Saturday, February 27, 2010

Majlis cukur Jambul Qaseh..

---


Lupa aku. Itu hari aku ada janji nak tulis pasal majlis cukur jambul Qaseh.
Nah inilah dia..


Qaseh sudah pandai duduk dan berfikir..mungkin berdebar menunggu malam bercukur.



Ini ustaz yang dijemput. Tengok Qaseh steady je tidur macam tak ada apa-apa. Ntah apa ritual yang ustaz tu baca.



Untuk anak yang pertama mereka begitu exited.


Bapak aku pulak kelihatan agak kekok. Mungkin sebab cucu pertama. Aku harap time cucu kedua daripada aku nanti, bapak aku akan kelihatan cool.


Majlis malam itu hanya saudara mara dan rakan-rakan terdekat je yang di jemput. Walaupun tak ramai tapi semua sofa kat rumah tu kena kasi keluar jugak. Bagi space. Penat aku dengan abg ipar aku mengangkat. Tapi bapak aku bijak. Set TV LCD 42 inch screen di biar kat situ. Semata-mata nak menunjukkan anak-anak dia bekerja di Kolumpo.

Bagi keluarga kami anak-anak lelaki haruslah ringan tulang melakukan kerja-kerja rumah. Sambil itu kami juga tidak boleh melupakan aspek teknikal seperti memanah dan menunggang kuda...Jadi di manakah anak-perempuan berada?


Anak-anak perempuan pula digalakkan supaya pandai berhias. Berposing didepan kamera mesti menjadi pegangan.


Pada hari itu juga aku dengan kakak telah di suprise oleh adik kami dengan sebiji kek dari secret rcp sempena harijadi kami. Walaupun bernada suprise tapi aku juga yang kena keluar duit beli kek.


Inilah gambar penuh kakak aku tiga beranak..




------

6 comments:

siti sakinah said...

jgn dihalakan kamera kat kitorg.mmg akn pose habis.kerja2 dapur pon tertggal sbb kamera....

orkedmadi said...

sweet..

dukeskywalker said...

"Aku harap time cucu kedua daripada aku nanti, bapak aku akan kelihatan cool" - agak cool gak ayat kau ni

The story of Saif Al-Hafsham said...

sakinah: keja dapur?xpaham..haha

orkedmadi: sape?aku kah?

duke: cool dude.

lala: mcm uncle dia gak

Formula Syabandy said...

Gambar Cantik!

Anak Pun Comel!

Orang Cantik!

Majlis Sederhana Tapi Meriah!

Cuma Tak Tahan Bab TV punya komen...He3

putri akila nur said...

best :D