Friday, May 15, 2009

Kenapa begini Tegar: 3 kisah satu cerita

CERITA IBRAHIM

Lahir pada 1928. Ibrahim atuk aku. Atuk dulu antara student melayu pertama yg belajar di Penang Free School. Masa tu sape2 yg masuk Penang Free adalah dari golongan bangsawan ataupun mesti dari golongan yg bijak pandai. So atuk bkn kaya. Jadi dia mempertaruhkan kepandaian..Abis belajar atuk dapat sambung buat doctor di universiti. Aku tak ingat U mane..

Tapi time tu plak Zaman Jepun masuk Malaya. So atuk kena tangkap dan dipaksa untuk ke Burma. Dia antara org melayu yg kena paksa membuat landasan kereta api maut merentasi Burma dan Siam. Tapi nak dijadikan cerita atuk berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyeberang sempadan siam. Jadi dia balik la ke tanjung dah akhirnya berkahwin. Tak cool langsung..

Hasil perkongsian hidup dgn Zainab akhirnya mereka dikurniakan 10 org cahayamata. Dan dia ada pesan kat anak2 dia dulu. Abah tak dapat jadi doctor.Harap2 anak abah seorang jadi la doctor. Kalau tak cucu abah..Kalau cucu pun tak boleh, harap2 cucu abah dapat kawin dengan doctor.emmm…



CERITA HAMZAH

Hamzah bapak aku. Hamzah lahir pada 1955. Berkahwin dengan Samsinah Bt Abd Hamid. Semasa zaman mudanya Hamzah hidup merempat. Adik beradik 10 orang. Mak ayah susah. Jadinya semua hidup bersepah. Kebanyakan di ambil oleh sedara mara untuk dibela. Hanya 2 org yg dibela oleh atok. Bapak pulak di bela oleh moyang aku.

Bapak penah cakap dulu kalu moyang aku marah apa yg ada sebelah dia gerenti dia hayun. Bapak penah 3 kali kena baling parang dengan moyang aku. Punya jahat bapak aku. Pertama kali kena baling parang sebab curi getah sekerap. Yg kedua sebab curi bateri kat kedai Ah Pong. Yang ketiga sebab gaduh dengan kongsi cina kat pekan selama. Yg hairannya otai2 bapak aku yg degil dan baran tu kena baling parang ngn moyang terus kecut. Patutnya sambut parang tu pastu baling balik. baru cool..

Atok penah cakap yg bapak degil dan keras kepala. Tapi dalam adik beradik yg 10 org tu bapak aku yg paling bijak. Satu2nya anak Ibrahim yg ada degree. Mungkin kerana bapak ada sorang kawan nama Rahman yg byk bantu bapak aku dalam pembelajaran. Bapak aku pernah cerita dia tak pernah jumpa org paling pandai di dunia selain dari Rahman. Uncle Rahman adalah ayah REDUP.



CERITA SAIFOEL

Aku pun kadang-kadang terfikir mana aku dapat perangai degil aku ni. Tapi akak aku selalu cakap yg perangai degil, baran dan keras kepala aku ni banyak dipengaruhi oleh sifat bapak aku. Yelah mungkin dari cara didikan bapak yg sgt straight kat aku. Dia ada ckp yg dia xnak aku jadi mcm dia. Dan dia slalu pesan dgn ayat yg dia slalu guna kat aku: you deserve what yoy did. And you have to strive for what you want.

Dari aku kecik sampai besar aku xpernah mintak ape2 dari mak ayah aku hatta brg mainan sekalipun. Sebab aku tau kalau mintak pun xkan dapat. So ape sahaje yg aku nak aku kena berusaha untuk tu. Dari motor sampai hp sampailah kereta kancil aku time belajar semuanya aku beli sendiri. Dan aku sgt degil. Aku tak mudah dgr nasihat org. Bg aku biar aku belajar dari kesilapan aku. Dan aku tak penah menyesal.

Perangai tu terbawk2 sampai la aku dah besar ni. Malah dalam kehidupan aku sekarang ni pun ape yg aku nak aku make sure aku akan berusaha untuk dapatkan.

Redup ade cakap kat aku yg aku ni degil. tak penah serik2. Dan aku jua slalu cakap kat dia yg tak ada apa2 yg bleh lenturkan semangat aku kecuali dgn kuasa tuhan. Aku datang dan terus datang. Semangat aku tak penah luntur. Lgpun tuhan bkn bagi selalu..so i have to strive for what i want. kamulah!

5 comments:

bieby said...

Hahahhha… Penghujung CERITA IBRAHIM tu yang paling gempak skali… Kau mmg SaiPOEL…

CERITA HAMZAH: ok.
CERITA SAIFOEL: Biasa lah POEL…

Poel,
Perasaaan yg kita rasa ni adalah satu anugerah tuhan…
Jgn berhenti berdoa dan percaya lah Tuhan tu maha adil.
Kalau kau mmg ikhlas, you deserve what you did. And you will get what you have been striving for. .

You will…

GombakRock said...

best...sgt best!
tak sangka atok kau hampir2 jadi buruh paksa "landasan maut"... kisah yg sangat cool!!!
tapi kebelakangan ini..sume kisah2 kau byk unsur2 "r"???walaupun aku tau ni satu soalan yg bodo...tapi kenapa ye??kah kah kah..

Erna Masfiza said...

Ni karya terbaik hang la aku rasa...sampai aku rasa mcm 'fuyooo..'

Yg terbaik adalah kaitan ketiga-tiga cerita ini. Attitude Ibrahim telah memberi kesan kepada Hamzah yg jadi berani + nakal & turun ke Poel.

Tapi yg aku faham mesej sebenarnya adalah tentang kedegilan hang utk tetap mendapatkan Redup kerana semangat pantang gagal dtg dari keturunan.

Dan kebetulan bapak Poel & Redup adalah kawan. Jodoh barangkali?

Anyway..Good Luck to you..biar sampai ke titis darah yg terakhir..(chewah..)

The story of Saif Al-Hafsham said...

bieby:
terima kaseh.thanks for the support also..

gombakrock:
tq.naskah ni dah lama siap.cuma terperap menunggu green lite.soalan lain aku xnak jawab.haha

erna:
thanks.pandai hg membuat rumusan.ya sampai ke hujung nyawa..

putri aKila Nur said...

The point of this entry..

"No white flag"

All the best Saif ..:)