Sunday, June 7, 2009

Warkah buat Asmida..

Pernah satu ketika kau bertanya adakah aku benar2 menyayangi kamu?
Kau pun tahu yg tidak pernah sedetik pun hatiku berpaling dan berkata tidak

kau ratu hatiku.

Ketika itu segala-galanya kelihatan sungguh sempurna.

Namun kuasa tuhan jugak yg menentukan semua.

Awak sayang saya?
sayang la..nape cakap macam tu?

Lepaskan saya boleh?
*aku terdiam*

As cakap kepada aku kalau sayangkan dia lepaskanlah dia. Akhirnya aku redha kerana aku percaya setiap wanita ada haknya. dan itu hak yg dia minta. Bertahun-tahun aku pikir dan aku masih tidak mengerti kenapa itu yg dia minta.

Di akhir pertemuan itu As bisikkan supaya aku terima ini dengan hati yg terbuka. Katanya lebih baik berakhir begini daripada dia pergi dahulu andai kata kami sudahpun berkahwin.. Mungkin itu ayat dia untuk menenangkan aku..

Dulu As pernah tanya aku adakah aku boleh menerima ketentuan tuhan kalau dia mati dahulu.
Aku cakap pada dia supaya jgn bercakap benda bukan2 lagi. "Sudah tentu la saya tidak boleh terima. Awak adalah saya dan saya adalah awak. kita kan satu..."

"Kalau mati yg harus dipilih biarlah saya yg pergi dahulu. Macam mana saya nak hidup tanpa bidadari saya.. "

As senyum dengan jawapan aku.


Dua hari lepas aku dapat satu panggilan telefon dari Sal. Dah lebih lima tahun aku tak dengar suara Salbiah. Sal kawan As masa di kolej dulu.

Namun panggilan Sal pada hari itu sangat meruntun jiwa aku.

"Ingat lagi tak Asmida?"
Aku jawab ingat.

"Dia dah kawin dan dah ada sorang anak yg nama macam kau."
Aku jawab yg aku tau yg dia dah kawin. tp aku tak tau yg dia dah ada anak dan nama mcm aku.

"Sebenarnya bkn itu yg aku nak bgtau..Kalau kau nak tau As sakit sebenarnya.Dah 2 tahun dia hidap cancer rahim."

"Dan Saifoel..tuhan telah panggil dia pagi tadi..."

******************************************************************

Sekarang baru aku paham kenapa dulu dia minta untuk putus walaupun puas aku bertanya kenapa. Sekarang baru aku paham kenapa dia menanyakan sama ada aku boleh menerima kenyataan kalau dia yg mati dahulu.

Ya sekarang semuanya sudah jelas..
Kalau aku di tempat suami dia bagaimana penerimaan aku untuk suratan sebegini?

Aku tidak cukup tabah. kerana untuk melepaskan seseorang yg belum lagi milik aku pun sukar..


Asmida meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki bernama Alif Hafsham.

Al-Fatihah.

5 comments:

Myza G said...

:(

arip the next top model said...

moga ruhnye sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah...

bieby said...

Al-Fatihah.

Ayu Fafa said...

huhu. sedihnya coretan ni

-aTie- said...

terkedu.... al-fatihah


www.khaizarien.com