Thursday, January 21, 2010

SINGApura Yang Jinak.

------------


Sebulan yang lepas aku ke Singapura. Program ad-hoc. Jadi pergi tanpa banyak persiapan. Bak kata erna a.k.a mJ..WE ARE BACKPACKERS. So sepanjang kami di Singapura banyak la benda-benda yang agak luarbiasa yang aku tengok. Kat sini aku list kan 10 keajaiban yang aku temui dan aku mulakan dengan hujah yang paling penting sekali.


Tidak ada seorang gadis melayu di Singapura yang boleh dikategorikan sebagai cantik. Paling-paling pun macam Hetty Sarlene. Maksudnya tak cantik la tu.

Fesyen pakaian rakyat Singapura adalah seperti makhluk asing. Mungkin kerana terlalu obses dengan fesyen dan juga mahu kelihatan up-to-date maka mereka dilihat sangat ganjil. Mungkin juga mereka tidak cantik jadi pakaian apa pun tetap tidak cantik.

Fakta mengenai kebesihan mutlak Singapura tidaklah seperti yang di ura-urakan. Banyak juga sampah seperti puntung rokok terutamanya di perhentian bas. Melalui kiraan aku terdapat 10 puntung rokok yang terdapat di perhentian bas Geylang. Tiga daripadanya adalah melalui aku.

Perkataan MELEPAK bagi melayu di Singapura adalah bermaksud TIDUR.

Orang Singapura mempercayai bahawa Stanford Raffles yang membuka Singapura.

Gambar tokoh di wang kertas Dolar Singapura adalah Presiden pertama Singapura. Beliau adalah seorang melayu bernama Yusof Ishak. Yusuf Ishak merupakan pengasas Utusan Melayu.

Makanan ruji orang melayu Singapura selain nasi adalah LONTONG. Ini terbukti apabila kami singgah untuk makan tengahari di satu rumah orang melayu di Singapura. Untuk orang melayu tulen seperti aku yang makan nasi dan kari, menerima LONTONG sebagai makanan tengahari adalah satu penghinaan.

Pengangkutan awam di Singapura adalah sangat cekap. Teksi-teksi sungguh luar biasa banyaknya. Sehingga membuatkan aku percaya semua rakyat Singapura memandu teksi sebagai pekerjaan utama.

Tidak ada satu barang yang murah di Singapura untuk lelaki-lelaki membeli belah kecuali kasut. Jika hendak membeli boxer sila balik ke Malaysia.

Nilai 1 dolar Sing bersamaan dengan RM 2.40. Ini bermaksud nilar dolar Singapura adalah lebih kurang sama dengan New Zealand. Jadi lebih elok kita semua rakyat Malaysia melancong ke New Zealand. Kerana tidak ada apa yang istimewa di Singapura kecuali Tuhan Singa yang doa biasanya makbul.



Sekian pengamatan aku tentang Singapura. Nantikan tinjauan aku mengenai negara lain yang akan aku lawati selepas ini. Berkemungkinan Armenia.



Itupun selepas aku terpengaruh dengan rancangan ' Keeping Up With The Kardashians '.




--

9 comments:

N a d i a said...

Ye ker tak cantik?
Ada lah.. mungkin sepanjang berada di Singapura tu si gadis yg cantik
tak tunjukkan diri..
tapi, mmg ade yg cantik. serius.

Ha,
Armenia tu di mana?

Lala said...

erm, tulah, terpengaruh sangat dengan 'keeping up the kardasihan' tu.

tgk, eja pun salah.

Formula Syabandy said...

Aku nak ikut hang pi Armenia juga! Apa yg best sgt?

GombakRock said...

"Untuk orang melayu tulen seperti aku yang makan nasi dan kari"

cett!!melayu tulen konon...mana ada melayu tulen makanan rujinya kari... kalau gulai aku leh terima lagi... melayu tulen yg makanan rujinya adalah kari ialah akob!! kah kah kah

mat_pit said...

gila!!!!!

Unknown said...

Pernah ko terfikir yg gadis di Singapura berbicara benda yg sama terhadap kau.. Mesti dia org akan ckp "Hodoh jugak lelaki Malaysia" setelah mereka melihat ko.

Unknown said...

Heii.. Otemoyan,
Are you a sex maniac? I understand Japanese your moron! Pon ko block mamat ni..

The story of Saif Al-Hafsham said...

nadia: armenia kat armenia la..haha

lala:mesti tgk gak kan cite tu

bandi:depa kata gadis2 kat sana hot.

hadi: cis jgn ko meragui ketulenan kemelayuan aku.

mat pit: tq

ezud: kuang ajar ye ko skang..

otemoyan-san: i understand..but what can i say..those are bastard.

A said...

memang tak ramai nak jumpa org singapura pempuan yg cantek. tengok je lah di uia, x pernah jumpe pempuan sengapura yg cantek.. tp lelaki adelah..

tapi ada gak yang cantek.. itupun if ada darah2 dari keturunan melayu melaysia..