Thursday, February 18, 2010

Memiliki Cinta Sempurna..bila mati hidup semula.

---





Hari ini genap setahun aku kenal redup..



Kejap betul masa berlalu. Kepada sesape yang ikut crita ini dari awal lagi ketahuilah yang crita ini dah setahun umurnya. Entri pertama yang keluar pasal dia secara tak langsung adalah pada 24 Februari bertajuk INDAH. Silalah ke link itu. http://akusangblogger.blogspot.com/2009/02/indah.html



Ingat lagi aku pada 19 Februari 2009 pukul 8.11 pagi aku telefon dia. Dan dengar la aku suara dia buat pertama kali itu..suara serak-serak basah. Suara baru bangun tidur. Aku konfem air liur meleleh lagi tu.



Ayat pertama aku kat dia, "eh suara macam gengster.."





Dan begitulah seterusnya hari berganti hari..



Pertama kali keluar dengan dia buat aku rasa teruja. Maklumlah dah lama tak keluar dengan gadis selepas Sue. Aku amek dia di UM. Berdebar-debar aku tunggu dia turun dari kolej. Abis semua aku check. Rambut dah pacak. Baju dah butang. Perfume dah sembur. Kasut dah pakai (maklumlah bawak keta tak pakai kasut). Bila semua dah periksa aku pun jerit CHECKED!...sebagai tanda aku dah cukup bersedia.



Bila dia turun je aku dah terkejut. No wonder la suara dia mcm gengster dlm telefon. Gaya jalan pun macam gengster. Tapi itulah keunikan dia. Sweet sangat.



Masa tu kami cadang nak makan di Pizza Hut di sek 14 PJ. Homeground aku dulu masa muda-muda. Tapi dah sampai situ nak cari parking pun satu hal. Dekat setengah jam jugaklah pusing-pusing sek 14 cari parking. Tapi dia sangat cool. Aku pulak yang gelabah.


Untuk lunchtime kami yang pertama aku lega. Berlalu dengan lancar sekali..



Dia ada kata yang aku orang pertama yang panggil dia sewel. Aku pun tak tau yang tindakan aku itu bijak atau tidak dengan memanggil dia sewel. Mungkin sebab aku banyak cakap merepek dan dia pun ikut serta merepek sekali. Silap jugak aku mengajar seorang doktor perkara bukan-bukan.



Korang semua jangan salah sangka tau. Entri ini bukan kesinambungan kisah aku dengan redup. Ini lebih kepada sinopsis atau warna-warna yang sebetulnya aku jarang cerita pasal dia.



Aku terima penolakan dia pada aku. Tipulah kalau aku kata yang aku tak pujuk dia langsung. Tetapi akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Cinta tidak boleh dipaksa. Siapalah aku nak memaksa cinta untuk datang dan menerima. Kan tuhan dah kata Kun Fa Ya Kun..



Dalam entri yang sudah-sudah ada aku kisahkan bagaimana aku telah cuba meminta nasihat daripada kawan-kawan aku. Ada di antara mereka bertaraf dewa chenta, pari-pari kedamaian dan juga perawi-perawi dari nas-nas chenta agung. Semua aku mohon nasihat. Pendek kata kalau aku pergi beli nasik lemak kat warung dan makcik itu letakkan lauk penuh gaya nescaya aku akan memohon nasihat chenta dari makcik itu. Maksudnya tiada siapa yang hebat terlepas daripada pandangan aku.



Akhirnya aku realise satu perkara. Bahawa untuk mencari dan memiliki cinta sebenarnya tidak perlukan nasihat. Cinta sesuatu yang sangat UNIK dan halus perkiraannya. Dan tiada istilah betul atau salah sebenarnya. Kita boleh mengambil seberapa nasihat yang kita nak. Tapi hakikatnya kita cuma mahu dengar apa kata hati kita.



Letaklah berapa banyak kriteria-kriteria yang kita nak pada seseorang itu. Tetapi akuilah yang pada penghujungnya kita akan dapat apa yang kita tidak pernah terfikir pun. Aku sendiri akui pada mulanya aku tak terfikir pun nak panjangkan hubungan ini. Redup terlalu berbeza dari apa yang aku nak dari seorang gadis. Namun selepas beberapa kali keluar aku perasan yang dia sangat unik. Dan keunikan dia buat tanggapan aku pada gadis-gadis berubah.



haih..





Untuk dia aku buat apa saja yang termampu. Dan aku tak pernah pun memberi cinta yang sangat sempurna kepada dia. Aku hanya memberi apa yang aku ada. Memberi dari kelongsong dan perca hati aku..Sebagai manusia yang biasa aku juga ada kekurangan. Dan aku terima kekurangan aku..





Hari ini hari jumaat.

Penghulu segala hari...

Moga diberkati tuhan.



Selamat Ulang Tahun Perkenalan.







28 tahun aku hidup.

28 tahun aku mencari kamu.

28 tahun aku cuba merungkai siapa yang tertulis di sisi aku di arash sana.




kawan-kawan,



Memberi cinta dan mengharapkan cinta di terima ada dua perkara yang berbeza.





Memberi cinta itu mungkin mudah.



Tetapi mengharapkan cinta di terima adalah sangat berisiko.





Peace.









----

17 comments:

nor azzahra said...

adeh..

Anonymous said...

Peace! sgt setuju memberi sgt mudah berbanding dgn mengharap & menerima.

karim said...

memiliki cinta sempurna - yuna
bila mati hidup semula - butterfingers.
semua tajuk lagu...

N a d i a said...

oh-ho.
Amek si dia kat Kolej 6 ek?

Dah lama tak jengah sini
dapat baca entry best.
bagus.

Memang bila memiliki cinta sempurna
terasa mati hidup semula.

Mengerti.

honeyaliena said...

paham
:)

The story of Saif Al-Hafsham said...

azahra: lain kali tulis panjang sket.penat aku ja nak reply.

ilma: peace yo!

karim: betul karim.malah dah ada komen pun sblm ni.mmg betul dari tajuk lagu.dan ada la sebabnya aku letak tajuk tu.

Nadia: mana tau ni??mcm byk tau je ni.hehe


honey: baguslah kalau paham.sy sendiri kurang mengerti.

faryhah said...

sabar la Pon..ade jodoh kamu,insya Allah.. ;)

honeyaliena said...

utk mecintai seseorg mungkin senang tetapi utk org mencintai kita mgkin pyh.mgkin kita tjumpa org yg salah sblm ditemukan dgn org yg betul.Apa-apa pun kita mampu merancang,Allah menentukan.:)Andai jodoh,alhamdulillah.

*Sory pnjg lebar.Mgkin cerita kita lain,tp pglmn mgkin sama.Dulu sy still m'hrp syg dr seseorg,namun mmg bkn jodoh kot.Sss nk mlupakn,tp sy simpan dia sbg kngn terindah sy.:)

N a d i a said...

Kerna saya juga berjaya memiliki cinta saya di UM..
Hampir 6 tahun lalu..
(^.^)

Lisa Sue said...

hi abg,

entri terbaik setakat ini.patut la susah buat.hehe

kalau redup baca mesti si dia senyum sendirian..

The story of Saif Al-Hafsham said...

faryhah: tq atas ayat yg menenangkan itu..

honey & nadia & lisa: terima kasih.

dukeskywalker said...

Don't worry, live life to the fullest. Some says "Love can neither be bought or sold, its only price is love..."

M.a.A.s said...

mahu seribu daya pon

a_Rose said...

kLau dh jodoh pasti x ke mana
wanna read more :-) ....

ex-UM jugak! said...

bro you sgt jujur.ayat2 you sgt indah. i dah follow blog you since 1st entry pasal redup lg.i slalu suh bf i bukak blog you.i bilang if nak ambil hati i kena bt mcm ni.hehe

akak redup,pls consider him.i know he will take a bullet for you.

The story of Saif Al-Hafsham said...

duke: hidup gua penuh warna dan ceria.

arip: ko xkan bleh bayangkan..

april rose: u never read it b4.. why now..

ex-um:tq.kim salam bf.

mansaiko said...

aku nak nasihat jugak ko pun...

kalo cinta ko tak bawa kebahagiaan itu adalah cinta buta..bengap bebal...jahil...

kalo ia membawa bahagia bagai dia syurga itulah cinta sejati..walau pun ko tak harus miliki...

dan yang penting persetankan kata2 orang tentang cinta bru...