Saturday, February 27, 2010

Majlis cukur Jambul Qaseh..

---


Lupa aku. Itu hari aku ada janji nak tulis pasal majlis cukur jambul Qaseh.
Nah inilah dia..


Qaseh sudah pandai duduk dan berfikir..mungkin berdebar menunggu malam bercukur.



Ini ustaz yang dijemput. Tengok Qaseh steady je tidur macam tak ada apa-apa. Ntah apa ritual yang ustaz tu baca.



Untuk anak yang pertama mereka begitu exited.


Bapak aku pulak kelihatan agak kekok. Mungkin sebab cucu pertama. Aku harap time cucu kedua daripada aku nanti, bapak aku akan kelihatan cool.


Majlis malam itu hanya saudara mara dan rakan-rakan terdekat je yang di jemput. Walaupun tak ramai tapi semua sofa kat rumah tu kena kasi keluar jugak. Bagi space. Penat aku dengan abg ipar aku mengangkat. Tapi bapak aku bijak. Set TV LCD 42 inch screen di biar kat situ. Semata-mata nak menunjukkan anak-anak dia bekerja di Kolumpo.

Bagi keluarga kami anak-anak lelaki haruslah ringan tulang melakukan kerja-kerja rumah. Sambil itu kami juga tidak boleh melupakan aspek teknikal seperti memanah dan menunggang kuda...Jadi di manakah anak-perempuan berada?


Anak-anak perempuan pula digalakkan supaya pandai berhias. Berposing didepan kamera mesti menjadi pegangan.


Pada hari itu juga aku dengan kakak telah di suprise oleh adik kami dengan sebiji kek dari secret rcp sempena harijadi kami. Walaupun bernada suprise tapi aku juga yang kena keluar duit beli kek.


Inilah gambar penuh kakak aku tiga beranak..




------

Wednesday, February 24, 2010

aku baru perasan.

---


Aku baru perasan banyak benda..



telefon aku dah jarang berbunyi. aku pun lagi la dah mula jarang men-dail..


banyak masa aku habis di office.


dan lagi aku banyak habiskan masa depan laptop.


sekarang aku sangat suka duduk rumah. mungkin sebab aku tak tau nak buat apa.



haih..






nasib baik ada tuhan.



tak la sunyi sangat.





---

Thursday, February 18, 2010

Memiliki Cinta Sempurna..bila mati hidup semula.

---





Hari ini genap setahun aku kenal redup..



Kejap betul masa berlalu. Kepada sesape yang ikut crita ini dari awal lagi ketahuilah yang crita ini dah setahun umurnya. Entri pertama yang keluar pasal dia secara tak langsung adalah pada 24 Februari bertajuk INDAH. Silalah ke link itu. http://akusangblogger.blogspot.com/2009/02/indah.html



Ingat lagi aku pada 19 Februari 2009 pukul 8.11 pagi aku telefon dia. Dan dengar la aku suara dia buat pertama kali itu..suara serak-serak basah. Suara baru bangun tidur. Aku konfem air liur meleleh lagi tu.



Ayat pertama aku kat dia, "eh suara macam gengster.."





Dan begitulah seterusnya hari berganti hari..



Pertama kali keluar dengan dia buat aku rasa teruja. Maklumlah dah lama tak keluar dengan gadis selepas Sue. Aku amek dia di UM. Berdebar-debar aku tunggu dia turun dari kolej. Abis semua aku check. Rambut dah pacak. Baju dah butang. Perfume dah sembur. Kasut dah pakai (maklumlah bawak keta tak pakai kasut). Bila semua dah periksa aku pun jerit CHECKED!...sebagai tanda aku dah cukup bersedia.



Bila dia turun je aku dah terkejut. No wonder la suara dia mcm gengster dlm telefon. Gaya jalan pun macam gengster. Tapi itulah keunikan dia. Sweet sangat.



Masa tu kami cadang nak makan di Pizza Hut di sek 14 PJ. Homeground aku dulu masa muda-muda. Tapi dah sampai situ nak cari parking pun satu hal. Dekat setengah jam jugaklah pusing-pusing sek 14 cari parking. Tapi dia sangat cool. Aku pulak yang gelabah.


Untuk lunchtime kami yang pertama aku lega. Berlalu dengan lancar sekali..



Dia ada kata yang aku orang pertama yang panggil dia sewel. Aku pun tak tau yang tindakan aku itu bijak atau tidak dengan memanggil dia sewel. Mungkin sebab aku banyak cakap merepek dan dia pun ikut serta merepek sekali. Silap jugak aku mengajar seorang doktor perkara bukan-bukan.



Korang semua jangan salah sangka tau. Entri ini bukan kesinambungan kisah aku dengan redup. Ini lebih kepada sinopsis atau warna-warna yang sebetulnya aku jarang cerita pasal dia.



Aku terima penolakan dia pada aku. Tipulah kalau aku kata yang aku tak pujuk dia langsung. Tetapi akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Cinta tidak boleh dipaksa. Siapalah aku nak memaksa cinta untuk datang dan menerima. Kan tuhan dah kata Kun Fa Ya Kun..



Dalam entri yang sudah-sudah ada aku kisahkan bagaimana aku telah cuba meminta nasihat daripada kawan-kawan aku. Ada di antara mereka bertaraf dewa chenta, pari-pari kedamaian dan juga perawi-perawi dari nas-nas chenta agung. Semua aku mohon nasihat. Pendek kata kalau aku pergi beli nasik lemak kat warung dan makcik itu letakkan lauk penuh gaya nescaya aku akan memohon nasihat chenta dari makcik itu. Maksudnya tiada siapa yang hebat terlepas daripada pandangan aku.



Akhirnya aku realise satu perkara. Bahawa untuk mencari dan memiliki cinta sebenarnya tidak perlukan nasihat. Cinta sesuatu yang sangat UNIK dan halus perkiraannya. Dan tiada istilah betul atau salah sebenarnya. Kita boleh mengambil seberapa nasihat yang kita nak. Tapi hakikatnya kita cuma mahu dengar apa kata hati kita.



Letaklah berapa banyak kriteria-kriteria yang kita nak pada seseorang itu. Tetapi akuilah yang pada penghujungnya kita akan dapat apa yang kita tidak pernah terfikir pun. Aku sendiri akui pada mulanya aku tak terfikir pun nak panjangkan hubungan ini. Redup terlalu berbeza dari apa yang aku nak dari seorang gadis. Namun selepas beberapa kali keluar aku perasan yang dia sangat unik. Dan keunikan dia buat tanggapan aku pada gadis-gadis berubah.



haih..





Untuk dia aku buat apa saja yang termampu. Dan aku tak pernah pun memberi cinta yang sangat sempurna kepada dia. Aku hanya memberi apa yang aku ada. Memberi dari kelongsong dan perca hati aku..Sebagai manusia yang biasa aku juga ada kekurangan. Dan aku terima kekurangan aku..





Hari ini hari jumaat.

Penghulu segala hari...

Moga diberkati tuhan.



Selamat Ulang Tahun Perkenalan.







28 tahun aku hidup.

28 tahun aku mencari kamu.

28 tahun aku cuba merungkai siapa yang tertulis di sisi aku di arash sana.




kawan-kawan,



Memberi cinta dan mengharapkan cinta di terima ada dua perkara yang berbeza.





Memberi cinta itu mungkin mudah.



Tetapi mengharapkan cinta di terima adalah sangat berisiko.





Peace.









----

Wednesday, February 17, 2010

Bawalah Daku Pergi..

----



Iye..tajuknya macam jiwang. Tapi aku cuma mau bercerita tentang kehidupan dan kerja.



Sepanjang tiga tahun aku bekerja di salah satu MNC di Malaysia aku rasa hidup aku dah banyak berubah. Aku dah hilang rupa jiwa aku..



Tak pernah aku rasa begini tertekan sejak bekerja. Tahap tertekan dia boleh buat aku nak stop hisap rokok.


Aku jugak dah banyak miss kenduri-kenduri kawen member-member aku.haih..ini semua sebab aku kena kerja time manusia lain sibuk bercuti.

-

Kepada akob aku mintak maaf..macam nak nangis aku tengok gambar kawen hang.

Kepada mon aku selaku godfather yang membabtist hang aku minta maaf. Lain kali nak suh aku amek gambaq kawen hg book awal-awal..

Dan kepada Ejan aku minta maaf sangat-sangat. Walaupun ko ada cakap nak parang aku kalau aku tak pegi kenduri ko. Aku tau ko tak maksudkan begitu.

Tapi ketahuilah yang kenduri aku nanti nama-nama yang di atas ni wajib datang. Ini adalah arahan yang tidak boleh di kompromi lagi. Jangan sampai aku bakar rumah korang nanti.

-

haih..

-

Aku dah penat sekarang. Duit dah bukan segala-galanya. Aku mau hidup aku. Aku nak tebus kembali saat-saat yang aku terlepas sebelum ni.

-

Tolonglah,

Bawa daku pergi dari neraka ini.

---

=-

Tuesday, February 16, 2010

Selamat Tidur.

---


Selamat tidur..
Moga esok janji indah..

Selamat tidur..
Moga sepi ditelan mimpi..

Selamat tidur.
Moga lena dibuai salju..

Selamat tidur.
Dan siaplah untuk esok
Ramai insan menunggu tangan ajaibmu.
Tangan ikhtiar restu dari tuhan.



Selamat tidur.
Doaku selalu padamu


Moga dimuliakan tuhan.




-----

Sunday, February 7, 2010

Boleh bikin tumor.

---


tak pernah aku sangka punya susah nak buat entri baru. Boleh bikin tumor.


Satu hari satu perenggan...
Tapi tak la panjang sangat isinya.


haih..


Kalau aku guna typewritter macam zaman dulu mesti dah berkilo kertas aku habis.

Alaa..macam filem-filem melayu tu. Asal tak jadi je buang kertas. Asal takde idea je buang kertas.Pastu muka tensen-tensen..


Susah betul aku nak siapkan..




" MEMILIKI CINTA SEMPURNA..BILA MATI HIDUP SEMULA "





------