Saturday, February 14, 2009

Wasiat Dari Dewa..(untuk lelaki sahaja..)

Alkisah ini diturunkan dari satu zaman ke zaman yang lain. Lalu tutur kata itu menjadi azimat kepada sang-sang pecinta yang telah berjaya, akan berjaya mahupun yang kurang berjaya.

Setelah dikumpulkan jilid-jilid dari perawi dan pemegang amanah yang sahih maka disini disimpulkan nas-nas lengkap ceritera dan mauduk dalam karma mencari cinta..

Kesahnya kalau seorng lelaki itu mau mencari cinta maka yang pertama sekali jangan peduli nasihat orang. GO AHEAD (dgn izin). Kerna setiap gadis -gadis tidak sama perilakunya hatta bau-baunya. Tidak ada satu teori pun yang mengatakan setiap gadis-gadis adalah sama tabiatnya serta proses urinitasinya. Hanya yang hampir sama mungkin ramai gadis-gadis sukakan coklat dan bunga. Tapi mesti mahal. Yang murah sori. Ikhlas dari hati walaupun murah?Dusta semua itu..Kalau pun mau meminta nasihat pilihlah orang yang beberapa kali gagal dalam percintaan. Maksudnya bercinta kemudian putus. Mereka-mereka ini punya pengalaman bagaimana mahu menjinakkan gadis dan mengTACKLE (dgn izin) gadis-gadis dengan cara yang paling berhemah. Oleh sebab itu mereka banyak pengalaman. Belajar dari kesilapan. Jangan dicari orang-orang yang bercinta sekali sahaja dalam hidup mereka. Walaupun percintaan mereka lama usianya tetapi mereka hanya bercinta sekali. mereka tidak punya pengalaman terhadap gadis-gadis yang lain.

Jikalau sudah mendapat gadis yang diingini dan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengurat, be cool my friend..(dgn izin). Jangannlah rakan-rakan semua menjual diri tuan hamba dengan murah. Ego kena dihormati. Tetapi jangan pulak di jual dengan harga yang mahal. bak kata pepatah menarik rambit dalam tepung,rambut jangan putus,tepung jangan berselerak. Kalau si gadis jual mahal sangat dan dah tak termampu untuk si jejaka untuk membeli maka eloklah si jejaka BLAH. Tak payah tunggu lama-lama. Banyak lagi gadis-gadis manis diluar sana yang mendambakan kasih seorang jejaka sunti. Fakta: Gadis-gadis lebih ramai daripada jejaka-jejaka di dunia yang serba fana ini.

Yang ketiganya jikalau cinta anda di tolak dengan alasan sigadis belum mahu mencari cinta..atau si gadis itu berkata.."tidak ada keserasian antara kita" dengan wajah yang sangat meruntun jiwa..jangan percaya. itu taktik gadis-gadis untuk berkata TIDAK terhadap muka anda yang tak berapa malu itu. Kata-kata tersebut merupakan penolakan yang maha halus.Tak ada keserasian konon..bullshit! (dgn izin)

Arakiannya kalau tidak jua berhasil dengan pelbagai helah dan taktik.....maka

Carilah BULUH PERINDU..

2 comments: