Wednesday, March 10, 2010

Isteriku..isteriku..ku ceraikan engkau.

----

Isteriku..isteriku..ku ceraikan engkau.

Isteriku,
Kerana cinta kau milikku
kerana takdir kau milikku

Isteriku,
Anak dirumah perlu disusukan
Kerana sibuk mengejar dunia
kau lupa semua itu

Isteriku,
Makan pakai aku kau lupa
Anak merenggek kau lupa
terasingkah kami?


Isteriku,
Isteriku...isteriku.

Ku ceraikan engkau.



Ini sajak aku buat masa tingkatan 3. Aku pun tak tau nape ending dia aku buat macam tu.


Kepada Am Susuk, Naj Scrambler, Najib Belia dan yang lain-lain..jangan dok buat lupa sajak aku ni. Sebab sajak aku ni la aku kena pangkah dengan ramai gadis-gadis hot masa kat SMRTU dulu.

Semua bermula pada satu hari Rabu tu. Kelas bahasa melayu. Aku lupa yang pada hari Isnin sebelumnya cikgu Munah dah kasi kerja sekolah suruh buat. Mudah saja. Disuruhnya kami buat sajak dan baca dalam kelas pada hari Rabu.

Nampak memang begitu mudah.

Namun budak-budak separuh gengster macam aku ni mana mau buat di rumah. Di rumah adalah waktu bersosial. Waktu untuk menyapu halaman rumah dan belajar memasak dengan mak.

Dan waktu paling sesuai untuk buat adalah pada hari Rabu itu juga. Dan nak lagi specifik lagi dua tiga orang punya turn sebelum aku.

Tapi nasib aku baik. Aku kena last sekali.


Sebenarnya sajak ini sepatutnya panjang lagi. Tapi aku terpaksa make it short. Itupun sebab cikgu Munah dah stat panggil nama aku.." saifoel lepas ini turn kamu.." Budak-budak ni pun apa lagi. Lagi tambah aku punya preasure. Tau la sekor-sekor dah selamat baca kat depan kelas...dah la kena marah dengan cikgu munah sebab sajak masing-masing macam sampah. Tak ada estatika bak kata orang.

Aku paham kenapa cikgu munah biarkan turn aku last sekali. Nak harap Am Susuk..tackle pompuan dia pandai la. Naj Scrambler pulak..itu jam baju sekolah pun mak pakaikan lagi..Jadi bab-bab kesenian ni biasanya aku la. Aku ingat lagi dulu masa tingkatan 2. Ada satu kelas tu kena main plaster paris. Semua pun buat patung-patung yang sangat basic. Buah tembikai la, pisau la, botol la...aku sorang je yang buat Statue Of Liberty.



Owh jauh sangat dah ni...



Elok saja budak sebelum aku tu habis cikgu munah dah panggil aku. "saifoel turn kamu.."ringkas dan tegas bahasa cikgu munah.

Masa aku ke depan tu tajuk dengan ending belum ada lagi. Sepatutnya endingnya berupa nasihat bagaimana mahu mengharmonikan rumah tangga.

Tapi semuanya terlintas je tiba-tiba bila cikgu Munah tanya apa tajuk sajak aku. Spontan je aku jawab "isteriku, ku ceraikan engkau". Tapi betul la kata orang bab-bab cerai ni jangan di buat main. Kena pikir dalam-dalam. Kena fokus. Tak boleh spontan. Sama jugak time nak pilih tajuk sajak. Kena pikir dalam-dalam.




Elok je aku habis baca semua orang diam..bercampur gelak dalam hati. Gadis-gadis yang pernah minat aku terus berpaling ke dinding. Mungkin kecewa dengan pendedahan aku.



Cikgu Munah pun sama. Senyum je dia.
Aku harap dia paham.



Ini cuma espressi seni.












---

9 comments:

faryhah said...

haha..lawak gile..btol ke ni Pon? aku ni mudah terpedaya..

~miss-lala-comot~ said...

stok kejam.

Chelseafc said...

"Gadis-gadis yang pernah minat aku terus berpaling ke dinding. Mungkin kecewa dengan pendedahan aku."

Gadis yang minat kat hang cuma shahida...mana ada 'gadis2'...

The story of Saif Al-Hafsham said...

faryhah: penah ka aku tipu hg umi..sajak tu betoi.yg lain ada sikit tambah..haha

lala: mana kejam.cumel je.

zul: mcm mana aku leh lupa nak masuk nama hg dalam watak cita ni.haha
hg jgn la dok bocor rahsia banyak sgt.org tu dah kawen pun.

yazliana said...

hahahahah...betoi ka hg wat sajak ni pon...mesti pening kepala cikgu masa tu kan...
arwah dh cikgu maimunah tu, al-fatihah utk dia...

nabila said...

hahaha..dengan konfiedn ayat gadis2 yg mint pade ku..
hehehehe
btul2 ni ekspresi seni..
tapi sediy gak la sajak ni

dukeskywalker said...

kau bercerai ngn TI ke dalam erti kata lain nih... sori malas nak baca entry kauuu...

The story of Saif Al-Hafsham said...

Yaz: dah arwah pun cikgu tu.asalnya nak bt cita sedih.dia kan xcident lepas 2 minggu kelas tu...

nabila: hepi je cite tu.tang mana sedih ntah..hehe

duq: malas jgn baca.

putri akila nur said...

saya kurang berkenan la ngn entri ni..mmgla main2 tp kalau terbiasa agak x elok gak...

just humble opinion...