Wednesday, March 11, 2009

Kenapa ekonomi meleset


Aku telah beberapa kali ditanya berkenaan kenapa dan bagaimanakah ekonomi itu meleset. Paling last semalam seorang gadis comel dari PJ telah menanyakan aku soalan yang sama. Aku tak salahkan dia kerana apa yg dia tau hanyalah term neurology, hypercalcemia, infectious desease, arthritis dan jugak pediatrics.Tp xpa aku syg kamu..Baeklah aku ulas dengan cara yg paling simple. Harap semua org paham. Kalu xpaham jugak itu bleh la diibaratkan mengINSULTkan my intelligence. Kerana aku di matrix dulu amek ekonomy. Dan aku kerap menanyakan soalan kritis kepada lecturer aku seperti kenapa harga teh ais setiap tahun tak sama ataupun berapa nilai harta kekayaan Brad Pitt dan Angelina Jolie..Sudah. kembali kepada ekonomi meleset.

Begini kesahnya secara mauduk..

Krisis ekonomi yang berlaku sekarang ini bermula di US. Krisis ini jugak dipanggil subprime.Pada penghujung 2007 ekonomi dunia berada dalam kedudukan yang sangat stabil dan kukuh. Jadi untuk menambahkan lagi keuntungan bank2 di seluruh US telah memberi loan kepada sesiapa sahaja termasuk individu dan coperate tanpa mengira latar belakang sama ada si peminjam itu mampu untuk membayar balik atau tidak. Bila ini berlaku bank2 akan berada dalam situasi yang sangat berisiko memandangkan penjanaan kewangan setiap bank2 datangnya dari urusan pinjaman dan bayaran balik.

Pada tahun 2008 polisi bank2 ini telah menampakkan kesan negatif. Akhirnya plan2 tampanan seperti ABS (Asset backed securities) tidak lagi berkesan kerana ianya bersifat sementara.Peminjam termasuklah menerusi pinjaman biasa dan jugak kad kredit tidak mampu membayar balik pinjaman. Sebabnya mudah. Beli tapi tak mampu bayar. Dengan syarat pinjaman yang longgar setiap org mampu untuk memiliki easy money. Krisi ini diterukkan lagi dengan harga rumah2 di US yang jatuh dengan mendadak disebabkan oleh pelbagai faktor.Mereka2 ini dinamakan NPL (Non Performing Loan) oleh bank yakni org yg tidak mampu membayar balik pinjaman. Bad debt la tu. Harus di ingat bukan seorang dua yg tidak mampu membayar balik. Malahan beratus ribu org. Dan nilai kerugian bank2 ini ditafsirkan sebanyk USD 100 billion. Keruntuhan sistem kewangan US dan dunia secara asasnya adalah disebabkan ini.
Jadi bagaimana kemelesetan di US merebak ke seluruh dunia termasuk Malaysia?

Ada pelbagai sebab. Salah satunya disebabkan oleh PANIK. Saya hanya akan menyentuh mengenai panik dikalangan penduduk dunia. Kita jgn lupa kuasa membeli setiap manusia dan bagaimana manusia bertindak atas naluri ketakutan. Apa yg berlaku di US sedikit sebanyak memberi kesan kepada consumer, pengguna malahan semua manusia.Mereka kini lebih berhati2 dalam berbelanja. Lebih banyak saving dari berbelanja. Apabila ini berlaku demand terhadap pelbagai barangan seperti electronic, makanan dan pakaian yang bkn keperluan akan jatuh merosot. Apabila permintaan berkurangan, pengeluaran dari kilang2 seluruh dunia terpaksa dikurangkan.Ini dinamakan MORATORIUM. Untuk mengimbangi demand yg merosot dan jugak kos operasi kilang yg begitu tinggi maka kilang2 ini akan mengurangkan pekerja.

Di Malaysia sahaja setakat ini hampir 100,000 org diberhentikan kerja. Dan 50% daripada mereka ini datangnya dari sektor perkilangan dan pembuatan. Manufacturing company ini mengalami apa yg dipanggil LIQUIDITY SQUEEZE. Secara logiknya mereka2 yg dibuang kerja ini tidak lg mampu membayar loan kereta. Dan tidak mampu lg membayar loan rumah. Akhirnya mereka ini akan menjadi beban atau NPL kepada bank.. Dan akhirnya bank2 di Malaysia ini akan bankrup dan jatuh muflis seperti di US. Kepada mereka yg tidak dibuang kerja akan di potong gaji. Mereka ini akan kurang berbelanja. Mereka tidak lagi makan di luar. Mereka tidak lagi bermimpi untuk menukar kereta baru dan tv plasma baru. Lalu kedai mkn, Proton,Honda dan juga FORD akan menuju ke arah bankrupsi. Nampak tak kitaran ini berlaku. Dan inilah yang dinamakan ekonomi meleset dan sedang merebak.
Secara kesimpulannya sistem dunia sekarang sudah goyah. Sistem kapitalis merosakkan dunia. kembalikan dunia kepada sistem sosialis tetapi berpandukan syariat Islam.
P/s: Aku tau penulisan aku kali ni akan bt aku tidak popular. kepada Hadi: Aku telah melaksanakan tanggungjawab sosial aku sebagi seorang blogger.

7 comments:

Anonymous said...

Ko Dewa.. membaca nukilan ko saja membuat aku jd sungguh informatif hingga aku menyimpan hasrat untuk menjadi Along yg boleh tolong.. sekarang ni pun di Jajahan Takluk Aku (umah aku) aku mmg di kenali sebagai along pun.. pasni ko jgn heran kalau nampak no. tel aku tertempek di tepi2 dinding bas stop yg hancing tuh...

utk mengelak krisis sub prima berulang aku hanya akan memberi pinjam kepada mereka2 yg mampu membayar balik.. ko nk jd pelanggan pertama aku?

Saif Al-Hafsham said...

sape lu beb.gua tulis panjang2 ni pun lu sanggup baca.haha

MissZahrah said...

good post...lontaran yg bagus....penelitian terhadap isu semasa yg kian membelenggu manusia diseluruh dunia.....

neway...bagusla if ramai respond to ur post...at least u are letting them aware of wut had happened...

tp yg "anonymous" itu siapa ya..??cm kaya raya smpai ley pinjamkan uwang...hopefully tidak mengenakan "bunga" yg berlebihan....hahahahahha...

arip the next top model said...

respek gua....

Mohd Jalizan Ibrahim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MissZahrah said...

deleted??

puteri said...

bgaimn dgn kesannya pula?