Wednesday, October 21, 2009

I Found My Soulmate

----

Semalam adalah harinya.

Aku di klinik mengambil suplimen daripada segala macam vitaman A sampai Z. Dalam masa nak duduk tu aku terpandang seorang gadis bertudung yang jelita.


Tengok dari keadaan dia aku syak dia demam. Lemah sambil tangan mengengam tisu. Amat sedih keadaan dia ketika itu. Dan aku juga syak yg dia sudah pun berjumpa doktor kerana di tangan dia tidak lg kelihatan nombor giliran.


Tapi yg aku terharu dalam keadaan demam mcm tu pun dia masih berupaya untuk kelihatan ayu dan jelita. Kalau tak demam tak tau la aku..


Kemudian sampai turn aku jumpa doktor. Aku terus masuk cakap kat doktor tu bagi je suplimen yg aku mintak. Tak payah nak tanya khabar segala. Buat penat aku je. Consultation RM 10.00 tu amek percuma.

Nasib baik masa aku keluar dia masih ada. Mungkin dia sengaja melambat-lambatkan proses mengambil ubat semata-mata mahu menunggu aku. Aku cakap mungkin..


Selang beberapa minit dia pun keluar selepas selesai mengambil ubat. Dari jauh aku nampak dia masuk ke kereta. Aku pun bukak walet dan berpura-pura jalan ke kereta dia.


tok!tok! Aku ketuk cermin keta dia dengan wajah minta simpati..


Aku: Err sy Saifoel. Sy nampak awk kat klinik td. Ini kad sy. Kalau awk dah berpunya boleh la buang kad tu. Kalau belum just misscall nanti sy call balik.


Semua tu aku cakap dalam satu nafas tanpa memberi ruang dia mencelah.


Setelah selesai aku pun buat gaya iklan Fair & Lovely dgn jemari aku menggapai raut wajah dia dari jauh dan terus letak ke hati..


--

Dalam kereta:

Puas berangan????

Bodoh punya aku.

Ada name card simpan dalam kereta. bukan nak letak dlm walet. Skang sape yg rugi. dem...


Menyesal aku. bukak2 je walet takde name card. Takkan aku nak kasi IC kat dia kot.



Takpe2...kalau ada jodoh akan ketemu juga..( ayat sepanjang zaman.)



p/s: Kalau ada sesape ataupun kawan sesape yg pegi ke KLINIK KELUARGA wangsa maju semalam sila bgtau aku.




-----

16 comments:

nor azzahra said...

haihhh~~ gila la hg ni..kuat terpengaruh gak hg ngan iklan noo..;p xpa, bak kata hg "ada jodoh xkemana"..wakakka..truskn pencarian..

aripsamat.... said...

gua syak lu dah angau abis ni...

ct sakinah said...

cepat introduce kat cousins...
xsabar nk berkenalan!!
hahaha

~miss-lala-comot~ said...

doakan anda akan berjumpa lagi dgn dia!!

The story of Saif Al-Hafsham said...

azahra: terus mesti terus..

arip: gua masih siuman.

Sakinah: camana nak intro.jmpa pun blum..

lala: doakan abg dpt kasut lacoste sama ek..

~miss-lala-comot~ said...

iye!iye!arap dapat kasut itu juga!hehe

Amelis said...

hey,

kamu pelik la.kadang nmpak hepi kadang nmpak sedih sgt.

anyway ur blog teach me alot thou..

kakashi said...

good luck bro!

The story of Saif Al-Hafsham said...

Amelis:

kan manusia pelbagai.

kakashi:

i need more than luck.

dukeskywalker said...

lepas aku dgr cite kau malamtu, aku pon rasa ingin mengubah hair style aku, supaya kelihatan lebih cool macam kau.. kah kah kah..

Ilmapung said...

owh... sng jatuh hati rupanya ko nih..

Anonymous said...

pon, aku da tak tau nk komen ape..hebat gler seyh ko..label aku utkmu..

-HAHAHAHA..!!!-

::wak::

Anonymous said...

ahaksss good one...i find it hilarious the way your jokes and imaginations mingled together...putting that aside, someday you'll find the right person knocking on your very "doorstep"...

*sunflower*

The story of Saif Al-Hafsham said...

duke,
jgn nak mengadu domba di sini.

ilma,
susah jua.

wak,
tau xpe

sunflower,
we'll see.i've done my part.and for sure i will wait..

Anonymous said...

as long as you initiate and persist, you'll do fine i'm sure :)

*sunflower*

mat pit said...

ubat apa hang ambik kat doktor? berfantasi lain mcm jek