Showing posts with label Ini dari hati. Show all posts
Showing posts with label Ini dari hati. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Faradhiya dan Kisah lelaki Melayu

--------



Dalam suratkhabar Berita Harian hari Ahad baru ni bertajuk Faradhiya: lebih selesa untuk berkahwin dengan lelaki melayu. Maksudnya lelaki melayu tetap di hati walaupun dia berdarah kacukan.



Entah kenapa setiap kali hari ahad ruangan hiburan jugak yang aku bukak dulu. Tetapi di kebanyakan masa tidak begitu.



Nak dijadikan cerita selepas aku baca tajuk Faradhiya tu aku terus pergi gunting rambut. Harus kelihatan kemas sentiasa. Dan aku harus menitik beratkan yang aku ini berdarah melayu dan bukan latin pada kebiasaannya.


Habis gunting rambut bersarapan pagi pula dengan bergaya. Makan nasik lemak sebab nak maintain melayu. Tinggal habis aku sandwich ape jadah semua.

Selepas itu baru pulang ke rumah dengan niat mahu membaca ruangan Faradhiya itu la.



What the hell..the hell is far away.dem. Cis rupa-rupanya tajuk je yang menyenangkan hati aku. Isinya pulak cerita dia dah ada boyfriend. Orang melayu.


Menyesal aku gunting rambut. Dah la tak cantik. huh.




Aku sumpah taknak lagi nyanyi lagu Bertakhta Di Hati bila aku pergi karaoke nanti.











-------------

*** korang semua nak tengok gambar tak. Alaa sape yang bace kat sini dari dulu mesti nak tgk gambar ni. Gambar sape?...hehe. Aku compile banyak2 pastu aku buat video klip dengan background lagu DEKAT TAPI JAUH by Ziana Zain dan Broery.

Semua ada di http://www.silalah/ cari.com. cepat. seminggu je aku letak. pastu aku nak remove. privacy beb.








---

Saturday, April 10, 2010

Rama-Rama itu disebelah aku.

------------








Rama-Rama itu koordinator aku. Dalam bahasa mudahnya kerani aku. Dia seorang india. Umur dalam 40 an. Oh ya nama betulnya Papathy. Papathy dalam bahasa melayu bermaksud Rama-rama. Papathy seorang vegetarian.


Aku pulak karnivor.





Mesti orang pelik kali ni aku cerita pasal kerani aku. haha..





Masa mula-mula masuk kerja bos aku dah kenalkan kepada semua staff. Masa bos kenalkan kepada Papathy aku pun cakap: oh you are butterfly! Dan dia terkejut aku boleh tau. Aku cakapkan pada dia: I can speaks tamil and urdu a little bit. Maklumlah berjiran dengan orang india dari kecil. Masuk uia belajar arab. Arab dan urdu pula tak jauh beza.








Untuk makluman aku juga fasih berbahasa Itali. Aku boleh cakap mama mia dalam 5 lenggok.








Papathy bagi orang india di company aku sangat dihormati. Dia bolehlah di ibaratkan sebagai ustazah ataupun sister bagi lain-lain agama. Setiap tahun orang india ni ada satu ritual perayaan. Dan biasanya pada hari itu ramailah orang india kat company aku akan pergi kepada Papathy untuk memohon pedoman. Dan dia sangat bijak membaca karma.





Ada satu hari tu sorang manager india cakap pada Papathy satu benda yang pelik. Dia kata kalau Papathy nak pergi ke lif untuk turun mesti kena lalu opis manager tu dulu. Jangan ikut jalan lain. Untuk keberkatan katanya.








Oleh kerana Papathy kerani aku makanya tiada layanan istimewa untuk dia. Ttapi Papathy ni baik. Sangat pandai mengambil hati aku. Setiap pagi sesampai je aku kat opis dah tersedia pun secawan nescafe kat aku. Kalau aku lambat sampai dan nescafe tu dah sejuk dia akan panaskan balik. Biasalah bos datang lambat. Jalan jam lagi, tayar pancit lagi, amek buku laporan anak-anak kat sekolah lagi..itu belum kira lagi bini merengek tak kasi pergi kerja. Katanya abg ni asyik kerja je..



Boring pulak panggil Papathy. Aku panggil baterflai pula.





Baterflai ada cakap aku bos yang paling baik dia pernah jumpa. Yelah aku tak salahkan dia beranggapan begitu. Aku memang tak pernah marah orang. Pernah sekali aku cakap pada dia aku nak resign sebab aku terlalu penat bekerja. Kat situ jugak dia menangis.



Baterfly ni ada 3 orang anak. Yang paling tua adalah perempuan dan seorang doktor. Aku rasa kalau bukan pasal perbezaan agama nescaya aku dah di jodohkan dengan anak dia.



Dalam panjang-panjang aku cerita kat atas ni..kat sini je pun point aku. Baterflai ni sebenarnya sangat bijak membaca aku. Aku ni jenis tak pernah tunjuk muka ada masalah depan orang. Tambah-tambah lagi ketika di tempat kerja. Tapi baterflai ni tau je apa masalah aku. Kerapkali jugak la aku terperangkap dengan soalan dia.





Something bothering you Saifoel?

Dan kerapkali juga aku bertanya pada dia: how do you know? My face never tell you anything rite?

Dan macam biasa selalu jugak dia jawab...yes. but you bring negative aura today. your eyes look tired. seems like you thinking too much.





Oleh sebab Baterflai ni macam mak-mak jadi biasanya aku tak terlepas dari terpaksa juga menjawab soalan dia. Dan untuk kebanyakan cerita, cerita redup la yang paling dia selalu dengar. Baterflai pun dah tengok muka redup. Siap buat calculation lagi. Dan biasanya calculation dia base on tarikh lahir.



you really love dat girl la Saifoel. Just keep on praying. Tell you what..I will do meditation for you. At the same time I want you to continue praying..


Terharu aku dengar..

Dalam masa yang sama aku sedar..

Tak ada apa yang boleh aku buat pun.

Thanks my baterflai.



--

Rupa-rupanya banyak bidadari tuhan di dunia ini. Salah satunya sedang berlegar-legar dilangit aku. Makin hari makin dekat. Dekat dan merintik turun..

- petikan dari Patah Tumbuh Hilang Berganti daripada www.silalah cari.com

silalah cari.hehe

---

Wednesday, April 7, 2010

Hai. Saya Saifoel.

----------

hi..

Assalamualaikum. Tak jawab dosa.hehe

Nak cerita sikit. Blog akusangblogger selepas ini tidak lagi akan berada di blogspot.

Terima kasih kepada junior-junior aku yang paham akan perihal senior diaorang yang kadang-kadang tu begitu bengis. Oleh yang demikian mereka telah bertungkus-lumus menyiapkan laman web berbayar kepada aku. Selepas ini blog aku hanya akan ada

-

http://www.---------.com.my/

-

Sebulan dari sekarang blog akusangblogger akan di tutup. Maknanya blog baru akan dilancarkan selewat-lewatnya awal bulan 6 ini. Majlis perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Telekomunikasi dan Alam Sekitar kalau tak silap aku. Mungkin ada sedikit kenduri doa selamat pada malam harinya.

Buat pengetahuan blog baru ini masih menerapkan nilai-nilai murni rakyat tempatan dan juga tatasusila adat melayu. Buat pengetahuan juga blog ini telah pun berada di alam siber.

Tetapinya aku memilih untuk membiarkan blog ini di cari sendiri oleh pembaca. Sila jangan google nama Saifoel or Hafsham or redup or Fahrin or Aaron ataupun akusangblogger. Nescaya tak akan terjumpa.

Namun di kebanyakan entri aku banyak menggunakan ayat keramah ini.. Dalam blog baru ni pun dah ada empat entri baru. Dan dua daripadanya sangat sensitif bagi aku dan orang sekeliling aku.

-

So apa lagi bolehlah google ataupun menggunakan GPS dengan teknologi terkini.

-

Oh ya aku masih akan menulis lagi di sini dalam masa sebulan ini. Tetapi entri yang sensitif akan pergi ke sana.

-

Selamat mencuba.

-

-

p/s: Baru ni ada seorang penulis buku tepon gua. Dia kata dia rajin bukak blog gua (gua rasa dia tipu). Dia kata nak bukukan kisah REDUP untuk buku dia yang terbaru. Gua cakap: GILA.

nantilah gua sambung crita..

-

--------

Saturday, March 6, 2010

Minggu Darah Gemuruh

----

Bak kata orang time review gaji nanti mesti tabah dan kuat semangat. Masuk bilik bos macam nak masuk debat perdana. Mesti garang.

Bos: Yes Saifoel..come, sit down.

Gua: Thank you.

Boss: You know its about your increment right. So how you evaluate yourself for the past 1 year.

Gua: I think I did good..(kemas ayat gua)

Boss: So you think how many percents?

Gua: I know most of us get evarage 5-7 percents. Just tell me the number. Then we can discuss about my performance..(panjang tapi maintain kemas)

Boss: You guys never keep secret la..ok la between 5-7 percents where you grade yourself?

Gua: I deserve more than 7 percents.

(gua tengok mata bos gua dah terkebil-kebil..)

Boss: okay lah. Here what you will get. (sambil menunjukkan angka yg gua dah jangka)

Gua: Owh okay.

Boss: Well Saifoel you done a great job for your line department. I know I will always can depend on you. Now I want you to learn more about other line. I mean out of your jobscope..(ayat-ayat sebagai cubaan melembutkan hati gua)

Gua: Thanks boss. Will do my best. (gua akui gua agak terbuai-buai dengan pujian tadi. sampai gua terlupa yang gua sepatutnya menjadi tegas. Bijak bos gua.)



Minggu review adalah minggu yang sangat memberi tekanan kepada semua sebenarnya. Ianya akan lebih memberi tekanan jika kita dapat tau yang rakan sekerja kita mendapat rating yg tak masuk akal tingginya. Rakan sekerja yang semua orang tau tidaklah bagus tetapi mendapat rating yang tinggi.

Yelah memang betul dunia memang tak adil. Jadi apa tunggu lagi.




Siapkan resume.







----

Thursday, February 18, 2010

Memiliki Cinta Sempurna..bila mati hidup semula.

---





Hari ini genap setahun aku kenal redup..



Kejap betul masa berlalu. Kepada sesape yang ikut crita ini dari awal lagi ketahuilah yang crita ini dah setahun umurnya. Entri pertama yang keluar pasal dia secara tak langsung adalah pada 24 Februari bertajuk INDAH. Silalah ke link itu. http://akusangblogger.blogspot.com/2009/02/indah.html



Ingat lagi aku pada 19 Februari 2009 pukul 8.11 pagi aku telefon dia. Dan dengar la aku suara dia buat pertama kali itu..suara serak-serak basah. Suara baru bangun tidur. Aku konfem air liur meleleh lagi tu.



Ayat pertama aku kat dia, "eh suara macam gengster.."





Dan begitulah seterusnya hari berganti hari..



Pertama kali keluar dengan dia buat aku rasa teruja. Maklumlah dah lama tak keluar dengan gadis selepas Sue. Aku amek dia di UM. Berdebar-debar aku tunggu dia turun dari kolej. Abis semua aku check. Rambut dah pacak. Baju dah butang. Perfume dah sembur. Kasut dah pakai (maklumlah bawak keta tak pakai kasut). Bila semua dah periksa aku pun jerit CHECKED!...sebagai tanda aku dah cukup bersedia.



Bila dia turun je aku dah terkejut. No wonder la suara dia mcm gengster dlm telefon. Gaya jalan pun macam gengster. Tapi itulah keunikan dia. Sweet sangat.



Masa tu kami cadang nak makan di Pizza Hut di sek 14 PJ. Homeground aku dulu masa muda-muda. Tapi dah sampai situ nak cari parking pun satu hal. Dekat setengah jam jugaklah pusing-pusing sek 14 cari parking. Tapi dia sangat cool. Aku pulak yang gelabah.


Untuk lunchtime kami yang pertama aku lega. Berlalu dengan lancar sekali..



Dia ada kata yang aku orang pertama yang panggil dia sewel. Aku pun tak tau yang tindakan aku itu bijak atau tidak dengan memanggil dia sewel. Mungkin sebab aku banyak cakap merepek dan dia pun ikut serta merepek sekali. Silap jugak aku mengajar seorang doktor perkara bukan-bukan.



Korang semua jangan salah sangka tau. Entri ini bukan kesinambungan kisah aku dengan redup. Ini lebih kepada sinopsis atau warna-warna yang sebetulnya aku jarang cerita pasal dia.



Aku terima penolakan dia pada aku. Tipulah kalau aku kata yang aku tak pujuk dia langsung. Tetapi akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Cinta tidak boleh dipaksa. Siapalah aku nak memaksa cinta untuk datang dan menerima. Kan tuhan dah kata Kun Fa Ya Kun..



Dalam entri yang sudah-sudah ada aku kisahkan bagaimana aku telah cuba meminta nasihat daripada kawan-kawan aku. Ada di antara mereka bertaraf dewa chenta, pari-pari kedamaian dan juga perawi-perawi dari nas-nas chenta agung. Semua aku mohon nasihat. Pendek kata kalau aku pergi beli nasik lemak kat warung dan makcik itu letakkan lauk penuh gaya nescaya aku akan memohon nasihat chenta dari makcik itu. Maksudnya tiada siapa yang hebat terlepas daripada pandangan aku.



Akhirnya aku realise satu perkara. Bahawa untuk mencari dan memiliki cinta sebenarnya tidak perlukan nasihat. Cinta sesuatu yang sangat UNIK dan halus perkiraannya. Dan tiada istilah betul atau salah sebenarnya. Kita boleh mengambil seberapa nasihat yang kita nak. Tapi hakikatnya kita cuma mahu dengar apa kata hati kita.



Letaklah berapa banyak kriteria-kriteria yang kita nak pada seseorang itu. Tetapi akuilah yang pada penghujungnya kita akan dapat apa yang kita tidak pernah terfikir pun. Aku sendiri akui pada mulanya aku tak terfikir pun nak panjangkan hubungan ini. Redup terlalu berbeza dari apa yang aku nak dari seorang gadis. Namun selepas beberapa kali keluar aku perasan yang dia sangat unik. Dan keunikan dia buat tanggapan aku pada gadis-gadis berubah.



haih..





Untuk dia aku buat apa saja yang termampu. Dan aku tak pernah pun memberi cinta yang sangat sempurna kepada dia. Aku hanya memberi apa yang aku ada. Memberi dari kelongsong dan perca hati aku..Sebagai manusia yang biasa aku juga ada kekurangan. Dan aku terima kekurangan aku..





Hari ini hari jumaat.

Penghulu segala hari...

Moga diberkati tuhan.



Selamat Ulang Tahun Perkenalan.







28 tahun aku hidup.

28 tahun aku mencari kamu.

28 tahun aku cuba merungkai siapa yang tertulis di sisi aku di arash sana.




kawan-kawan,



Memberi cinta dan mengharapkan cinta di terima ada dua perkara yang berbeza.





Memberi cinta itu mungkin mudah.



Tetapi mengharapkan cinta di terima adalah sangat berisiko.





Peace.









----

Wednesday, February 17, 2010

Bawalah Daku Pergi..

----



Iye..tajuknya macam jiwang. Tapi aku cuma mau bercerita tentang kehidupan dan kerja.



Sepanjang tiga tahun aku bekerja di salah satu MNC di Malaysia aku rasa hidup aku dah banyak berubah. Aku dah hilang rupa jiwa aku..



Tak pernah aku rasa begini tertekan sejak bekerja. Tahap tertekan dia boleh buat aku nak stop hisap rokok.


Aku jugak dah banyak miss kenduri-kenduri kawen member-member aku.haih..ini semua sebab aku kena kerja time manusia lain sibuk bercuti.

-

Kepada akob aku mintak maaf..macam nak nangis aku tengok gambar kawen hang.

Kepada mon aku selaku godfather yang membabtist hang aku minta maaf. Lain kali nak suh aku amek gambaq kawen hg book awal-awal..

Dan kepada Ejan aku minta maaf sangat-sangat. Walaupun ko ada cakap nak parang aku kalau aku tak pegi kenduri ko. Aku tau ko tak maksudkan begitu.

Tapi ketahuilah yang kenduri aku nanti nama-nama yang di atas ni wajib datang. Ini adalah arahan yang tidak boleh di kompromi lagi. Jangan sampai aku bakar rumah korang nanti.

-

haih..

-

Aku dah penat sekarang. Duit dah bukan segala-galanya. Aku mau hidup aku. Aku nak tebus kembali saat-saat yang aku terlepas sebelum ni.

-

Tolonglah,

Bawa daku pergi dari neraka ini.

---

=-

Tuesday, February 16, 2010

Selamat Tidur.

---


Selamat tidur..
Moga esok janji indah..

Selamat tidur..
Moga sepi ditelan mimpi..

Selamat tidur.
Moga lena dibuai salju..

Selamat tidur.
Dan siaplah untuk esok
Ramai insan menunggu tangan ajaibmu.
Tangan ikhtiar restu dari tuhan.



Selamat tidur.
Doaku selalu padamu


Moga dimuliakan tuhan.




-----

Monday, January 11, 2010

Atuk..kini lenyap jadi sepi.

----



Di atas buaian itu..di setiap petang menganjak senja. di mana sawah padi itu menjadi hening dan sayup di tiup angin.



Atuk: besaq nanti nak jadi apa..


Aku: nak jadi polis macam tokwan la. nak tembak orang jahat.


Atuk: kalau nak jadi polis kena belajaq pandai-pandai tau...




*diam*




Setiap kenangan itu datang mencurah-curah dan sangat meruntun jiwa. Dan aku tau aku takkan mampu mengadap tubuh kaku itu.. Iya, dengan keadaan aku tanpa airmata..



Pukul 12.15 malam tu akak aku telefon. Aku yang tengah bekerja terkejut jugak dia telefon malam-malam macam tu.



AKak: hang tengah kerja ka?


aku: tengah keja la. awatnya?


akak: tokwan dah meninggal tadi.


aku: .........................


akak: helo? hang dengaq tak??



Mati setiap kata-kata aku waktu itu. Aku tak tahu sama ada aku perlu terkejut atau perlu terus sedih..


Malam itu jugak aku terus pulang ke Kedah.

Sampai Alor Setar dalam pukul 8 pagi. Rupa-rupanya semua orang tunggu aku sebelum mandikan jenazah. Rumah usang itu yang sudah lama sepi kini penuh dengan manusia..Lama jugak aku tunggu kat luar sebelum aku berani masuk kedalam rumah atuk. Itupun sebab maksu aku panggil jugak-jugak suruh aku masuk.

Dari jauh aku tengok mak aku duduk kat satu sudut sambil baca yassin. Basah kertas yassin itu dengan airmata mak aku. Sebagai anak sulung aku tau mak aku seboleh-bolehnya terpaksa kelihatan tabah depan adik-adik dia.

Bila melihatkan arwah atuk kaku depan mata aku buatkan aku sebak. Di sudut yang sama arwah nenek diletakkan dulu. Cuma kali ini lopak airmata aku kosong. Aku buang jauh-jauh kenangan aku dengan atuk. Kenangan yang bisa merobak denyut sayu aku. Aku tak mau orang melihat aku dengan airmata.

-

*senyap*

-

Betul cakap mak jenazah atuk nampak macam tengah tidur. Kulit atuk yang dulunya gelap nampak cerah. Aku harap jenazah atuk dimuliakan tuhan..Atuk meninggal di hospital ditemani seorang cucu yg mana ditugaskan menjaga atuk bergilir-gilir pada waktu malam. Aku terkilan kerana tak sempat berada bersama atuk tatkala atuk di hujung-hujung nyawa.

Semua orang tahu aku cucu paling rapat dengan atuk. Tapi hari itu aku jadi orang yang paling pendiam dan batu sekali. Bila atuk dimandikan aku hanya mampu tengok dari jauh. Aku biarkan cucu yang lain mengambil giliran menjurus atuk. Akhirnya maksu aku jugaklah yang memaksa aku. Itupun setelah semua orang selesai.

Getah paip itu aku pegang lesu. Bila ubun-ubun atuk aku kenakan air teringat aku masa aku mandikan atuk baru-baru ini. Teringat aku masa atuk merengek-rengek minta dihabiskan cepat. Kali ini semuanya sepi...dan aku cuba sekali lagi untuk tidak mengalirkan airmata. Dan aku mohon tuhan tangguhkan airmata aku.

Aku dah hilang masa atuk dikafankan. Aku berkurung dalam bilik atuk. Mencari bau-bau atuk yang masih tinggal. Masih ingat lagi aku dulu masa mak ambil aku untuk dibawak balik ke Penang. Aku curi satu kopiah atuk bawak balik. Bila aku rindukan atuk kopiah itulah yang aku cium dan aku pakai setiap masa.

haih..


Tersentak aku bila mak aku panggil. Mak cakap tinggal aku sahaja lagi yang belum cium atuk. Kata mak atuk dah dikafankan. Semua orang dah cium atuk. Bila aku keluar je ke ruang tamu tu semua mata dah tertumpu kepada aku...

Dan dahi atuk yang bersih itu aku kucup buat kali yang terakhir.

---

--

Selepas selesai semua majlis pengkebumian kami semua balik ke rumah. Aku pun terus tidur. Aku terjaga itupun setelah mak aku kejut suruh bangun sembahyang asar. Bangun-bangun je aku dah tak ada suara. Mungkin kerana terlalu menahan sebak dan aku matikannya di tekak. Yang peliknya bila bila aku terjaga aku tersebut nama seseorang. Mujur suara aku mati.

Atuk,

Damailah engkau di sana. Nenek dah lama tunggu atuk di syurga. Mesti nenek rindu dah 20 tahun tak jumpa.

Kami bersyukur atuk sempat melihat cicitnya yang pertama. Dan Nur Qaseh Qaisarah sempat melihat moyangnya. Hebat kuasa tuhan. Dia ciptakan satu kehidupan. Dan mematikan satu kehidupan yang lain.

Perginya atuk membuatkan aku hilang dua orang yang menjaga aku dari kecil. Lepas seminggu nenek meninggal dulu nenek ada datang dalam mimpi aku. Nenek lengkap bertelekung seperti baru selesai bersolat. Senyap je nenek datang dan merenung aku dari jauh. Puas aku panggil dan mengatakan aku rindu dengan nenek. Tetapi nenek masih bisu dan kemudia hilang dari pandangan aku.

Sekarang aku menunggu atuk datang dalam mimpi aku. Dah dua minggu pun. Dan atuk masih belum datang....

-

Dan aku masih terus menunggu.

-

----

Sunday, December 27, 2009

Langit Yang Renyai.

----

Bukankah telah dijanjikan Tuhan setiap yang hidup pasti akan merasakan mati....

Dan kenangan pun datang seperti langit yang renyai.

Dan rasanya juga seperti semalam aku di pangkuan itu.

untuk..

di nyanyikan.

di ceritakan.

dan di mengertikan tentang hidup...

-

Al-Fatihah ini

untuk kamu.

-------

Tuesday, December 15, 2009

Sudi..pernah ada. (Episod Penamat)

--------

Cerita ini pada tahun 2009...

Dahulunya pada tarikh 15 hb setiap bulan kami menyambut aniversary bersama-sama. Dan pada bulan yang sama yakni Disember hubungan ini putus juga..

Tak lama pun. Cuma hampir dua tahun. Tapi bagi aku cukup lama. Pada pukul 9.15 mlm 15hb Mei di Kampung Baru Sudi menerima aku untuk menjadi sebahagian dari hidup dia. Dan pada 29 Desember 2006 takdir telah putuskan kami tiada jodoh. Aku masih ingat lagi hari itu sehari sebelum Raya Haji dan hari yang sama Saddam Hussein di hukum gantung.

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun kami putus. Dan hampir 3 tahun jugaklah aku masih sendiri. Dalam masa 3 tahun ni macam-macam dah berlaku. Semuanya dah berubah...

Gaban dah ada company sendiri. Untuk orang berumur macam dia itu dah kira berjaya. Mazli Harun Laban sekarang ini pun bekerja dengan Gaban. Aku pulak bawa haluan sendiri selepas grad...Sudi?

Sudi telah pun berkahwin. Kalau tak silap aku dah setahun lebih. Sudi dah ada anak sorang pun. Cumel macam umi dia..Anak Sudi punya mata Sudi. Cantik.

Haih..

Semuanya berubah dalam sekelip mata. Dasyat kuasa tuhan. Pada November 2006 adalah final year dan final sem aku di UIA. Bodoh dan grad lambat satu sem. Untuk paper yang terakhir itu aku sengaja keluar lambat dari dewan exam. Aku nak hirup udara terakhir aku di CAC Hall yang mana aku sumpah takkan jejak lagi. Sementara menunggu orang keluar tu macam-macam aku pikir. Apa akan jadi kat aku dalam 5 tahun ini. Adakah aku akan jadi orang yang berjaya dalam hidup. Adakah aku akan berkahwin dengan Sudi dan punya keluarga yang bahagia..

Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku hubungan kami akan putus dan aku akan hilang Sudi selama-lamanya.

Sudi telah pun aku bawa jumpa keluarga aku. Masa kakak aku kawin Sudi datang. Mungkin kerana dia segan jadi dia bawak kawan baik dia Ima. Ima pula bawa adik dia yang bongsu. Lala namanya..

Aku pulak sebelum itu dah berjumpa dengan famili Sudi. Maksudnya hubungan ini serius.

Tapi siapa aku nak menolak takdir tuhan. Pada malam dia minta putus tu aku tanya dia kenapa. Dan dia memberikan alasan. Walau sejauh mana aku cuba memujuk akhir sekali aku terima juga keputusan dia. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan kerna aku percaya setiap perempuan itu ada hak dia. Dan itu hak yang dia minta.

Hampir setengah tahun jugaklah aku tak boleh fokus dalam hidup. Sudi terlalu kuat untuk aku. Ejan tau sangat keadaan aku time tu. Dengan dia jugaklah tempat aku selalu mengadu. Muka kusut dan badan pun dah susut. Macam orang gila. Jenuh jugaklah dia maki aku..

Satu hari tu Gaban panggil datang rumah dia. Kata dia mak dia panggil datang makan nasi. Mak dia dah lama tak jumpa aku. Sementara menunggu mak dia siapkan makan Gaban panggil aku duduk dengan dia di beranda rumah. Dia tanya aku dah ok belum. okay je..pendek saja jawapan aku. Gaban cakap jangan bohong dia. Bukan sehari dia kenal aku. Dan aku tak boleh lagi mengelak untuk bercerita pasal Sudi.

Gaban tanya aku masih simpan lagi tak semua kenangan bersama dengan Sudi dulu. Aku cakap dah buang semua. Dia tak percaya. Dia tanya aku sama ada gambar Sudi ada lagi tak dengan aku. Lama aku pikir untuk menjawab...ADA. Aku cakapkan pada Gaban aku tak sanggup buang gambar Sudi dari walet aku. Tak sampai hati.

Akhirnya Gaban minta gambar Sudi tu dari aku. Katanya biar dia simpan. Dengan berat hati aku bagi. Sampai sekarang aku tak tau ape jadi dengan gambar tu.

Daripada Gaban cerita ini bermula dan kepada Gaban jugak la kisah ini berakhir..

Sudi, Aku mintak maaf untuk semua kesalahan aku. Aku mintak maaf kerana tak pandai nak tunjukkan rasa sayang itu. Hatta nak mengucapkan kata sayang itu pun susah. Mungkin bagi aku perkataan sayang itu sgt berharga. Tak boleh cakap selalu. Nanti macam dah tak bernilai. Maafkanlah aku kerana begitu naif dalam bercinta.

Tapi ketahuilah aku sanggup mati untuk mempertahankan kamu..



*diam*



hey! aku hepi la.

Apa lagi yang aku nak. Semuanya ok. Sudi dah bahagia bersama keluarga baru. Dan dah punya anak sorang pun. Sudi gembira.

Bukan itukah yang aku nak selama ini...


Melihat dia gembira.





---

--

Friday, December 11, 2009

2 Lagu untuk satu kisah hidup.

-----

Aku Manusia Lemah - Selalu Terjatuh - Berbeda Aku Dari Mu - Kau Berdiri Teguh - Aku Serba Tiada - Aku Kekurangan

Dan Bila Kau Tiba - Aku Hilang Dari Kewujudan - Sempurnanya Sifatmu - Tulusnya Hatimu - Jujurnya Niatmu - Tingginya Kesabaranmu

Lepaskanlah Diriku - Kerna Aku Tak Mampu - Tuk Menanggung - Sebuah Cinta Sempurna - Darimuu - Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu - Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku - Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua - Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu - Tulusnya Hatimu - Jujurnya Niatmu - Tingginya Kesabaranmu - Lepaskanlah Diriku - Kerna Aku Tak Mampu - Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna - Darimuu - Darimuuu...Oahh...

---------------

Berlalulah hari demi hari - Sayunya hatiku ini - Takku sangka kau di sisi - Baju kurung putih berseri...Ayu - Semadikanlah selamanya - Yang teristimewa - Keayuanmu

Kaulah mawarku kaulah yang satu - Memberikanku sebutir harapan keikhlasan - Tanpamu diriku tenggelam - Siang malam ku hanyut di dalam khayalan - Tak mudah ku melupakanmu

Dalam dirimu penuh kelembutan - Semakin hari makin rinduku padamu..

Tanpamu ku sayu - Terkenang kembali sewaktu pertemuan dulu...

Ayunya senyumanmu - Ayunya sentuhanmu - Semadikanlah selamanya...

Yang teristimewa - Selama-lamanya...

Keayuanmu....Keayuanmu

-

I need no comments here.pls

-

-----------------------

Thursday, December 3, 2009

Sudi..pernah ada. (Part 1)

-----


Cerita ini pada tahun 2004..

Semester baru telah bermula. Aku dengan gaban sepakat untuk mengambil kelas Ilmu feqah ini dengan satu ustaz dari Nigeria. Kata gaban kita kena cari kelainan. Kena amek lecturer overthesea. Kalau tidak sia-sia je kita belajar kat tempat international. Jadi aku pun setuju..

So hari itu pun sampai. Macam biasa aku dengan gaban akan lambat ke kelas. Biasalah main game bola dulu kat bilik. Yang kalah akan drive ke kelas. Yang menang akan duduk kat belakang mcm bos.

Selepas memberi salam kami pun tunduk masuk. Bila di tanya ustaz kenapa lambat macam biasa jugak alasan kami bagi ialah..tak jumpa kelas.

Lumrah bagi orng yang datang lambat adalah duduk di hadapan. kerana yang datang awal akan duduk di belakang untuk tidur.

Rupa-rupanya Mazli Harun laban pun ada sekali dalam kelas tu. Dan dia pun duduk depan sekali. Jenis student datang lambat. So lengkaplah kat depan sekali tu aku, gaban dengan Mazli Harun Laban. Yang lain semua kat belakang yakni yg pemalas dan kuat tido.

Dalam pada itu aku pun toleh la belakang tengok muslimah-muslimah mane yang hot...

Tak ada.

Hampa aku. Selepas grad-nya Norjuma Habib Mohamed kami seperti dah ketandusan gadis-gadis cumel di uia..tapi adalah sorang dua yang nampak cuba merampas tahta tapi still tak memadai. Di antara sorang dua tu nama dia Alin. Masyurnya alin ni sampai ada bodyguard lagi. Kebanyakan budak lelaki di kolej siddiq biasanya memanggil beliau alinpon. Aku pun tak tau kenapa.

haih..jauh benar aku melalut..

Semasa dok mengintai-ngintai tu ternampaklah oleh aku seorang gadis yang comel..Mata dia ya tuhan..macam erra fazira. Aku syak dia jenis datang awal ke kelas. Sebab dia duduk belakang sekali. Duduk berlunjur kaki sampai kepala sebaris dengan tempat sandar kerusi..brutal.

Aku bisikkan pada gaban satu soalan.

"gaban, ko nak tengok tak bakal ibu kepada anak-anak aku nanti..?"

gaban pun tanya aku sape. aku jawab yang duduk kat belakang sekali tu la. gaban cakap dia tak kenal. Celake punya gemuk. Kata famous. Gadis lawa pun tak kenal..Aku tnya Mazli Harun Laban. Dia cakap mcm kenal..Dan dia mintak tempoh sehari sebab dia nak tanya awek dia dulu mana tau kenal. Aku pun kata ok.

So esoknya kul 4.00pm kami pun pergi ke kelas. Kelas stat kul 3.30pm. Dalam kereta tadi aku dengan Mazli Harun Laban kat belakang. Yang drive mestilah gaban. Dalam kereta Mazli Harun Laban cakap gadis yang aku tanya semalam tu nama dia Sudi. Sudi ni satu geng dengan bodyguard-bodyguard alin. Maksudnya Sudi ni kawan alin jugak la. Owhhh...

------------

Kat kelas kami tu ada time break. Tetapi waktu break adalah ketika azan asar. Maksudnya semua student yang tidak uzur wajib pergi solat di masjid yg letaknya hanya 5 minit berjalan dari kelas.

Nak jadi cerita hari tu kami tiga-tiga orang tidak ke masjid. Gaban dengan Mazli Harun Laban kata diaorang uzur. Aku pulak sudah berjanji dengan rakan sebilik nak jemaah sekali lepas aku habis kelas.

Tengah lepak-lepak kat luar kelas tu aku nampak Sudi berjalan dengan kawan dia. Menghala ke arah kami pulak tu. Dengan perasaan rendah diri aku cakapkan pada gaban suruh dia mintak no hp Sudi untuk aku. Dan aku macam biasa..... kebelakang sikit.

Dari jauh aku nampak gaban merayu-rayu mintak no hp kat Sudi. Nampaknya macam tak mau kasi. So aku pun apa lagi. Pergi la menonong minta simpati. Aku katakan pada Sudi si gemuk td mintak no hp tu untuk aku. Tapi Sudi macam gadis-gadis yang lain..jual mahal.

Dah abih iktiar aku pun cakap satu ayat penutup kat dia. Ayat yang membuatkan dia bagi no hp dia kat aku.

" Boleh tak sekali lagi saya mohon no hp awak. Saya dah janji dengan mak saya nak carikan calon menantu untuk dia hari ni. Saya taknak dia nangis lagi.."

bersambung....

Monday, November 23, 2009

Masih Qaseh

----------


Esok pagi-pagi uncle Remy akan pulang ke Bayan Baru..

Memandangkan banyak kelengkapan kamera uncle nak bawak balik so uncle akan drive.

Jaga-jaga Nur Qaseh uncle Remy nak amek gambar Qaseh banyak-banyak tau.



baik mekap tebal-tebal.




next entri;

1. Sudi..separuh jasadku tertinggal.

2. Mari Malaysia. Kitakan satu.




-----

Saturday, November 21, 2009

sebentar ya.aku nak bebel..

----------

Sebelum aku terlupa aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada beberapa orang. Mereka2 ini telah review blog aku.

Aku tak nampak apa istimewa blog aku ni sampai ada yg nak review.

Tetapi aku sungguh rasa terharu sebab kebanyakan mereka telah mengambil beberapa cerita terutamanya cerita-cerita REDUP untuk di jadikan pedoman. Aku akui cerita-cerita REDUP adalah kisah yg penuh sentimental. Satu masterpice luhur dan jujur. Dan sejujurnya aku beritahu di sini kisah itu telah pun tamat.

Selepas entri 'Semalam bicaraku dengan Hati' itu published, aku telah dapat satu sms dari Redup minta ros putih itu di buang dari kenderaan aku. Dan akhirnya aku cakapkan pada dia InsyaALLAH aku janji akan buang juga.

Sebenarnya akusangblogger pun adalah ceritera dia. Maksudnya kebanyakan entri aku adalah kiasan-kiasan untuk dia. Dan aku tau kebanyakan orang yang buka baca akusangblogger sebenarnya nak tau konflik dan kesudahan cerita ini. Bohonglah kalau ada yg kata nak tgk aku mengarot2 dlm blog ni.

Kepada semua, sekali lagi aku bagitau kisah ini telah pun tamat. Terima kasih kepada yg sudi review, mengambil quote aku, dan jugak meletakkan kisah redup sebagai semangat. Kepada Maya, adi, zaty, lala, wak, ilma, Mrs Wahida, anjang dan lain2. TQ

Aku juga bangga kerana byk gambar2 yg aku amek berada di blog2 orang. TQ

Oh lupa pulak kepada kaunselor2 aku seperti Ejan, umi, aiman, yatt, erna, am, farhana, sha, adheen louis, man saiko. Korang pun tahu betapa sukar aku nak buat satu2 keputusan..

Seperti matinya cerita ini maka mati jugalah idea aku menulis. Seminggu aku pikir ape nak tulis.

Buntu.

p/s: aku rasa mcm tengah tulis wasiat.

----

Wednesday, November 11, 2009

5.40 pagi 27 tahun lalu.

----



Pada jam 5.40 pagi itu pada 27 tahun yg lalu ibu aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Cucu lelaki pertama di sebelah ibu aku dan juga pewaris keturunan yang akan membawa nama Hamid dan Ibrahim.


Pada jam 5.40 pagi itu jugalah setiap tahun aku akan terjaga dari tidur. Aku pun tak tahu kenapa dalam jarak waktu 5.00 pagi setiap 11 November aku akan terjaga. Macam2 aku pikir..Adakah aku telah melakukan yang terbaik untuk keluarga aku. Menggembirakan hati mak aku terutamanya.


Aku bersyukur selama aku hidup ini aku dah capai apa yg aku inginkan. kalaupun bukan semua yang aku impikan itu dimakbulkan tetapi secara keseluruhannya aku puas. Aku sedar dalam hidup ini tak semua yang kita nak kita akan dapat.


Dan bg kesimpulan hidup aku..apa yg paling aku nak itulah yg aku takkan dapat. Dua contoh paling mudah adalah kerjaya dan jodoh.

Betapa aku sangat mengimpikan untuk menjadi seorang Pilot. Cita-cita yg mana aku semai sejak dari kecil lagi. Aku cuma perlukan 3A dalam English, Math dan Fizik. 3 subjek utama untuk melayakkan aku memasuki akademi penerbangan. Dan Fizik memusnahkan harapan aku selama-lamanya.

Contoh kedua walau betapa jauh aku cuba kejar redup aku tau aku takkan dapat dia. Pelik kan bila aku tgk mata dia aku tau ada sesuatu. Redup mata yg memang aku tunggu dari kecil. Redup mata yg hilang dari aku dan dtg kembali untuk melengkapkan aku...


Aku juga sentiasa pikir yg aku ni dilahirkan untuk menggembirakan hati org lain. Dan itulah yang aku cuba lakukan..menggembirakan hati yg berduka lara. Dan aku tak penah minta apa2 sebagai balasan. Cukuplah doa untuk aku. Sebab itu yang aku kurang selama ini.


Ibu..terima kasih kerana mengusung aku selama 9 bulan dalam rahimmu. Melahirkan aku dengan cukup sifat. Derita 9 bulan yang mana aku tak mampu untuk membalasnya sepanjang hidup aku.



Untuk semua yg menyambut hari lahir pada 11 November aku ucapkan


SELAMAT HARI LAHIR.




---

Monday, November 2, 2009

Malam itu bicaraku dengan hati..

----

Hati..
Mengapa masih belum lupa. bukankah sudah diberikan masa..

Hati..
Cukupkah semua usaha ini. Adakah sudah sampai disini. Setelah semua usaha dan airmata?Sudah mengaku tewas??

Hati..
Janganlah buat aku begini. Kuatkanlah aku. Rasuklah aku dengan ruh yang baru.

haih..

Bagaimana harus mahu melupa sedangkan ros putih bersalut tisu itu masih lagi di kenderaanku. Membuangnya pun aku belum mampu..

Bagaimana harus melupa kalau setiap tasbih doaku masih menyebut nama dia. Dan di setiap hujung sujudku masih memohon di lembutkan hati dia..



Tuhan,

Kalau aku berlaku baik..
Bolehkah aku mohon dia untukku di syurga nanti.






----

Saturday, October 17, 2009

Tanah itu aku.. Langit itu aku ciptakan untuk kamu.

--------

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi orang macam aku pandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan aku butakan mata aku untuk pintu yang telahpun dibukakan untuk aku.

Silap aku jugak kerana terlalu degil. Mana mungkin menggapai syurga kalau tangan berlendir dosa.

Kan sudah aku bilang cubalah remukkan hati aku. Kalau jadi, aku pergi..

Terima kasih untuk ayat-ayat terakhir itu. Cukup untuk buat aku tahu betapa hanyir diri ini.

Tidak mengapalah. Segalanya aku ikhlas. Itu hak dan kemahuan kamu. Aku pasti akan senyum kerana semuanya telah aku sediakan sempurna.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Untuk semua..

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga ingin menggapainya dari mimpi.

Tapi mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin dilakukan. Yang penting jgn mudah menyesal. Bangun dan terus mencuba. kita mungkin akan lg menyesal kalau tidak mencuba.

Rasa dulu apa itu sakit, rasa dulu apa itu luluh. Biarkan hati itu ranap.

*diam*


Biarkan aku di tanah. Sememangnya langit itu untuk kamu.


--

Friday, September 18, 2009

tq

-------


Ipoh>>Taiping>>Kuala Selangor>>Temerloh>>Kuantan>>Butterworth>>Johor

Bahru>>Melaka>>Georgetown>>Petaling Jaya>>Nilai>>Air

Keroh>>Tashkent>>Sitiawan>>Bukit Mertajam>>North Carolina>>Saudi Arabia>>Ayer

Hitam>>Tokyo>>Puchong>>Kota Kinabalu



Terima kasih semua kerana menjadikan 10,000 klik hanya selepas 7 bulan.

Tetapi ketahuilah semua ini hanyalah drama yang aku cipta.

-----

Saturday, September 12, 2009

Malam itu dia hanya mahu menari..

-----------

* updated on 14 Sept *


salam,

sebetulnya entri ini akan keluar pada November. Tapi aku rasa aku tak jadi publish entri ini.

Ianyanya agak peribadi bg aku. Namun sesape yg nak baca entri ini aku akan bg thru email.




Jadi bolehlah request. InsyaALLAH aku email kan....



------

Thursday, June 11, 2009

Tuhan..Siapa Kau izinkan untukku

Angin bawaku pergi jauh dari dia..
Air hanyutkan hati aku jauh dari dia..
Tanah ragut aku dan buangkan ku jauh...

Terima kasih untuk kesempatan ini
Memberi aku keindahan yang lama aku hilang

Bila melihatkan diri aku
Aku akui aku tak layak untukmu

Tuhan,
Aku redha
Mungkin dengan ini aku dekat denganMu
Kirimkanlah untusanMu untukku
Aku bersedia
MengadapMu

Kawan-kawan
Terima kasih
Aku selesai.