Wednesday, October 28, 2009

Kesah Farouk biar jadi teladan

-------

Sebelum aku melalut lebih jauh..Farouk adalah seekor lembu..


Walaupun bernama Farouk namun dia seekor lembu betina.


Ini cerita raya haji tahun lepas. Kami keluarga besar telah berniat untuk menyembelih seekor lembu. Namun bkn Farouk mangsa kami. Yang menjadi mangsa adalah lembu lain yang aku sendiri tidak tau apa nama dia.


Tiba hari itu ramai la yang berniat dan bernazar sembelih telah pun datang ke tempat tu. Bukan keluarga aku aja. Namun keluarga kami sahaja yang mendapat layanan A class kat tempat itu. Maksudnya kami diberi kerusi untuk duduk dan jugak ketupat dan jugak rendang. Bihun sup pun ada. macam-macam ada. Bukan sebab apa tauke lembu merangkap ketua penyembelih adalah pakcik kami. Haji Razak nama dia.

Hari tu aja dekat sepuluh lembu dia sembelih. Mungkin sebelas. Tidak pulak aku kira secara detail. Setelah selesai menyembelih lembu kami tu Haji Razak datang kat aku yg sedang enak mengunyah ketupat. Haji Razak cakap dua ekor lembu dia baru beranak pagi subuh tadi. Aku cakap: baguslah..tapi pakcik nak saya buat apa? Pergi azan kat telinga dia kah?..Haji Razak kata bukan mcm tu la buduh....kena buduh aku di pagi raya.

Rupanya dia ada nak offer aku satu tawaran baik.

Haji Razak tnya aku nak beli tak lembu dia. Aku tnya dia balik dia nak aku buat apa dgn lembu dia. Bukan aku boleh bawak balik KL. Sekali lagi aku kena buduh. Haji Razak kata dia akan bela lembu tu sampai besar. Sampai masa lembu tu dah besar boleh sembelih kalau ada majlis kawin ke. Aku pikir logik jugak time kenduri kawin aku nanti aku dah ada sekor lembu nak buat lauk.

Ini sudah cool.

Lalu aku tnya Haji Razak macam mana bayarannya. Simple Haji Razak jawab. Lembu tu nanti anak aku yg kecik Saad akan jaga. Bulan2 hang bayaq seratus bank in kat aku sampai lembu hang besaq. Duit tu pun aku nak bagi Saad buat belanja sekolah.

Last2 aku pun cakap ok.

Haji Razak tnya aku nak amek yg mana. Ada sekor jantan sekor betina. Setelah berfikir secara rasional aku pun memilih untuk mengambil yang betina. Haji Razak cakap yg betina Saad dah bagi nama Cik Mek. Tak komersial langsung aku cakap kat Haji Razak. Aku mintak tukar nama lain kalau tidak aku tak jadi amek.

Last sekali Haji Razak akur dengan pilihan aku menamakan lembu tu Farouk. Sempena nama watak jahat dalam Gila-Gila Remaja.

---------------

Dah dekat setahun aku spent seratus setiap bulan untuk lembu tu. Dan aku jugak rasa Saad adalah antara budak yg paling bergaya sekali setiap kali keluar pekan dengan kawan2 dia sebab dia ada RM 100 untuk dibelanjakan setiap bulan.

Baru2 ni Haji Razak tepon aku. Dia tanya aku bila nak kawin. Aku tanya dia kenapa. Dia cakap Farouk dah bunting. Tak lama lagi nak beranak dah.


Haji Razak: hang ni Pon bila nak kawin ni. Lembu hg nak bersalin dah. Hg bayang2 marka pun belum ada. Buat malu lembu hang ja.




Cilaka betol. Lembu jantan mana yg buntingkan Farouk. Dalam banyak2 lembu betina Farouk jugak dia mau. Hot sangat kah Farouk tu.


haih..

Xpela nak buat macam mana. Aku belum jumpa jodoh.




Sekurang-kurangnya kenduri aku nanti
tumbang dua ekor lembu.








--------------

7 comments:

Ilmapung said...

nk tumbangkan mak sama anak, hang mmg kijam...

cikon said...

kahkahakhakahakahkah buduh giler.. hahaha

aripsamat.... said...

satu lagi lu bagi la nama ROY....baru gempar...

The story of Saif Al-Hafsham said...

ilma,
gua berlaku adil

azni,
sape buduh?nak kena ni

arip,
yg jantan tu gua dah plan nak kasi nama arip.

Ayu Fafa said...

ahaks. punya la gatal farouk.
tamo tggu tuan dia kawen dulu.

btw entri ni LAWAK ! :p

~miss-lala-comot~ said...

seekor tumbangkan biler kenduri kawen nnt..

seekor lagi tumbangkan biler dpt baby lah!aqiqah!

faryhah said...

ko mmg kreatif kan? Ni cara br ko umpan awek dgn janji manis yg knduri korg nnti bakal grand sbb 2ekor lembu tumbg??ahahaha..tektik ade kelaaasssss!!!