Friday, August 22, 2008

Arakian kisahnya...

Maka terjadinya kisah ini suatu ketika dahulu di sebuah kampung di hujung sana..adalah kehendaknya seorang pemuda ini AL-Jalak merupakan seorang yg amat dikagumi masyarakat dan merupakan nadi atau pencetus sesuatu keadaan.

Hendak dijadikan alkisahnya maka pada suatu hari ditimpa musibah la kehendaknya si Al-Jalak ini. Maka jatuh merunsinglah Al-Jalak mengenangkan nasibnya. Hendak merencahkan lagi al kutub ini maka tidak semena- mena Si Jalak ini ditinggalkan isterinya. Mungkin kerana isterinya Sang Duri Mari Mewarna sudah mula hilang keyakinan terhadap kemasyuran AL-Jalak yg dahulunya memang diakui kemasyurannya.Maka sekali lagi terduduklah Al-Jalak mengenangkan nasibnya..

Araima tertekan dengan nasibnya yang dahulunya begitu agung maka Al-Jalak bertekad untuk bangun semula. Setelah bertarung nyawa dan bergolok gadai akhirnya Al-Jalak meninggalkann kampungnya dihujung sana untuk mencari kampung baru yang sanggup menerimanya. Maka akhirannya pergi jua Al-Jalak ini meninggalkan kenangan hitam dimusuhi rakan dan ditinggalkan isteri tercinta..

Dek kerana ketampanan(mungkin) dan sifat mudah mesra Al Jalak ini maka tidak semena-mena sebuah kampung di hujung barat menerima dengan hati yang terbuka akan kehadiran si Al-Jalak di kampung mereka. Dengan perasaan hati yang hiba Al-Jalak bertekad untuk memulakan hidup baru yang penuh pancaroba di kampung hujung barat.

Setelah sepurnama AL-Jalak dikampung hujung barat maka berkenanlah dihati Al-Jalak seorang gadis rupawan yang menjadi rebutan dan siulan kedamaian anak-anak muda di kampung hujung barat itu. Tidak kiralah tua atau muda, bujang ataupun yang sudah berkahwin. Masing-masing cuba untuk menunjukkan sifat nakal dan naluri seorng lelaki untuk menawan si gadis rupawan...

Sayugia diingatkan Al-Jalak ini masih lagi punya ketangkasan dan teknik untuk memenangi hati mana-mana gadis yang difirkannya sesuai untuk dijadikan isteri walaupun sudah hampir sepurnama tidak bertemankan gadis. Araima mungkin sudah tertulis ketanjakan Al-Jalak ini maka si gadis itu Surti mulalah selesa dengan kehadiran Si Al-Jalak ini. Dek kerana ketajaman akal dan sifat mungil petah berbicara apa jua lenggok bahasa maka diterima masuk dengan mudah Al-Jalak itu.

Akan tetapinya seperti mana ceritera mauduk dan kitab-kitab lama percintaan dewa dewi maka adalah jua masalahnya.

Sudah pun diketahui rakyat jelata yang Surti mempunyai tiga orang sahabat yakni Putra Jagat, Pianto dan jugak bubunda. Maka bergumbiralah mereka dengan kehadiran Al-Jalak yang bagi mereka sungguh menyerikan saentero alam. Umpama menarik rambut dari tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan terputus si Al- Jalak pun dengan penuh rasa terujanya memulakan langkah yang baginya akan menamatkan kecelaruan di hatinya..

Adapun keadaan tidaklah seperti yang diharapkan. Surti yang dipuja rupanya sudah pun disunting orang. Maka guring bertimpalah Al-Jalak yang sebelum ini begitu yakin akan kemampuannya kalaupun bukan disebabkan ketampanannya. Molek rasanya agar diberitakan yang dahulunya di kampung hujung sana Al-Jalak ini merupakan Dewa Percintaan yang mana segala kerumitan percintaan akan dapat diatasi dengan jayanya. Molek juga diberitakan dek kerana sifat dewanya jualah dia di tinggalkan isteri tercinta..

Setelah bermudik di akal fikiran Al-Jalak ini maka mengundur dirilah dia setelah berfikir dengan kewarasan yang tinggi.

Surti yang diketahui suntingan orang dan juga suntingan sesiapa sahaja yang cuba menyuntingnya tetap memilih Al-Jalak sebagai tempat memohon pedoman dan tauladan. Adapun kehendaknya Al-Jalak tetap menghuraikan segala ketidaktentuan dan gundah gulana si Surti tanpa sebarang perasaan sunting menyunting. Namun kalau sudah berjiwa dewa dan berakalkan kiasan yang luas akhirnya terlentur jua lah jiwa kesatria Al-Jalak ini. Ditambah pula dengan terketahuan akhirnya oleh sohabiun Surti seperti Putra Jagat dan juga Bubunda dek kerana terhidu pergerakan yang maha halus itu.

Dicampak kelaut disambut orang, dicampak ke gaung disambar orang maka sudah tertulis Bubunda dan juga Putra Jagat merestui tindakan murni Al-Jalak itu.

Akan tetapinya alam jua berbisik dengan suram. Terlalu banyak halangan dan pancaroba yang tidak memungkinkan...

Kisah ini terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
Ada rezeki adalah sambungannya...
Challow Bette..

2 comments:

Abdurrahman said...

yelah tu nak sambung...len kali draf dulu...ni dah post satgi takde idea nak sambung...sekali lagi aku tertipu oleh ayah pon...

Louis said...

best crita ni!
smbgn x de ke?