Monday, August 25, 2008

Samad Harano dan Tips mengurat Gadis.

En Samad ini kawan lama saya. Harano itu bapak dia yang kasi nama kononnya minat filem Jepun. Samad Harano ini pada pikiran saya tidaklah ada apa yang kurang. Pendek kata resepi yang baik untuk jejaka sunti dan pakej yang lengkap sebagai anak teruna.

Ituhari Samad kasi tau yang dia gelisah. Jadi soalan standard saya:"mak ko suh nikah ke?".Tekaan betul. Si Samad ni kata dah 2 tahun dia bujang. Dulu pernah bercouple.Tapi putus di tengah jalan. Samad cakap lepas tu ada jugak dia bercouple tapi semua tak kekal lama. Saya tanya soalan susah:"kenapa tak kekal lama?". Samad cakap dia pun tak tau apa yang dia nak dalam hidup dia. Pulak..

Kalau ikutkan gaya Samad ni macam semua benda ada. Rupa tu boleh la adjust sikit-sikit. Jadi apa yang susahnya. Samad cakap dia tackle gadis-gadis bukan sebab dia nak sangat. Saja suka-suka.Mengisi masa lapang.Penghibur di kala sunyi. Saya kata:"Samad lu memang pelik".

Saya kata kat Samad supaya jangan buang masa saya. Straight to the point of order. Kata penamat saya:"Samad baik ko cakap terang-terang apa masalah ko sebelum aku tumbuk tulang rusuk ko".Samad reply:"Baek!"

Samad cerita:"Aku ni dah bosan la. Aku nak cari bini. Bukan nak cari pompuan. Aku tak jumpa gadis yang sesuai tuk aku. Even kalau aku jumpa pun aku tak tau macam mana nak ngurat. Aku dah takde skill. Lepas dua tahun putus dengan Putri* aku dah macam malas nak mengedik. Aku dah lupa banyak teori-teori mengurat. Takkan la aku nak kena stat dari basic. Guna skill lama macam teknik tanya jam pukul berapa?. Ataupun awak nampak tak kucing saya?. Itu semua skill masa darjah dua.

Setelah berbuih Samad cerita saya pun mencelah:"Samad macam ni lah. Esok gua bawak lu kita pergi jumpa Dewa Percintaan. Segala masalah rumahtangga biasanya dirujuk kepada dia. Samad cakap dia belum lagi berumahtangga. Saya cakap:" ikut jelah. Ko nak kena tumbuk tulang rusuk?".Samad reply:"Baek!"

Setelah abis dua kotak rokok saya mula lah langkah nak balik. Dalam perjalanan ke kereta saya tanya Samad: Betul ke mak ko suruh ko kawin?"..

Samad jawab:"Tak. Saja aku nak babitkan mak aku"

Saya:"Lancau lu Samad.Aku dah agak.Takpe esok kita jumpa Dewa sambil mengambil tips mengurat gadis".

Sambung esok..

5 comments:

Erna said...

hmm samad tu engko sendiri ke pon? BTW nak tanya "siapa dewa percintaan tu..hebart sangat ke dia?"

NO SUPrises said...

mesti dewa percintaan itu adalah Shoki

Kieng Meng said...

aku???
aku bukan dewa percintaan..
aku hanyalah sang pencinta..

Erna said...

woi Pon, hang update la blog hang ni!! Aku bagi idea, share la kisah mimpi tut tut hang tu... Mesti best kan..hahaha..

GombakRock said...

sambungNYE!!!!dah 3 bulan aku tunggu tak sambung2 lagi...lancau ar lu! hahaha..langsung tak bertangungjawab kepada pembaca..