Thursday, October 16, 2008

Rahsia Gambar Cantik

Haha..Selama ini aku banyak berahsia pasal gambar-gambar aku. Ramai orang mintak tips. Tapi aku tak pernah bagi. Oleh kerana baru-baru ini aku telah menurunkan separuh ilmu-ilmu photography kepada Shauki (itupun sebab dia beli kamera aku), apa lah salah aku bagitau sahaja kepada yang lain.

Rahsia pertama adalah cahaya. Cubalah ambil gambar waktu cahaya ataupun matahari tengah terik. Tetapi make sure subjek kita tidak membelakangkan cahaya. Gambar sure superb. Kurangkan mengambil gambar dikala petang atau malam. Sebab gambar-gambar waktu itu biasanya menghasilkan noisy (bintik2 ,kabur ataupun tak clear)

Rahsia kedua adalah editing. Mesti ramai yang terkejut kalau aku katakan aku tak pernah gunakan adobe photoshop. Susah dan complicated sangat. Aku hanya menggunakan window picture manager dan satu lagi sofware yang hanya shauki sahaja yang tau.haha. Tetapi aku syorkan kepada semua supaya jangan banyak sangat edit. Nanti jadi fancy dan tidak real. Hanya simple touch sudah mencukupi.

Rahsia ketiga adalah shot-shot dari sudut -sudut yang menarik. Cuba elakkan amek gambar statik seperti manusia berdiri tegak untuk mengambil gambar. Dalam erti kata yang mudah pelbagaikan..Sebab itu aku selalu cakap sama orang yang bertanya bahawa kamera tidak penting sangat. Yang penting tangan tu. Samaada ada seni atau tidak.

Itu sahaja 3 rahsia utama dalam photography. Selebihnya kena datang sendiri dan berguru dengan aku. Mudah kan..??

Selamat Tinggal LUMIX

Kamera semi pro aku ini memang sangat berjasa kepada aku. Gambar kat bawah. Setelah melengkapkan tugas kepada aku kini kamera itu telah pun bertukar tangan. Setelah hampir 9 bulan berkhidmat kamera itu telah pun dijual kepada Shauki. Dengan LUMIX sahaja aku telah mengambil hampir 10,000 keping gambar.Dan aku harus memperuntukkan 12 Gig hanya untuk gambar-gambar dalam PC aku. Sebahagian besar gambar-gambar aku ini tidak mengecewakan.

Bukan sengaja aku menjual LUMIX. Biasalah naluri hati mahukan yang lebih besar dan gempaq. Yang terbaru akan sampai lagi seminggu. Berkemungkinan CANON.

Masa mula-mula berkecimpung dalam photography ni aku sendiri kurang yakin dengan hobi aku. Rupa-rupanya hampir setiap hari aku snap gambar. Gambar dari hati. Sebab itu ramai orang cakap gambar aku cantek..hahah

Thursday, October 9, 2008

Makna Hari Raya Untuk Orang Yang Sudah Kerja tapi masih bujang

Kat sini aku terterakan berapa banyak duit aku lesap sepanjang hari raya..

1. Angpow untuk anak-anak buah (mak aku yg tolong distribute) - RM 300.00

2. Duit dapur untuk mak aku - RM 150.00

3. Belanja makan famili kat separa mewah - RM 300.00

4. Perjalanan pulang dan kembali - RM 120.00

5. Lain-lain - RM 130.00

Total expenditure: RM 1000.00++

Dulu sebelum start kerja tak payah pikir apa. Duit raya orang kasi. Kalau orang bagi sikit kita tarik muka. Rupa-rupanya susah jugak nak memilih duit kaler apa yang sepatutnya masuk dalam satu-satu angpow.

Dulu time makan ramai-ramai satu famili kat luar semua sepupu sepipitku yang sudah bekerjaya berebut-rebut nak bayar. Aku cuma berebut-rebut nak makan. Kali ini aku lah antara orang yang berebut-rebut nak bayar. Ikhlas?mestilah...

Sekarang baru aku paham apa itu bekerja untuk duit. Terima kasih dunia..

p/s: xleh ke aku keja amek gambar je. Time aku nak duit aku g amek gambar. pastu jual kat internet. sekeping aku jul rm200.00 dah la. seminggu aku jual 5 keping. sebulan aku jual 20 keping. Aku nak duit lebih aku jual lebih. senang..

Satu Pagi di Hari Raya..


Pagi sebelum ke masjid bapak aku ckp aku macam orang Indonesia nak pergi beraya. Tapi aku cool. Sampai masjid jumpa kawan-kawan aku, diaorang tanya lepas ni nak naik tongkang balik Indon ka. Tapi aku cool. Lepas sembahyang ramai indon datang kat aku salam tunduk. Aku pelik bercampur riak dan takbur. Rupa-rupanya diaorang ingat aku orang besar dari kedutaan Indonesia. Damn..ini baru betul-betul cool!

Thursday, September 18, 2008

Aku, Emak aku dan kampung ku

Esok aku nak balik kampung. Last aku balik masa time pilihanraya hari tu..Menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Walaupun undi adalah rahsia tapi aku nak cakap jugak. Aku undi Keadilan.

Itu hari mak aku call. Dia tak suruh balik pun. Tapi dalam gaya dia cakap tu aku paham dia nak aku balik Penang. Anak lelaki sorang. Teruna pujaan. Di perantauan pulak tu.amboi...

Sebagai anak lelaki ni biasanya lebih nak tunjuk yang dia boleh independent. Aku pun sama. Jarang sangat aku nak telefon ke kampung. Nak balik apatah lagi. Mak aku yang selalu telefon aku dan famili aku juga yang selalu datang KL. tapi bila aku sakit ke demam ke mak aku la orang pertama yang aku telefon. Bukan nak mengadu. Entah mungkin selesa bercakap dengan mak kalau jadi apa-apa.

Kekadang betul jugak kata orang yang anak lelaki ni lebih manja dengan emak. Eh bukan manja tapi mesra.Anak perempuan lebih manja dengan bapa.

Kami adik beradik tak besar. Cuma tiga. Semua dah besar panjang. Aku dengan kakak aku di KL. Dia asyik terbang. Aku lebih banyak masa di darat. Adik aku sahaja di Penang. Itupun duduk rumah sewa. Jadi di rumah tu cuma tinggal mak dengan ayah aku. Aku paham kenapa diaorang sunyi. Cucu pun tak ada lagi. Kakak aku lambat lagi baru boleh pregnant. Kerja di langit. Jadinya aku la menanggung amanah untuk mendapatkan cucu untuk diaorang. Pengubat di kala sunyi. Anak-anak dah besar. Tapi masalahnya aku pun belum tau bila nak kahwin. Bayang-bayang girlfriend pun belum ada lagi. Itu yang masalahnya.

Damn..Aku sebenarnya nak tulis benda lain. Tapi melalut benda lain pulak..

Wednesday, September 17, 2008

Kisah Klasik Untuk Masa depan

Yang ini aku biarkan jeng jeng jeng dulu..

Adat manusia penuh dengan kejutan

Anak Kecil Main Api

Politik di Malaysia sekarang memang sangat meruncing. Apa-apa boleh terjadi.
Ada dua benda yang merunsingkan aku sebagai rakyat marhein ini:

  1. Adakah benar Anwar akan mencorak kerajaan baru?
  2. Adakah Najib akan menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri?

Pada hemat saya moleklah BN berundur dari tampuk pemerintahan. Sudah usang. Rakyat mahukan perubahan.

Bak kata pepatah ibarat roda yang berputar. Yang diatas akan turun jua nanti..

Yang Pernah Bersama..

  1. Puteri Asyikin
  2. Asdayanti
  3. Suliana
  4. Asmidah
  5. Sudiana

Ada lagi dua tapi aku lupa nama..

Jahat??

Ya. Itu bala dan curse yang aku tanggung sampai sekarang

Friday, September 5, 2008

Pesan mama ku...

Tadi mama ku talefon.

Entah kenapa dia kata" Cari la calon isteri elok-elok"

Saya bilang kenapa cakap begitu..

Tiba-tiba saja..

Calon pun belum ada..

mama cakap..

Tak apa la..

Carilah yang baik dan elok..

Dalam maksud mama..

Saya membalas:

Baek!

Kawan-kawan!!
Carikan aku calon

Monday, August 25, 2008

Samad Harano dan Tips mengurat Gadis.

En Samad ini kawan lama saya. Harano itu bapak dia yang kasi nama kononnya minat filem Jepun. Samad Harano ini pada pikiran saya tidaklah ada apa yang kurang. Pendek kata resepi yang baik untuk jejaka sunti dan pakej yang lengkap sebagai anak teruna.

Ituhari Samad kasi tau yang dia gelisah. Jadi soalan standard saya:"mak ko suh nikah ke?".Tekaan betul. Si Samad ni kata dah 2 tahun dia bujang. Dulu pernah bercouple.Tapi putus di tengah jalan. Samad cakap lepas tu ada jugak dia bercouple tapi semua tak kekal lama. Saya tanya soalan susah:"kenapa tak kekal lama?". Samad cakap dia pun tak tau apa yang dia nak dalam hidup dia. Pulak..

Kalau ikutkan gaya Samad ni macam semua benda ada. Rupa tu boleh la adjust sikit-sikit. Jadi apa yang susahnya. Samad cakap dia tackle gadis-gadis bukan sebab dia nak sangat. Saja suka-suka.Mengisi masa lapang.Penghibur di kala sunyi. Saya kata:"Samad lu memang pelik".

Saya kata kat Samad supaya jangan buang masa saya. Straight to the point of order. Kata penamat saya:"Samad baik ko cakap terang-terang apa masalah ko sebelum aku tumbuk tulang rusuk ko".Samad reply:"Baek!"

Samad cerita:"Aku ni dah bosan la. Aku nak cari bini. Bukan nak cari pompuan. Aku tak jumpa gadis yang sesuai tuk aku. Even kalau aku jumpa pun aku tak tau macam mana nak ngurat. Aku dah takde skill. Lepas dua tahun putus dengan Putri* aku dah macam malas nak mengedik. Aku dah lupa banyak teori-teori mengurat. Takkan la aku nak kena stat dari basic. Guna skill lama macam teknik tanya jam pukul berapa?. Ataupun awak nampak tak kucing saya?. Itu semua skill masa darjah dua.

Setelah berbuih Samad cerita saya pun mencelah:"Samad macam ni lah. Esok gua bawak lu kita pergi jumpa Dewa Percintaan. Segala masalah rumahtangga biasanya dirujuk kepada dia. Samad cakap dia belum lagi berumahtangga. Saya cakap:" ikut jelah. Ko nak kena tumbuk tulang rusuk?".Samad reply:"Baek!"

Setelah abis dua kotak rokok saya mula lah langkah nak balik. Dalam perjalanan ke kereta saya tanya Samad: Betul ke mak ko suruh ko kawin?"..

Samad jawab:"Tak. Saja aku nak babitkan mak aku"

Saya:"Lancau lu Samad.Aku dah agak.Takpe esok kita jumpa Dewa sambil mengambil tips mengurat gadis".

Sambung esok..

Aku Silap

Aku silap kerna biar hanyut
Aku silap kerna tidak menilai
Aku lupa hati lain yg mengharap
Aku lupa tuhan yang menguji

Tuhan kenapa biar hati rusak
Tuhan kenapa biar aku merusak
Kenapa tarik bahagiaku
Tinggallah sedikit agar aku merasa

Hati kenapa lupa Tuhan
Hati kenapa lupa bahagia
Hati kenapa lupa bayu
Saat aku mengapai cahaya

Bisiklah hati aku tunggu
Apa lagi yg aku harap
Kerna bodoh mengejar langit
Melupa hati melupa tuhan

Tuhan kembalikan bahagiaku
Hati tenanglah kau memuji tuhan
Supaya aku rasa nikmat gemersik itu
Yang lama aku buang

Aku silap ya tuhanku
Berilah pedoman dan jalan
Agar aku ajar hati cara mengerti
Dan mengakui silapku…

Ya aku silap…

Friday, August 22, 2008

Arakian kisahnya...

Maka terjadinya kisah ini suatu ketika dahulu di sebuah kampung di hujung sana..adalah kehendaknya seorang pemuda ini AL-Jalak merupakan seorang yg amat dikagumi masyarakat dan merupakan nadi atau pencetus sesuatu keadaan.

Hendak dijadikan alkisahnya maka pada suatu hari ditimpa musibah la kehendaknya si Al-Jalak ini. Maka jatuh merunsinglah Al-Jalak mengenangkan nasibnya. Hendak merencahkan lagi al kutub ini maka tidak semena- mena Si Jalak ini ditinggalkan isterinya. Mungkin kerana isterinya Sang Duri Mari Mewarna sudah mula hilang keyakinan terhadap kemasyuran AL-Jalak yg dahulunya memang diakui kemasyurannya.Maka sekali lagi terduduklah Al-Jalak mengenangkan nasibnya..

Araima tertekan dengan nasibnya yang dahulunya begitu agung maka Al-Jalak bertekad untuk bangun semula. Setelah bertarung nyawa dan bergolok gadai akhirnya Al-Jalak meninggalkann kampungnya dihujung sana untuk mencari kampung baru yang sanggup menerimanya. Maka akhirannya pergi jua Al-Jalak ini meninggalkan kenangan hitam dimusuhi rakan dan ditinggalkan isteri tercinta..

Dek kerana ketampanan(mungkin) dan sifat mudah mesra Al Jalak ini maka tidak semena-mena sebuah kampung di hujung barat menerima dengan hati yang terbuka akan kehadiran si Al-Jalak di kampung mereka. Dengan perasaan hati yang hiba Al-Jalak bertekad untuk memulakan hidup baru yang penuh pancaroba di kampung hujung barat.

Setelah sepurnama AL-Jalak dikampung hujung barat maka berkenanlah dihati Al-Jalak seorang gadis rupawan yang menjadi rebutan dan siulan kedamaian anak-anak muda di kampung hujung barat itu. Tidak kiralah tua atau muda, bujang ataupun yang sudah berkahwin. Masing-masing cuba untuk menunjukkan sifat nakal dan naluri seorng lelaki untuk menawan si gadis rupawan...

Sayugia diingatkan Al-Jalak ini masih lagi punya ketangkasan dan teknik untuk memenangi hati mana-mana gadis yang difirkannya sesuai untuk dijadikan isteri walaupun sudah hampir sepurnama tidak bertemankan gadis. Araima mungkin sudah tertulis ketanjakan Al-Jalak ini maka si gadis itu Surti mulalah selesa dengan kehadiran Si Al-Jalak ini. Dek kerana ketajaman akal dan sifat mungil petah berbicara apa jua lenggok bahasa maka diterima masuk dengan mudah Al-Jalak itu.

Akan tetapinya seperti mana ceritera mauduk dan kitab-kitab lama percintaan dewa dewi maka adalah jua masalahnya.

Sudah pun diketahui rakyat jelata yang Surti mempunyai tiga orang sahabat yakni Putra Jagat, Pianto dan jugak bubunda. Maka bergumbiralah mereka dengan kehadiran Al-Jalak yang bagi mereka sungguh menyerikan saentero alam. Umpama menarik rambut dari tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan terputus si Al- Jalak pun dengan penuh rasa terujanya memulakan langkah yang baginya akan menamatkan kecelaruan di hatinya..

Adapun keadaan tidaklah seperti yang diharapkan. Surti yang dipuja rupanya sudah pun disunting orang. Maka guring bertimpalah Al-Jalak yang sebelum ini begitu yakin akan kemampuannya kalaupun bukan disebabkan ketampanannya. Molek rasanya agar diberitakan yang dahulunya di kampung hujung sana Al-Jalak ini merupakan Dewa Percintaan yang mana segala kerumitan percintaan akan dapat diatasi dengan jayanya. Molek juga diberitakan dek kerana sifat dewanya jualah dia di tinggalkan isteri tercinta..

Setelah bermudik di akal fikiran Al-Jalak ini maka mengundur dirilah dia setelah berfikir dengan kewarasan yang tinggi.

Surti yang diketahui suntingan orang dan juga suntingan sesiapa sahaja yang cuba menyuntingnya tetap memilih Al-Jalak sebagai tempat memohon pedoman dan tauladan. Adapun kehendaknya Al-Jalak tetap menghuraikan segala ketidaktentuan dan gundah gulana si Surti tanpa sebarang perasaan sunting menyunting. Namun kalau sudah berjiwa dewa dan berakalkan kiasan yang luas akhirnya terlentur jua lah jiwa kesatria Al-Jalak ini. Ditambah pula dengan terketahuan akhirnya oleh sohabiun Surti seperti Putra Jagat dan juga Bubunda dek kerana terhidu pergerakan yang maha halus itu.

Dicampak kelaut disambut orang, dicampak ke gaung disambar orang maka sudah tertulis Bubunda dan juga Putra Jagat merestui tindakan murni Al-Jalak itu.

Akan tetapinya alam jua berbisik dengan suram. Terlalu banyak halangan dan pancaroba yang tidak memungkinkan...

Kisah ini terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
Ada rezeki adalah sambungannya...
Challow Bette..

Teori R.A.H.M.A.N Mitos Yang Jelas

Kanak-kanak semua..
Percayakah anda bahawa semua Perdana Menteri Malaysia mempunyai nama yang yg bermula dengan pangkal huruf R.A.H.M.A.N
R - Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussein Onn
M - Mahathir
A - Abdullah
N - ?
Teori ini telah pun lama diketengahkan yakni sejak tahun 60 'an lagi. Teori ini sendiri mula dibangkitkan sendiri oleh Tunku Abd Rahman sendiri yakni Ketua Menteri Malaya ataupun Perdana Menteri pada ketika itu.
Kata Tunku "Setiap Perdana Menteri Malaysia selepas saya akan mempunyai pangkal nama mengikut nama saya iaitu RAHMAN. Dan teori itu sendiri bermula dengan saya sendiri..
Teori RAHMAN itu sendiri seakan-akan keramat dan mempunyai justifikasi diluar pemikiran kita sebagai manusia. Sebagai contoh Anwar Ibrahim dari Pulau Pinang telah disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri yang ke-5 menggantikan Mahathir. Tetapi disebabkan pergolakan politik dalaman Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatannya sebagai orang No 2 negara oleh Perdana Menteri pada ketika itu.
Pada ketika itu Najib telah disebut-sebut sebagai pengganti kepada Anwar Ibrahim memandangkan hubungan rapat dan keserasian di antara Mahathir dan Najib. Namun kekuatan aura perkatan RAHMAN itu tidak memungkinkan Najib untuk mengisi kerusi panas tersebut.
Akhirnya yang naik mengisi kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Abdullah. Juga seorang jati dari Pulau Pinang dan mempunyai pangkal 'A'. Sudah ketentuan Abdullah akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Betapa teori RAHMAN itu begitu kuat dan semakin hampir ke penghujungnya.
Pilihanraya Umum Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi. Mengikut perkiraan saya Pilihanraya akan diadakan pada hujung bulan Februari ataupun pada awal bulan Mac iaitu selepas Hari Raya Cina dan semasa berlangsungnya cuti sekolah. Dan sudah semestinya pilihanraya tidak akan diadakan pada bulan April.
Mungkinkah Abdullah akan mempertahankan kerusi Perdana Menteri untuk sepenggal lagi ataupun menyerahkannya kepada Najib. Mungkin Abdullah akan ada lagi untuk sepenggal dan akan menyerahkan kepada Najib untuk penggal yang akan datang. Betulkah? Mahu dengar teori saya?
Untuk menyatakan sama ada Abdullah akan bertahan lagi mungkin saya tidak punya idea. Tetapi untuk menyatakan bahawa Najib akan menggantikan Abdullah pada hemat saya adalah tidak mungkin. Perkiraan saya adalah berdasarkan teori RAHMAN itu sendiri.
Tahukah anda Najib mempunyai nama pangkal Mohd yakni Mohd Najib. Tetapi Najib jarang menggunakan Mohd seperti membiarkan kita mempercayai bahawa 'N' adalah Najib.Jadi kalau bukan Najib sebagai penutup teori RAHMAN maka siapakah 'N' itu?
Mari dengar saya bercerita...
Kalau mengikutkan situasi politik di Malaysia ini memungkinkan pelbagai kemungkinan. Dan kebanyakan isu itu sendiri menampakkan kelemahan parti kerajaan dalam menangani pelbagai isu. Dan teori pertama saya...
BN akan menang lagi untuk sepenggal pada perkiraan saya. Tetapi kemenangan ini bukan datang dengan mudah. BN pada perkiraan saya cuma akan menang dengan majoriti tipis dan berkemungkinan kalah dibeberapa negeri yang sebelum ini menjadi kubu kuat parti kerajaan.
Impak besar ini dijelmakan oleh rakyat atas beberapa sebab yang berlaku di Malaysia sendiri secara amnya. Antara contohnya kes perundangan yang semakin menjelikkan, rasuah para pemimpin UMNO dan mungkin juga sifat ultra bangsa yang dimiliki oleh setiap parti komponen dalam BN. Tidak dilupakan aura dan karisma Dato Seri Anwar Ibrahim yang semakin menonjol dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan rakyat.
Tetapi adakah Anwar yang akan menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri? Jawapan saya masih TIDAK.
Selepas kemenangan BN dengan majoriti yang sedikit, akan berlakulah pergolakan dari dalam UMNO itu sendiri. Ahli UMNO sudah semakin hilang keyakinan kepada kepimpinan Pak Lah. Ini mungkin didalangi oleh segelintir penyokong kuat Najib yang mahukan Pak Lah melepaskan jawatan dengan cepat dan menyerahkan kepada Najib secara total.
Pergolakan ini mungkin jua disebabkan tindak tanduk Mahathir yang sudah sekian lama mencemuh dan merendahkan pemerintahan Pak Lah.
Dan apabila ahli parlimen BA hampir menyamai ahli parlimen BN sudah pasti sidang parlimen yang akan berlangsung hangat dan sentiasa panas. Dalam hal ini, Anwar Ibrahim tidak akan menunggu lama. Jurang perbezaan antara ahli parlimen BN dan BA akan dirapatkan. Kita semua jangan menolak kemungkinan yang Anwar Ibrahim masih mempunyai pengaruh di dalam UMNO. Malahan beberapa ahli parlimen BN yang berpengaruh juga sentiasa kelihatan bersama Anwar( walaupun tidak secara terbuka) di dalam dan di luar negara. Dan apabila tiba masa yang sesuai( saya berani bertaruh yang Anwar tidak akan mengambil masa yang lama) Anwar pasti mengepalai ahli-ahli BN dan juga BA untuk merobah MALAYSIA..

bersambung di topik yang lain:

Jalan ke Putrajaya....

Monday, March 31, 2008

Aku Peramal masa depan....