Friday, May 15, 2009

Kenapa begini Tegar: 3 kisah satu cerita

CERITA IBRAHIM

Lahir pada 1928. Ibrahim atuk aku. Atuk dulu antara student melayu pertama yg belajar di Penang Free School. Masa tu sape2 yg masuk Penang Free adalah dari golongan bangsawan ataupun mesti dari golongan yg bijak pandai. So atuk bkn kaya. Jadi dia mempertaruhkan kepandaian..Abis belajar atuk dapat sambung buat doctor di universiti. Aku tak ingat U mane..

Tapi time tu plak Zaman Jepun masuk Malaya. So atuk kena tangkap dan dipaksa untuk ke Burma. Dia antara org melayu yg kena paksa membuat landasan kereta api maut merentasi Burma dan Siam. Tapi nak dijadikan cerita atuk berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyeberang sempadan siam. Jadi dia balik la ke tanjung dah akhirnya berkahwin. Tak cool langsung..

Hasil perkongsian hidup dgn Zainab akhirnya mereka dikurniakan 10 org cahayamata. Dan dia ada pesan kat anak2 dia dulu. Abah tak dapat jadi doctor.Harap2 anak abah seorang jadi la doctor. Kalau tak cucu abah..Kalau cucu pun tak boleh, harap2 cucu abah dapat kawin dengan doctor.emmm…



CERITA HAMZAH

Hamzah bapak aku. Hamzah lahir pada 1955. Berkahwin dengan Samsinah Bt Abd Hamid. Semasa zaman mudanya Hamzah hidup merempat. Adik beradik 10 orang. Mak ayah susah. Jadinya semua hidup bersepah. Kebanyakan di ambil oleh sedara mara untuk dibela. Hanya 2 org yg dibela oleh atok. Bapak pulak di bela oleh moyang aku.

Bapak penah cakap dulu kalu moyang aku marah apa yg ada sebelah dia gerenti dia hayun. Bapak penah 3 kali kena baling parang dengan moyang aku. Punya jahat bapak aku. Pertama kali kena baling parang sebab curi getah sekerap. Yg kedua sebab curi bateri kat kedai Ah Pong. Yang ketiga sebab gaduh dengan kongsi cina kat pekan selama. Yg hairannya otai2 bapak aku yg degil dan baran tu kena baling parang ngn moyang terus kecut. Patutnya sambut parang tu pastu baling balik. baru cool..

Atok penah cakap yg bapak degil dan keras kepala. Tapi dalam adik beradik yg 10 org tu bapak aku yg paling bijak. Satu2nya anak Ibrahim yg ada degree. Mungkin kerana bapak ada sorang kawan nama Rahman yg byk bantu bapak aku dalam pembelajaran. Bapak aku pernah cerita dia tak pernah jumpa org paling pandai di dunia selain dari Rahman. Uncle Rahman adalah ayah REDUP.



CERITA SAIFOEL

Aku pun kadang-kadang terfikir mana aku dapat perangai degil aku ni. Tapi akak aku selalu cakap yg perangai degil, baran dan keras kepala aku ni banyak dipengaruhi oleh sifat bapak aku. Yelah mungkin dari cara didikan bapak yg sgt straight kat aku. Dia ada ckp yg dia xnak aku jadi mcm dia. Dan dia slalu pesan dgn ayat yg dia slalu guna kat aku: you deserve what yoy did. And you have to strive for what you want.

Dari aku kecik sampai besar aku xpernah mintak ape2 dari mak ayah aku hatta brg mainan sekalipun. Sebab aku tau kalau mintak pun xkan dapat. So ape sahaje yg aku nak aku kena berusaha untuk tu. Dari motor sampai hp sampailah kereta kancil aku time belajar semuanya aku beli sendiri. Dan aku sgt degil. Aku tak mudah dgr nasihat org. Bg aku biar aku belajar dari kesilapan aku. Dan aku tak penah menyesal.

Perangai tu terbawk2 sampai la aku dah besar ni. Malah dalam kehidupan aku sekarang ni pun ape yg aku nak aku make sure aku akan berusaha untuk dapatkan.

Redup ade cakap kat aku yg aku ni degil. tak penah serik2. Dan aku jua slalu cakap kat dia yg tak ada apa2 yg bleh lenturkan semangat aku kecuali dgn kuasa tuhan. Aku datang dan terus datang. Semangat aku tak penah luntur. Lgpun tuhan bkn bagi selalu..so i have to strive for what i want. kamulah!

Thursday, May 14, 2009

Blood on a dance floor




So I think I'll keep on walking With my head held high
I'll keep moving on and only God knows why...
-Kid Rock

Wednesday, May 13, 2009

Satu gambar seribu cerita


Yg tengah tu Dye. Dia baru mendapat baby. Dye tgh bercerita kat Aiman dominan disebelah kiri dgn aber itam disebelah kanan tentang pengalamannya menyambut kelahiran baby. Dye cakap dia kelihatan seperti hero bila berada di sebelah bini dia kala baby itu mau keluar. rekod menyambut kelahiran baby dye yg pegang. wlaupun sebenarnya dia pitam tatkala melihat darah yg banyak



Ini baihaqi. dia junior aku ketika di uia. dia berasa bertuah kerana hari pertama dia di main campus uia dia ditempatkan sebilik dengan senior.yakni aku.yg tidak bertuahnya hari kedua dia telah diarahkan berlari separuh bogel keliling kolej akibat tidak mempelawa aku mkn.ya aku sgt kejam dan berkuasa


Ini coki-coki.masih bujang.anak mak. dia adik aiman.tp kerja kat texas instruments.sepatutnya texas adalah tempat tuk anak2 yg berdikari mcm aku.coki sedang mencari cinta.baru2 ni cinta dia tidak berbalas.bkn salah pompuan tu pun.dia yg lambat.coki adalah antara manusia yg gambarnya paling byk aku edit.mgkin sbb dia kurang hensem jadi byk kerja editing yg perlu dibuat.


Ini gambar famili gua.kiri sekali yg lompat adalah satu-satunya kakak aku.dulu time uia aku sgt suka mengePAU duit dia setiap bulan.alaa adik sendiri wut to count.dua org yg bertudung tu adalah maklong aku dgn anak dia.kanan sekali adalah sepupu aku.baru bersalin ada hati nak lompat jugak.kakak aku jua akan bersalin bln november ni.harap2 tarikh sama ngn besday aku.org cakap anak yg soleh lahir bln itu...dan anak buah aku nnti pasti bangga dapat uncle yg kacak


Ini ijat.aku xde byk nak ckp pasal dia.rekod akad nikah dia yg pegang.hanya 2 kali daripada 3 kali.Dia cakap tok kadi bercakap dlm nada yg perlahan.dan dia pesan kepada yg bakal kawin supaya dengar betol2 ape yg tok kadi cakapkan.alasan tu logik..dan dia amat berharap ja'a yg bakal kawin ujung bln ni dpt memecahkan rekod dia


Ini ejan.dia antara manusia sempurna di uia dulu.skang ni oleh kerana dia bekerja dilaut maka dia agak kurang sempurna.dulu ejan merupakan pemotong kuku aku yg paling setia.untuk membalas kesetiannya aku pernah menemankan awek dia mkn semata-mata dia mahu keluar dgn pompuan lain.Ejan dianggap nabi oleh sesetengah junior di uia yg percaya ejan diturunkan untuk membantu mereka yg telah lama rosak.

a.
kami semua ex-uia.selepas kami abis belajar kami menubuhkan KBK yakni kelab badminton ketum.aiman adalah spritual leader yg pertama.selapas dia kawin KBK di pimpin oleh aku.ya secara paksa.di bwh pemerintahan aku,aku telah menubuhkan KBK junior khusus untuk anak2 yg baru lahir.KBK junior dipengerusikan oleh Hadi. Hadi juga bertanggungjawab menjaga KBK Nursery.Disebabkan hnya tinggal segelintir shj lg yg belum kawin maka aku dgn prihatinnya telah menubuhkan anak syarikat KBK.juga bernama KBK iaitu Kelab Bujang Ketum.KBK sangat selamat di baWah naungan diktatorship aku.

.
Ini aku.itu anak mahpot.sengaja aku letakkan gambar yg paling sopan.

Tuesday, May 12, 2009

Genting yg sejuk

Aku sekarang di genting. Bkn untuk berjudi. Sebab aku org islam..

esok ada org dari jakarta mahu pulang ke anyir..katanya peyot agak boncit.makan byk pastu kuat shopping.haih...


Tunggu entri aku esok:

KENAPA BEGINI TEGAR - tiga kisah satu cerita..

Saturday, May 9, 2009

Ibu.

Ibu,

Disaat aku jauh.
Kau ada untukku..

Disaat aku runsing..
Kau ada untukku..

Disaat aku sakit..
Kau ada untukku..

Ibu,
Disaat aku lalai dan jauh..
Tidak pernah kau mintak untuk aku datang dan dekat
Malah selalu kau berpesan..
“Adakah kamu dekat dengan Tuhanmu?”

Ibu,
Disaat aku kecewa dan putus asa.
Kau selalu ada untuk menenangkan aku
dengan kata-katamu yang mudah.
”Kan ibu ada untuk kamu...”


Ibu,
Kalaulah aku boleh gantikan nyawa aku..
Untuk membahagiakanmu..



To Samsinah Bt Abd Hamid

SELAMAT HARI IBU.

Friday, May 8, 2009

Tanah aku masih MALAYSIA..

Ok2..aku xjadi pegi UK.

Dah aku xnak sape2 lg call aku tak kira waktu tanya pasal benda ni. Kat sini aku declare yg aku TAK JADI pegi UK. Pening aku nakk jwb soalan semua org.

Lebih separuh yang call or msg aku tak kenal sape. Bila aku tnya siap bleh perkenalkan diri anonymous. Mane korang dapat no hp aku??

Namun terima kasih aku ucapkan kepada semua. Hargai sgt2..

Kepada kwn2 Texas aku terutama Erna, Coki, Farhana, Shah. Tak lupa kepada Shila bini aku time kerja. Kesian dia mengandung.

Adheen Louis, Azahra, Ayu fafa, Nur..

Korang semua bg aku semangat untuk terus berjalan.

Tak lupa kepada Fynn Jamal..antara penyebab awal kegagalan aku. Aku tak tau nape ko benci aku sgt. Aku pernah bt dosa kat kau ke sampai kau hina aku mcm tu sekali. Tp aku maafkan kau..
Sape Fynn Jamal? Google sendiri.youtube sendiri.sape rajin pergi dgr org berpuitis mesti kenal dia.

Haih..

So aku tak jadi pegi... Sape nak bayar duit pasport aku?



Aku dan Redup? Biar tuhan tentukan. Aku dah abis iktiar.

Aku akan tetap menulis. Itupun kalau ada org nak baca. Mungkin entri2 lepas ni lebih bercorak post-mortem. Yela kenapa aku gagal..ape silap aku..ape usaha aku..

Sunday, May 3, 2009

Selamat Tinggal..



Maka keputusan pun telah di buat..



Ada sesape nak beli rumah aku?
Kondominium di Selayang. Harga aku buka RM 260,000



Selamat tinggal semua. Minta maaf dari aku. Aku tak dapat penuhi permintaan semua orang.

Aku sayang kamu semua! Doakan aku kuat ya..



Jika aku berjalan dan menoleh.. aku tetap senyum

Kamulah kenangan terindah yang pernah aku miliki..

TAMAT.