Hall yang mana aku sumpah takkan jejak lagi. Sementara menunggu orang keluar tu macam-macam aku pikir. Apa akan jadi kat aku dalam 5 tahun ini. Adakah aku akan jadi orang yang berjaya dalam hidup. Adakah aku akan berkahwin dengan Sudi dan punya keluarga yang bahagia..

Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku hubungan kami akan putus dan aku akan hilang Sudi selama-lamanya.

Sudi telah pun aku bawa jumpa keluarga aku. Masa kakak aku kawin Sudi datang. Mungkin kerana dia segan jadi dia bawak kawan baik dia Ima. Ima pula bawa adik dia yang bongsu. Lala namanya..

Aku pulak sebelum itu dah berjumpa dengan famili Sudi. Maksudnya hubungan ini serius.

Tapi siapa aku nak menolak takdir tuhan. Pada malam dia minta putus tu aku tanya dia kenapa. Dan dia memberikan alasan. Walau sejauh mana aku cuba memujuk akhir sekali aku terima juga keputusan dia. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan kerna aku percaya setiap perempuan itu ada hak dia. Dan itu hak yang dia minta.

Hampir setengah tahun jugaklah aku tak boleh fokus dalam hidup. Sudi terlalu kuat untuk aku. Ejan tau sangat keadaan aku time tu. Dengan dia jugaklah tempat aku selalu mengadu. Muka kusut dan badan pun dah susut. Macam orang gila. Jenuh jugaklah dia maki aku..

Satu hari tu Gaban panggil datang rumah dia. Kata dia mak dia panggil datang makan nasi. Mak dia dah lama tak jumpa aku. Sementara menunggu mak dia siapkan makan Gaban panggil aku duduk dengan dia di beranda rumah. Dia tanya aku dah ok belum. okay je..pendek saja jawapan aku. Gaban cakap jangan bohong dia. Bukan sehari dia kenal aku. Dan aku tak boleh lagi mengelak untuk bercerita pasal Sudi.

Gaban tanya aku masih simpan lagi tak semua kenangan bersama dengan Sudi dulu. Aku cakap dah buang semua. Dia tak percaya. Dia tanya aku sama ada gambar Sudi ada lagi tak dengan aku. Lama aku pikir untuk menjawab...ADA. Aku cakapkan pada Gaban aku tak sanggup buang gambar Sudi dari walet aku. Tak sampai hati.

Akhirnya Gaban minta gambar Sudi tu dari aku. Katanya biar dia simpan. Dengan berat hati aku bagi. Sampai sekarang aku tak tau ape jadi dengan gambar tu.

Daripada Gaban cerita ini bermula dan kepada Gaban jugak la kisah ini berakhir..

Sudi, Aku mintak maaf untuk semua kesalahan aku. Aku mintak maaf kerana tak pandai nak tunjukkan rasa sayang itu. Hatta nak mengucapkan kata sayang itu pun susah. Mungkin bagi aku perkataan sayang itu sgt berharga. Tak boleh cakap selalu. Nanti macam dah tak bernilai. Maafkanlah aku kerana begitu naif dalam bercinta.

Tapi ketahuilah aku sanggup mati untuk mempertahankan kamu..



*diam*



hey! aku hepi la.

Apa lagi yang aku nak. Semuanya ok. Sudi dah bahagia bersama keluarga baru. Dan dah punya anak sorang pun. Sudi gembira.

Bukan itukah yang aku nak selama ini...


Melihat dia gembira.





---

--

Friday, December 11, 2009

2 Lagu untuk satu kisah hidup.

-----

Aku Manusia Lemah - Selalu Terjatuh - Berbeda Aku Dari Mu - Kau Berdiri Teguh - Aku Serba Tiada - Aku Kekurangan

Dan Bila Kau Tiba - Aku Hilang Dari Kewujudan - Sempurnanya Sifatmu - Tulusnya Hatimu - Jujurnya Niatmu - Tingginya Kesabaranmu

Lepaskanlah Diriku - Kerna Aku Tak Mampu - Tuk Menanggung - Sebuah Cinta Sempurna - Darimuu - Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu - Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku - Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua - Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu - Tulusnya Hatimu - Jujurnya Niatmu - Tingginya Kesabaranmu - Lepaskanlah Diriku - Kerna Aku Tak Mampu - Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna - Darimuu - Darimuuu...Oahh...

---------------

Berlalulah hari demi hari - Sayunya hatiku ini - Takku sangka kau di sisi - Baju kurung putih berseri...Ayu - Semadikanlah selamanya - Yang teristimewa - Keayuanmu

Kaulah mawarku kaulah yang satu - Memberikanku sebutir harapan keikhlasan - Tanpamu diriku tenggelam - Siang malam ku hanyut di dalam khayalan - Tak mudah ku melupakanmu

Dalam dirimu penuh kelembutan - Semakin hari makin rinduku padamu..

Tanpamu ku sayu - Terkenang kembali sewaktu pertemuan dulu...

Ayunya senyumanmu - Ayunya sentuhanmu - Semadikanlah selamanya...

Yang teristimewa - Selama-lamanya...

Keayuanmu....Keayuanmu

-

I need no comments here.pls

-

-----------------------

Wednesday, December 9, 2009

Perihal aku di klinik lagi..

------

Semalam aku di klinik lagi.

Mungkin kerana aku terlalu menjaga kesihatan jadinya klinik-lah tempat aku melepak-lepak ketika cuti.

Asalnya aku pergi sebab aku rasa macam nak demam. Tekak pun rasa gatal. Ditambah lagi dengan batuk yang kerap kali muncul....owh lengkap.

Time aku masuk tu Dr Azmi dah ada kat dalam. Dr Azmi merupakan doktor peribadi aku. Maksudnya kalau aku datang dan bukan turn Dr Azmi yang in charge aku akan mintak nurse-nurse kat situ tepon Dr Azmi suruh datang....kalau boleh la. Tapi memang tak boleh.

Semula ke tajuk asal...

Bila Dr Azmi check tekak aku dia kata dah merah sangat ni. Daripada dia memberi alasan kenapa aku sakit dia lebih rela menyuruh aku berhenti hisap rokok. Kerana katanya rokok penyebab segala jenis penyakit.

Katanya perokok-perokok semuanya tak fit. Lalu Dr Azmi menceritakn bagaimana dia masa mula-mula jadi doktor pelatih di hospital seremban. Katanya ada sekali tu senior MO dia suruh dia berlari turun tangga dari tingkat 11 kebawah kemudian naik balik. Itu semua katanya gara-gara dia report lewat ke tempat keja. Pastu Dr Azmi tanya aku apa kesimpulan dari cerita itu...

Aku katakan mungkin masa housemenship dulu Dr kurang berdisplin. Tidak mementingkan tidur yang cukup.

Sambil ketawa Dr Azmi katakan BUKAN. Pendek saja jawapan dia. Mungkin bercampur geram.

Dr Azmi sebenarnya agak terkejut kerana aku mengetahui beberapa bahasa technical doktor yang sebenarnya aku banyak belajar beberapa bulan lalu...

Kata Dr Azmi lagi dia fit. Dia bukan perokok. Sebab tu dia takde masalah naik turun 11 tingkat. Even katanya kalau di suruh berlari 2km pun dia boleh lagi. Dr Azmi katakan pada aku dia tak pecaya aku boleh berlari 2km non-stop. Katanya perokok cepat penat.

Sebelum keluar tu Dr Azmi kata mau refer aku ke Gleneangles Hopsital. Aku tanya dia kenapa. Dia nak aku berhenti hisap rokok. Benda pertama dia nak aku buat adalah checkup di private hospital. Punyalah takut aku dengar. Kena check darah lagi. Aku ni walaupun brutal tapi agak malu-malu sikit dengan darah. Sebab itu aku tak boleh kawin dengan doktor agaknya...


So semalam bagi membuktikan aku masih lagi fit aku terus pergi ke Celebrity Fitness Wangsa Walk sesudah celik mata pagi semalam. Pukul 12.00pm aku sampai. Sharp.

Benda pertama yang aku cari sesudah sampai ialah papan lari setempat ataupun ape kejadah yang korang panggil benda tu...


Ternyata telahan Dr Azmi meleset. Selepas 15 minit aku telah pun berlari sejauh 2.66 km. Puas hati aku. Tercungap sikit tu biasalah.

Keluar dari gym tu benda pertama yg aku capai adalah sebatang rokok Marlboro light..


Sambil berfikir-fikir apakah juadah makan tengah hari aku.



Berhenti hisap rokok?


Ya. Aku akan cuba.







Selepas ini tiada lagi gambar seperti ini. Mungkin selepas ini hanya tasbih yang akan selalu bermain di jemari aku.





------------

====

Thursday, December 3, 2009

Sudi..pernah ada. (Part 1)

-----


Cerita ini pada tahun 2004..

Semester baru telah bermula. Aku dengan gaban sepakat untuk mengambil kelas Ilmu feqah ini dengan satu ustaz dari Nigeria. Kata gaban kita kena cari kelainan. Kena amek lecturer overthesea. Kalau tidak sia-sia je kita belajar kat tempat international. Jadi aku pun setuju..

So hari itu pun sampai. Macam biasa aku dengan gaban akan lambat ke kelas. Biasalah main game bola dulu kat bilik. Yang kalah akan drive ke kelas. Yang menang akan duduk kat belakang mcm bos.

Selepas memberi salam kami pun tunduk masuk. Bila di tanya ustaz kenapa lambat macam biasa jugak alasan kami bagi ialah..tak jumpa kelas.

Lumrah bagi orng yang datang lambat adalah duduk di hadapan. kerana yang datang awal akan duduk di belakang untuk tidur.

Rupa-rupanya Mazli Harun laban pun ada sekali dalam kelas tu. Dan dia pun duduk depan sekali. Jenis student datang lambat. So lengkaplah kat depan sekali tu aku, gaban dengan Mazli Harun Laban. Yang lain semua kat belakang yakni yg pemalas dan kuat tido.

Dalam pada itu aku pun toleh la belakang tengok muslimah-muslimah mane yang hot...

Tak ada.

Hampa aku. Selepas grad-nya Norjuma Habib Mohamed kami seperti dah ketandusan gadis-gadis cumel di uia..tapi adalah sorang dua yang nampak cuba merampas tahta tapi still tak memadai. Di antara sorang dua tu nama dia Alin. Masyurnya alin ni sampai ada bodyguard lagi. Kebanyakan budak lelaki di kolej siddiq biasanya memanggil beliau alinpon. Aku pun tak tau kenapa.

haih..jauh benar aku melalut..

Semasa dok mengintai-ngintai tu ternampaklah oleh aku seorang gadis yang comel..Mata dia ya tuhan..macam erra fazira. Aku syak dia jenis datang awal ke kelas. Sebab dia duduk belakang sekali. Duduk berlunjur kaki sampai kepala sebaris dengan tempat sandar kerusi..brutal.

Aku bisikkan pada gaban satu soalan.

"gaban, ko nak tengok tak bakal ibu kepada anak-anak aku nanti..?"

gaban pun tanya aku sape. aku jawab yang duduk kat belakang sekali tu la. gaban cakap dia tak kenal. Celake punya gemuk. Kata famous. Gadis lawa pun tak kenal..Aku tnya Mazli Harun Laban. Dia cakap mcm kenal..Dan dia mintak tempoh sehari sebab dia nak tanya awek dia dulu mana tau kenal. Aku pun kata ok.

So esoknya kul 4.00pm kami pun pergi ke kelas. Kelas stat kul 3.30pm. Dalam kereta tadi aku dengan Mazli Harun Laban kat belakang. Yang drive mestilah gaban. Dalam kereta Mazli Harun Laban cakap gadis yang aku tanya semalam tu nama dia Sudi. Sudi ni satu geng dengan bodyguard-bodyguard alin. Maksudnya Sudi ni kawan alin jugak la. Owhhh...

------------

Kat kelas kami tu ada time break. Tetapi waktu break adalah ketika azan asar. Maksudnya semua student yang tidak uzur wajib pergi solat di masjid yg letaknya hanya 5 minit berjalan dari kelas.

Nak jadi cerita hari tu kami tiga-tiga orang tidak ke masjid. Gaban dengan Mazli Harun Laban kata diaorang uzur. Aku pulak sudah berjanji dengan rakan sebilik nak jemaah sekali lepas aku habis kelas.

Tengah lepak-lepak kat luar kelas tu aku nampak Sudi berjalan dengan kawan dia. Menghala ke arah kami pulak tu. Dengan perasaan rendah diri aku cakapkan pada gaban suruh dia mintak no hp Sudi untuk aku. Dan aku macam biasa..... kebelakang sikit.

Dari jauh aku nampak gaban merayu-rayu mintak no hp kat Sudi. Nampaknya macam tak mau kasi. So aku pun apa lagi. Pergi la menonong minta simpati. Aku katakan pada Sudi si gemuk td mintak no hp tu untuk aku. Tapi Sudi macam gadis-gadis yang lain..jual mahal.

Dah abih iktiar aku pun cakap satu ayat penutup kat dia. Ayat yang membuatkan dia bagi no hp dia kat aku.

" Boleh tak sekali lagi saya mohon no hp awak. Saya dah janji dengan mak saya nak carikan calon menantu untuk dia hari ni. Saya taknak dia nangis lagi.."

bersambung....

Wednesday, December 2, 2009

Perbualan dengan emak.

--------



AKU : Mak tau tak *remy* ada lesen B full?

MAK : Lesen apa tu.

AKU : Alaa lesen motor besaq. kalau motor kecik nama dia lesen B2.

MAK : Owh..macam tu ka..awatnya?

AKU : *Remy* rasa nak beli motor besaq la. Rasa-rasa macam nak amek easy rider.

MAK : Hang nak buat apa? Keta hang tu tak cukup besaq ka?

AKU : Laa nak buat apa pulak. Nak guna la. Nak buat pi keja. Boleh dak?

MAK : Bukan nak bawak marka?

AKU : Bukan. Marka pun takdak.

MAK : Haih..Hang ni toksah dok merepek la. Keja nak buang duit ja. Baru ni dah buang duit beli kamera. Mahai pulak tu. Lani nak beli motor pulak. Hang takmau kawin?

AKU : Eh mau mau..

MAK : Kalau lagu tu jangan beli motor. Simpan duit kawin.


AKU : .........




Pasrah.






Nampaknya kena pinjam motor matpit la setiap masa.
Haih..nak bergaya pun susah.




P/S: nama *remy* terpaksa digunakan untuk mengelak nama panggilan sebenar di rumah diketahui umum. sekian.





---------

Tuesday, December 1, 2009

Nur Qaseh dah ada gambar.

--------

Inilah dia Nur Qaseh Qaisarah. Untuk baby yg berumur 2 minggu dia telah merasa macam mana menjadi artis. Mujur dia tak byk merengek.

Tunggu Malaysia..model muslimah telah datang. haha





















--------------