Monday, November 16, 2009

Nur Qaseh Qaisara

------------

Tepat jam 9.16 mlm semalam aku secara rasmi telah pun di gelar Uncle Remy.

Setelah bertarung nyawa selama hampir satu hari kakak aku selamat melahirkan seorng bayi yang comel.

Sebelum itu mak aku kata abg ipar aku nangis kat labour room sebab kakak aku tak mampu nak keluarkan baby.

Mak sedih sgt tengok kakak aku mcm tak berdaya. Mak lepas itu pergi surau hospital buat solat hajat dan baca yasin. alhamdulillah tak berapa lama lepas tu baby selamat dilahirkan secara operation. Baby akak di sambut oleh sepupu kami sendiri Dr Nurlaty Che Lat. Dr Nurlaty adalah anak mak long aku. Seberat 3 kg Nur Qaseh Qaisara merupakan permata baru dalam famili kami.

Nur Qaseh Qaisara...uncle akan amek banyak gambar kamu nanti tau.

Uncle sedih tak dapat amek gambar masa kamu lahir semalam..



Kata mak aku baby itu keluar comel sgt. Kulit putih gebu. Bibir merah. Rambut pulak lebat dan perang...

sebijik mcm aku masa keluar dulu kalau tak silap aku.


--------------

1 comment:

~miss-lala-comot~ said...

erm..
tak sempat nak tangkap gambar masa QASEH keluar ye..!
kene QADO' dengan sepanjang QASEH membesar!