Tuesday, December 15, 2009

Sudi..pernah ada. (Episod Penamat)

--------

Cerita ini pada tahun 2009...

Dahulunya pada tarikh 15 hb setiap bulan kami menyambut aniversary bersama-sama. Dan pada bulan yang sama yakni Disember hubungan ini putus juga..

Tak lama pun. Cuma hampir dua tahun. Tapi bagi aku cukup lama. Pada pukul 9.15 mlm 15hb Mei di Kampung Baru Sudi menerima aku untuk menjadi sebahagian dari hidup dia. Dan pada 29 Desember 2006 takdir telah putuskan kami tiada jodoh. Aku masih ingat lagi hari itu sehari sebelum Raya Haji dan hari yang sama Saddam Hussein di hukum gantung.

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun kami putus. Dan hampir 3 tahun jugaklah aku masih sendiri. Dalam masa 3 tahun ni macam-macam dah berlaku. Semuanya dah berubah...

Gaban dah ada company sendiri. Untuk orang berumur macam dia itu dah kira berjaya. Mazli Harun Laban sekarang ini pun bekerja dengan Gaban. Aku pulak bawa haluan sendiri selepas grad...Sudi?

Sudi telah pun berkahwin. Kalau tak silap aku dah setahun lebih. Sudi dah ada anak sorang pun. Cumel macam umi dia..Anak Sudi punya mata Sudi. Cantik.

Haih..

Semuanya berubah dalam sekelip mata. Dasyat kuasa tuhan. Pada November 2006 adalah final year dan final sem aku di UIA. Bodoh dan grad lambat satu sem. Untuk paper yang terakhir itu aku sengaja keluar lambat dari dewan exam. Aku nak hirup udara terakhir aku di CAC Hall yang mana aku sumpah takkan jejak lagi. Sementara menunggu orang keluar tu macam-macam aku pikir. Apa akan jadi kat aku dalam 5 tahun ini. Adakah aku akan jadi orang yang berjaya dalam hidup. Adakah aku akan berkahwin dengan Sudi dan punya keluarga yang bahagia..

Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku hubungan kami akan putus dan aku akan hilang Sudi selama-lamanya.

Sudi telah pun aku bawa jumpa keluarga aku. Masa kakak aku kawin Sudi datang. Mungkin kerana dia segan jadi dia bawak kawan baik dia Ima. Ima pula bawa adik dia yang bongsu. Lala namanya..

Aku pulak sebelum itu dah berjumpa dengan famili Sudi. Maksudnya hubungan ini serius.

Tapi siapa aku nak menolak takdir tuhan. Pada malam dia minta putus tu aku tanya dia kenapa. Dan dia memberikan alasan. Walau sejauh mana aku cuba memujuk akhir sekali aku terima juga keputusan dia. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan kerna aku percaya setiap perempuan itu ada hak dia. Dan itu hak yang dia minta.

Hampir setengah tahun jugaklah aku tak boleh fokus dalam hidup. Sudi terlalu kuat untuk aku. Ejan tau sangat keadaan aku time tu. Dengan dia jugaklah tempat aku selalu mengadu. Muka kusut dan badan pun dah susut. Macam orang gila. Jenuh jugaklah dia maki aku..

Satu hari tu Gaban panggil datang rumah dia. Kata dia mak dia panggil datang makan nasi. Mak dia dah lama tak jumpa aku. Sementara menunggu mak dia siapkan makan Gaban panggil aku duduk dengan dia di beranda rumah. Dia tanya aku dah ok belum. okay je..pendek saja jawapan aku. Gaban cakap jangan bohong dia. Bukan sehari dia kenal aku. Dan aku tak boleh lagi mengelak untuk bercerita pasal Sudi.

Gaban tanya aku masih simpan lagi tak semua kenangan bersama dengan Sudi dulu. Aku cakap dah buang semua. Dia tak percaya. Dia tanya aku sama ada gambar Sudi ada lagi tak dengan aku. Lama aku pikir untuk menjawab...ADA. Aku cakapkan pada Gaban aku tak sanggup buang gambar Sudi dari walet aku. Tak sampai hati.

Akhirnya Gaban minta gambar Sudi tu dari aku. Katanya biar dia simpan. Dengan berat hati aku bagi. Sampai sekarang aku tak tau ape jadi dengan gambar tu.

Daripada Gaban cerita ini bermula dan kepada Gaban jugak la kisah ini berakhir..

Sudi, Aku mintak maaf untuk semua kesalahan aku. Aku mintak maaf kerana tak pandai nak tunjukkan rasa sayang itu. Hatta nak mengucapkan kata sayang itu pun susah. Mungkin bagi aku perkataan sayang itu sgt berharga. Tak boleh cakap selalu. Nanti macam dah tak bernilai. Maafkanlah aku kerana begitu naif dalam bercinta.

Tapi ketahuilah aku sanggup mati untuk mempertahankan kamu..



*diam*



hey! aku hepi la.

Apa lagi yang aku nak. Semuanya ok. Sudi dah bahagia bersama keluarga baru. Dan dah punya anak sorang pun. Sudi gembira.

Bukan itukah yang aku nak selama ini...


Melihat dia gembira.





---

--

20 comments:

Lisa Sue said...

abg, cedeynye cite ni.

I think u are LELAKI MELAYU TERAKHIR la...

Anonymous said...

Lisa Sue: Jgn cepat terpedaya..


Pon: Jom pg Sunway Lagoon

Mohd Jalizan Ibrahim said...

sampaikan 3 hari kau x mandi, aku yg mandikan kau ...ingat tak ?

N a d i a said...

sayu jer baca.

tapi

biar betul smpi 3 hari tak mandi?

d a s a t.

YazreCandyBuffet said...

biaq betoi cita hgni pon...aku ingt hampa leh p jauh..sbb dgn dia ja yg hg berthn lama kan..tp nk wat camna..jodoh d tgn Tuhan..xpa..cr yg len..ramai lg kt luaq sana tuh..

The story of Saif Al-Hafsham said...

Salam semua,

Lisa Sue: berat sangat tuduhan tu.

Ilma: ada apa kat sana?ko kan kat bentong.

Ejan: ko jgn menambah-nambah. kita cuma mandi bersama.

Aidani: jgn percaya.

Yaz: tq.dah takdirnya mcm tu. aku pun tak sangka kami lama jugak.hg pun ada time tu kan.

YazreCandyBuffet said...

tu ar..dh la kami sekelas masa tu..kdg2 tu kami dok crita skit pasai hg..hehe..aku rs hg kena muhasabh blk diri hg..pasai pa ssh hg nk brthn lama dgn seseorg tu, mesti ada smting yg x kena dgn diri hg ka..mn la tau kan..

Tycoon Abu Ameer said...

mmm macam aku pernah dengar cerita nie... sedaih oooo.. live at NZ wangsa maju....

The story of Saif Al-Hafsham said...

Yaz: sempat lg hg mengutuk aku. mak aku dah suruh mandi air bunga dari 7 gunung. lani baru ada 4.

najib: ya..aku ada crita.hehe

mon tak hensem said...

dari gemok ke kurus dan akan gemok semula.apakah?

kakashi said...

pendek sangat citer ni...

Anonymous said...

1st time ever aku tak setuju dgn hang...dia dah kawen...kang klu laki dia terbaca...camna???

The story of Saif Al-Hafsham said...

mon: tak paham.sapa gemok.hg ka.haha

bengs: rumusan cukup la..byk hati nak kena jaga.

anon: kalau berani sgt letak nama la.kan aku dah ckp kalu tak setuju jgn masuk sini.bkn aku cerita kat ko.terok ke aku cerita?merintih ke aku?tak kan.dah berambos!

Lala said...

dah. cari CINTA baru,
supaya ada kisah baru di blog anda.
penuhi permintaan ibu anda SEGERA.
hehe

Matt said...
This comment has been removed by a blog administrator.
The story of Saif Al-Hafsham said...

lala: dah tak ada kisah pasal redup.dan abg janji itu cerita last pasal sudi.

matt: sori aku terpaksa removed comment ko.byk hati aku kena jaga.

sori semua.kadang-kadang aku agak emosi.marah tak tentu pasal biasanya dah jadi santapan rohani aku sejak dua menjak ni.

Miss CorNFiuS said...

hehehe.. saba je la bro.. sy pengikut br blog nie.. ni x pe gak hang ada kata putus.. cam ak ni ha..
4 taun dah.. tenggelam timbul3.. sampai ak naek menyampah...!!! x dok gak kate putus.. huish... =)

mungkin ade yg lebh baik menanti mu di ms akan dtg... =)

N a d i a said...

selepas selepas ini,

hope ada entry..

******* selamanya (Episod pertama)

KR said...

ala.. relex la pon.. sudiana dah memiliki dan dimiliki pun.. cari saja gantinya..

The story of Saif Al-Hafsham said...

KR,

u nak jadi pengganti dia?

I ok. I tak kata i sedih sbb dia dah kawin.even sebelum i published entri ni i dah bgtau dia.entri ini adalah tribute untuk dia.

untuk org yg penah hadir dlm hidup i jadi i letakkan dia tinggi dlm hidup i.

itu saje.


jap.u ni sape?siap tau nama panggilan lg..