Tuesday, December 22, 2009

Krismas yang di nanti.

----

Hari Krismas menjelang juga. Berdebar-debar aku.

Owh lupa krismas kali ni Texas bagi duit RM500.00 untuk staf-staf dia termasuk la aku. Esok dapat kalau tak silap aku. Katanya duit raya krismas dan juga duit buat belanja anak-anak nak masuk sekolah. Lupa plak aku baju sekolah anak-anak belum beli lagi. Yuran lagi. Hidup taknak kalah nak hantar anak-anak masuk private je. Haih..ingat esok nak pegi cari Rizalman la nak buat tempah baju sekolah anak-anak. Aku nak anak-anak aku kali ni up-to-date sket. Biar ada stail.

Haha. Sori sori..kembali kepada perenggan asal yang part berdebar-debar tu...

Seingat aku ini tahun ketiga aku bersumpah dengan budak-budak ni. Celaka punya sumpahan. 3 tahun lepas aku sumpah dengan diaorang depan NZ curry house Wangsa Maju. Aku dengan penuh yakin cakap kat budak-budak ni yang aku akan bertunang pada hari krismas. Kalau tak jadi aku sanggup berlari bogel keliling NZ...

And so seperti biasa sumpah itu terpaksa di renew setiap tahun. Dan setiap tahun jugaklah budak-budak ni berkumpul di NZ setiap krismas. Yang membingungkan aku bukan budak-budak ni saja yang nak tengok aku berlari bogel malah isteri-isteri diaorang juga begitu teruja dengan sumpah berdarah aku itu. Aku pun tak paham. Mungkin aku kelihatan hot ketika berlari bogel di NZ..??hahahaha

Kepada Aiman+Sharizah, Dye+Huda, Ben+ibu sinchan, Aber+Ima gimnastik dan rakan-rakan lain aku harap tuhan lekakan sedikit minda korang untuk hari krismas kali ini..



Yang lain-lain tu tolong aku untuk krismas tahun depan.




----

10 comments:

A i d a n i said...

wahha.

Sumpahan Krismas akan diteruskan ke tak tahun ni?

(o.O)?

~miss-lala-comot~ said...

jam brape mula acara? umah lala dekat ja dengan NZ tu.
teringin nak tengok. hahaha

The story of Saif Al-Hafsham said...

Aidani; Tunda lagi ke tahun yg belum di putuskan lg..

lala; semolek-moleknya lepas maghrib.brapa dkt dgn NZ?abg jln kaki je dari rumah.lg dekat.

Ilmapung said...

jgn makan duit raya krismas tuh.. haram.. sedekah kat aku tkpe

Anonymous said...

merry xmas..

dukeskywalker said...

woi jom la lepak..

aku bukan zamin omar said...

ble aku tgkp gmbar hang tme lari tuh?aku wat strobist nti...

Oren said...

haha..sumpah makan tuan..

kakashi said...

bile nk gerak gi nz nih???

wak said...

eh, dpt rm500, leh bli PUMA..!!hahaha..