Friday, April 16, 2010

Jiwa Yang Terpengaruh

---

Baru aku sedar kenapa ayat-ayat aku nampak macam jiwang. Ramai jugak yang tanya. Aku pun pelik. Tapi sebenarnya ayat-ayat aku bukan jiwang. Itu adalah ayat-ayat puitis. Macam mana aku dapat ayat-ayat tu semua..??

Segala apa yang aku tulis adalah melalui pembacaan. Aku sangat terpengaruh dengan buku-buku penulisan A Samad Said seperti Salina, Langit Petang, Lantai T Pinkie, A Samad Ismail seperti patah sayap terbang jua, shahnon Ahmad seperti Ranjau Sepanjang Jalan. Kalau sesape yang baca akan tau yang ayat-ayat kat dalam tu sangat putis.

Dan kalau sape nak cari pergilah cari novel Salina daripada A Samad Said. Ianya satu karya agung.

-

haih..

-

Ini semua salah bapak aku. Kecik-kecik dah di ajarnya aku membaca. Aku nak masuk karate dia tak bagi. Dia suruh baca buku. Nasib baik ilmu kebal aku dah lengkap di dada. Sampai bolehlah aku mengajar silat di uia dulu. Ejan, medi, akob dan gaban adalah antara student aku yang terawal. Bukan susah. Ada 3 jurus sahaja. Tumbuk. Tendang. Dan ludah. Simple.

-

Berbalik kepada cerita bapak aku..dulu banyak masa aku habis di rumah. Dan kebanyakan masa aku baca novel di atas la. Tapi bukan novel yang Awie baca dalam cite Baik Punya Cilok. Itu picisan.

-

Satu lagi aku juga sangat terpengaruh dengan filem-filem 80-an. Filem seperti Azura, Gila-gila remaja dan juga Ali Setan sangat membuatkan aku teruja.

Ingat lagi aku satu ayat Ali dalam Ali Setan:

" aku hanya seorang pemburu dan sebagai seorang pemburu aku hanya mencintai diriku sendiri.."

-

What the tuuutt..gempak siut ayat. Hampir histeria aku. haha

-

-

Sekarang kamu paham kenapa ayat-ayat aku begini.. Aku bukan jiwang.

---

-

-

-

Bukankah mimpi itu satu peringatan daripada Tuhan..Bukankah mimpi itu juga satu tanda-tanda dari Tuhan..Usahlah menangis lagi dalam mimpi aku. Aku risau.

-Petikan dari Mimpi Semalam daripada http://www.silalah/ cari.com

-

-

----

12 comments:

NO SUPrises said...

kata dah xnak update blog

N a d i a said...

adoi ai.
bikin panas aja!

dah brape orang dapat cari ?

mane nak cari buku Salina?
Serius,
masa kat U dulu bagai gila
cari kat library
tak jumpa pon!

The story of Saif Al-Hafsham said...

azam: ya aku bohong. nak bt camana aku suka menulis.

nadia: cuba cari kuniya ape jadah di klcc tu.atau pegi saja di DBP.tp kalau betul2 nak nnti sy suh kwn sy carikan. dia penjual buku.

Novel Salina sgt best.sgt meruntun jiwa. Mgkin ramai tak tau Salina dalam cerita itu adalah seorang pelacur. Dan cerita itu adalah cerita sebenar Pak samad masa dia di singapura dulu..

NO SUPrises said...

kau hanya mengejar rating

haney said...

puitis ngn jiwang tu lain ek?

N a d i a said...

tahu
tahu cerita pasal Salina
tu pasal dulu sibuk mencari.
aisey,
dah 5 tahun tak g KLCC kot.
takpe,
cuba cari nnt.
dan cuba cari
alamat yg dah 10 orang dapat tu.
menci betol.
=p

nor azzahra said...

jiwang!!

~miss-lala-comot~ said...

kirenye nnt blog ni akan ditutup lah?

ala, taknak lah cari dah..
penat + sedih.

betul lah orang hebat pernah berkata
'people always leave'

The story of Saif Al-Hafsham said...

nadia: sekarang dah 15 org. pelik kamu xleh cari. nama kamu dan lala dah ada dalam tu.haih..

azam: rating gua sepatutnya dah kepala 2xxxxx. mane hilang entah.

haney:puitis = kacak
jiwang = kurang kacak

lala: jgn la begitu..org tak hebat tak ckp mcm tu. itu tajuk blog lala je ckp camtu.

N a d i a said...

dah 15 orang ?
adoi terlepas lagi top15.
dapatkah jadi top 20?

En. Saifoel,
Kami ni agak lemb--- sikit,
boleh bagi extra hint?
huhuhuhu...

~miss-lala-comot~ said...

bagi jalah alamat tu en saifoel..!

nadia, apa kata kite msg ja en saifoel ni, kan ader no phone dia kat profile.

GombakRock said...

1.gua setuju dgn kenyataan brader No surprises.

2.tulisan "puitis" blog ini diilhamkan dari tulisan shahnon ahmad & pak samad???ye ke??? kah kah kah... sumpah tak perasan..haha