Showing posts with label jiwa aku. Show all posts
Showing posts with label jiwa aku. Show all posts

Friday, April 16, 2010

Jiwa Yang Terpengaruh

---

Baru aku sedar kenapa ayat-ayat aku nampak macam jiwang. Ramai jugak yang tanya. Aku pun pelik. Tapi sebenarnya ayat-ayat aku bukan jiwang. Itu adalah ayat-ayat puitis. Macam mana aku dapat ayat-ayat tu semua..??

Segala apa yang aku tulis adalah melalui pembacaan. Aku sangat terpengaruh dengan buku-buku penulisan A Samad Said seperti Salina, Langit Petang, Lantai T Pinkie, A Samad Ismail seperti patah sayap terbang jua, shahnon Ahmad seperti Ranjau Sepanjang Jalan. Kalau sesape yang baca akan tau yang ayat-ayat kat dalam tu sangat putis.

Dan kalau sape nak cari pergilah cari novel Salina daripada A Samad Said. Ianya satu karya agung.

-

haih..

-

Ini semua salah bapak aku. Kecik-kecik dah di ajarnya aku membaca. Aku nak masuk karate dia tak bagi. Dia suruh baca buku. Nasib baik ilmu kebal aku dah lengkap di dada. Sampai bolehlah aku mengajar silat di uia dulu. Ejan, medi, akob dan gaban adalah antara student aku yang terawal. Bukan susah. Ada 3 jurus sahaja. Tumbuk. Tendang. Dan ludah. Simple.

-

Berbalik kepada cerita bapak aku..dulu banyak masa aku habis di rumah. Dan kebanyakan masa aku baca novel di atas la. Tapi bukan novel yang Awie baca dalam cite Baik Punya Cilok. Itu picisan.

-

Satu lagi aku juga sangat terpengaruh dengan filem-filem 80-an. Filem seperti Azura, Gila-gila remaja dan juga Ali Setan sangat membuatkan aku teruja.

Ingat lagi aku satu ayat Ali dalam Ali Setan:

" aku hanya seorang pemburu dan sebagai seorang pemburu aku hanya mencintai diriku sendiri.."

-

What the tuuutt..gempak siut ayat. Hampir histeria aku. haha

-

-

Sekarang kamu paham kenapa ayat-ayat aku begini.. Aku bukan jiwang.

---

-

-

-

Bukankah mimpi itu satu peringatan daripada Tuhan..Bukankah mimpi itu juga satu tanda-tanda dari Tuhan..Usahlah menangis lagi dalam mimpi aku. Aku risau.

-Petikan dari Mimpi Semalam daripada http://www.silalah/ cari.com

-

-

----

Saturday, April 10, 2010

Rama-Rama itu disebelah aku.

------------








Rama-Rama itu koordinator aku. Dalam bahasa mudahnya kerani aku. Dia seorang india. Umur dalam 40 an. Oh ya nama betulnya Papathy. Papathy dalam bahasa melayu bermaksud Rama-rama. Papathy seorang vegetarian.


Aku pulak karnivor.





Mesti orang pelik kali ni aku cerita pasal kerani aku. haha..





Masa mula-mula masuk kerja bos aku dah kenalkan kepada semua staff. Masa bos kenalkan kepada Papathy aku pun cakap: oh you are butterfly! Dan dia terkejut aku boleh tau. Aku cakapkan pada dia: I can speaks tamil and urdu a little bit. Maklumlah berjiran dengan orang india dari kecil. Masuk uia belajar arab. Arab dan urdu pula tak jauh beza.








Untuk makluman aku juga fasih berbahasa Itali. Aku boleh cakap mama mia dalam 5 lenggok.








Papathy bagi orang india di company aku sangat dihormati. Dia bolehlah di ibaratkan sebagai ustazah ataupun sister bagi lain-lain agama. Setiap tahun orang india ni ada satu ritual perayaan. Dan biasanya pada hari itu ramailah orang india kat company aku akan pergi kepada Papathy untuk memohon pedoman. Dan dia sangat bijak membaca karma.





Ada satu hari tu sorang manager india cakap pada Papathy satu benda yang pelik. Dia kata kalau Papathy nak pergi ke lif untuk turun mesti kena lalu opis manager tu dulu. Jangan ikut jalan lain. Untuk keberkatan katanya.








Oleh kerana Papathy kerani aku makanya tiada layanan istimewa untuk dia. Ttapi Papathy ni baik. Sangat pandai mengambil hati aku. Setiap pagi sesampai je aku kat opis dah tersedia pun secawan nescafe kat aku. Kalau aku lambat sampai dan nescafe tu dah sejuk dia akan panaskan balik. Biasalah bos datang lambat. Jalan jam lagi, tayar pancit lagi, amek buku laporan anak-anak kat sekolah lagi..itu belum kira lagi bini merengek tak kasi pergi kerja. Katanya abg ni asyik kerja je..



Boring pulak panggil Papathy. Aku panggil baterflai pula.





Baterflai ada cakap aku bos yang paling baik dia pernah jumpa. Yelah aku tak salahkan dia beranggapan begitu. Aku memang tak pernah marah orang. Pernah sekali aku cakap pada dia aku nak resign sebab aku terlalu penat bekerja. Kat situ jugak dia menangis.



Baterfly ni ada 3 orang anak. Yang paling tua adalah perempuan dan seorang doktor. Aku rasa kalau bukan pasal perbezaan agama nescaya aku dah di jodohkan dengan anak dia.



Dalam panjang-panjang aku cerita kat atas ni..kat sini je pun point aku. Baterflai ni sebenarnya sangat bijak membaca aku. Aku ni jenis tak pernah tunjuk muka ada masalah depan orang. Tambah-tambah lagi ketika di tempat kerja. Tapi baterflai ni tau je apa masalah aku. Kerapkali jugak la aku terperangkap dengan soalan dia.





Something bothering you Saifoel?

Dan kerapkali juga aku bertanya pada dia: how do you know? My face never tell you anything rite?

Dan macam biasa selalu jugak dia jawab...yes. but you bring negative aura today. your eyes look tired. seems like you thinking too much.





Oleh sebab Baterflai ni macam mak-mak jadi biasanya aku tak terlepas dari terpaksa juga menjawab soalan dia. Dan untuk kebanyakan cerita, cerita redup la yang paling dia selalu dengar. Baterflai pun dah tengok muka redup. Siap buat calculation lagi. Dan biasanya calculation dia base on tarikh lahir.



you really love dat girl la Saifoel. Just keep on praying. Tell you what..I will do meditation for you. At the same time I want you to continue praying..


Terharu aku dengar..

Dalam masa yang sama aku sedar..

Tak ada apa yang boleh aku buat pun.

Thanks my baterflai.



--

Rupa-rupanya banyak bidadari tuhan di dunia ini. Salah satunya sedang berlegar-legar dilangit aku. Makin hari makin dekat. Dekat dan merintik turun..

- petikan dari Patah Tumbuh Hilang Berganti daripada www.silalah cari.com

silalah cari.hehe

---

Tuesday, March 23, 2010

Nadiku Dan Amy Suatu Masa

---

Aku mintak maaf. Rasanya ramai tak suka tajuk entri aku yang sebelum ini. Bagi sesetengah perempuan tajuk itu mungkin agak keterlaluan. Tapi itulah..aku buat masa aku form 3. Itu jam remaja-remaja baru nak lepas tempoh pra matang.

-

Kepada bakal isteri aku diluar sana ( you know who you are rite!) jangan risau ok. Aku janji akan jadi suami yang baik. Mengucup dahi mu setiap pagi ketika kamu baru bangun tido kecuali aku outstation. Mengambil dan menghantar anak-anak pulang dari sekolah. Takat bab masak-masak jangan risau. Spegetti tu sebelah tangan masak sebelah tangan lagi main blackberry.

-

Kalau nak masak patin masak lemak pun jangan risau k. Aku bleh tepon mak kat kampung tanya resepi.

-

Itu cerita selepas kahwin...

-

Time kenduri mungkin lagi meriah. Ramai gadis mungkin mengimpikan berjalan bawah pedang. Maksudnya kahwin dengan tentera la. Apa barang bawah pedang.. Aku akan kasi lebih lagi.

Mungkin aku akan menyewa 5 jet pejuang MIG-29N membuat lintasan hormat di atas atap rumah pengantin perempuan. Disertai dengan formasi gerakan mengeluarkan asap bertulis " AKU CINTA KAMU SELAMANYA"..

-

Tak nangis lagi tak tau la.

-

Kepada bakal isteriku

you know who you are ( kalau ada la...isk.isk.isk..sedih)

-

Kaulah nadiku

-

-

Tengok betul-betul video klip ni. Aku pun tengok dua kali baru paham. Lirik dia jangan cakap la. Lapan kali baca baru paham sikit-sikit. Anyway memang terbaik. Aku memang into it sangat dengan lagu-lagu basic instrument ni. Guna piano je.

-

Owh lupa pula. Hari sabtu ni jom semua pergi tengok konsert Amy Suatu Masa di Istana Budaya. Dengan umur lebih sikit setengah abad..ini mungkin konsert solo terakhir beliau. So jangan miss.. ( Amy, sila ambil perhatian. Gua promote lu kat blog gua. So jangan lu lari bila gua jerit mintak nak amek gambar dengan lu bertiga.)

Semua peminat Amy marilah bersatu hujung minggu ni. Gua ada hari Sabtu di grandstand tingkat 2 Istana Budaya. Mungkin duduk sebelah Datuk Siti. Tegurlah gua bila nampak gua. Gua mesra. Muka gua di blog ini adalah sama ketika gua di alam nyata. Persis Fahrin dan Aaron.

-

Peeeeewiiiit.

--

--

Saturday, February 27, 2010

Majlis cukur Jambul Qaseh..

---


Lupa aku. Itu hari aku ada janji nak tulis pasal majlis cukur jambul Qaseh.
Nah inilah dia..


Qaseh sudah pandai duduk dan berfikir..mungkin berdebar menunggu malam bercukur.



Ini ustaz yang dijemput. Tengok Qaseh steady je tidur macam tak ada apa-apa. Ntah apa ritual yang ustaz tu baca.



Untuk anak yang pertama mereka begitu exited.


Bapak aku pulak kelihatan agak kekok. Mungkin sebab cucu pertama. Aku harap time cucu kedua daripada aku nanti, bapak aku akan kelihatan cool.


Majlis malam itu hanya saudara mara dan rakan-rakan terdekat je yang di jemput. Walaupun tak ramai tapi semua sofa kat rumah tu kena kasi keluar jugak. Bagi space. Penat aku dengan abg ipar aku mengangkat. Tapi bapak aku bijak. Set TV LCD 42 inch screen di biar kat situ. Semata-mata nak menunjukkan anak-anak dia bekerja di Kolumpo.

Bagi keluarga kami anak-anak lelaki haruslah ringan tulang melakukan kerja-kerja rumah. Sambil itu kami juga tidak boleh melupakan aspek teknikal seperti memanah dan menunggang kuda...Jadi di manakah anak-perempuan berada?


Anak-anak perempuan pula digalakkan supaya pandai berhias. Berposing didepan kamera mesti menjadi pegangan.


Pada hari itu juga aku dengan kakak telah di suprise oleh adik kami dengan sebiji kek dari secret rcp sempena harijadi kami. Walaupun bernada suprise tapi aku juga yang kena keluar duit beli kek.


Inilah gambar penuh kakak aku tiga beranak..




------

Thursday, February 18, 2010

Memiliki Cinta Sempurna..bila mati hidup semula.

---





Hari ini genap setahun aku kenal redup..



Kejap betul masa berlalu. Kepada sesape yang ikut crita ini dari awal lagi ketahuilah yang crita ini dah setahun umurnya. Entri pertama yang keluar pasal dia secara tak langsung adalah pada 24 Februari bertajuk INDAH. Silalah ke link itu. http://akusangblogger.blogspot.com/2009/02/indah.html



Ingat lagi aku pada 19 Februari 2009 pukul 8.11 pagi aku telefon dia. Dan dengar la aku suara dia buat pertama kali itu..suara serak-serak basah. Suara baru bangun tidur. Aku konfem air liur meleleh lagi tu.



Ayat pertama aku kat dia, "eh suara macam gengster.."





Dan begitulah seterusnya hari berganti hari..



Pertama kali keluar dengan dia buat aku rasa teruja. Maklumlah dah lama tak keluar dengan gadis selepas Sue. Aku amek dia di UM. Berdebar-debar aku tunggu dia turun dari kolej. Abis semua aku check. Rambut dah pacak. Baju dah butang. Perfume dah sembur. Kasut dah pakai (maklumlah bawak keta tak pakai kasut). Bila semua dah periksa aku pun jerit CHECKED!...sebagai tanda aku dah cukup bersedia.



Bila dia turun je aku dah terkejut. No wonder la suara dia mcm gengster dlm telefon. Gaya jalan pun macam gengster. Tapi itulah keunikan dia. Sweet sangat.



Masa tu kami cadang nak makan di Pizza Hut di sek 14 PJ. Homeground aku dulu masa muda-muda. Tapi dah sampai situ nak cari parking pun satu hal. Dekat setengah jam jugaklah pusing-pusing sek 14 cari parking. Tapi dia sangat cool. Aku pulak yang gelabah.


Untuk lunchtime kami yang pertama aku lega. Berlalu dengan lancar sekali..



Dia ada kata yang aku orang pertama yang panggil dia sewel. Aku pun tak tau yang tindakan aku itu bijak atau tidak dengan memanggil dia sewel. Mungkin sebab aku banyak cakap merepek dan dia pun ikut serta merepek sekali. Silap jugak aku mengajar seorang doktor perkara bukan-bukan.



Korang semua jangan salah sangka tau. Entri ini bukan kesinambungan kisah aku dengan redup. Ini lebih kepada sinopsis atau warna-warna yang sebetulnya aku jarang cerita pasal dia.



Aku terima penolakan dia pada aku. Tipulah kalau aku kata yang aku tak pujuk dia langsung. Tetapi akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Cinta tidak boleh dipaksa. Siapalah aku nak memaksa cinta untuk datang dan menerima. Kan tuhan dah kata Kun Fa Ya Kun..



Dalam entri yang sudah-sudah ada aku kisahkan bagaimana aku telah cuba meminta nasihat daripada kawan-kawan aku. Ada di antara mereka bertaraf dewa chenta, pari-pari kedamaian dan juga perawi-perawi dari nas-nas chenta agung. Semua aku mohon nasihat. Pendek kata kalau aku pergi beli nasik lemak kat warung dan makcik itu letakkan lauk penuh gaya nescaya aku akan memohon nasihat chenta dari makcik itu. Maksudnya tiada siapa yang hebat terlepas daripada pandangan aku.



Akhirnya aku realise satu perkara. Bahawa untuk mencari dan memiliki cinta sebenarnya tidak perlukan nasihat. Cinta sesuatu yang sangat UNIK dan halus perkiraannya. Dan tiada istilah betul atau salah sebenarnya. Kita boleh mengambil seberapa nasihat yang kita nak. Tapi hakikatnya kita cuma mahu dengar apa kata hati kita.



Letaklah berapa banyak kriteria-kriteria yang kita nak pada seseorang itu. Tetapi akuilah yang pada penghujungnya kita akan dapat apa yang kita tidak pernah terfikir pun. Aku sendiri akui pada mulanya aku tak terfikir pun nak panjangkan hubungan ini. Redup terlalu berbeza dari apa yang aku nak dari seorang gadis. Namun selepas beberapa kali keluar aku perasan yang dia sangat unik. Dan keunikan dia buat tanggapan aku pada gadis-gadis berubah.



haih..





Untuk dia aku buat apa saja yang termampu. Dan aku tak pernah pun memberi cinta yang sangat sempurna kepada dia. Aku hanya memberi apa yang aku ada. Memberi dari kelongsong dan perca hati aku..Sebagai manusia yang biasa aku juga ada kekurangan. Dan aku terima kekurangan aku..





Hari ini hari jumaat.

Penghulu segala hari...

Moga diberkati tuhan.



Selamat Ulang Tahun Perkenalan.







28 tahun aku hidup.

28 tahun aku mencari kamu.

28 tahun aku cuba merungkai siapa yang tertulis di sisi aku di arash sana.




kawan-kawan,



Memberi cinta dan mengharapkan cinta di terima ada dua perkara yang berbeza.





Memberi cinta itu mungkin mudah.



Tetapi mengharapkan cinta di terima adalah sangat berisiko.





Peace.









----

Tuesday, January 26, 2010

Sepetang Bersama Adiputra.

------





---






Kenal tak Adiputra? alaa budak genius tu.



Semalam di izin tuhan aku ke rumah dia. Lama jugak la dari pukul 2.00pm sampai la pukul 6.00pm.



Untuk seorang manusia biasa yang tak punya apa-apa kelebihan, berjumpa dengan Adiputra adalah satu penghormatan kepada aku.



Kalau semua nak tahu Adiputra bukan sahaja pandai dalam matematik. Dia boleh bertutur dalam 8 bahasa dan boleh bermain pelbagai instrumen muzik termasuklah biola. Yang paling gempak dia boleh mengubat orang dan boleh membaca orang dan mengetahui sejarah silam dan future seseorang tu.



Gempak kan.



Adiputra seorang yang berfikir. Banyak jugak la soalan-soalan dari aku mengenai melayu, Malaysia, dunia dan juga Palestin secara khususnya. Dan dia merungkai segala persoalan itu dengan begitu ringkas tetapi sangat berkias-kias. Banyak jugak pengalaman-pengalaman dia yang dia cerita sangat membuatkan aku kagum. Tapi minta maaf tak semua aku boleh cerita di sini.



Dan dalam banyak-banyak soalan tu terlepas jugak la soalan pasal kembar tak serupa aku. Fahrin Ahmad la. Aku tanya Adiputra sama ada Fahrin Ahmad memukul Linda Onn. Dan Adiputra memberikan jawapan. Sekali lagi dia berkias. Tapi aku rasa aku paham maksud dia..

Aku juga sebenarnya ada tanyakan juga pasal jodoh aku. Tipu la aku kalau aku tak tanya. Dan ada nama gadis yang aku sebutkan pada Adi. haih..banyak kali jugak la Adiputra sebut nama gadis tu..

Oh ya aku pergi rumah Adiputra bersama bapak aku dan abg ipar aku.





Masa di rumah dia tu Adiputra sentiasa terperap dalam bilik. Tapi banyak kali jugak la dia turun ke bawah jumpa kita orang. Bapak dia En Ghani mulanya agak pelik dengan perangai Adi tu. Kata En Ghani Adi biasanya takkan turun ke bawah kalau ada tetamu datang hatta wartawan sekalipun. Biasanya Adi akak turun kalau tetamu itu dari keturunan alim ulamak dan juga para wali. Meremang juga aku dengar. Tetapi pikir-pikir balik aku pun cakap owh...Dalam keturunan aku, aku je yang agak setan.

Ramai juga orang yang datang ke rumah Adi haritu. Kebanyakan orang-orang penting negara dan ramai antara mereka selalu masuk tv. Aku perasan ayah Adi sangat teruja bila bercakap pasal Adi. Banyak juga vidoe-video pasal Adiputra yang di tunjukkan kepada kami. Antara yang boleh aku ceritakan di sini adalah video bagaimana seekor gajah tunduk seperti sujud ketika Adi berdiri betul-betul di depan gajah tersebut. Dan kami juga melihat bagaimana gajah-gajah lain yang dirantai meronta-ronta mahu pergi kepada Adi.


Banyak lagi rasanya aku nak ceritakan pasal Adiputra. Tapi apakan daya aku tak boleh.




Oh ya hari ini aku akan ke rumah Adiputra lagi.








----

Monday, January 11, 2010

Atuk..kini lenyap jadi sepi.

----



Di atas buaian itu..di setiap petang menganjak senja. di mana sawah padi itu menjadi hening dan sayup di tiup angin.



Atuk: besaq nanti nak jadi apa..


Aku: nak jadi polis macam tokwan la. nak tembak orang jahat.


Atuk: kalau nak jadi polis kena belajaq pandai-pandai tau...




*diam*




Setiap kenangan itu datang mencurah-curah dan sangat meruntun jiwa. Dan aku tau aku takkan mampu mengadap tubuh kaku itu.. Iya, dengan keadaan aku tanpa airmata..



Pukul 12.15 malam tu akak aku telefon. Aku yang tengah bekerja terkejut jugak dia telefon malam-malam macam tu.



AKak: hang tengah kerja ka?


aku: tengah keja la. awatnya?


akak: tokwan dah meninggal tadi.


aku: .........................


akak: helo? hang dengaq tak??



Mati setiap kata-kata aku waktu itu. Aku tak tahu sama ada aku perlu terkejut atau perlu terus sedih..


Malam itu jugak aku terus pulang ke Kedah.

Sampai Alor Setar dalam pukul 8 pagi. Rupa-rupanya semua orang tunggu aku sebelum mandikan jenazah. Rumah usang itu yang sudah lama sepi kini penuh dengan manusia..Lama jugak aku tunggu kat luar sebelum aku berani masuk kedalam rumah atuk. Itupun sebab maksu aku panggil jugak-jugak suruh aku masuk.

Dari jauh aku tengok mak aku duduk kat satu sudut sambil baca yassin. Basah kertas yassin itu dengan airmata mak aku. Sebagai anak sulung aku tau mak aku seboleh-bolehnya terpaksa kelihatan tabah depan adik-adik dia.

Bila melihatkan arwah atuk kaku depan mata aku buatkan aku sebak. Di sudut yang sama arwah nenek diletakkan dulu. Cuma kali ini lopak airmata aku kosong. Aku buang jauh-jauh kenangan aku dengan atuk. Kenangan yang bisa merobak denyut sayu aku. Aku tak mau orang melihat aku dengan airmata.

-

*senyap*

-

Betul cakap mak jenazah atuk nampak macam tengah tidur. Kulit atuk yang dulunya gelap nampak cerah. Aku harap jenazah atuk dimuliakan tuhan..Atuk meninggal di hospital ditemani seorang cucu yg mana ditugaskan menjaga atuk bergilir-gilir pada waktu malam. Aku terkilan kerana tak sempat berada bersama atuk tatkala atuk di hujung-hujung nyawa.

Semua orang tahu aku cucu paling rapat dengan atuk. Tapi hari itu aku jadi orang yang paling pendiam dan batu sekali. Bila atuk dimandikan aku hanya mampu tengok dari jauh. Aku biarkan cucu yang lain mengambil giliran menjurus atuk. Akhirnya maksu aku jugaklah yang memaksa aku. Itupun setelah semua orang selesai.

Getah paip itu aku pegang lesu. Bila ubun-ubun atuk aku kenakan air teringat aku masa aku mandikan atuk baru-baru ini. Teringat aku masa atuk merengek-rengek minta dihabiskan cepat. Kali ini semuanya sepi...dan aku cuba sekali lagi untuk tidak mengalirkan airmata. Dan aku mohon tuhan tangguhkan airmata aku.

Aku dah hilang masa atuk dikafankan. Aku berkurung dalam bilik atuk. Mencari bau-bau atuk yang masih tinggal. Masih ingat lagi aku dulu masa mak ambil aku untuk dibawak balik ke Penang. Aku curi satu kopiah atuk bawak balik. Bila aku rindukan atuk kopiah itulah yang aku cium dan aku pakai setiap masa.

haih..


Tersentak aku bila mak aku panggil. Mak cakap tinggal aku sahaja lagi yang belum cium atuk. Kata mak atuk dah dikafankan. Semua orang dah cium atuk. Bila aku keluar je ke ruang tamu tu semua mata dah tertumpu kepada aku...

Dan dahi atuk yang bersih itu aku kucup buat kali yang terakhir.

---

--

Selepas selesai semua majlis pengkebumian kami semua balik ke rumah. Aku pun terus tidur. Aku terjaga itupun setelah mak aku kejut suruh bangun sembahyang asar. Bangun-bangun je aku dah tak ada suara. Mungkin kerana terlalu menahan sebak dan aku matikannya di tekak. Yang peliknya bila bila aku terjaga aku tersebut nama seseorang. Mujur suara aku mati.

Atuk,

Damailah engkau di sana. Nenek dah lama tunggu atuk di syurga. Mesti nenek rindu dah 20 tahun tak jumpa.

Kami bersyukur atuk sempat melihat cicitnya yang pertama. Dan Nur Qaseh Qaisarah sempat melihat moyangnya. Hebat kuasa tuhan. Dia ciptakan satu kehidupan. Dan mematikan satu kehidupan yang lain.

Perginya atuk membuatkan aku hilang dua orang yang menjaga aku dari kecil. Lepas seminggu nenek meninggal dulu nenek ada datang dalam mimpi aku. Nenek lengkap bertelekung seperti baru selesai bersolat. Senyap je nenek datang dan merenung aku dari jauh. Puas aku panggil dan mengatakan aku rindu dengan nenek. Tetapi nenek masih bisu dan kemudia hilang dari pandangan aku.

Sekarang aku menunggu atuk datang dalam mimpi aku. Dah dua minggu pun. Dan atuk masih belum datang....

-

Dan aku masih terus menunggu.

-

----

Tuesday, December 15, 2009

Sudi..pernah ada. (Episod Penamat)

--------

Cerita ini pada tahun 2009...

Dahulunya pada tarikh 15 hb setiap bulan kami menyambut aniversary bersama-sama. Dan pada bulan yang sama yakni Disember hubungan ini putus juga..

Tak lama pun. Cuma hampir dua tahun. Tapi bagi aku cukup lama. Pada pukul 9.15 mlm 15hb Mei di Kampung Baru Sudi menerima aku untuk menjadi sebahagian dari hidup dia. Dan pada 29 Desember 2006 takdir telah putuskan kami tiada jodoh. Aku masih ingat lagi hari itu sehari sebelum Raya Haji dan hari yang sama Saddam Hussein di hukum gantung.

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun kami putus. Dan hampir 3 tahun jugaklah aku masih sendiri. Dalam masa 3 tahun ni macam-macam dah berlaku. Semuanya dah berubah...

Gaban dah ada company sendiri. Untuk orang berumur macam dia itu dah kira berjaya. Mazli Harun Laban sekarang ini pun bekerja dengan Gaban. Aku pulak bawa haluan sendiri selepas grad...Sudi?

Sudi telah pun berkahwin. Kalau tak silap aku dah setahun lebih. Sudi dah ada anak sorang pun. Cumel macam umi dia..Anak Sudi punya mata Sudi. Cantik.

Haih..

Semuanya berubah dalam sekelip mata. Dasyat kuasa tuhan. Pada November 2006 adalah final year dan final sem aku di UIA. Bodoh dan grad lambat satu sem. Untuk paper yang terakhir itu aku sengaja keluar lambat dari dewan exam. Aku nak hirup udara terakhir aku di CAC Hall yang mana aku sumpah takkan jejak lagi. Sementara menunggu orang keluar tu macam-macam aku pikir. Apa akan jadi kat aku dalam 5 tahun ini. Adakah aku akan jadi orang yang berjaya dalam hidup. Adakah aku akan berkahwin dengan Sudi dan punya keluarga yang bahagia..

Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku hubungan kami akan putus dan aku akan hilang Sudi selama-lamanya.

Sudi telah pun aku bawa jumpa keluarga aku. Masa kakak aku kawin Sudi datang. Mungkin kerana dia segan jadi dia bawak kawan baik dia Ima. Ima pula bawa adik dia yang bongsu. Lala namanya..

Aku pulak sebelum itu dah berjumpa dengan famili Sudi. Maksudnya hubungan ini serius.

Tapi siapa aku nak menolak takdir tuhan. Pada malam dia minta putus tu aku tanya dia kenapa. Dan dia memberikan alasan. Walau sejauh mana aku cuba memujuk akhir sekali aku terima juga keputusan dia. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan kerna aku percaya setiap perempuan itu ada hak dia. Dan itu hak yang dia minta.

Hampir setengah tahun jugaklah aku tak boleh fokus dalam hidup. Sudi terlalu kuat untuk aku. Ejan tau sangat keadaan aku time tu. Dengan dia jugaklah tempat aku selalu mengadu. Muka kusut dan badan pun dah susut. Macam orang gila. Jenuh jugaklah dia maki aku..

Satu hari tu Gaban panggil datang rumah dia. Kata dia mak dia panggil datang makan nasi. Mak dia dah lama tak jumpa aku. Sementara menunggu mak dia siapkan makan Gaban panggil aku duduk dengan dia di beranda rumah. Dia tanya aku dah ok belum. okay je..pendek saja jawapan aku. Gaban cakap jangan bohong dia. Bukan sehari dia kenal aku. Dan aku tak boleh lagi mengelak untuk bercerita pasal Sudi.

Gaban tanya aku masih simpan lagi tak semua kenangan bersama dengan Sudi dulu. Aku cakap dah buang semua. Dia tak percaya. Dia tanya aku sama ada gambar Sudi ada lagi tak dengan aku. Lama aku pikir untuk menjawab...ADA. Aku cakapkan pada Gaban aku tak sanggup buang gambar Sudi dari walet aku. Tak sampai hati.

Akhirnya Gaban minta gambar Sudi tu dari aku. Katanya biar dia simpan. Dengan berat hati aku bagi. Sampai sekarang aku tak tau ape jadi dengan gambar tu.

Daripada Gaban cerita ini bermula dan kepada Gaban jugak la kisah ini berakhir..

Sudi, Aku mintak maaf untuk semua kesalahan aku. Aku mintak maaf kerana tak pandai nak tunjukkan rasa sayang itu. Hatta nak mengucapkan kata sayang itu pun susah. Mungkin bagi aku perkataan sayang itu sgt berharga. Tak boleh cakap selalu. Nanti macam dah tak bernilai. Maafkanlah aku kerana begitu naif dalam bercinta.

Tapi ketahuilah aku sanggup mati untuk mempertahankan kamu..



*diam*



hey! aku hepi la.

Apa lagi yang aku nak. Semuanya ok. Sudi dah bahagia bersama keluarga baru. Dan dah punya anak sorang pun. Sudi gembira.

Bukan itukah yang aku nak selama ini...


Melihat dia gembira.





---

--

Tuesday, December 1, 2009

Nur Qaseh dah ada gambar.

--------

Inilah dia Nur Qaseh Qaisarah. Untuk baby yg berumur 2 minggu dia telah merasa macam mana menjadi artis. Mujur dia tak byk merengek.

Tunggu Malaysia..model muslimah telah datang. haha





















--------------









Saturday, September 12, 2009

Malam itu dia hanya mahu menari..

-----------

* updated on 14 Sept *


salam,

sebetulnya entri ini akan keluar pada November. Tapi aku rasa aku tak jadi publish entri ini.

Ianyanya agak peribadi bg aku. Namun sesape yg nak baca entri ini aku akan bg thru email.




Jadi bolehlah request. InsyaALLAH aku email kan....



------

Friday, August 28, 2009

fatimah syora..ratu hatiku..

----------




ini lah dia Fatimah Syora..40d Canon asalnya.
sayang aku kat dia. dia permata hati ku.kenapa nama dia Fatimah Syora?..suka hati aku la.

Dia dtg ketika warna-warna diri semakin kelam. Aku terpaksa membayar nilai yg mahal untuk mendapatkan Fatimah Syora. Keringat dan air mata mcm dah takde nilai.




Fatimah Syora ngn aku pada awal2 mmg nmpak mcm tak serasi. Selalu sangat aku mengeluh nape mcm xleh ngm. Hasil2 pun mcm tak menarik. Tapi aku cakap kat diri aku yg benda yg bernilai susah nak dapat. Dah dapat kena jaga. Aku pun bisik kat Fatimah Syora supaya bersabar. memang la awal2 nampak tak serasi. Lama2 ok la. Keserasian bkn chemistry. Keserasian harus di pupuk. Barulah saling lengkap melengkapi.


--------------------------------

























Ingat tak aku ckp ape yg akan aku bt pasni...

Iye.hobi yg terpaksa di recycle..Sebelum ni pukul pun swing kiri kadang swing kanan. Rasa mcm tak best. Rasa mcm kehebatan aku ni diragui..So skang ni aku dah masuk kelas. Aku masuk kelas ni pun atas satu dua tujuan.. mane la tau.

haa nampak tak gambar bawah skali tu. Pukul dah ada gaya. Cuma kadang2 tu kelaut jugak perginya.

Aku xde nama lagi la tuk set golf ni. Fatimah Syora aku dah abadikan tuk camera aku..so ape lg. silalah kemukakan.

Jadinya dua benda ni lah yg menjadikan hidup aku skang agak terisi. Sayang aku kat kedua-duanya terutama sekali Fatimah Syora.


Lepas habis kelas golf aku cadang nak masuk kelas main piano plak. Ada sape nak folow? Nak ajak ejan dia kat paka. dah la tu tak gifted lgsung bab2 seni ni. Nak ajak ilma dia kat bentong plak. lgpun lawyer mane ada seni..camane pun musti nak kena masuk kelas piano ni.

Takkan aku nak sia-siakan bakat seni aku yg terpendam ni..



----------------

Wednesday, May 27, 2009

Tika subuh 6.05 pagi

Bangun sholehah..
Kesat matamu..
Aku menunggu gemersik suaramu

Bangun sholehah..
Subuh menantimu..
Tuhan menunggu doamu..
Hari menunggu kedatanganmu.

Bangun sholehah.
Kesat matamu..

Tuesday, May 26, 2009

Sunshine

Janganlah berasa gundah..
Walau kita jauh
Jika kau resah aku turut merasa resah..
Jika kau gembira hidup aku ceria.


You are my sunshine,
my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear,
how much I love you
Please don't take my sunshine away

Saturday, May 9, 2009

Ibu.

Ibu,

Disaat aku jauh.
Kau ada untukku..

Disaat aku runsing..
Kau ada untukku..

Disaat aku sakit..
Kau ada untukku..

Ibu,
Disaat aku lalai dan jauh..
Tidak pernah kau mintak untuk aku datang dan dekat
Malah selalu kau berpesan..
“Adakah kamu dekat dengan Tuhanmu?”

Ibu,
Disaat aku kecewa dan putus asa.
Kau selalu ada untuk menenangkan aku
dengan kata-katamu yang mudah.
”Kan ibu ada untuk kamu...”


Ibu,
Kalaulah aku boleh gantikan nyawa aku..
Untuk membahagiakanmu..



To Samsinah Bt Abd Hamid

SELAMAT HARI IBU.

Saturday, April 25, 2009

1. Aku, Matahari dan Kehidupan. Ayuh datang bersama

Kenapa tuhan uji setiap manusia tidak sama?
Mudah. Kerana setiap manusia tidak sama. Dan penerimaan setiap manusia terhadap ujian tuhan jua tidak sama.

Ada orang di uji dengan kematian. Ada yang di uji dengan kehidupan sukar. Dan ada orang yang di uji dengan kerumitan cinta.
Ya cinta. Takk percaya??

Hitler yang kejam mati di sebabkan cinta. Dia di racun perempuan yang paling dia sayang dan percaya.

Shah Jahan membina Taj Mahal di sebabkan cintanya yang mendalam terhadap isterinya.

Dan banyak lagi orang di dunia ini yang tewas kerana cinta..termasuklah aku.

Dan biasanya manusia akan hilang pertimbangan bila tewas kerana cinta..

Dah puas aku doa mintak dibukakan hati dia. Minta ditabahkan hati aku kalau keputusan dia nanti bukan berpihak pada aku..

Dan tuhan masih belum makbulkan..

Aku tau dulu aku sangat jahat. Siapalah aku yang mahu meminta bermacam-macam sedangkan aku ni manusia hina. Sedangkan berjuta lagi manusia beriman yang mahukan doa mereka makbul..

Sekarang aku hanya mampu berdoa dan bersabar. Bersabar menunggu apa jua perancangan tuhan untuk aku.

Kalaulah aku tau perancangan tuhan untuk aku tidaklah aku begini. Sakit sangat. Tapi siapalah aku yang mahu meminta lebih dari apa yang aku perlu tau.

Kan bagus kalau aku menjadi matahari. Melakukan apa sahaja yang disuruh tuhan tanpa banyak bicara. Bersujud dan memuji tuhan. Menyinari alam yang gelap, sunyi dan suram. Dan menyampaikan rezeki tuhan melalui Nur..

Kehidupan aku..haih..aku hanya perlu satu untuk melengkapkan aku.

Redup..sudikah engkau untuk aku..

Tuesday, April 7, 2009

Dia semalam dan hari ini..

Semalam mata redup itu seorang pelajar.

Hari ini dia seorang doktor.

Esok dia bakal menyelamatkan nyawa.
Nyawa yang bertarung untuk hidup.

Lusa dia bakal menyambut kelahiran bayi.
Jari pertama yang menyambut bayi itu ke dunia.

Mulia kan..

Aku?
Cuma tumpang gembira.

Wednesday, March 18, 2009

Nenek..dah 21 tahun berlalu

Aku dibesarkan dikampung. Mungkin disebabkan mak ayah sibuk bekerja aku dihantar ke kampung. Hampir 2 tahun aku tinggal dikampung. Atok dengan nenek la yang besarkan aku. Mungkin boleh aku katakan yang asas diri aku banyak dibentuk oleh atok dengan nenek aku.

Atok aku pesara polis. Nenek aku pulak suri rumah. Atok agak disiplin. Jadinya aku lebih rapat dengan nenek. Nenek la yang mula ajar aku sembahyang dan puasa pada usia aku 6 tahun. Dengan nenek aku belajar menghafal 10 nama malaikat. Dengan nenek jugak la aku belajar mengenal 25 rasul.

Nenek dah meninggal ketika aku darjah tiga. Dah berbelas tahun pun. Masa itu aku disekolah. Aku ingat lagi bapa datang ke sekolah menjemput aku pulang awal. Aku hairan. Awalnya bapa datang. Bila aku tanya bapa diam. Dalam kereta bapa bisikkan ke telinga aku. Sabar ya, kamu kena tabah tau apa yang bapa nak cakap ni..

Nenek kamu dah meninggal...

Aku tak tau apa perasaan aku ketika itu. Sayu mungkin..

Sepanjang dua jam ke Kedah aku menangis. Pertama kali aku tengok mak aku sangat hiba. Tetapi dia langsung tidak menangis. Mungkin mahu kelihatan tabah dihadapan aku.

Sepanjang hari itu juga merupakan hari yang sukar bagi aku. Melihat nenek yang terbujur kaku buat jiwa aku kosong. Sampai jenazah mahu diusung ke kubur pun aku menangis mahu ikut.

Nenek..aku rindukan nenek.

Aku masih ingat lagi dulu aku hanya akan makan dari tangan nenek. Kalau dia menumbuk sambal tempoyak aku akan melihat sayup dari jauh. Aku akan duduk jauh di tepi sinki. Biasanya lepas nenek menumbuk sambal dia akan penuhkan lesung batu itu dengan nasi. Dari jauh aku tengok nenek menoleh ke aku dan senyum. Dan aku akan berlari-lari mendapatkan nenek. Aku tau nasi sambal tempoyak itu untuk aku. Dan biasanya dia akan berkata..haih cucu nenek ni..

Dulu aku tak akan tidur kalu bukan di riba nenek. Dan aku sangat takut kalau aku bukak mata dan dia tak ada di depan aku. Petang-petang nenek akan bawa aku berjalan-jalan menyelusuri sawah padi. Angin petang di sawah padi sungguh indah. Biasanya kami akan berpimpin tangan sambil menyanyi. Damai sungguh waktu itu.

Dulu kalau akau menangis di rotan atok, nenek akan panggil nama aku. Dia akan suruh aku duduk di ribanya untuk di pujuk. Dan biasanya selepas itu aku akan tenang.

Kini nenek dah tiada. Sampai sekarang kalau aku susah hati aku akan teringatkan nenek.

Nenek pengubat duka aku.

Nenek...muncullah sekali
Dalam mimpi pun jadilah...




Monday, February 16, 2009

So Long A shift...

What happen to you when your boss give you direct order that will ruin your motivation?

What happen to you when your boss said that you will be transfer to other department?

Some people asked you what your motivation to work is. Some will says it is because the culture. Some will say it is due to working environment.

But for me all these answers come with one holy reason..

My buddies and my friends. There are the key motivation for me to build the best working environment and also to absorb challenging culture in the company..

Oh God

I lost my soul

I lost all my good friends..

Wednesday, January 14, 2009

Seribu Satu Wajah

Dah lebih dua bulan aku tak menulis. Lagipun bukan aku publish kat sape2 pun. Suke hati aku la.haha..Tapi hanya kawan2 terdekat jela yg tau.

Terima kaseh la jugak kepada erna yg tak henti2 menanyakan bila aku nak menulis lagi di blog aku. Erna mengUPDATE aku setiap masa. Kepada bengkok yg menjadi peminat setia akusangblogger walaupun aku tak tau ape yg bestnya kat sini. Tak lupa juga kepada Dugg yang akan mengUPDATE rakan2 tentang perkembangan blog aku.

Kerana anda semua la blog aku dibukak sebanyak 800 kali walaupun belum official lagi..haha

Diatas ini adalah wajah2 yg berjaya aku amek sepanjang 2008. Jangan tanya aku nape byk org hisap cigar kat atas tu.