Saturday, April 25, 2009

Kenapa dan Mengapa

Pada asalnya aku bukak blog ni untuk menulis benda2 yang best bagi aku. Aku ni kaki lawak. aku ni minat camera. dan aku ni ada kesah yg menarik masa kecik. Dan mungkin aku nak cakap pasal cara2 mengurat menggunakan teknik sopan..

So ingtkan nak menulis pasal benda2 tu la..

Tapi last2 jadi kisah cinta pulak. Tak pernah terbayang pun aku. Maklumlah aku ni percayakan Sains. Aku tak percaya pada cintan-cintun ni. Terlalu remeh sedangkan aku berfikiran majmuk.. Tapi betul la sebab cinta manusia berubah.haih..Korang rasa patut ke aku tukar tajuk blog aku kepada :

Perjalanan Epul mencari jodoh...atau

Pon dan kesah percintaan...atau

Liku cerita Saifoel mentackle redup.

Pelik benar bunyi..kan

Tapi yang lg pelik lepas aku bertukar kepada kesah cinta ramai pulak yang masuk baca. Daripada hujung bulan Februari sampai la sekarang secara purata 1000 kali klik dalam masa sebulan. Mungkin juga hanya ada 5 org sahaja yg bukak blog ni dan telah menekan sebanyak 200 kali. Maksudnya 1 org x 200 klik = 200 klik.kalau 5 org bersamaan 1000 klik. Sila betulkan pengiraan aku. Kepada yang 5 org tu aku hargai.hehe

Tetapi mengikut pengamatan aku blog aku ni banyak di buka oleh org dari luar negara. Mereka la yang menaikkan rating blog ni. Kebanyakan mereka dari timur tengah, eropah dan juga Utara Canada. Dan secara specifiknya mereka ini dari Kepulauan Solomon, Zimbabwe, trinidad & Tobago, Israel ( dunia siber kan tanpa sempadan agama), Bangkahulu, Serbia, Puak2 Huthu dari Rwanda dan pelbagai lagi.

Terima kasih semua..

Agak sewel jugak ayat2 aku ni..sape kata aku tak kelakar??

6 comments:

Anonymous said...

"Agak sewel jugak ayat2 aku ni..sape kata aku tak kelakar??"

ya kelakar jg la kau ni pon kalau kau tak jiwang... Aku yang dari Kiribati ni pun suka baca blog ni. Begitu juga kawan ku yang ada di Wallis Et Futuna.

MissZahrah said...

haha....poyoss...neway,anda berjaya buat daku tersengeh bersendirian...hurm....patut u tukar tajuk blog as, "destinasi mencari cinta yg hakiki"...chewah..hehhe =)
ala...
nk tanye neh, percaya x hukum karma??hurm...mungkin kerna itu kot blogmu berubah yg drastikk...haih....

GombakRock said...

salam,
terus terang sebagai pembaca awal blog ini (dari zaman kau posting kat friendster lagi!!)aku kecewa dgn "arah" baru blog ini...
blog ini sudah hilang keunikannya dan sudah menjadi seperti jutaan blog yg wujud dlm blogsphere...
(aku kira kau takkan publish commnet ni..)

3 Dara Pingitan said...

aku rasa ko call xfresh fm pastu cakap masalah ko dgn Dr. Love. Dia bulih selesaikan permasalahan ini.

Erna Masfiza said...

ish... tak terkata aku membaca entry ni..

Saif Al-Hafsham said...

Anon:
Aku tak jiwang.aku takot.

MissZahrah:
sy tak pecaya hukum karma.semua takdir tuhan.

gombakRock:
ini yg terakhir.jgn risau.
dan kau silap.aku maintain publish komen kau.