Saturday, April 25, 2009

1. Aku, Matahari dan Kehidupan. Ayuh datang bersama

Kenapa tuhan uji setiap manusia tidak sama?
Mudah. Kerana setiap manusia tidak sama. Dan penerimaan setiap manusia terhadap ujian tuhan jua tidak sama.

Ada orang di uji dengan kematian. Ada yang di uji dengan kehidupan sukar. Dan ada orang yang di uji dengan kerumitan cinta.
Ya cinta. Takk percaya??

Hitler yang kejam mati di sebabkan cinta. Dia di racun perempuan yang paling dia sayang dan percaya.

Shah Jahan membina Taj Mahal di sebabkan cintanya yang mendalam terhadap isterinya.

Dan banyak lagi orang di dunia ini yang tewas kerana cinta..termasuklah aku.

Dan biasanya manusia akan hilang pertimbangan bila tewas kerana cinta..

Dah puas aku doa mintak dibukakan hati dia. Minta ditabahkan hati aku kalau keputusan dia nanti bukan berpihak pada aku..

Dan tuhan masih belum makbulkan..

Aku tau dulu aku sangat jahat. Siapalah aku yang mahu meminta bermacam-macam sedangkan aku ni manusia hina. Sedangkan berjuta lagi manusia beriman yang mahukan doa mereka makbul..

Sekarang aku hanya mampu berdoa dan bersabar. Bersabar menunggu apa jua perancangan tuhan untuk aku.

Kalaulah aku tau perancangan tuhan untuk aku tidaklah aku begini. Sakit sangat. Tapi siapalah aku yang mahu meminta lebih dari apa yang aku perlu tau.

Kan bagus kalau aku menjadi matahari. Melakukan apa sahaja yang disuruh tuhan tanpa banyak bicara. Bersujud dan memuji tuhan. Menyinari alam yang gelap, sunyi dan suram. Dan menyampaikan rezeki tuhan melalui Nur..

Kehidupan aku..haih..aku hanya perlu satu untuk melengkapkan aku.

Redup..sudikah engkau untuk aku..

10 comments:

Erna said...

Ish..dalam ramai2 gadis yg minat kat hg..hg bleh pilih redup yg blum tentu milik hg..aku tgk hg pun dah byk berubah.which is good la. And aku salute hg punya kesungguhan kat redup.aku rasa kalau laki lain dah lama blah dah..

Anonymous said...

Jangan persoalkan ketentuan tuhan. Sesungguhnya Tuhan maha mengetahui segala sesuatu. Bertawakallah dan percaya segala yang terjadi itu ada hikmahnya.

Kieng Meng said...

sukar utk aku ckp..beginilah encik..soal jodoh ditgn Tuhan, encik dah mencuba sehabis baik..mungkin ini masanya encik pergi berkelana ke sana, jauh dari redup, jauh dari segalanya..mungkin itulah yang terbaik..mari menyanyai Keluhan Perantau dendangan Jamal Abdillah..ayuh!redup redup..lelaki ini tidak layak dilayan sebegini..anda silap..

Anonymous said...

sahabat,apapa pon hg kena sabaq n tawakkal k..each of us dh ada buku yg dh tertulis..trimala ngan redha dan hati terbuka..Dia lebih tahu apa yg terbaik utk hg..smua ni dunia semata2..apa yg penting..kerjasama..hahha...

The story of Saif Al-Hafsham said...

Anon:
aku tak persoalkan tuhan.jgn silap terjemah aku.aku percaya semua tu ada sbb musababnya.jgn risau k.gua ok.

kiengMeng:
xpe.keputusan telah pun aku bt sama ada pergi atau tidak.pls jgn salahkan redup.semuanya terjadi sbb kebodohan diri aku.dia berhak membuat pilihan.bkn aku bleh paksa hati dia.

Azahra:
tq sbb ingatkan aku.betol semua dah ada buku yg tertulis.kekadang aku terlupa.tq again

MissZahrah said...

betultu kak erna!!!haih...susah gk jika benar inilah keadaannya...huhuhu....cptla redup..!!mane redup xkunjung tiba neh..???haih.....
>>kieng..redup xslh...mgkin die xde rase yg ituu...nk wt cana...huhuhu

hurm...ape2pn, jodoh kt tgn tuhan...kite xlayak utk mempersoalkannya...huhu =(
psssttt....hurm..neway,pilihlah yg menyayangimu...

Anonymous said...

weh PON! redup tau tak? yg ko 'falling in luv' sgt kat die...
ko dah bertindak lom?!
aku malas tul kalu lmbt2 neh.. aku sbg laki aku rs tecabar! haha

"jgn tunggu lama2..nanti lama2.. die diambil org"

ke die xtau? sbb tu die buat derk jer... haha

kalu die xtau.. mmg la ko! penat aku ngomen kat cn.. hahhaah

atok.si.redup. said...

wahai anon dan arumugam,
pd firasat atok.. atok xrasa redup ada orang lain..

mungkin signal pon xbegitu jelas. uhuk3x

Ayu Fafa said...

kembali kepada asal,
semua orang rindukan saifoel hafsham yang dulu,
;)

The story of Saif Al-Hafsham said...

MissZahrah:
semua kata2 mu betul..tq.

Anon:
dia tau..dia juga baca blog ini.mungkin aku bkn yg terbaik tuk dia.

atok.si.redup:
aku tidak cukup baik.

Ayu:
sy jua rindu saifoel.dia suda lama hilang.
Ayu..sy pasti akan mengingati kamu..take care