Friday, January 8, 2010

Kenapa Begitu Retorik

---

Aku minta maaf. Kali ni aku skip beberapa entri baru aku untuk isu Penggunaan nama ALLAH.

Aku meminta maaf sekali lagi kerana bagi aku isu ini hanya satu retorik. Kerana bagi aku..sekali lagi bagi aku..aku tidak membantah.

Kenapa penting sangat siapa yg berhak menggunakan nama ALLAH. Kristian Arab dah lama guna. Even sebelum datangnya Nabi Muhammad nama ALLAH telah lama digunakan. Dan kenapa kita mesti takut dengan akhbar HERALD yang ternyata terbitannya bukan menjangkau satu Malaysia.

Kenapa orang-orang melayu cepat sangat melatah. Dan aku berani bet yang ramai-ramai tu pun semuanya ikut orang. Masakan tidak gambar dalam surat khabar sepatutnya berdemo dengan muka serius. Ini ada yang siap gelak-gelak. Ini belum kira yang bawa bendera PEKIDA lagi. Perjuangan ape kejadah.

Dan aku kenal beberapa orang yg terpekik-pekik dalam tv tu. Cakap berapi-rapi. Pakai keta Mercedes duduk rumah banglow. Anak-anak kaki clubbing. Makan projek kerajaan sub kat ornag lain. Ini orangnya yang nak bercakap pasal ISLAM?

Kalau kita percaya tauhid kita kuat apa yang kita nak risaukan pasal isu ini. Kalau pegangan kita kuat kenapa kita perlu risau?

Aku nak tanya kepada semua yang begitu emosi ni..Kenapa mesti kau bising-bising hanya pasal nama?
Dan aku nak tanya kau-kau semua kenapa tak risaukan isu-isu yang kat bawah ni contohnya:


Adakah kau tahu beratur anak-anak melayu rosak dan menjual diri di Bukit Bintang?

Adakah kau tau orang melayu di bandar-bandar besar ni minum arak macam minum air teh?

Adakah kau tau banyak orang-orang asli telah di kristiankan secara terang-terangan?

Adakah kau tau bersekedudukan pasangan bukan muhrim ini sudah menjadi trend anak-anak melayu?

Adakah kau tau semakin ramai anak-anak muda sudah tidak pandai lagi membaca Al-Quran apatah lagi membaca AL-Fatihah.

Dan adakah kau tau berapa ramai orang melayu yang sudah murtad?


Adakah kau tau semua itu??


Dan aku nak tau apa yang telah kau buat mengenai isu-isu yang kat atas ini sebelum kau beriya-iya turun menyalak mengenai isu penggunaan nama ALLAH?




Aku minta maaf. Aku tau ramai yang tidak bersetuju dengan aku. Just my 2 cents. Dan aku bukak kepada perbincangan kalau ada. Dan aku bukan orang yang baik untuk mengulas isu-isu sebegini.



----

13 comments:

along nordin said...

aku setuju dgn apa yang hang kata,tepuk dada tanya iman...selagi masih berpegang pd Qur'an dan Sunnah,kenapa nak jd mcm anjing menyalak bukit

A said...

Ermmm y dn't u read d view of Dr. Asri... It does make sense.. Cuma org bkn islam di malaysia seharusnya kenalah mhormati sentimen org Islam di Malaysia.. ape yg terjadi mmg agak dikesali tp at d same time mereka non-Muslim kenalah faham sensitiviti kita..

haney said...

skarang dah mcm2..
semalam dah ade yg baling2 api (ade nama saintifiknya, tp x igt) kat gereja..dah skang isu tu belum dpt result, for sure org pointing kat org Islam..dan menguatkan lagi islam agam terrorist..

humm...akhir zaman..mcm2 isu yg pelik timbul..

ISZA said...

tepuk dada tanya selera

The story of Saif Al-Hafsham said...

along: entah la

anaifa: Dr Asri memang menjadi tempat rujukan.

haney: betul tu.

cikgu: dah tepuk.

Anonymous said...

haney: its call molotov cocktail
pon: personally i love statement by Harun Din try to find it in youtube..

Man said...

Aku rasa kita x boleh bandingkan negara kita dgn arab. mmg arab dh lama pakai nama Allah. tp org kristian dlm negara kita x pernah pakai. ini kemungkinan adalah cubaan untuk mengelirukan org islam. menguatkan gerakan murtad mereka. sbb tu kita x boleh nk diamkan diri.

YazreCandyBuffet said...

hmm..setuju dgn isu2 yg hg bangkitkan tu..xdak sapa yg amik pedulik pun..but dlm kes guna nama ALLAH ni, org kristian mmg xpatut la wat cam tu, cni msia..byk sensitiviti kena jaga..kalo x jd huru hara nt..

The story of Saif Al-Hafsham said...

ok lah. secara kesimpulannya penggunaan itu salah. agama lain tidak boleh menggunakan perkaatan itu..di malaysia.

seterusnya untuk melayu2 yg lain sila berdemo psl isu yg aku ketengahkan.

man: asah parang terbang.

Batu Dua said...

Pol,1st time hang cakap benda yg agak relevan dalam hidup hang ni. Sebelum ni hang asyik merapu ja dalam penulisan hang. Aku setuju isu nama 'ALLAH' ini adalah RETORIK semata-mata. Banyal lagi masalah sosial dan Agama yang membelenggu umat 'Islam' di Malaysia yang masih belum selesai. Tapi adakah isu-isu tersebut(seperti contoh yg hang bagi tu) diambil peduli oleh puak-puak ni(berkepentingan)?Jawapannya tidak sebab takdak kepentingan untuk survival politik mereka pun. Media kita yang HEBAT ni macam biasa la pukul gendang bila geng2 depa buat drama. So bagi orang yang berfikiran waras dan berkecuali tentunya tak menganggap isu ini sebagai sesuatu yang mengancam kedudukan Islam di Malaysia. Kalau tak percaya hampa tunggu la lagi seminggu dua, benda ni akan dilupakan begitu sahaja. Media kita yang akan main peranan. Kita orang 'Melayu' yang mudah lupa akan terus lupa...Renung-renungkanlah...

The story of Saif As-Syaitan said...

ok lah. secara kesimpulannya penggunaan itu salah. agama lain tidak boleh menggunakan perkaatan itu..di malaysia.

seterusnya untuk melayu2 yg lain sila berdemo psl isu yg aku ketengahkan.

man: asah parang terbang n jgn locot.

KR said...

klu kristian dibenarkan guna kalimah Allah,

Pernah u fikir kalau diorg letak kalimah Allah diatas gereja mcm di Indonesia?

Pernah u fikir kalau nanti anak2 kita tanya "Allah ada dalam gereja?" u nak jawab macam mana?

Pernah u fikir nanti kalau kristian buat lagu dakwah mereka masukkan kalimah Allah yang bakal menjadi siulan anak2 u nanti u nak halang macam mana?

Pernah u fikir nanti buku2 dakwah kristian bebas menggunakan kalimah Allah, anak u baca dan tersesat.

Renung2 kanlah. Banyak lagi kemungkinan yang akan mendatang.

Jangan masa tu nanti baru kita nak menyesal...

The story of Saif Al-Hafsham said...

KR,

I dah penah pikir semua tu. tp penah u pikir tak soalan2 yg i utarakan kat entri i tu.

kenapa u rasa anak2 kita nanti akan jadi sgt bodoh untuk membezakan tuhan kita dan tuhan kristian? dan adakah u tau yang itu semua hanyalah pada nama. tetapi adakah u sedar yg akidah anak2 kita nnti akan lebih terpesong dgn segala kemungkaran yg ada di depan mata seperti arak,clubbing dan juga liarnya bukit bintang.

Yang penting sekarang ini adalah asas Islam itu sendiri.pegangan dan akidah.

dan adakah u tau yang kekuatan ISLAM di indonesia adalah lebih kuat dari kita yg di MALAYSIA ini.

just my 2 cents.

mgkin u bleh dtg ke wgsa maju dan kita sembang2 di kedai kopi yg indah.tq.