Saturday, February 14, 2009

A.Kadir Jasin Wartawan Hebat

A.Kadir Jasin adalah salah seorang yang hebat dalam dunia kewartawanan dan jugak penulisan. Kalau dalam dunia kewartawanan beliau diangggap otai dan sangat disegani. Bekas Ketua Editor NSTP dan sekarang merupakan Ketua Editor bagi Majalah Harian Publishing. Pernah menerbitkan berbagai buku ilmiah termasuklah genre politik. Tetapi kecenderungan beliau lebih kepada UMNO dan BN dan sangat ultra melayu. Pak Kadir jugak merupakan seorang blogger. Bolehlah singgah kalau berminat membaca blog-blog politik. Klik sini untuk ke sana http://kadirjasin.blogspot.com/.

Semalam Pak Kadir ada publish satu artikel pasal pertembungan BN dan PR pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada bulan April ini. Oleh kerana diriku jua kritis maka aku telah pun komen di blog tersebut. Kat bawah ni adalah salinan kata-kata aku kepada Pak Kadir. Dan yang bestnya Pak Kadir telah menghantar personal email kepada aku untuk menjawab segala persoalan yang diberi.

Salam Pak Kadir,

Saya bukanlah penyokong tegar mana-mana parti politik. Tetapi untuk mengatakan BN akan menang di 2 pilihanraya tersebut amatlah tidak logik. Rakyat sudah semakin matang.Media-media milik kerajaan cukup-cukup la memperbodohkan org melayu. Terasa hina bila membaca dan menonton. Pilihanraya kecil kali ini sudah pasti dimenangi oleh PR.

Saya kurang faham berkenaan beberapa komen berkenaan selagi Pak Lah masih memerintah selagi itu BN takkan menang.Najib harus mengambil alih. Saya dan jugak berjuta lagi org Malaysia merasakan kelemahan BN sekarang ini bukan disebabkan oleh Pak Lah seorang. Bukankah sekarang ini Malaysia ditadbir oleh Najib. Pilihanraya kecil sebelum ini juga dikendalikan oleh Najib. BN sekarang telah mengalami transformasi ketandusan peminpin, rasuah,politik wang dan bermacam2 lagi.Pendek kata kelemahan BN sekarang adalah secara total.

Berkenaan dengan isu Sultan yg dibangkitkan oleh seorang 'kontarktor'. Orang melayu mana yang tak sayangkan Raja.Orang melayu mana yang tak hormatkan institusi Kesultanan.Tetapi hormat dan sayang melayu bertempat.Lupakah pepatah 'Raja adil Raja disembah,Raja zalim Raja di Sanggah'.Saya berpendapat org melayu Perak sayangkan Sultannya.Tetapi bila sultan tidak berlaku adil dan mengetepikan hujah serta undang2 maka rakyat khususnya org melayu kecewa.Dan kekecewaan rakyat ada sebabnya.Keadilan mesti ditegakkan.Kita pun diajar untuk tidak menyokong membabi buta.

Rakyat khususnya org melayu semakin matang. Mereka tidak lagi menyokong membabi buta. Propaganda BN khususnya UMNO tidak lagi menarik org ramai apatah lagi org muda.Keadilan harus diserahkan kepada yg berhak.Terima kasih.


Saif Al-Hafsham

4 comments:

rantong said...

Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

"Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

"Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

"Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

"Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

"Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

"Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".


View Profile: Rantong®

Saif Al-Hafsham said...

Encik Rantong,
Silalah buka blog anda supaya saya dapat membaca fikiran anda dan jua gaya penulisan anda.

Saudara Se-Islam ku Rantong,

Selama ini orang melayu tidak bersatu kah?

Tunjukkan saya dimana org melayu berpecah?

bersekongkol dengan DAP?Salahkah?
UMNO bersekongkol dengan MCA,MIC,GERAKAN?Salahkah?
Tidak salah saudaraku..

Untuk pengetahuan saudara DAP secara lisannya menerima hukum HUDUD.
MCA?MIC?GERAKAN?

Saya rasa anda mungkin terlalu UMNO.Kadangkala propaganda kerajaan di media ada hasilnya..
salam.

GombakRock said...

cayalah komrad! sungguh matang kupasan komrad!! dan komen komrad ke Pak Kadir pon padu dan menyatakan aspirasi rakyat lebih2 lagi anak muda!! tapi lagi best kalau komrad post emel pak kadir yg menjawab segala persoalan komrad...

lisa said...

zalimkah raja bila hanya memecat seseorg yang tidak diketahui adilnya?

zalim bila tidak meletakkan sesuatu di tempatnya. bercakap tidak kene pada tempatnya juga zalim.

sy tidak pro raja, tidak pro politik, tapi masih perlukan raja utk tujuan tertentu. jgn kerana kebodohan satu2 pihak, kita semua menerima akibat.

sila lihat lebih dalam, sila fikir lebih lanjut...melawan sultan, bermaksud melawan kedudukan kita, tahukan maksud sy? jika tidak, sila buka buku...

tetapi tidaklah kita perlu tunduk jika mereka belah perut isteri kita kerana sebiji nangka...

bukan takut utk bersaing sesama majmuk, tetapi benci melihat kita2 yang bodoh menerima janji2 palsu mereka, konon mahu ikut hukum itu, hukum ini, percayalah..itu cuma tipu politik...

jgn terlalu taksub, fikir lebih rasional, tiada siapa yang boleh dipercayai skarang..

berbaliklah pada percaya pada kebenaran,kebenaran yang memberi kita2 ini kebaikan,yang memberi kita2 ini hak di bumi kita,yang memberi kita2 cukup beras utk anak isteri,siapa mampu buat itu semua, kita sokong, siapa tidak, boleh pergi...

tetapi ini tidak boleh diguna pakai utk kita2 yg malas bekerja,malas bersaing, sibuk harapkan projek kerajaan tetapi malas, lagi mau marah bila org kata kita2 ini malas...

jgn percaya jika ada yang kata 'sy janji, politik sy bersih'..jika anda sendiri di atas sana, takde maknanya anda akan sgt bersih..mana ada manusia sekarang yang x kabur dek rm...klu ada pun, 1 dlm sejuta, xmungkin itu adalah anda kan??

bongkak itu amalan syaitan, menipu juga amalan syaitan, so xpayah la nak berpura2..even ramai yang keluar2 kt tv tu semua syaitan bertopengkan malaikat.

p/s:sy tiada blog, sy tidak pro mana2 politik, tp sy kenal kamu,cuma kamu tidak kenal sy..