Tuesday, January 26, 2010

Sepetang Bersama Adiputra.

------





---






Kenal tak Adiputra? alaa budak genius tu.



Semalam di izin tuhan aku ke rumah dia. Lama jugak la dari pukul 2.00pm sampai la pukul 6.00pm.



Untuk seorang manusia biasa yang tak punya apa-apa kelebihan, berjumpa dengan Adiputra adalah satu penghormatan kepada aku.



Kalau semua nak tahu Adiputra bukan sahaja pandai dalam matematik. Dia boleh bertutur dalam 8 bahasa dan boleh bermain pelbagai instrumen muzik termasuklah biola. Yang paling gempak dia boleh mengubat orang dan boleh membaca orang dan mengetahui sejarah silam dan future seseorang tu.



Gempak kan.



Adiputra seorang yang berfikir. Banyak jugak la soalan-soalan dari aku mengenai melayu, Malaysia, dunia dan juga Palestin secara khususnya. Dan dia merungkai segala persoalan itu dengan begitu ringkas tetapi sangat berkias-kias. Banyak jugak pengalaman-pengalaman dia yang dia cerita sangat membuatkan aku kagum. Tapi minta maaf tak semua aku boleh cerita di sini.



Dan dalam banyak-banyak soalan tu terlepas jugak la soalan pasal kembar tak serupa aku. Fahrin Ahmad la. Aku tanya Adiputra sama ada Fahrin Ahmad memukul Linda Onn. Dan Adiputra memberikan jawapan. Sekali lagi dia berkias. Tapi aku rasa aku paham maksud dia..

Aku juga sebenarnya ada tanyakan juga pasal jodoh aku. Tipu la aku kalau aku tak tanya. Dan ada nama gadis yang aku sebutkan pada Adi. haih..banyak kali jugak la Adiputra sebut nama gadis tu..

Oh ya aku pergi rumah Adiputra bersama bapak aku dan abg ipar aku.





Masa di rumah dia tu Adiputra sentiasa terperap dalam bilik. Tapi banyak kali jugak la dia turun ke bawah jumpa kita orang. Bapak dia En Ghani mulanya agak pelik dengan perangai Adi tu. Kata En Ghani Adi biasanya takkan turun ke bawah kalau ada tetamu datang hatta wartawan sekalipun. Biasanya Adi akak turun kalau tetamu itu dari keturunan alim ulamak dan juga para wali. Meremang juga aku dengar. Tetapi pikir-pikir balik aku pun cakap owh...Dalam keturunan aku, aku je yang agak setan.

Ramai juga orang yang datang ke rumah Adi haritu. Kebanyakan orang-orang penting negara dan ramai antara mereka selalu masuk tv. Aku perasan ayah Adi sangat teruja bila bercakap pasal Adi. Banyak juga vidoe-video pasal Adiputra yang di tunjukkan kepada kami. Antara yang boleh aku ceritakan di sini adalah video bagaimana seekor gajah tunduk seperti sujud ketika Adi berdiri betul-betul di depan gajah tersebut. Dan kami juga melihat bagaimana gajah-gajah lain yang dirantai meronta-ronta mahu pergi kepada Adi.


Banyak lagi rasanya aku nak ceritakan pasal Adiputra. Tapi apakan daya aku tak boleh.




Oh ya hari ini aku akan ke rumah Adiputra lagi.








----

16 comments:

Lala said...

memang meramang.yang gajah tu!

Anonymous said...

Adi mana bleh mengubat orang..yg boleh mengubat,cuma Allah...adi cuma meramal psl jodoh dsb,, yg menentukan masa depan, Allah...jgn tanya nasib dan tanya pasal masa depan kat adi, sbb tu seumpama menilik nasib, walaupun sekadar untuk suka2(Surah 5 :Ayat 90).. hati2 pon,jgn smpai pcaya melebihi dr keterangan2 Allah...takut jugak aku baca smua ni...

umi said...

aku pon serammmm..

dukeskywalker said...

Bahaya entry kau nih, bole mengundang kepada syirik.. Dia tgh belajar apa skang? O level, A level?
Kalu aku jd bpk dia minta biasiswa belajar oversea jer..

The story of Saif Al-Hafsham said...

lala: itula..meremang gile.

anon: bodoh jugak ko.xde salah pun dia mengubat org. cara dia mengubat org sama dengan Harun Din mengubat org. Mereka cuma berikhtiar menolong. yang menentukan makbul atau tidak adalah Tuhan..paham tak dua situasi yang berbeza...

duke: dia dah buat A level pun. dekat UIA.ala tempat tercinta kita..skang ni dia menuntut ngn aku.

canonian said...
This comment has been removed by a blog administrator.
The story of Saif Al-Hafsham said...

naj,

boleh tak hg jgn mengarot2 dlm blog aku..tgk aku terpaksa delete komen hg.

putri akila nur said...

kimsalam kt adik adiputra :p

Ayu Fafa said...

knape dlm gambar ni mcm ada something in common

N a d i a said...

Woow.
Dapat jumpe Adiputra.
Best.

nor azzahra said...

parah..mmg parah..

Anonymous said...

adiputra tu ank sedara bos aku

Anonymous said...

huloq2 la sorg
sedara

adiputra said...

naj,

boleh tak hg jgn mengarot2 dlm blog aku..tgk aku terpaksa delete komen hg.

Kamera Buruk said...

Pol,hang ni cm Saiful Nang la...yg skong hang lyan yg sbaliknya delete post tuh...hang kna trima knyataan pol stiap kritikn crita dlm blog hang nih...cba fkir, adakalanya btul....wlaupun bhasa hang gnakan tuh tinggi(quote dr pminat hang ckap)xsmestinya hang bgus dri serba-serbi....ya la aku mmg xlyak post dlm blog hang coz ni blog hang,cuma fkir2knlah....my 2 cents...

Kamera Buruk said...

Tolong delete post2 aku td....tq..