Friday, January 29, 2010

1000 Tandatangan

---







ini gambar Fahrin. sila jangan keliru.







Orang kata aku gile tak kalau aku kata nak kumpulkan 1000 tandangan untuk menunjukkan sokongan aku kepada Fahrin Ahmad.






Manalah tau kalau Linda Onn saman balik at least belakang Fahrin dah ada 1001 orang.




Laki-laki beriman macam kami ini memang selalu teruji. Fitnah dan godaan dah memang telah menjadi makanan ruji kami..dem.











p/s: Jangan ada sape-sape kutuk Fahrin Ahmad kat blog aku. Mengutuk Fahrin ibarat mengutuk aku dan ianya sangat membuatkan aku terasa. owhh obsesnya aku.haha.






---

Tuesday, January 26, 2010

Sepetang Bersama Adiputra.

------





---






Kenal tak Adiputra? alaa budak genius tu.



Semalam di izin tuhan aku ke rumah dia. Lama jugak la dari pukul 2.00pm sampai la pukul 6.00pm.



Untuk seorang manusia biasa yang tak punya apa-apa kelebihan, berjumpa dengan Adiputra adalah satu penghormatan kepada aku.



Kalau semua nak tahu Adiputra bukan sahaja pandai dalam matematik. Dia boleh bertutur dalam 8 bahasa dan boleh bermain pelbagai instrumen muzik termasuklah biola. Yang paling gempak dia boleh mengubat orang dan boleh membaca orang dan mengetahui sejarah silam dan future seseorang tu.



Gempak kan.



Adiputra seorang yang berfikir. Banyak jugak la soalan-soalan dari aku mengenai melayu, Malaysia, dunia dan juga Palestin secara khususnya. Dan dia merungkai segala persoalan itu dengan begitu ringkas tetapi sangat berkias-kias. Banyak jugak pengalaman-pengalaman dia yang dia cerita sangat membuatkan aku kagum. Tapi minta maaf tak semua aku boleh cerita di sini.



Dan dalam banyak-banyak soalan tu terlepas jugak la soalan pasal kembar tak serupa aku. Fahrin Ahmad la. Aku tanya Adiputra sama ada Fahrin Ahmad memukul Linda Onn. Dan Adiputra memberikan jawapan. Sekali lagi dia berkias. Tapi aku rasa aku paham maksud dia..

Aku juga sebenarnya ada tanyakan juga pasal jodoh aku. Tipu la aku kalau aku tak tanya. Dan ada nama gadis yang aku sebutkan pada Adi. haih..banyak kali jugak la Adiputra sebut nama gadis tu..

Oh ya aku pergi rumah Adiputra bersama bapak aku dan abg ipar aku.





Masa di rumah dia tu Adiputra sentiasa terperap dalam bilik. Tapi banyak kali jugak la dia turun ke bawah jumpa kita orang. Bapak dia En Ghani mulanya agak pelik dengan perangai Adi tu. Kata En Ghani Adi biasanya takkan turun ke bawah kalau ada tetamu datang hatta wartawan sekalipun. Biasanya Adi akak turun kalau tetamu itu dari keturunan alim ulamak dan juga para wali. Meremang juga aku dengar. Tetapi pikir-pikir balik aku pun cakap owh...Dalam keturunan aku, aku je yang agak setan.

Ramai juga orang yang datang ke rumah Adi haritu. Kebanyakan orang-orang penting negara dan ramai antara mereka selalu masuk tv. Aku perasan ayah Adi sangat teruja bila bercakap pasal Adi. Banyak juga vidoe-video pasal Adiputra yang di tunjukkan kepada kami. Antara yang boleh aku ceritakan di sini adalah video bagaimana seekor gajah tunduk seperti sujud ketika Adi berdiri betul-betul di depan gajah tersebut. Dan kami juga melihat bagaimana gajah-gajah lain yang dirantai meronta-ronta mahu pergi kepada Adi.


Banyak lagi rasanya aku nak ceritakan pasal Adiputra. Tapi apakan daya aku tak boleh.




Oh ya hari ini aku akan ke rumah Adiputra lagi.








----

Thursday, January 21, 2010

SINGApura Yang Jinak.

------------


Sebulan yang lepas aku ke Singapura. Program ad-hoc. Jadi pergi tanpa banyak persiapan. Bak kata erna a.k.a mJ..WE ARE BACKPACKERS. So sepanjang kami di Singapura banyak la benda-benda yang agak luarbiasa yang aku tengok. Kat sini aku list kan 10 keajaiban yang aku temui dan aku mulakan dengan hujah yang paling penting sekali.


Tidak ada seorang gadis melayu di Singapura yang boleh dikategorikan sebagai cantik. Paling-paling pun macam Hetty Sarlene. Maksudnya tak cantik la tu.

Fesyen pakaian rakyat Singapura adalah seperti makhluk asing. Mungkin kerana terlalu obses dengan fesyen dan juga mahu kelihatan up-to-date maka mereka dilihat sangat ganjil. Mungkin juga mereka tidak cantik jadi pakaian apa pun tetap tidak cantik.

Fakta mengenai kebesihan mutlak Singapura tidaklah seperti yang di ura-urakan. Banyak juga sampah seperti puntung rokok terutamanya di perhentian bas. Melalui kiraan aku terdapat 10 puntung rokok yang terdapat di perhentian bas Geylang. Tiga daripadanya adalah melalui aku.

Perkataan MELEPAK bagi melayu di Singapura adalah bermaksud TIDUR.

Orang Singapura mempercayai bahawa Stanford Raffles yang membuka Singapura.

Gambar tokoh di wang kertas Dolar Singapura adalah Presiden pertama Singapura. Beliau adalah seorang melayu bernama Yusof Ishak. Yusuf Ishak merupakan pengasas Utusan Melayu.

Makanan ruji orang melayu Singapura selain nasi adalah LONTONG. Ini terbukti apabila kami singgah untuk makan tengahari di satu rumah orang melayu di Singapura. Untuk orang melayu tulen seperti aku yang makan nasi dan kari, menerima LONTONG sebagai makanan tengahari adalah satu penghinaan.

Pengangkutan awam di Singapura adalah sangat cekap. Teksi-teksi sungguh luar biasa banyaknya. Sehingga membuatkan aku percaya semua rakyat Singapura memandu teksi sebagai pekerjaan utama.

Tidak ada satu barang yang murah di Singapura untuk lelaki-lelaki membeli belah kecuali kasut. Jika hendak membeli boxer sila balik ke Malaysia.

Nilai 1 dolar Sing bersamaan dengan RM 2.40. Ini bermaksud nilar dolar Singapura adalah lebih kurang sama dengan New Zealand. Jadi lebih elok kita semua rakyat Malaysia melancong ke New Zealand. Kerana tidak ada apa yang istimewa di Singapura kecuali Tuhan Singa yang doa biasanya makbul.



Sekian pengamatan aku tentang Singapura. Nantikan tinjauan aku mengenai negara lain yang akan aku lawati selepas ini. Berkemungkinan Armenia.



Itupun selepas aku terpengaruh dengan rancangan ' Keeping Up With The Kardashians '.




--

Monday, January 11, 2010

Atuk..kini lenyap jadi sepi.

----



Di atas buaian itu..di setiap petang menganjak senja. di mana sawah padi itu menjadi hening dan sayup di tiup angin.



Atuk: besaq nanti nak jadi apa..


Aku: nak jadi polis macam tokwan la. nak tembak orang jahat.


Atuk: kalau nak jadi polis kena belajaq pandai-pandai tau...




*diam*




Setiap kenangan itu datang mencurah-curah dan sangat meruntun jiwa. Dan aku tau aku takkan mampu mengadap tubuh kaku itu.. Iya, dengan keadaan aku tanpa airmata..



Pukul 12.15 malam tu akak aku telefon. Aku yang tengah bekerja terkejut jugak dia telefon malam-malam macam tu.



AKak: hang tengah kerja ka?


aku: tengah keja la. awatnya?


akak: tokwan dah meninggal tadi.


aku: .........................


akak: helo? hang dengaq tak??



Mati setiap kata-kata aku waktu itu. Aku tak tahu sama ada aku perlu terkejut atau perlu terus sedih..


Malam itu jugak aku terus pulang ke Kedah.

Sampai Alor Setar dalam pukul 8 pagi. Rupa-rupanya semua orang tunggu aku sebelum mandikan jenazah. Rumah usang itu yang sudah lama sepi kini penuh dengan manusia..Lama jugak aku tunggu kat luar sebelum aku berani masuk kedalam rumah atuk. Itupun sebab maksu aku panggil jugak-jugak suruh aku masuk.

Dari jauh aku tengok mak aku duduk kat satu sudut sambil baca yassin. Basah kertas yassin itu dengan airmata mak aku. Sebagai anak sulung aku tau mak aku seboleh-bolehnya terpaksa kelihatan tabah depan adik-adik dia.

Bila melihatkan arwah atuk kaku depan mata aku buatkan aku sebak. Di sudut yang sama arwah nenek diletakkan dulu. Cuma kali ini lopak airmata aku kosong. Aku buang jauh-jauh kenangan aku dengan atuk. Kenangan yang bisa merobak denyut sayu aku. Aku tak mau orang melihat aku dengan airmata.

-

*senyap*

-

Betul cakap mak jenazah atuk nampak macam tengah tidur. Kulit atuk yang dulunya gelap nampak cerah. Aku harap jenazah atuk dimuliakan tuhan..Atuk meninggal di hospital ditemani seorang cucu yg mana ditugaskan menjaga atuk bergilir-gilir pada waktu malam. Aku terkilan kerana tak sempat berada bersama atuk tatkala atuk di hujung-hujung nyawa.

Semua orang tahu aku cucu paling rapat dengan atuk. Tapi hari itu aku jadi orang yang paling pendiam dan batu sekali. Bila atuk dimandikan aku hanya mampu tengok dari jauh. Aku biarkan cucu yang lain mengambil giliran menjurus atuk. Akhirnya maksu aku jugaklah yang memaksa aku. Itupun setelah semua orang selesai.

Getah paip itu aku pegang lesu. Bila ubun-ubun atuk aku kenakan air teringat aku masa aku mandikan atuk baru-baru ini. Teringat aku masa atuk merengek-rengek minta dihabiskan cepat. Kali ini semuanya sepi...dan aku cuba sekali lagi untuk tidak mengalirkan airmata. Dan aku mohon tuhan tangguhkan airmata aku.

Aku dah hilang masa atuk dikafankan. Aku berkurung dalam bilik atuk. Mencari bau-bau atuk yang masih tinggal. Masih ingat lagi aku dulu masa mak ambil aku untuk dibawak balik ke Penang. Aku curi satu kopiah atuk bawak balik. Bila aku rindukan atuk kopiah itulah yang aku cium dan aku pakai setiap masa.

haih..


Tersentak aku bila mak aku panggil. Mak cakap tinggal aku sahaja lagi yang belum cium atuk. Kata mak atuk dah dikafankan. Semua orang dah cium atuk. Bila aku keluar je ke ruang tamu tu semua mata dah tertumpu kepada aku...

Dan dahi atuk yang bersih itu aku kucup buat kali yang terakhir.

---

--

Selepas selesai semua majlis pengkebumian kami semua balik ke rumah. Aku pun terus tidur. Aku terjaga itupun setelah mak aku kejut suruh bangun sembahyang asar. Bangun-bangun je aku dah tak ada suara. Mungkin kerana terlalu menahan sebak dan aku matikannya di tekak. Yang peliknya bila bila aku terjaga aku tersebut nama seseorang. Mujur suara aku mati.

Atuk,

Damailah engkau di sana. Nenek dah lama tunggu atuk di syurga. Mesti nenek rindu dah 20 tahun tak jumpa.

Kami bersyukur atuk sempat melihat cicitnya yang pertama. Dan Nur Qaseh Qaisarah sempat melihat moyangnya. Hebat kuasa tuhan. Dia ciptakan satu kehidupan. Dan mematikan satu kehidupan yang lain.

Perginya atuk membuatkan aku hilang dua orang yang menjaga aku dari kecil. Lepas seminggu nenek meninggal dulu nenek ada datang dalam mimpi aku. Nenek lengkap bertelekung seperti baru selesai bersolat. Senyap je nenek datang dan merenung aku dari jauh. Puas aku panggil dan mengatakan aku rindu dengan nenek. Tetapi nenek masih bisu dan kemudia hilang dari pandangan aku.

Sekarang aku menunggu atuk datang dalam mimpi aku. Dah dua minggu pun. Dan atuk masih belum datang....

-

Dan aku masih terus menunggu.

-

----

Friday, January 8, 2010

Kenapa Begitu Retorik

---

Aku minta maaf. Kali ni aku skip beberapa entri baru aku untuk isu Penggunaan nama ALLAH.

Aku meminta maaf sekali lagi kerana bagi aku isu ini hanya satu retorik. Kerana bagi aku..sekali lagi bagi aku..aku tidak membantah.

Kenapa penting sangat siapa yg berhak menggunakan nama ALLAH. Kristian Arab dah lama guna. Even sebelum datangnya Nabi Muhammad nama ALLAH telah lama digunakan. Dan kenapa kita mesti takut dengan akhbar HERALD yang ternyata terbitannya bukan menjangkau satu Malaysia.

Kenapa orang-orang melayu cepat sangat melatah. Dan aku berani bet yang ramai-ramai tu pun semuanya ikut orang. Masakan tidak gambar dalam surat khabar sepatutnya berdemo dengan muka serius. Ini ada yang siap gelak-gelak. Ini belum kira yang bawa bendera PEKIDA lagi. Perjuangan ape kejadah.

Dan aku kenal beberapa orang yg terpekik-pekik dalam tv tu. Cakap berapi-rapi. Pakai keta Mercedes duduk rumah banglow. Anak-anak kaki clubbing. Makan projek kerajaan sub kat ornag lain. Ini orangnya yang nak bercakap pasal ISLAM?

Kalau kita percaya tauhid kita kuat apa yang kita nak risaukan pasal isu ini. Kalau pegangan kita kuat kenapa kita perlu risau?

Aku nak tanya kepada semua yang begitu emosi ni..Kenapa mesti kau bising-bising hanya pasal nama?
Dan aku nak tanya kau-kau semua kenapa tak risaukan isu-isu yang kat bawah ni contohnya:


Adakah kau tahu beratur anak-anak melayu rosak dan menjual diri di Bukit Bintang?

Adakah kau tau orang melayu di bandar-bandar besar ni minum arak macam minum air teh?

Adakah kau tau banyak orang-orang asli telah di kristiankan secara terang-terangan?

Adakah kau tau bersekedudukan pasangan bukan muhrim ini sudah menjadi trend anak-anak melayu?

Adakah kau tau semakin ramai anak-anak muda sudah tidak pandai lagi membaca Al-Quran apatah lagi membaca AL-Fatihah.

Dan adakah kau tau berapa ramai orang melayu yang sudah murtad?


Adakah kau tau semua itu??


Dan aku nak tau apa yang telah kau buat mengenai isu-isu yang kat atas ini sebelum kau beriya-iya turun menyalak mengenai isu penggunaan nama ALLAH?




Aku minta maaf. Aku tau ramai yang tidak bersetuju dengan aku. Just my 2 cents. Dan aku bukak kepada perbincangan kalau ada. Dan aku bukan orang yang baik untuk mengulas isu-isu sebegini.



----

Wednesday, January 6, 2010

Cubaan Kelima.

----


ini cubaan kelima aku untuk menulis. harap lepas ni bleh tekan PUBLISH POST.



Dah lama sangat tak menulis. Aku tengok hari-hari ramai je yang klik. Tapi takde entri baru. Abis semua orang tetipu.haha.


Banyak benda yang terjadi dalam seminggu dua ni. Aku pun baru je balik dari Singapura. Namun aku dah siapkan beberapa entri untuk di publish. Tapi kat sini macam biasa aku letakkan tajuk dulu. Macam biasa..Tunggu lah.


1. Atuk..kini lenyap jadi sepi.

2. Singapura vs Malaysia



3. Qaseh sudah di baptist

4. Memiliki CINTA SEMPURNA.






---









Ini adalah gambar ketika hari terakhir di singapura. Org cakap mohon restu tuhan singa kat belakang tu biasanya makbul.





------