Friday, August 22, 2008

Teori R.A.H.M.A.N Mitos Yang Jelas

Kanak-kanak semua..
Percayakah anda bahawa semua Perdana Menteri Malaysia mempunyai nama yang yg bermula dengan pangkal huruf R.A.H.M.A.N
R - Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussein Onn
M - Mahathir
A - Abdullah
N - ?
Teori ini telah pun lama diketengahkan yakni sejak tahun 60 'an lagi. Teori ini sendiri mula dibangkitkan sendiri oleh Tunku Abd Rahman sendiri yakni Ketua Menteri Malaya ataupun Perdana Menteri pada ketika itu.
Kata Tunku "Setiap Perdana Menteri Malaysia selepas saya akan mempunyai pangkal nama mengikut nama saya iaitu RAHMAN. Dan teori itu sendiri bermula dengan saya sendiri..
Teori RAHMAN itu sendiri seakan-akan keramat dan mempunyai justifikasi diluar pemikiran kita sebagai manusia. Sebagai contoh Anwar Ibrahim dari Pulau Pinang telah disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri yang ke-5 menggantikan Mahathir. Tetapi disebabkan pergolakan politik dalaman Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatannya sebagai orang No 2 negara oleh Perdana Menteri pada ketika itu.
Pada ketika itu Najib telah disebut-sebut sebagai pengganti kepada Anwar Ibrahim memandangkan hubungan rapat dan keserasian di antara Mahathir dan Najib. Namun kekuatan aura perkatan RAHMAN itu tidak memungkinkan Najib untuk mengisi kerusi panas tersebut.
Akhirnya yang naik mengisi kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Abdullah. Juga seorang jati dari Pulau Pinang dan mempunyai pangkal 'A'. Sudah ketentuan Abdullah akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Betapa teori RAHMAN itu begitu kuat dan semakin hampir ke penghujungnya.
Pilihanraya Umum Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi. Mengikut perkiraan saya Pilihanraya akan diadakan pada hujung bulan Februari ataupun pada awal bulan Mac iaitu selepas Hari Raya Cina dan semasa berlangsungnya cuti sekolah. Dan sudah semestinya pilihanraya tidak akan diadakan pada bulan April.
Mungkinkah Abdullah akan mempertahankan kerusi Perdana Menteri untuk sepenggal lagi ataupun menyerahkannya kepada Najib. Mungkin Abdullah akan ada lagi untuk sepenggal dan akan menyerahkan kepada Najib untuk penggal yang akan datang. Betulkah? Mahu dengar teori saya?
Untuk menyatakan sama ada Abdullah akan bertahan lagi mungkin saya tidak punya idea. Tetapi untuk menyatakan bahawa Najib akan menggantikan Abdullah pada hemat saya adalah tidak mungkin. Perkiraan saya adalah berdasarkan teori RAHMAN itu sendiri.
Tahukah anda Najib mempunyai nama pangkal Mohd yakni Mohd Najib. Tetapi Najib jarang menggunakan Mohd seperti membiarkan kita mempercayai bahawa 'N' adalah Najib.Jadi kalau bukan Najib sebagai penutup teori RAHMAN maka siapakah 'N' itu?
Mari dengar saya bercerita...
Kalau mengikutkan situasi politik di Malaysia ini memungkinkan pelbagai kemungkinan. Dan kebanyakan isu itu sendiri menampakkan kelemahan parti kerajaan dalam menangani pelbagai isu. Dan teori pertama saya...
BN akan menang lagi untuk sepenggal pada perkiraan saya. Tetapi kemenangan ini bukan datang dengan mudah. BN pada perkiraan saya cuma akan menang dengan majoriti tipis dan berkemungkinan kalah dibeberapa negeri yang sebelum ini menjadi kubu kuat parti kerajaan.
Impak besar ini dijelmakan oleh rakyat atas beberapa sebab yang berlaku di Malaysia sendiri secara amnya. Antara contohnya kes perundangan yang semakin menjelikkan, rasuah para pemimpin UMNO dan mungkin juga sifat ultra bangsa yang dimiliki oleh setiap parti komponen dalam BN. Tidak dilupakan aura dan karisma Dato Seri Anwar Ibrahim yang semakin menonjol dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan rakyat.
Tetapi adakah Anwar yang akan menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri? Jawapan saya masih TIDAK.
Selepas kemenangan BN dengan majoriti yang sedikit, akan berlakulah pergolakan dari dalam UMNO itu sendiri. Ahli UMNO sudah semakin hilang keyakinan kepada kepimpinan Pak Lah. Ini mungkin didalangi oleh segelintir penyokong kuat Najib yang mahukan Pak Lah melepaskan jawatan dengan cepat dan menyerahkan kepada Najib secara total.
Pergolakan ini mungkin jua disebabkan tindak tanduk Mahathir yang sudah sekian lama mencemuh dan merendahkan pemerintahan Pak Lah.
Dan apabila ahli parlimen BA hampir menyamai ahli parlimen BN sudah pasti sidang parlimen yang akan berlangsung hangat dan sentiasa panas. Dalam hal ini, Anwar Ibrahim tidak akan menunggu lama. Jurang perbezaan antara ahli parlimen BN dan BA akan dirapatkan. Kita semua jangan menolak kemungkinan yang Anwar Ibrahim masih mempunyai pengaruh di dalam UMNO. Malahan beberapa ahli parlimen BN yang berpengaruh juga sentiasa kelihatan bersama Anwar( walaupun tidak secara terbuka) di dalam dan di luar negara. Dan apabila tiba masa yang sesuai( saya berani bertaruh yang Anwar tidak akan mengambil masa yang lama) Anwar pasti mengepalai ahli-ahli BN dan juga BA untuk merobah MALAYSIA..

bersambung di topik yang lain:

Jalan ke Putrajaya....

1 comment:

KR said...

woh.. seram.. yang last tuh najib.. dah terisi