Sunday, August 30, 2009

Satu kisah perang.

Mari kalian aku bawak jauh dari kotak pemikiran seorang rakyat Malaysia.

Pernah terfikirkah kita bahawa kenikmatan aman dan damai di malaysia ini mungkin bersifat sementara. Aku rasa melayu2 yg kaki mabuk2 di club, yg kaki shuffle di luar masjid, yg kaki merempit tak ingat dunia ataupun yg kaki bermain game kebun di facebook tidak pernah terfikir pun akan apa yg berlaku di dunia. Sapa berani bertaruh ngn aku?

Dengan keadaan negara yg begini lalai aku rasa eloklah kita berperang. Kerana bagi aku kesedaran tentang betapa bernilainya peradaban sesuatu negara dan bangsa bukanlah melalui buku, dokumentari dan jugak melaungkan kemerdekaan itu sendiri. Ia lebih daripada itu. Yakni PEPERANGAN.

Pernah kita terfikirkah bahawa satu hari nanti kita akan berperang dengan negara Singa. Kita tidak pernah tahu. kemungkinan itu tetap ada. Mari aku bawak kalian untuk berfikir sejenak. Dari pandangan aku.

Negara Jiran sudah ketandusan tanah. Sudah kehabisan bahan mentah. Logikkan. Apabila tiba masanya tanpa kita sedari perang telah pun berlaku. Bagaimana?

Begini..

Apa yang dilakukan oleh negara jiran ini dipanggil First Strike. Yang mana serangan dilakukan tanpa sebab2 yg kukuh. Yakni tiada provokasi dari kedua2 belah pihak, tiada pergaduhan, tiada pertikaman lidah dan juga tiada perbalahan merebut tanah dan kawasan. Ini merupakan taktik yg dilakukan Israel terhadap negara arab. Israel terletak didalam lingkungan negara2 arab. Begitu jugak dengan negara singa. Dan di kawasan asia tenggara hanya ada satu negara yg mempunyai hubungan diplomatik dgn Israel. Cuba teka?

Pada hari serangan itu sahaja dalam masa dua jam negara jiran kita akan menakluk Penang, Johor dan juga Melaka. Tiga negeri selat yg sgt penting. Selepas itu mereka akan menyerang kesemua pengkalan2 tentera udara kita yg terletak di Kuantan, Butterworth, Sungai Besi dan jugak Kepala Batas. Selepas itu Pengkalan laut utama yg terletak di Lumut juga akan di serang. Apabila lumpuhnya semua pengkalan-pengkalan utama tentera kita jadi apa yg tinggal?


Malaysia diramalkan akan lumpuh dalam masa tidak sampai satu hari melalu serangan yg di panggil First Strike ini.


Sekali lagi soalan saya..apa yg tinggal?


Dan jawapan saya adalah Askar-askar Melayu Diraja.



Kelengkapan2 tentera kita jika hendak dibandingkan dengan negara jiran memang sgt jauh ketinggalan. pembelian kita sgt minima. Mengikut pembacaan sy malaysia byk membeli peralatan2 yg ringan tapi berkuasa tinggi. Dalam bahasa mudahnya senjata pakai buang. peluru berpandu darat ke udara. kereta kebal bersaiz kompak dan peluru2 senjata yg boleh menembak jauh sejauh JB ke Singa.



Apabila serangan pertama berlaku askar2 melayu diraja ini yg terdiri dari komando-komando akan berpecah mengikut regimen2 yg kecil. mereka akan berselerak didalam hutan di seluruh pelosok tanah melayu. Kita akan berperang secara gerila. bahasa mudahnya tembak - sembunyi - lari. Harus diingat bahawa komando-komando Malaysia adalah antara 10 pasukan komando terbaik dunia. hatta US sendiri apabila mahu menghantar tentera mereka untuk latihan survival akan datang belajar dari Malaysia. fakta.



Selepas itu askar kita akan ke JB membawa racun tikus. mereka akan mencari saluran paip air yg menghubungkan JB dgn Singa.



Apa susah racun je paip air ke sana. Biar diaorng minum air racun..haha



malas aku nak tulis panjang2. bkn korang baca pun.



kalu aku kena tangkap psl artikel aku ni pun bkn korang nak dtg jamin.



Selamat Menyambut hari Kemerdekaan.



Tengok aku dah bersedia nak berperang.

---------------

11 comments:

GombakRock said...

menarik juga pandangan kau ni... tapi ade kemungkinan tak pandangan ini sedikit sebanyak terpengaruh dgn dakyah propaganda BTN?? hehe

Anonymous said...

adeii..smngat tu ada tp mmg poyos gila..adeeiii..

Anonymous said...

ye..mmg poyos tahap gaban.

dukeskywalker said...

"yg kaki bermain game kebun di facebook" inilah yang bakal menggalas senjata demi mempertahankan negara satu hari nanti.. dengan ber"kebun di facebook", mereka dapat membiasakan diri dalam keadaan "darudat" dan terpaksa bercucuk tanam demi meneruskan kehidupan..

Siapa yang tahu??

Anonymous said...

hidup dukeskywalker

Mohd Jalizan Ibrahim said...

Aku berpikiran mcm kau pun
Sbb tu aku dah sound mak aku awal2 yg aku nk ajak pindah luar..
Dan Negara yag aku pilih ada Uzbek ..

Kau tahu kan kenpa Uzbek mnjadi pilihan hati ku ...

The story of Saif Al-Hafsham said...

encik gombak:

anak kecil main api,
terbakat hatinya yg sepi,
airmata darah bercampur keringat,
bumi di pijak milik org..

duke:

jgn kata ko pun main kebun2 mcm budak2 ni.

jalizan:

iye2 aku tau nape ko nak g uzbek.ko nak mendalami islam dgn lebih mendalam lg kan.haha

Cili Al Banjari said...

salam

tahniah pon, dah lama aku rindu nak baca entri panjang lebar begini yang boleh membawa fikiran ku terbang jauh melayang sampai ke kolam mancing..opsss..mancing plak..

kerajaan nampaknya begitu prihatin dengan nasib rakyat selepas merdeka ke 52 tahun ni. sedangkan filem sarjan hassan yang ditayangkan di rtm2 dan cerita hati malaya pun tidak bisa menjadikan pemikiran sesetengah golongan menjadi matang dan berterima kasih kepada pejuang terdahulu..

tapi itu dulu, sekarang mana ada perang perang lagi. sekarang perang bila Pilihanraya dan bila isu isu timbul. Rakyat berperang ? dengan siapa ? Hahahaha..

Akhirul Kalam, Tahniah buat 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan ( utk disusahkan ). Pencapaian ( Kroni ) diutamakan...

Maka Isilah minyak penuh penuh atau duduk diam saja, tanda akur dengan hadiah merdeka dari DS Najib Tun Razak.

p/s : Nasib baik aku kaya dan berbasikal. Apalah sgt effect minyak tu pada diri ini.

bieby said...

Mcm aku pernah dengar crita nih.. bukan ko dah citer pd aku kt oldtown ampang hri tu ker?

bieby said...

dukeskywalker mesti ko nih kaki main game kebun kat FB kan.. takpe jgn lupa tanam ubi kayu ek.. nanti bila perang boleh gak mkn.. mcm datuk nenek kta dolu2 tuh.. huhuhuu..

dukeskywalker said...

aku hanya memperjuangkan rakan2 yang bermain game kebun tu..
tapi tidak utk aku, aku tiada masa untuk benda2 yg tidak intellectual seperti itu..