Wednesday, March 18, 2009

Nenek..dah 21 tahun berlalu

Aku dibesarkan dikampung. Mungkin disebabkan mak ayah sibuk bekerja aku dihantar ke kampung. Hampir 2 tahun aku tinggal dikampung. Atok dengan nenek la yang besarkan aku. Mungkin boleh aku katakan yang asas diri aku banyak dibentuk oleh atok dengan nenek aku.

Atok aku pesara polis. Nenek aku pulak suri rumah. Atok agak disiplin. Jadinya aku lebih rapat dengan nenek. Nenek la yang mula ajar aku sembahyang dan puasa pada usia aku 6 tahun. Dengan nenek aku belajar menghafal 10 nama malaikat. Dengan nenek jugak la aku belajar mengenal 25 rasul.

Nenek dah meninggal ketika aku darjah tiga. Dah berbelas tahun pun. Masa itu aku disekolah. Aku ingat lagi bapa datang ke sekolah menjemput aku pulang awal. Aku hairan. Awalnya bapa datang. Bila aku tanya bapa diam. Dalam kereta bapa bisikkan ke telinga aku. Sabar ya, kamu kena tabah tau apa yang bapa nak cakap ni..

Nenek kamu dah meninggal...

Aku tak tau apa perasaan aku ketika itu. Sayu mungkin..

Sepanjang dua jam ke Kedah aku menangis. Pertama kali aku tengok mak aku sangat hiba. Tetapi dia langsung tidak menangis. Mungkin mahu kelihatan tabah dihadapan aku.

Sepanjang hari itu juga merupakan hari yang sukar bagi aku. Melihat nenek yang terbujur kaku buat jiwa aku kosong. Sampai jenazah mahu diusung ke kubur pun aku menangis mahu ikut.

Nenek..aku rindukan nenek.

Aku masih ingat lagi dulu aku hanya akan makan dari tangan nenek. Kalau dia menumbuk sambal tempoyak aku akan melihat sayup dari jauh. Aku akan duduk jauh di tepi sinki. Biasanya lepas nenek menumbuk sambal dia akan penuhkan lesung batu itu dengan nasi. Dari jauh aku tengok nenek menoleh ke aku dan senyum. Dan aku akan berlari-lari mendapatkan nenek. Aku tau nasi sambal tempoyak itu untuk aku. Dan biasanya dia akan berkata..haih cucu nenek ni..

Dulu aku tak akan tidur kalu bukan di riba nenek. Dan aku sangat takut kalau aku bukak mata dan dia tak ada di depan aku. Petang-petang nenek akan bawa aku berjalan-jalan menyelusuri sawah padi. Angin petang di sawah padi sungguh indah. Biasanya kami akan berpimpin tangan sambil menyanyi. Damai sungguh waktu itu.

Dulu kalau akau menangis di rotan atok, nenek akan panggil nama aku. Dia akan suruh aku duduk di ribanya untuk di pujuk. Dan biasanya selepas itu aku akan tenang.

Kini nenek dah tiada. Sampai sekarang kalau aku susah hati aku akan teringatkan nenek.

Nenek pengubat duka aku.

Nenek...muncullah sekali
Dalam mimpi pun jadilah...




8 comments:

Ilmapung said...

Kalau sudi ko boleh berbaring di riba nenek ku... kalau sudi la..

ki'ee said...

siol la lu. cuba buat aku turut merasa sayu tiba2.

p/s: ko kan selalu baring atas simen.. haha...

Erna Masfiza said...

touching...isk..isk..

Saif Al-Hafsham said...

ilma: aku sudi. tp perasaannya sudah tidak sama.

ki'ee: simen kan sejuk

erna: jgn nangis.buruk

GombakRock said...

sayu sungguh kisah kau kali ni... tapi aku musykil...kau kata kau tak makan durian...

MissZahrah said...

sungguh syahdu...dua2 grandparents daku sudah tiada....rindu banget....kalaulah diberi peluang utk ketemu mereka.............hukkkkkkk....

saiful rep to ilma>>stuju!!perasaan xkn sama dgn sendiri punya...

Anonymous said...

terharu aku..

bieby said...

sayu...
rindu mama(nenek ku)...
terasa ingin pulang...