Wednesday, April 28, 2010

kenapa lelaki lambat dalam membuat first move??

blog aku ni blog cinta ke?
ramai sgt tanya soalan cinta kat aku. ini pun terpaksa tapis-tapis.


namun saya jawab jua.



begini..

sebenarnya dalam diri lelaki itu walaupun nampak gagah masih terselit sifat takut yang malu-malu.

Bagi seseorang lelaki banyak perkara yang harus di ambil kira sebelum membuat first move.

Pertama sekali chemistry. Walaupun pada mulanya lelaki itu menunjukkan rasa minat tetapi sebenarnya itu adalah pada tanggapan yg pertama. Yakni sebab kecantikan. Untuk mendapatkan ke-kimia-an memerlukan satu perkiraan yg halus. Dan lelaki sgt detail pasal keserasian ini.

yang kedua adalah famili. lelaki seboleh-bolehnya mahukan gadis yang boleh in to dengan familinya terutama sekali EMAK. Jangan main-main dengan pengaruh EMAK dalam menentukan hidup anak lelaki mereka.

Yang ketiga adalah paling basic. Bagaiman mau melakukan first move kalau si gadis sangat2 menjual mahal. Tak salah sebenarnya menjual mahal tetapi berpada-pada la..Bagi kebanyakan lelaki perkara sebegini agak membosankan.

Akhir kata semua apa yang saya cakapkan di atas tidak penting sebenarnya. Jodoh semua Tuhan dah tentukan. First move atau tidak bukanlah persoalan. Kalau dah namanya jodoh InsyaALLAH di mudahkan Tuhan.

Semuanya akan berlalu dengan begitu mudah sekali. Percayalah.

Ask me anything

5 comments:

Hid Sham said...

terima kasih kerana menjawab persoalan saya.=)

Sue@Iza said...

wah...jadik doktor love ke...ehem, ehem..hahaha...

N a d i a said...

haha.

The story of Saif Al-Hafsham said...

hid sham,

terima kasih bertanya. kalau saya tau anda serius dalam bertanya saya dah menjawab dengan lebih detail lg.

anyway saya dah ke doonia..doonia..

Anonymous said...

Bagus..
Kamu sudah agak pulih..